Tuesday, March 12, 2013

Nak Pau Ke Tak?

Korang pernah kena paw? Tahu kuih pau tu cemana?

* mati la tak related

Kalau tak tau, pegi gali kubur dan tanam diri sendiri !

Kuih pau adalah sejenis kuih yang berasal dari negara China. Haaaaa. Tau? Mesti tau punya.

Dan salah satu pau yang glamer seantero dunia ini adalah Pau Yik Mun di Tanjung Malim. Pernah dengar? Kalau pernah dengar, keluar la dari lubang kubur tadi.

Cepat !! Nak keluar pun terhegeh hegeh ke? Tak boleh jadi hantu la korang ni !

So baru baru ni aku berkesempatan pegi ke Tanjung Malim maka peluang keemasan Benson & Hedges tidak di lepaskan begitu saja maka kami pun singgah la membeli kuih pau terulung ini.

Kedai Pau terulung Tanjung Malim

Kedai pau mesti la jual kuih Pau. Ada 4 jenis kuih pau yang aku nampak. Pau Ayam. Pau Daging. Pau Kaya dan Pau Kacang. 

OR beli serba 1 sekadar nak rasa. Harga seketul RM1.60.

Boleh makan sini atau pun tapaw !


Kuih pau gebu gedebas

Selain daripada jual pau. Kedai ni dah macam kopitiam. Ada jugak makanan dan menu yang boleh di order. Duduk, lepak lepak pun tak menjadi masalah asalkan ada duit.

Sata dan Otak Otak juga tersedia.

Sata

Otak otak

Pun otak otak

OR beli jugak Sata dan Otak Otak tu untuk rasa. Beli serba sikit sebab nak gi berkelah di air terjun di Tanjung Malim tu.

Aku tak berkesempatan nak ambik gambar banyak banyak kat kedai ni sebabnya tengah tengah meriki kawasan nak ambik gambar tetiba.

"Papa. Hero nak berak !"

Ha......... Anak aku nak terberak.

Dah budak ni berak di kedai Pau Yik Mun pulak.Hero ni pulak, kalau dia berak kat public aku mesti kena  jadi patung cendana tunggu depan pintu jamban. Selang 2 minit kang dia check.

"Papa. Papa ada depan pintu tak?"
"Hmm. Ada"
"OK. Hero ingat kan macam tak ada"

Then dia sambung berak. Lepas tu karang dia tanya balik. Jadi misi Papa nak skodeng lebih lebih Kedai  Yik Mun adalah musnah.

Maka tak sempat la aku nak mencapap secara berlebihan.

Apa apa pun, verdict Pau Yik Mun?

Pada aku biasa biasa je. Kuih Pau. Macam tu je la rasa dia. Lembut tak lembut, masuk mulut telan jugak. Tapi Pau Kaya je la aku rasa yang sedap skit, yang lain biasa biasa je. Sebab tak abis, kami bagi ikan je makan.

Riang jugak la tengok ikan ikan menyambar dengan ganas Pau Yik Mun ni. 

Sata dengan Otak Otak tu aku tak makan. Tapi OR kata out !! Jadi siapa yang tolong abiskan? Sudah tentu ikan ikan di sungai tu memakan kaum kaum mereka sendiri ! Dasar ikannibalism !!!

So, kalau dah ada di Tanjung Malim, tak salah la mencuba. Tapi kalau semata mata nak pegi Tanjung Malim nak rasa kuih pau ni. Hentikanlah !

Sebab makan Pau nak kena dengar lagu Pau-Ziah Latip. Korang suka dia? Aku suka sebab aku rasa dia Melayu yang cun !

* pelok OR

Pau cuma lah sekadar kuih pau. Tapi Pauziah Latif tetap cun dari dulu hingga lah kini. Dok gitu?

* cemolot OR kasik pengsan ( supaya tak kena cubit )

Pernah sekali Fauziah Latif makan sebelah meja aku dan aku jadi hilang punca sebab terkesima rama rama sampai tak lalu makan. 

Read : I is pemalooo.

Owh. Dah lari tajuk.  Kbai.



Mahu ku bawa saja hati ini
Dan pergi jauh dari sisi
Sangkar hidupmu
Kerna tak sanggup lagi ku berdepan
Dengan setiap cemuhan
Mata yang memandang

Andai benarlah apa yang diduga
Tak guna memendam rasa
Antara kita

Padam biarkan tak lagi bernyala
Api kebencian cuma
Tak menguntungkan sesiapa

Yang manakah satu
Pilihan buatku
Nampak berterusan
Sengaja kau biarkan
Diriku terkapar-kapar hampir tenggelam
Dalam lautan hempudu kasihmu
Ku sendiri berenang-renang mencari tepian

Telah ku nekad terima segala
Di dalam bentuk apa jua
Keputusannya
Kini batas kesabaran menanti
Cukup rasanya di sini
Ia berakhir

22 comments :

  1. wakakakakaka....peminat PauZiah ropenyerrr....

    ko makan kedai pau beli pau dan kena pau...woww!!

    aku tgk pau dia cam X menyelerakan la..

    tentu hero x bape nak inzal berak kat situ kan??

    ReplyDelete
  2. pau die ok jek... mase aku study kat sane dulu.. rajin makan gak la.. xde yang specialnya... cuma brand yik mun..

    ReplyDelete
  3. aku penah gak makan pau kat sini.. nampak cam biase je, bila makan.....sedap gileeee.... carik kat kl tapi x jumpe lak pau cap ni..

    ReplyDelete
  4. entry yg caca merba..haha..dari paw,pau,comolot pn ade..

    ReplyDelete
  5. HB : masa aku tunggu dia berak ada gak pengunjung toilet pomp lalu lalang. mesti dia org ingat aku gila berdiri depan toilet.

    JG : lama tak nampak. haw waw you

    ReplyDelete
  6. TZ : sedap ler kot. ramai je org kat situ.

    DATT : entry pencuci mulut nama nya..

    hahahhaa

    ReplyDelete
  7. Haritu kan fj pi tambun stop oat rnr tapah. Ada org jual pau so iasked her. Pau yik mun ada tak? Haahah memang nan hado ni smua sbb baca entry bang meng ritu ler. Sabaq ja la. Kemfunan smpai ke sudah.

    ReplyDelete
  8. eeee benci type kat henpon semua pun typo hahah sori mori

    ReplyDelete
  9. Ermmm...kat Tanjung Malim pun ada otak-otak & sata...apa-apa pung atok-otok & sata ganu kite jugok yang terbaekkkk....dok gitu meng?

    ReplyDelete
  10. errr...atok-otok tu apa? hehehe... Meng..jom kite makan atok-otok cam best jek bunyi dia kan...

    ReplyDelete
  11. banyak nya typpo..

    FJ, sama je semua pau mana mana pun.

    SR : atok otok tu makanan dari mana? I from Italy... Italy tak ada atok otok...

    HB : high five !

    ReplyDelete
  12. HB ~ kalau teringin nak makang atok-otok (tersalah taip sebenarnya otok-otok) tu mari la kampung kite..nung jauh di pantai timur...pasti lazat hingga menjilat jari hehehe....

    ReplyDelete
  13. kalau ETO pernah dengar la FJ...penyanyi blues...ga ga ganu kiterrrr

    ReplyDelete
  14. SR, bulan 12 aritu baru jek gi ganu, tp musing ujang, ada 1 kedai roti kat kole ganu tu sedakk wooo...apatah nama kedai tu lupe lak..

    ReplyDelete
  15. HB :

    Kedai roti the loaf ke???

    * korek pusat sambil nangis

    ReplyDelete
  16. FJ penah duk ganu kite mase kekecik dulu 2 tahun jah duk sane.. hihih..

    kedai roti tu memang sedap.. buat sendri okeh roti tuh..

    hulubalang kalo nak tau etok, sile gi pantai timur.. belana ade sana.. hahaha...

    ReplyDelete
  17. kedai roti kat mana ni?? apsal aku sebagai org Italy tidak mengetahui nya??

    Etok itu adalah kepah? no?

    ReplyDelete
  18. alamakk..agaknya aku agak terlewat utk makan2 bersama korang..

    meng, atok-otok 2, otok-otok 1...ikat tepi.

    hiks ;p

    ReplyDelete
  19. owh ada cite pau kat sini...hahaha!

    ada satu kedai pau glamer kat kuala kangsor...aritu cari tutup plak. cit!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...