Saturday, January 24, 2015

Jalan Jalan Bagan Lalang 2015

Satu hari minggu terasa nak gi jalan jalan.

Jalan jauh sikit. Boleh bercuti sekali lah. Tapi tak de la jauh mana pun sebab nak drive jauh jauh tu kan aku malas.

Kami ke Bagan Lalang ! Macam dah lama tak terjah sana. 

Layan dulu highlight percutian 2 hari 1 malam ke Bagan Lalang.

Pukul 5 petang baru nak sampai Bagan Lalang. Banyak urusan sebelum keluar rumah

Bersemangat waja nak snap sunset.. tapi nan hado ! Kecewo den ni haaa

Suasana petang di Bagan Lalang 

Sunset yang tak kunjung datang

Orang ramai yang mungkin sama kehampaan

Dan memang plan, kami mahu menginap satu malam di Bagan Lalang ni

Menginap di Seri Malaysia Hotel

Aku dah lama teringin nak menginap di sini tapi selalu penuh tempat ni especially weekend

Dan Prncess lak demam... terjelepuk la dia time tu

Tidur dengan Princess dia ni ha.. dua dua demam agaknya. Korang jangan main main, Barbie dia ni ada set make up 2 tingkat. Hari hari kena toreh muka sampai ke satu badan kena make up

Dan misi kami adalah nak makan seafood di Bagan Lalang sebenarnya

Alhamdulillah dapat jugak walaupun berkurun lama menunggu

Pool kat Hotel Seri Malaysia

Banyak pokok ni haa

Pantai Bagan Lalang. Avani Resort & SPA. Semenjak tukar nama ni aku dah tak jejak situ. Macam tak berbaloi dah nak duk situ mengenangkan buggy yang lambat dan jauh gila nak menapak 

Dan kami ambik masa lepak lepak istirehat tepi pantai

Layan suasana dan tengok orang

Tup tup datang idea spontan.. untuk berpicnic !

So kami berpicnic kejap sambil tunggu Princess main pasir

Petang sikit kami terus pulang

Princess beli mainan. Smart phone nama Blakberryt !! Patut la harga RM 3.

Kapal terbang

Singgah solat di Masjid Pekan Sepang

First time singgah sini. OK jugak masjidnya. Nampak tak ada budak memanjat tiang tu?

On the way balik nampak orang jual nangka madu. Tapi tak semanis madu pun... tawar jerr

Semoga perjalanan anda seterusnya lebih bermakna.. Ya.. nak balik dah

Cuaca dah gelap nak ujan

Tol KLIA

 Sampai rumah hujan turun dengan lebat dan mencurah curah.

Apa apa pun misi ke Bagan Lalang untuk makan seafood adalah berjaya. Dan idea aku ambik penginapan adalah terbaik sebab kalau tak menunggu seafood tu macam menunggu buah tak jauh. Orang ramai. Kol 9 order makan, kol 12 baru selesai makan. Kalau tak tidur Bagan Lalang tu mahunya sampai rumah kol 2-3 pagi.

Anyway... Bagan Lalang ni sekali sekala seronok juga pergi..... 

Insya Allah nanti boleh pegi lagi.... beroman cinta di sana... Roman cinta tu apa?



Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta

25 comments :

  1. Wow anak dara ko ada make up 2 tingkat tu.

    Princess anak dara ko hilang kasut sebelah

    ReplyDelete
  2. Saya pun kadang kala kecewa dengan susnset di Bagan lalang...tegur tau kalau terjumpa saya di sana...hihihi

    ReplyDelete
  3. Sotong goreng tepung senandung malam melambai2 aku rasa nih...haish...aku pnh buka posa situ, kul9 br dpt buka..sobs...sbb tu aku dh mls pi weeken, pi weekday pas keje lg bgus...hehe

    ReplyDelete
  4. 2 tahun lepas pernah la iftar di kawasan ni. Not bad.. cuma kemudahan 'solat' masih 'kurang' ketika tu. Ada musolla.. tp tak dikendali dgn baik.
    - atau mungkin 'kedai' yg tersebut je ada masalah teknikal.

    Keseluruhan.. ok la. Mkn ok.. price wise pun ok.

    Tak sogan la nak rekomen ko kawan.

    Still.. nasib2 la kan..

    ReplyDelete
  5. kul 9 order jam 12 baru selesai mkn? lamanya mkn tapi kalau jam 9 oder jam 12 baru boleh mkn, JM jenis yg x sabar ni rasanya mahu balik perut kosong

    ReplyDelete
  6. CC : aku pun tak tau bila masa dia beli.. dgn ibu dia la tu kot.

    kasut princess dia jatuh dlm keta...



    MKL : insya allah. x susah nak cam encik MKL kot.

    kalau jumpa aku tegur lah.



    DJ : makanan sedap.. tapi tu la.. menunggu yang tak tahan tu

    ReplyDelete
  7. Sham : ada musola kat belakang tu.. tapi tu la.. tak terjaga sgt..

    ya btol

    makan ni kena nasib jugak.. kalau tukang masak dgn moody.. tetiba lauk pauk jadi masin..

    hiks..


    JM : oh. sampai kol 9. order makanan dan menunggu. kol 11.30 baru makanan sampai. kol 12 dah abis makan..

    mcm tu.

    kena register dlm otak utk bersabar kalau dtg ke tempat2 mcm ni.

    kalau x nak, balik umah masak sendiri..

    ReplyDelete
  8. oh JM sila bersabar ye..hidup ni penuh pancaroba..hahahahahah...jom hangout sesama..mesti best..
    best nya..one day harus terjah bagan lalang tu

    ReplyDelete
  9. MJ : jom kita ngopi ngan abam meng

    ReplyDelete
  10. JM : pst psttt..jommm..ajak abam meng

    ReplyDelete
  11. MJ : bolehla pegi try makan seafood di sanah.


    JM : tak boleh. abang mu tak lalu minum kalau di kelilingi oleh gadis gadis sunti..

    pecah cawan nanti..

    ReplyDelete
  12. ahahaahah....bang! x tahan godaan rupanya hadoilahhhh...sakit perut gelak

    kalau masuk MLM, JM sanggup mengundi

    ReplyDelete
  13. jommm la bam meng..nak jumpa JM ni..dah alang2 boleh la jumpa abam meng sekali..hikhikhik

    ReplyDelete
  14. MJ : jgn lah MERAYU pada yg x sudi :-)

    ReplyDelete
  15. JM : baik Jm :( moh la kita berdua je p detim :))

    ReplyDelete
  16. ye MJ..huntung2 jumpa abg SADO lebih SADO dari abam sorang tu heeee. Tapi MJ x takut ke dgn abg2 sado nih...kalau abam Meng kita dh tahu dalam hati ada TAMAN

    ReplyDelete
  17. ahahhahah JM..tak taste sgt dgn abam sado ni..goner la ye org taste ng abg sado ni..

    taste ai biasa2 je..chubby2 sikit..tinggi..botak pun okeh..hehehhehe

    abam meng tu kembang setaman la JM..hahahahha

    ReplyDelete
  18. habislah MJ klau abam tu dgr kita cakap pasal dia...

    ReplyDelete
  19. kannnn JM..MJ rasa abam meng tgh bz tu..tu tak sempat dia nak bom kita..hikhikhik

    ReplyDelete
  20. MJ & JM : dalam hati memang ada taman.. tapi TAMAN TEMA ! ada roller coaster tau tak??????

    ReplyDelete
  21. abam meng sebab tu ai and JM nak tgk cmne taman tema tuh..hihihi

    boleh naik reramai ke roller coster tu abam meng???

    ReplyDelete
  22. hahahahhahaha..tak tau..x penah cuba lagi naik ..takuttttttt :))

    ReplyDelete
  23. Yahooooo...nampaknya JM sorang je boleh main dalam Taman TEMA abam meng tu..JM x gayat hahahaha

    ReplyDelete
  24. amboi JM..suka benor ye..hikhikhik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...