Showing posts with label Pulau Dayang Bunting. Show all posts
Showing posts with label Pulau Dayang Bunting. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

Langkawi 2013 - Pulau Dayang Bunting

Pernah dengar Tasik Dayang Bunting kan?

Tau tak Tasik Dayang Bunting tu terletak di pulau apa?

Langkawi? Tetttttttttttt ! Salah ! Jawapannya terletak di Pulau Dayang Bunting !!!

* mengilai macam langsuir

Pernah tau kenapa di namakan Pulau tu Pulau Dayang Bunting?

Jawapannya adalah.

Jeng Jeng Jeng.

Sebab pulau tu kelihatan seperti dayang yang tengah membunting !!!

Tak percaya? Tengok ni.


"Dayang Nurfaezah, kau ambik bantal ni letak dalam baju, pastu berbaring di situ !!!"

* mati la arahan

Dayang Nurfaezah berbaring dengan perut yang membunting

Tapi itu bukan Dayang Nurfaezah. Tidak jugak Dayang Ku Intan. Jauh sekali....  die young dalam lagu Keisha - Die Young tu.

Tahukah anda Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah?

Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Langsuir?

* terus tak jadi mengilai dah

Takut !

Cakap banyak pun tak guna, salah cakap kang marah dek Cina (saja nak bagi rhyme). Jadi, ayuh tengok gambar gambar ni.

Bot bot berlabuh di Pulau Tasik Dayang Bunting

Ada jetty di sediakan

Selamat datang

Dah sampai dah ni

Peta Pulau Dayang Bunting

Pulau Langkawi merupa Pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri Kedah dalam pergolakan sejarah dari ancam Siam. Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui jalan laut. Dari Gunung Mat Chinchang seluruh Langkawi dapan di pantau. Ia juga laut sekeliling terutama laluan ka Kuala Kedah Pengkalan kepada ibu Negeri Kedah. 

Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun (Dis hingga April) bekalan air amat penting kepada orang Langkawi khusus nya pelaut dan nelayan. Sebab itu takungan air tawar membuat pulau itu menjadi penting. Oleh kerana zaman dulu tiada rujukan lokasi secara moden semua lokasi di beri dalam rupa bentuk supaya Nelayan mudah mencari. Jadi sifat bentuk orang mengandung sedang tidur menjadi rujukan Pulau Dayang Bunting. Kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar.

Tiada penduduk yang tinggal di pulau ini, tapi beberapa fasiliti pelancongan disediakan termasuk tandas dan sebagainya. Depan toilet tu ada orang jual lastik. Dah anak aku mengamuk nak beli lastik jugak. Nak melastik apa pun tak tau.

Tandas awam. Awasi penjual lastik !

Tetapi, barang di ingat. Di pulau ini terdapat banyak monyet yang berkeliaran dan suka menyelongkar sampah sarap mahupun mencuri plastik yang di bawa. Jadi berhati hati. Kedatangan anda pastinya di sambut oleh mereka ini yang selalunya berniat serong dengan apa yang anda bawa.

Hati hati Che Salmah !

Monyet monyet menyelongkar

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Ayuh, kita melangkah menuju ke Tasik Dayang Bunting. Jarak perjalanan lebih kurang 10 minit menaiki anak tangga yang di sediakan. Mula mula agak mendatar tapi lama lama agak steep sampai ke hujungnya di mana anak tangga curam terus menurun hingga ke tasik.

Perjalanan akan di temani oleh aksi lincah monyet monyet ini

Ini la Tasik Dayang Bunting

Ada pelantar di sediakan untuk pelancong merasai sendiri air tasik ini

Bot bot juga di sediakan untuk aktiviti di sini

Awas ! Air di sini dalam. Hati hati kalau nak mandi

Namun, ramai yang mengambil langkah untuk duduk dan godek godek kaki di air tawar ini

Terdapat kolam kecil yang cetek untuk kanak kanak bermandi manda tapi hati hati dasarnya agak licin kerana lumut

Kolam kecil

Boleh jugak feeling feeling berehat dan bagi ikan gigit kaki dan kuku yang bercagu

Terdapat kedai menjual cenderamata dan juga minuman ringan di sini. Ada sewa bot, sewa jacket dan macam macam lagi. Kawasan tak de la besar, tapi cukup la untuk duduk bersantai buat seketika.

Di khabarkan, sesiapa yang teringin mengandung, boleh datang ke sini dan minum air dari Tasik Dayang Bunting ni. Tapi untuk pompuan je la. Kalau dah nama jantan tak boleh mengandung, kau tegok la 40 gelen pun, bertambah kembung je la jadi nya. Tak de kesahihan dalam membuktikan minum air tasik ni boleh mengandung. May be lebih kepada kepercayaan. Lagi lagi datang sini bercuti, balik bilik hotel tak buat apa terus beromen je.. Tup tup. Menjadi uols ! Pastu sabitkan sebab minum air ni. Dok gitu?

Terdapat  cerita dongeng dan mitos, berkenaan dengan legenda tasik ini.

Menurut lagenda tempatan ia bermula dengan kisah cinta lelaki bernama Megat Teja dan perempuan bunian bernama Dayang. Megat Teja berjaya memenangi hati dayang dengan menyapu air mata duyung ke wajah Megat Teja, dan apa bila Dayang terpandang wajah Magat Teja maka Dayang pun jatuh hati. Setelah Dayang hamil maka dia mengambil keputusan untuk bersemayam di kawasan tasik sehingga melahirkan anak, Tetapi anak dayang mati setelah 7 hari di lahirkan. Dayang menanam mayat bayinya di dasar tasik. Sehingga hari ini tasik dan pulau ini dipanggil Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting.

Boleh nampak bentuk seperti wanita hamil terbaring. Nampak bentuk muka, bentuk tetek, perut dan pinggul.

Ini pemandangan Dayang yang membunting tadi. Tadi dari sebelah sana, kini dari arah tasik.

Pastinya setelah menghabiskan masa di tasik tadi, boleh la berpatah balik ke jetty tempat bot berhenti. Boleh duduk melepak tengok gelagat monyet monyet di sini.

Mencari kutu

Bersendaloka sesama mereka

Tunggu bot

Untuk pulang ke Langkawi

Pendek kata, lawatan anda ke Langkawi tidak akan lengkap sekiranya anda tidak berkunjung ke Pulau Dayang Bunting ini.

Aci ke cakap cam tu? Pepandai je. Lengkap tak lengkap pun ada orang kesah?

Friday, March 22, 2013

Langkawi 2013 - Island Hopping

Salah satu aktiviti di Langkawi yang boleh di lakukan adalah Island Hopping !

Ini kali ke 2 aku join island hopping di Langkawi selepas tahun dulu dulu pegi sekali dengan GBS. Untuk join island hopping ni, kita boleh cari operator yang menyediakan trip island hopping je.

Yang penting bayar !

Harga untuk island hopping di Langkawi bagi 3 pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting adalah RM35 dewasa dan RM25 untuk kanak kanak. Tak de makanan di sediakan.

Ada 2 port untuk naik island hopping ni, satu dekat jeti kecik di Awana Porto Malai tu, dan satu lagi di Kuah.

Masa aku sampai hari tu tak book apa apa, jadi aku tanya budak yang sewa kereta tu je. Dia kata kalau nak join, tunggu je kat jetty Pekan Rabu dekat Kuah tu sebelum pukul 9. Boleh naik kat situ.

So gigih la pepagi hari kami bergerak dari Cenang ke Kuah untuk trip ni.

Meh tengok apa yang ada sepanjang island hopping di Langkawi ni.

Ini jetty dekat Pekan Rabu, Kuah. Semua akan berkumpul di sini untuk nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya nanti dia suruh la naik bot mana mana. Hahaha part Negaraku tu aku tipu !

Ini bot yang kami naik. Agak laju. Barang di ingat, kalau dari Kuah jarak dia jauh skit. Melambung lambung senak pungkok jugak la naik bot ni.

Destinasi pertama. Pulau Beras Basah

Kedatangan kami di sambut oleh monyet monyet yang rakus ni. Pantang nampak plastik, nak di curi je keje nya

Tapi keindahan alam semula jadi di Pulau Beras Basah ni masih terpelihara

Damai yang indah

Aktiviti kat sini cuma la berehat dan bersantai, atau pun mandi laut. 

Kalau cuaca elok ada watersport buleh la cuba. Ada parasailing dengan banana boat tapi masa memula aku sampai cuaca macam tak OK. Bila nak blah tu baru dia orang baru nak start start so tak sempat nak parasailing. Terus abang jadi Shima. Teringin !

Kat sini tak de toilet so di larang berak. Dan tak de kedai makan. Aku syorkan bawak bekal sendiri. Dulu aku datang tak bawak bekal, belajar dari pengalaman, kali ni datang bawak nasik lemak bungkus. Boleh gak makan makan. Air jangan lupa kang tercekik pulak. Hospital pun tak de. Tapi time makan tu kena hati hati sebab ada yang memerhati.............. !

Bukan Kiah Propah. Tapi monyet !

Biasanya berhenti di Pulau Beras Basah ni selama 1 jam. 

Mandi OK tapi banyak jejarum laut tu. Gatal jugak la badan. So kalau nak menggatal aci je datang sini.

Antara pelancong yang ada 

Selepas berehat dan bersantai di Pulau Beras Basah.

Nanti naik bot semula dan akan di bawa ke Pulau Dayang Bunting. Tapi on the way tu, dia akan singgah di Pulau Singa Besar untuk melihat helang makan.

Bot berhenti tengah laut je, ada satu kawasan berteluk sikit situ memang banyak sang helang.

Terbang helang

Untuk effect tengok helang lebih teruja, driver bot tu akan bawak makanan helang ni dan dia akan buang di laut tu, dan tak lama segerombolan helang akan datang makan makan dengan lahap nya

 I believe I can fly

Touch down

Nampak tak banyak helang helang tu?

Helang

Bot sedang berhenti untuk memerhatikan burung helang.

Iklan kejap.

Tetiba teringat lagu Terbang Helang.



Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa
Dengan gaya perwira

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya

Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri

Faham tu? Jangan lupa diri. Nanti lemas sendiri.

* mati la 

OK. Lepas tu, bot akan bergerak meninggalkan Pulau Singa Besar tu untuk ke Pulau Dayang Bunting.


Jarak satu pulau ke satu pulau yang lain ni tak de la jauh pun. Dekat jer.

Tup tup nanti sampai la di Pulau Dayang Bunting ni. 

Apa ada kat sini?


Monyet banyak !

Jadi sekali lagi kena berhati hati kalau bawak plastik. Dia orang ni ( orang ke? ) jenis main terjah pastu rampas je even plastik tu kat tangan.

Dari jetty bot berhenti dan kita di bagi masa selama 1 jam untuk ke Tasik Dayang Bunting.

Pernah dengar kan? Pernah tau kan perihal Tasik Dayang Bunting ni? 

Tasik Dayang Bunting ni terletak di Pulau Dayang Bunting la. Hanya sedikit kawasan memisahkan air laut dan air tawar ( tasik ) di sini. Orang kata kalau nak mengandung, datang la sini, minum air tasik ni pastu tetiba mengandung. Macam tu lah.

Hahaha

Tapi aku sempat jumpa ada kakak ni dah sarat mengandung pun datang. Gigih dia naik turun tangga perut macam dah besor.

Nak berjalan dari jetty ke tasik ni adalah dalam 10 minit. Ada toilet kat sini. Jenuh jugak la nak mendaki anak tangga turun naik.

Tasik Dayang Bunting

Boleh mandi manda. Tapi barang di ingat, tasik ni dalam. Kalau budak budak tak di galakkan mandi. Tapi ada la kolam kecik yang cetek untuk budak budak berendam

Boleh naik bot keliling tasik

Jetty Pulau Dayang Bunting

Bot meninggalkan Tasik Dayang Bunting

Lepas abis melawat Tasik Dayang Bunting ni maka tamat la trip island hopping ni. Pulang la semula ke Pulau Langkawi dengan muka keletihan.

OR siap tanya aku.

"Yang. Lepas ni kita pegi mana pulak?"
"Lepas ni Pulau Dayang Ku Intan, Pastu Dayang Senandung, Pastu Dayang Nurfaezah"

Terus dia diam tak nak melayan. Stress kan jadi dia dapat laki mental macam aku? Hahahaha

Sudahnya bot bawa kami balik semula ke Kuah.

Kapal besar di Pelabuhan Kuah

Sampai jetty  Kuah

Tengok apa aku jumpa. Pusat karaoke nama nya Langkawi Idol. Kampung kau Ado?

Overall trip ni agak mengujakan kalau first time. Sebab aku pegi second time, OK la lagi. Paling penting cuaca pun kena elok jugak lah. Kalau hujan memang tak syok. 

Selain daripada ni, ada lagi island hopping ke Pulau Payar. Yang ni aku belum pernah try. May be next time.

Boleh di cuba kalau di Langkawi. Semestinya memberi pengalaman baru dan pastinya menyeronokkan.

* mati la ayat.

Friday, March 1, 2013

Highlight Langkawi 2013 : Trip Janji Di Tepati

Haaa. Minggu lepas aku pegi Langkawi.

Trip ni aku namakan Trip Janji Di Tepati sebab trip ni aku promise Hero banyak benda.

Pertamanya nak bawak dia naik kapal terbang. Dia kan asyik merajuk je kalau antar aku kat airport.

"Asyik asyik Papa je yang naik kapal terbang. Hero tak de pun"

Tu ayat biasa dia kalau merajuk. So kali ni, bawak la biar dia rasa sendiri. Punya la dia excited. Menghitung hari bila nak sampai 22 hb. Asyik asyik tanya. Aku memang dah plan lama tapi nak cari masa yang sesuai je la sebab aku pun busy dengan banyak benda.

Ke duanya, selepas kehampaan di Golden Palm Tree, Sepang hari tu sebab dia tak boleh nak mandi laut dan mandi kolam, jadi aku janji nak bawak dia langkawi dan kasi dia mandi puas puas. Siap bawak pelampung dengan gogle. Jenuh la aku nak kena tiup pelampung tu. Nasib tak kena beguk.

Jadi, ini lah highlight trip 3 hari 2 malam ke Langkawi kami anak beranak.

Habis keje hari Jumaat terus ke LCCT. Flight malam.

Sampai dah dekat pukul 10, ambik kereta dan terus check in di Meritus Pelangi

Lobby hotel. Pening aku nak memilih hotel, akhirnya yang ni jugak jadi pilihan

Kereta sewa. Aku tempah Honda City, tapi budak tu cakap Honda City dia accident hari tu, so dia upgrade ke Nissan Sylphy. Dulu aku datang dengan GBS naik kereta ni jugak. Entah entah kereta yang sama.

Pagi pagi esoknya, kami pegi island hopping ke Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan juga Pulau Dayang Bunting.

Keindahan Pulau Beras Basah yang masih suci dan berdara.

Lepak lepak mandi manda sambil makan nasik lemak bungkus

Nampak tenang dan aman damai tapi sebenarnya banyak monyet, abis aku punya gula gula dalam beg dia berjaya curi.

Singgah di Pulau Singa Besar untuk melihat helang makan

Dan seterusnya ke Pulau Dayang Bunting. Nampak tak Dayang tengah membunting tu tido?

Kat sini pun agak banyak monyet

Antara aktiviti yang ada di Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting. Aku tak payah minum air di sini sebab memang dah semulajadi macam orang mengandung pun * nanges keluar laici

Pulau Dayang Bunting lagi.

Kemudian balik ke Kuah dan lepak lepak di Dataran Lang

Seharian penat berisland hopping, kami balik ke hotel dan bermalas malasan 
( padahal semua penat )

Pool hotel

Mana la Hero tak histeria, hotel ni siap ada mini water theme park untuk kids

Anak mandi kolam, Papa layan sunset yang tak berapa nak ada

Malam tu kami keluar makan di Orkid Ria dekat Pantai Cenang

Aku jaki sebab member aku dapat udang galah banyak hari tu, so aku pun nak makan jugak

Ada lobster jugak

Esoknya lepak lepak di kawasan hotel je. OR pegi SPA. Aku teman Hero mandi kolam

Sambil sambil tu melayan keindahan alam di kawasan resort

Feeling feeling berjemur tapi sebenarnya skodeng minah salleh pakai bikini

Lepas check out baru kami ke Makam Mahsuri. Jumpa kekasih lama yang berdarah putih.

Pegi ke Pantai Tanjung Rhu, tapi cuaca tak best. Hujan

Ke Oriental Village. Ingat nak naik cable car tapi sebab hujan, cable car tak jalan

Jalan jalan je di kawasan sekitar

Singgah Telaga Harbor tapi hujan, nak ambik gambar pun payah

Sebab hujan, tak de benda boleh di buat. Balik ke Pantai Cenang dan berjalan tanpa arah tujuan. Underwater World pun dah tutup

Lepak lepak di Pantai Cenang

Menunggu sunset yang tak ada

Itu je la aktiviti kami di sana. Tak de apa sangat. Just lepak lepak dan berehat jer.

Tapi sepanjang di Langkawi, selain makan di hotel, ni antara kedai yang kami singgah untuk makan makan.

Kedai Nasi Kandar ni 24 jam. Kami sampai then makan roti canai sebelum gi island hopping. Siap bungkus nasi lemak makan kat Pulau Beras Basah, balik tu makan pulak tengahari kat sini.

Singgah makan Mee Rebus dengan Laksa kat Pantai Kok. Tengah tengah makan, hujan turun lebat. Abis air hujan masuk dalam kuah laksa dan mee rebus.

Dan paling best, beli nasik lemak bungkus tepi jalan dan makan kat hotel. Hahaha. Kenyang pun kenyang

Aktiviti shopping ala kadar je lah. Tak de la borong apa apa pun. Aku je la beli rokok ! Pastu OR nak cari handbeg tapi tak de yang berkenan. 

Pegi kat The Zon beli baju mandi Hero. Tak lalu aku tengok dia pakai seluar mandi dia yang dah sendat tu

Kedai favourite aku kalau beli cokelat di Langkawi. Dekat Kuah ni. Chocolate dia murah skit, rokok pun murah RM2.

Overall trip ni OK lah. Letih tak letih sangat. Cuaca je la yang kurang menyebelahi kami sebab hujan di hari terakhir tu. Yang lain lain OK lah. Hotel best. Dapat la aku menenangkan fikiran yang kusut masai ni memikirkan masalah negara dan nak pilihanraya ni.

* mati la tak de kena mengena.

Dan yang paling penting, Hero seronok betul. Dapat mandi laut, mandi kolam, mandi bath tub dalam bilik. Naik kecut dah berendam. Dia pun boleh tahan shopping. Beli barang untuk dia, pastu untuk kawan kawan dia. Tetiba la kawan dia jadi ramai.

Yang tak tahannya, dia siap pesan kat aku masa beli cokelat.

"Papa. Papa beli lah cokelat untuk Cikgu XX, Cikgu YY, Cikgu ZZ"

Punya la banyak cikgu dia tetiba. Pastu ada lagi ! 

Aku dengar dia cakap dengan ibu dia.

"Ibu, Ibu jangan lupa ambik jugak untuk Auntie Noriah"
"Auntie Noriah?"

* Papa pitam.

Auntie Noriah adalah drebar van sekolah dia !

Budak yang puas hati berendam sedang berpoyo-sing dengan baju renang baru.

Begitu lah berakhirnya Trip Janji Di Tepati ke Langkawi.  Nanti update lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...