Saturday, March 9, 2013

Jom Lepak : Cafe Chawan

Korang pernah dengar Cafe Chawan? Pernah try? Kau Hulubalang?

Aku pernah nampak sebelum ni tapi tak pernah nak try. Tapi hari tu jalan jalan tak tau nak gi makan kat mana akhirnya pegi Citta Mall pastu nampak kedai Chawan ni.


Nak try lah. OR pun kata OK. Then kami oder.

Suasana dalam kedai

Order Roti Bakar untuk Hero

Nasi Beryani untuk OR

Sweet and Sour Chicken untuk aku

Cafe dia macam cafe biasa je sebenarnya, tapi apa yang menarik aku nak bagitau. Yang istimewanya kedai Chawan ni.

Dia jual kopi dan ada macam macam jenis local kopi kat sini. Kopi Kemaman. Kopi Tanjung Malim. Kopi Muar. Kopi Kluang. Kopi mana ntah lagi.

Semua ada !!

OR order kopi Muar dan aku order kopi special Chawan.

Kopi Vietnam tak de lah.

Jadi !

Kepada semua peminat peminat kopi di luar sana.

Tak perlu kita ke Kemaman, Tanjung Malim, Kluang ke mana mana untuk merasai kopi kopi dari sana. Kat sini semua ada.

Tengok menu dan pilih je sesuka hati.

Tapi jangan mintak kopi Starbucks pulak kat sini. Mahu kena hempuk dengan kerusi !

Makanan dia so-so je lah. Kopi dia pun biasa biasa je. Tetap aku kena minum kopi Ali Cafe setiap pagi untuk kecergasan berak !

Oh. Mungkin menjadi misteri, apakah Cafe Chawan ini di miliki oleh blogger bernama Chawan Na ?

Tepuk meja tanya lah waiter....... !

* lap bibir comotzzz

7 comments :

  1. Akhirnya kluar gak cafe chawan ni hehehe...

    Tp kat mana citta mall tu...x pernah dengor pon uhuukkk...

    ReplyDelete
  2. Lupa nak tanya kopi cap kapal api ada x?

    *Urut dada meng sambil selongkar beg FJ

    ReplyDelete
  3. Hahaha motip nak selongkar beg FJ?

    Lontong kat chawan ni sedap... haritu pi makan kat publika and dekat bangsar.. yummyy..

    ReplyDelete
  4. citta mall terletak di ara damansara. dekat dgn airport subang. motip kau tak google?

    kau nak selongkar beg FJ jumpa sanita nanti bungkus dlm surat khabar

    * pengsan

    FJ : Lontong sedap ke? Nanti acu try test la pulak.. nasik dia hari tu biasa biasa je tapi portion agak besar.. mahal pun boleh tahan la.

    ReplyDelete
  5. Hehehe...sbb curious apa la ada dalam beg FJ tu...gegege...

    Lontong chawan ngan lontong klang mana sedap? Hehe..

    ReplyDelete
  6. lpr pulak tgk makanan mlm2 mcm ni...hish...

    ReplyDelete
  7. waiter tu cakap aah cafe chawan na hahaha!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...