Friday, January 23, 2015

Misi Mencari Kelengkapan Sekolah 2015

Musim persekolahan bermula lagi.

Dan begitu la bila tiba masanya time ni la ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak bilang aku... aku yang tengah malu..... semua pening kepala nak melengkapkan kelengkapan anak anak yang nak bersekolah. 


Aku tak terkecuali. 

Lagi lagi kalau last minit macam aku ni, dah jadi macam acara gusti ... tinju kanan tinju kiri...

Padahal OR dah sound awal awal tanya bila nak beli baju budak budak. Budak budak pun asyik dok tanya bila nak gi beli barang sekolah. Dan jawapan aku adalah.

"Nanti ! Papa perlukan mood untuk bergasak gasak dengan khalayak"

Artis Antarabangsa kan memang macam tu !

Tahun ni lebih mencabar sebab Princess pun dah sekolah tadika so kelengkapan dia kena juga ada. Hero pulak dah masuk darjah 4 jadi tak de la susah sangat kecuali nak mencari saiz baju dia sebab badan dia dah pesat membangun sekarang dah sama besar dengan aku berkat mendapat nutrisi yang sihat dan pemakanan yang banyak !

* pengsan

Walaupun sekarang dah bukak sekolah, meh aku share pengalaman dan misi mencari kelengkapan sekolah untuk 2 orang budak budak ni.

Untuk Princess tak susah sebab dia masuk tadika dan tadika sekarang bayar je semua lengkap ! Mahal  lak tu.. macam tak leh nak diterima akal jer. Dulu aku tadika rasanya tak de la macam zaman gini persekolahan dan pembiayaannya.

Untuk Hero pulak, sempena sesi persekolahan baru, semua kelengkapan nak baru. Yang lama lama tu tolak tepi la. Ada yang dah koyak ada yang dah lama dan macam macam lagi.

Untuk beg sekolah aku cari di Swan !

Swan outlet di Damansara Uptown

Memang beg Hero sebelum sebelum ni pun kami beli di Swan. Memang beg dia mahal sikit tapi tahan setahun. Memang ngam ngam la tak perlu nak tukar tengah tengah tahun. 

Sememangnya beli beg sekolah bebudak di Swan ni bermutusamy dan berbaloi dibeli !

Pilihan beg sekolah

Pilih jer. Aku senang je. biar Hero yang pilih sebab dia yang nak sekolah. Kang kalau aku pilih aku ambik beg kotak tak sesuai lak dengan jiwa dia.

Masalahnya Swan di Uptown ni agak lembab dan slow !!

Kelengkapan lain pun ada. Tapi baju apa semua beli 1 je untuk hero sebab baju dia memang kami cari kat Kamdar. Baju di Swan OK juga cuma mahal sikit la dan kaler biru lain sikit dari baju biru pengawas Hero.

Macam biasa, masa aku sampai je tak de orang. Tengah sibuk sibuk pilih terus ramai orang dalam kedai. Kaunter 1 jer nak bayar beratur lama.. * mintak maaf pada makcik yang menonggeng tu sebab aku snap gambar.........

Antara beg beg sekolah yang ada. Ni mahal melampau.. tak tergamak aku nak beli

Buku buku. Ni sebab penat menunggu la ni aku dok snappy

Baju sekolah

Pembayaran sedang di buat.

Jangan pegi Swan Uptown Damansara ni. Slow gila. Menyirap aku.

Aku siap tulis kat kertas komen tu.

LEMBAB !

Hero nampak. 

"Kenapa Papa tulis lembab? Beg kita beli tu basah ker? Kalau basah Papa beli la sarung dia !"

Isk. Lain pulak difikirnya..

Aku cakap servis kat sini yang lembab !

Kalau nak berurusan cari outlet Swan yang lain. 

Rujuk sini : Swan Beg

Selepas dapat cari beg, kami nak cari baju Melayu biru Hero pulak. Sebagai pengawas dia kena pakai setiap hari Jumaat. Dalam kepala otak aku cuma nak tuju ke Kamdar je sebab tahun lepas beli di sana !

Kami ke Jalan TAR.

Selingan jap.

Jumpa mural ni. Cer teka .. cer teka

Teka lah lagi... Teka lah.. siapa mereka ni?

Pak Lah dan Tun M. Dah ! Tak payah teka.

Malangnya... bila sampai Kamdar !

Tup tup...

Kamdar dah tutup !!

Haaa dah tutup Kamdar ni rupanya. Maybe disebabkan kebakaran hari tu kot. Ada sesapa pekerja Kamdar sini? Tolong confirmkan !

Kecewa jugak la sebab kami dah tak tau mana nak tuju. 

Jalan TAR

Seterusnya misi mencari kasut di Bata

Jalan TAR lagi

Pilihan kasut di Bata tak banyak sebab Hero kena pakai kasut Hitam. 

Aku berkenan kasut hitam macam kasut sport tapi tak tau la boleh pakai bawak gi sekolah ke tak. Hero tu masih belum terror nak ikat ikat tali kasut so nak cari zip zap zip zap jer.

Aku tanya kakak Bata.

"Kakak Bata, kasut ni boleh bawak pakai ke sekolah ke?"
"Ntah"
"Hmmm tapi ada kat bahagian kasut sekolah?"
"Ntah"

Tak membantu ! Baik Kakak Bata pegi keja jaga parking jer. Semua tak tau.

Yang tak tahannya nak beli kasut Princess. Kasut dia dah ada sekali harung dengan yuran tadika tu tapi dia nak juga.

Suruh buat pilihan antara dua. Dia tak nak !

Dia nak yang ni !!!! Kau dah kenapa nak lawan Dato Vida?

Nasiblah 2 orang je ni. Kalau ramai ramai lagi aku pengsan. Princess semua benda nak kaler pink ! Baju sekolah kuning kasut pink.. nampak bakal jadi fashion victim di sekolah nanti

Dapatlah kasut semua....

Pastu kami lapar.

Sebab masih di Jalan TAR maka OR dengan gembiranya ajak makan di kedai favourite dia. Aku ikutkan saja.

Restoran Insaf. Nasib tak selalu... tapi makan memang insaf sebab mahal... tapi sedap lah

Misi mencari barang tak berakhir di situ. Sebab baju belum di temui.

Perjalanan diteruskan lagi. Pegi outlet Kamdar yang lain. Tanya tanya rupanya tak semua Kamdar jual baju sekolah ! Kamdar SS2 tu jual langsir jerr..... Ergh.... salah masuk kedai.

Then pegi sampai ke Subang Parade. !

Cari baju Canggih di Parkson tapi kaler tak padan dan size dah banyak habis !

Cuma sambar beg untuk Princess sebab dia kemaruk nak jugak. Oh Beg Swan pun ada di jual di Parkson.. memang tak ambik beg dia kat kedai Swan sebab pilihan kaler pink tapi nampak buruk. Kasut yang memula dia tak nak yang di beli di Bata terus di pakai la la tu jugak. Heret beg satu Subang Parade

Misi tak berapa berjaya. Sudahnya.. lepak makan je lah.

Nasib baik la cuti sekolah bersambung seminggu lagi. Boleh bernafas sikit.................

Lepas pada tu kami mencari peluang jelajah lagi untuk misi melengkapkan kelengkapan sekolah Hero. Baju dia masih belum di temui. Seluar pun masih tak cukup, Baju Melayu tak jumpa langsung !

Ada member suruh pegi Professor !

Aku pegi di HQ di SS2 Petaling Jaya,.

Professor 

Malangnya size dah abis.

Oh... susah betul.

"Abang. Tahun ni Papa cut belanja sekolah. Supaya abang cepat kurus. Susah la nak cari saiz baju cam ni"

Hahaha. Budak tu muncung jer. Dia tu semangat nak kurus tu ada tapi bila tengok makanan.. Hmmmm lupa segala galanya.

Pekerja  kedai Professor tu suruh pegi outlet lain. Hmmm.. Letih dah nak mencari. 

Ni list outlet mereka. Boleh check !


Tapi kami ada tempat tuju terakhir. Ni boss aku yang suggest kan sebab dia pun gi shopping kat sini. Kalau orang Melaka pasti tau, dan mereka kini ada outlet di Taipan USJ. Berdekatan dengan Masjid Taipan tu.

Bee Loon Uniform

Alhamdulillah pencarian tak sia sia. Semuanya ada di sini. Walaupun kedai kecik tapi semua lengkap.

Kasut Hitam Pallas ada. Songkok ada tapi Baju Melayu kaler biru tak der !! Beg pun ada tapi beg nampak cheap sikit. Baju dia nampak OK dari segi material dan jahitan. Harga pun berpatutan. 

Kira Okey lah !

Aku pun lena tidur. Sebelum tu hari hari dok fikir mana nak cari lagi baju Hero ni.

Bee Loon Uniform

Ni website mereka. : Bee Loon

Lega lah semua cukup. Baju Melayu akhirnya beli yang siap macam baju raya. Sampin kena tempah. 

Ni pun kiranya sebab last minit cari barang sebab aku busy ke hulu ke hilir... tu yang tunggu last minit.

So moralnya tahun tahun akan datang boleh cari kedai kedai berikut ni untuk kelengkapan sekolah. Lebih baik persiapkan awal awal supaya tak pening.

Dan Hero macam biasa, masuk sekolah tak de masalah.

Princess pun okeh bersemangat nak gi sekolah. Hantar sekejap pastu kami blah. Dia tak nangis pun.

Cuma first first day dia dah siap siap packing barang dia sendiri nak bawak pegi sekolah .........

Miss Diva Divana nak pegi sekolah bawak heels !!!!

"Adik.. Adik dah kenapa?"

Papa pengsan. Anak Papa dah terlebih dari artis !

18 comments :

  1. Aku pun sibuk urus sekolah adik aku.Swan tu dekat ofis aku ada satu kedai dia.Masa aku pergi hari tu ok je servis dia.Sekolah sekarang nak macam macam

    Insaf sentiasa dihati.Dari zaman sekolah sampai sekarang.

    Princess artis sangat


    ReplyDelete
  2. hahaha..princess2 mmg terserlah bakat diva dia..pening lar papa dia esok. hehe

    ReplyDelete
  3. tq, boleh survey kat beeloon baju seragam tu..:)

    ReplyDelete
  4. Ingat lagu iklan bata dulu2

    mula-mula ke bata, kemudian ke sekolah..

    dulu2 cam gah sgt kalau dah pakai kasut bata, budak sekarang bonia pun tak pandang.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Bang..
    Sini BATA.. mahallllllll sesangat.
    Capal sempoi gilos pun cecah RM400 sepasang. Mampu tengok je la bang.

    Restoran Insaf.. sangat menginsafkan tang harganya.. tapi sedap. Kan bang.. kan kan..
    (nak kena cari nasi beriyani ayam la pulak dah haiiii..)

    ReplyDelete
  6. lagu Wali BAND tu sesuai untuk JM jeeeee

    JM pernah dgr kalau time kita masuk kedai xde org pastu dalam beberapa ketika org semakin ramai itu makna nya kita pembawa rezeki..x pasti kebenaran nya

    good girl princess camtu lah anak retis, mesti berani..x perlu nk nangis cam budak lain x comei nanti

    ReplyDelete
  7. CC : sebelum ni aku pegi outlets swan yang lain oke je.. yang kat uptown ni je sloe below... ikut cuaca..


    An : tu la.. now sekolah ikut mood.. kdg kdg rajin,.. kdg kdg miss alasan tak mau pegi sekolah...


    Amizaa : ya.. beeloon tu banyak gak pakaian seragam

    ReplyDelete
  8. Nasa : bonia? ada ke bebudak pakai bonia.. hiks..

    dulu kita bata dah power sgt. kasut getah yang tinggi sikit tu lagi havoc..

    lunyai pakai setahun...


    Sham : Bata ni memang merata rata dunia ada kan?

    tumpang bangga kejap..

    eh kat sana mesti beryani lagi sedap sedap. Insaf tu boleh la.... sejak dulu sampai kini rasa dia mcm tu jer...


    ReplyDelete
  9. MKL : sekarang beg mcm mcm jenis dan design. mengalahkan beg dewasa. harga pun mencanak2 jer.


    JM : pernah dgr jugak pasal pembawa rezeki tu..

    tapi kdg kdg menganggu ketenteraman je tetiba tgh syok syok pilih2 tak de org ... kedai kena serbu.

    ReplyDelete
  10. Lama tak singgah sini...taktau pun Kamdar tu dah tutup n terbako. Barang2 princess sweet sangat, pink2. Kalau bebudak kat sek nie asik nak Shasha je, mahai jugak.

    ReplyDelete
  11. Nuryn : sasha tu apa?? jenama ke?

    kamdar tu tak tau la sampai bila tutupnya

    ReplyDelete
  12. Brand Shasha..x pasti spellingnya tu, biasa nampak kat Parkson brand tu.

    ReplyDelete
  13. Noryn : okey.. x pe nanti sekolah tahun depan buleh check balik.

    thanks

    ReplyDelete
  14. komen pasal restoran insaf tu cam best je..nak kena try ni ajak TL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila... mahal je la skit harga dia. tapi rasa memang enak.

      Delete
  15. Hehehe comel la princess tu, budak perempuan memang camtu kot sebab anak saya pun sama 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. bila semangat dia dtg mcm tu lah. tapi awal awal je. pastu mula malas nak gi sekolah. ada je alasan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...