Salah satu aktiviti di Langkawi yang boleh di lakukan adalah Island Hopping !
Iklan kejap.
OK. Lepas tu, bot akan bergerak meninggalkan Pulau Singa Besar tu untuk ke Pulau Dayang Bunting.
Nak berjalan dari jetty ke tasik ni adalah dalam 10 minit. Ada toilet kat sini. Jenuh jugak la nak mendaki anak tangga turun naik.
Ini kali ke 2 aku join island hopping di Langkawi selepas tahun dulu dulu pegi sekali dengan GBS. Untuk join island hopping ni, kita boleh cari operator yang menyediakan trip island hopping je.
Yang penting bayar !
Harga untuk island hopping di Langkawi bagi 3 pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting adalah RM35 dewasa dan RM25 untuk kanak kanak. Tak de makanan di sediakan.
Ada 2 port untuk naik island hopping ni, satu dekat jeti kecik di Awana Porto Malai tu, dan satu lagi di Kuah.
Masa aku sampai hari tu tak book apa apa, jadi aku tanya budak yang sewa kereta tu je. Dia kata kalau nak join, tunggu je kat jetty Pekan Rabu dekat Kuah tu sebelum pukul 9. Boleh naik kat situ.
So gigih la pepagi hari kami bergerak dari Cenang ke Kuah untuk trip ni.
Meh tengok apa yang ada sepanjang island hopping di Langkawi ni.
Ini jetty dekat Pekan Rabu, Kuah. Semua akan berkumpul di sini untuk nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya nanti dia suruh la naik bot mana mana. Hahaha part Negaraku tu aku tipu !
Ini bot yang kami naik. Agak laju. Barang di ingat, kalau dari Kuah jarak dia jauh skit. Melambung lambung senak pungkok jugak la naik bot ni.
Destinasi pertama. Pulau Beras Basah
Kedatangan kami di sambut oleh monyet monyet yang rakus ni. Pantang nampak plastik, nak di curi je keje nya
Tapi keindahan alam semula jadi di Pulau Beras Basah ni masih terpelihara
Damai yang indah
Aktiviti kat sini cuma la berehat dan bersantai, atau pun mandi laut.
Kalau cuaca elok ada watersport buleh la cuba. Ada parasailing dengan banana boat tapi masa memula aku sampai cuaca macam tak OK. Bila nak blah tu baru dia orang baru nak start start so tak sempat nak parasailing. Terus abang jadi Shima. Teringin !
Kat sini tak de toilet so di larang berak. Dan tak de kedai makan. Aku syorkan bawak bekal sendiri. Dulu aku datang tak bawak bekal, belajar dari pengalaman, kali ni datang bawak nasik lemak bungkus. Boleh gak makan makan. Air jangan lupa kang tercekik pulak. Hospital pun tak de. Tapi time makan tu kena hati hati sebab ada yang memerhati.............. !
Bukan Kiah Propah. Tapi monyet !
Biasanya berhenti di Pulau Beras Basah ni selama 1 jam.
Mandi OK tapi banyak jejarum laut tu. Gatal jugak la badan. So kalau nak menggatal aci je datang sini.
Antara pelancong yang ada
Selepas berehat dan bersantai di Pulau Beras Basah.
Nanti naik bot semula dan akan di bawa ke Pulau Dayang Bunting. Tapi on the way tu, dia akan singgah di Pulau Singa Besar untuk melihat helang makan.
Bot berhenti tengah laut je, ada satu kawasan berteluk sikit situ memang banyak sang helang.
Terbang helang
Untuk effect tengok helang lebih teruja, driver bot tu akan bawak makanan helang ni dan dia akan buang di laut tu, dan tak lama segerombolan helang akan datang makan makan dengan lahap nya
I believe I can fly
Touch down
Nampak tak banyak helang helang tu?
Helang
Bot sedang berhenti untuk memerhatikan burung helang.
Iklan kejap.
Tetiba teringat lagu Terbang Helang.
Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira
Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa
Dengan gaya perwira
Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya
Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri
Faham tu? Jangan lupa diri. Nanti lemas sendiri.
* mati la
OK. Lepas tu, bot akan bergerak meninggalkan Pulau Singa Besar tu untuk ke Pulau Dayang Bunting.
Jarak satu pulau ke satu pulau yang lain ni tak de la jauh pun. Dekat jer.
Tup tup nanti sampai la di Pulau Dayang Bunting ni.
Apa ada kat sini?
Monyet banyak !
Jadi sekali lagi kena berhati hati kalau bawak plastik. Dia orang ni ( orang ke? ) jenis main terjah pastu rampas je even plastik tu kat tangan.
Dari jetty bot berhenti dan kita di bagi masa selama 1 jam untuk ke Tasik Dayang Bunting.
Pernah dengar kan? Pernah tau kan perihal Tasik Dayang Bunting ni?
Tasik Dayang Bunting ni terletak di Pulau Dayang Bunting la. Hanya sedikit kawasan memisahkan air laut dan air tawar ( tasik ) di sini. Orang kata kalau nak mengandung, datang la sini, minum air tasik ni pastu tetiba mengandung. Macam tu lah.
Hahaha
Tapi aku sempat jumpa ada kakak ni dah sarat mengandung pun datang. Gigih dia naik turun tangga perut macam dah besor.
Tapi aku sempat jumpa ada kakak ni dah sarat mengandung pun datang. Gigih dia naik turun tangga perut macam dah besor.
Nak berjalan dari jetty ke tasik ni adalah dalam 10 minit. Ada toilet kat sini. Jenuh jugak la nak mendaki anak tangga turun naik.
Tasik Dayang Bunting
Boleh mandi manda. Tapi barang di ingat, tasik ni dalam. Kalau budak budak tak di galakkan mandi. Tapi ada la kolam kecik yang cetek untuk budak budak berendam
Boleh naik bot keliling tasik
Jetty Pulau Dayang Bunting
Bot meninggalkan Tasik Dayang Bunting
Lepas abis melawat Tasik Dayang Bunting ni maka tamat la trip island hopping ni. Pulang la semula ke Pulau Langkawi dengan muka keletihan.
OR siap tanya aku.
"Yang. Lepas ni kita pegi mana pulak?"
"Lepas ni Pulau Dayang Ku Intan, Pastu Dayang Senandung, Pastu Dayang Nurfaezah"
Terus dia diam tak nak melayan. Stress kan jadi dia dapat laki mental macam aku? Hahahaha
Sudahnya bot bawa kami balik semula ke Kuah.
Kapal besar di Pelabuhan Kuah
Sampai jetty Kuah
Tengok apa aku jumpa. Pusat karaoke nama nya Langkawi Idol. Kampung kau Ado?
Overall trip ni agak mengujakan kalau first time. Sebab aku pegi second time, OK la lagi. Paling penting cuaca pun kena elok jugak lah. Kalau hujan memang tak syok.
Selain daripada ni, ada lagi island hopping ke Pulau Payar. Yang ni aku belum pernah try. May be next time.
Boleh di cuba kalau di Langkawi. Semestinya memberi pengalaman baru dan pastinya menyeronokkan.
* mati la ayat.
OR tak minum ke air Tasik Dayang Bunting tu??mane tahu dapat baby girl lak...mesti Hero suka kan...
ReplyDeleteYg aku pelik..atok nenek monyet tu dtg pulau camne arr?? Hehe..
ReplyDeleteAku pernah gi pulau payar wat snorkeling... mmg syok la... bg mkn ikan jerung (ke anak!!)
hb,
ReplyDeleteko igt dorg xreti berenang ke? xpun dorg tmpg jer bot2 yg ade..
ade satu cite psl buang kucing..mkck aku pernah buang kucing kt pulau rebak sbb ank die keje kt sane..ko tau ape jd lps tu? 3 bln kemudian kcg tu balik semula kt rumah mkck aku? terer x kucing tu mencari jln plg?
meng,
ReplyDeletesila bg contact no pakej murah mcm ni..kwn aku ckp die pg dpt lg mahal..aku bgtau ko pg dpt rm35 sorg utk island hoping..
SR : :-)
ReplyDeleteHB : aku teringin gak. maybe next time
DATT : kucing memang begitu. aku rasa dia loncat atas bot kot.
Eh. bukan semua pakej mcm tu ke? aku rasa tu standard ler RM35. kalau mahal tu may be masuk makan ke apa. atau mungkin dia pegi belayar ke pulau pandan jauh ke tengah?
dulu masa pegi, kitorang tak mandi kat dayang bunting tu sbb tak kawin lagi, kang naya jer terbunting hahaha!
ReplyDeletetakde la, aku tgk air dia keruh, aku rasa mcm ada naga or monster jer dlm tu...eiiii aku tak suka tasik! aku rela lagi laut :D
x minum pun bunting gak kan??
ReplyDelete* rebah tepi tasik
main rebah2 plak ko ek hahaha!
ReplyDeletemeng, sila pi hotel avilion water chalet n buat review kat sofa2 bulat turquoise tu, aku nak cuci mata kat blog ko jer okeh?
wah, memetik jer! hahaha!
ini kah?
ReplyDeletehttp://supermengmalaya.blogspot.com/2011/02/avispa.html
encik supermeng,
ReplyDeleteberapa lama ekk duration island hopping ni? setengah hari?
rasanya 9pg - 2ptg mcm tu. depends kat cuaca jugak dan depends ko duduk berapa lama kat satu satu tempat tu...
ReplyDeletekalau nak telan air tasik dayang bunting satu gelen.. lama la balik agaknya..
dia org jalan bila semua ahli jemaah cukup.
ok nak minum air kt tasik dayang bunting!
ReplyDeletehehe...menarik! nak pi island hopping jugakkkkkkk
Cadlynn : sila pegi. kalau banyak masa pegi ke pulau payar sekali.
ReplyDeleteDalam banyak2 aktiviti kat Langkawi ni paling best saya pernah buat rasanya pulau payar dengan mangroove tour (yg tour ni is the best)... Pulau Payar RM120, Mangroove Tour RM80... Memang awesome... Parasailing kt Cenang cun juga... Every year sejak 2008 memang bercuti ke sini bila hujung tahun... kecuali 2012... Sebab saya pergi LIMA 2013 yang buat bulan 3 hari tu... ;)
ReplyDeleteFAH : aku masih belum sempat ke payar. Insya Allah, satu hari nanti..
ReplyDeleteOR pun ada hint2 jugak ajak pegi langkawi lagi..
mcm selalu sgt terbosan pulak karang...