Wednesday, January 21, 2015

Edisi Cerca Vaganza : Tesco

Ada rasa bengang.

Tak de lah bengang sangat tapi agak bengang lah.

Last month aku gi beli groceries kat Tesco, tup tup adalah promo ni.


All Stars friends.

Hero nampak benda alah ni dia lah excited terlebih. 


So syaratnya kena belanja di Tesco dan setiap RM 30 yang dibelanjakan akan dapat sticker dan nanti stickers tu di kumpul sampai penuh dan dapat la tukar dengan permainan tu.

Benda alah tu kena kumpul stamp 20 keping baru la dapat tukar. So kena belanja lebih kurang RM 600.

Okey lagi. Dia boleh bersabar dulu sebab belanja groceries tak lah sebanyak tu mula mula.

Balik rumah dengan senang hati.

Selepas tu gi groceries lagi. Lagipun Hero nak beli kelengkapan ke kem Quran dia kononnya beli beli sambil nak tukar stamp ni. 

Sampai Tesco dan shopping mopping nak cukupkan lagi RM 300.


Dah beli beli barang persiapan dia nak gi Kem dan sibuk la dia menampal stamp tu nak tukar.

One more to go

Sudahnya belanja tak cukup RM300. So tak cukup 1 stamp. Budak Tesco tu berkeras tak nak bagi free satu lagi. OK fine. OR masuk beli lagi barang harga RM 30 baru la dapat stamp terakhir.

So Hero puas hati la. Sampai la masa nak tukar....

Ingatkan dah spend banyak tu dapat la semua figures tu dengan papan papan tu sekali. Tup tup...

Collect 20 stickers dan dapat 1 free figure.

Satu je??

Cis !!

Dah rasa terkono. 

Lagi terkono, nak pilih figure tu tak nampak sebab plastik tak leh tengok dalam. So figure tu asal boleh jer lah. Nasib baik la Hero dapat apa yang dia nak. Tu pun puas dia ramas ramas plastik tu.

Beriya riya pegi kumpul. Sudahnya 1 tu je dapat. Dah la cinonet jer benda alah tu

Macam tak puas hati je aku rasa. 

Kumpulkan kesemuanya? Nak bagi dengan tak nak bagi sama banyak jer.

Ya la tu. Kalau ada 6 figures ( aku rasa lebih pada tu )... kena spend like 6 figures x RM600 = RM3600. Benda alah ni valid sampai January jer. Papan dia tu usah mimpi la nak dapat !

Ada ke orang belanja groceries sampai ribu riban macam tu dalam sebulan dua? Ingat aku bukak kedai runcit ka?

Haaa ni la menatang tu

Sama besar dengan hidung Princess jer pun. Ke hidung anak aku memang kembang semangkuk?

Tak puas hati betul aku. Tapi tu la... aku hanya customer cabuk. Pasrah.

Nasib la Princess ni minat belon jer.

Kalau dia pun nak jugak.. tak ke aku terpaksa borong barang yang tak perlu kat Tesco tu?

* sorong trolley Tesco shopping beras 1 lori...

Tapi aku betul betul rasa tertipu. Tipah pun sama. Jadi aku dengan Tipah boleh geng.

* duduk sebelah Tipah dan meraung hiba bersama.

Peringatan kepada semua serta Tipah juga. Jangan mudah tergoda dengan promo promo yang boleh menjerumus ke lembah kehinaan ini.

Kill kill die die Tesco ! Boikot Tesco sebulan. 

17 comments :

  1. Kejam !!!!

    Rasa nyer , dulu ada jugak ura ura nak haramkan (I mean larang, not haram as haram syariah gitu) KIDS MEALS macam kat Mc Donald ... sebab katanya org kan nak makan, tapi nak toys dia !

    Rasanya kalau beli set tuh pun tak sampai seratus kot harganya !!!

    :(

    ReplyDelete
  2. haha..lawak bila baca part "sorong
    trolley beli beras 1 lori"

    Menda ni Tesco pernah buat last 2 year camtu lah. Tahun 2013 rasanya. Camni gak. Mmg kecik cinonet je patung tu.
    Kami pun kumpul gak sticker ni - tu ari ahli tesco dia bagi dulu free 5 sticker kalau tak silap. Tapi, tu lah.. duduk berdua - mana kan nak cecah barang sampai ratus2 dalam masa 2 bulan kan.. so, tak cukup pun sticker tu, tak dpt la nak redeem patung (husband kata - bakpe pun nak redeem, bukan ada anak nak bagi main pun. Huhu)

    ReplyDelete
  3. kesian hero tertipu oleh Tesco.Tapi paling kesian papa ngan mak hero.

    Lain kali beli terus cartoon tu,aku beli untuk adik aku dalam 2++ je

    ReplyDelete
  4. adoiaii x berbaloi..baik p kedai toys jer beli patung tue..xde ler rasa tipah tertipu..hehe

    ReplyDelete
  5. kak mieja dah dapat kumpul sekali rupanya dah deadline, terus tak dapat redeem.....lagi sedih...kesian anak2....

    ReplyDelete
  6. hahahaha....hari tu kite dah penuh 20 sticker(penuh sbb rampas sticker yg kawan2 dapat)...suruh anak sedara pergi tukar, skali dia dtg bawa benda alah tu....cinonet jer, jari kelingking lagi besar....buang karan jer pulun kumpul...

    ReplyDelete
  7. kalau dah demi anak kan.. sanggup kumpul sticker macam ni.. same goes to me.. nak wat macam mana.. itu je la anakku sorang.. ^_^

    ReplyDelete
  8. AHHH...tipah tertipu...nasib princess comel (xder kena mengena)..hehehe

    ReplyDelete
  9. keciknya..

    kumpul2 stamp ni memang kurang sikit, melainkan hadiahnya caserole, pyrex..baru semangat..*forced buying*

    ReplyDelete
  10. dah dua tiga kali terkena menda2 hampeh mcm ni baik kat tesco giant mahupun mydin..sejak tu malaih nak ambik pot..haha

    ReplyDelete
  11. Ghaz : memang kejam.. kill kill die die

    memberi harapan pelesu jer utk budak dan bapak budak..

    ( bapak budak pun excited nak dpt tu )..


    Ida : nasib la tak kumpul . kalau x kecewa melara jugak akhirnya..


    CC : kau beli kat mana?

    tak pe la.. hero aku tu dah banyak sgt mainan.. lagipun dah besar. malas nak bagi mainan sgt dah

    * pujuk hati sendiri

    ReplyDelete
  12. An : tu la.. kesian Tipah... kalau Tipah kena mesti lagi rasa tertipu..


    Amiiza : mcm tu lagi kecewa... ntah hapa hapa je tesco ni.

    baik x payah buat. kan?



    Nasa : kan kan kan.....

    ReplyDelete
  13. Anil : tu la... kalau x bagi kang muncung.. biar bagi.. last2 semua tak puas hati..

    hahahhaa


    HG : nasub la princess x ambik pot. kalau x ..masak gak aku di buatnya..


    Nohas : kalau hadiah mahal mahal mesti kena kumpul kaw kaw pulak kot..

    end up baik beli je terus..

    marketing je semua ni... donia donia !
    * hempas pinggan


    Smile : bagus smile. kau dah jadi pengguna yang bijak bestari..


    MKL : ayuh !


    ReplyDelete
  14. Aku beli kat ToysRus.Dah lama pun beli.Kenapa ko nak beli ke?
    Try cari kat Hamleys One Utama

    ReplyDelete
  15. habis RM600 dapat ciput tu je..bertabahlah demi keriangan berganda

    ReplyDelete
  16. CC : oh kedai yang tudung2 tu ke.

    nak gi beli kena pakai tudung gak ke? hahahahah

    tak de la nak beli pun. saja usha jer..



    JM : tu la. terpedaya dengan iklan.. isk

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...