Sunday, March 31, 2013

Tanjung Aru, Sabah

Pantai Tanjung Aru, yang terletak di dalam daerah Kota Kinabalu kira-kira 6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan kurang dari setengah kilometer dari terminal 2 Airasia. Ia turut dihubungkan ke rangkaian kereta api Sabah melalui stesen kereta api Tanjung Aru. Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan serta pelancong. Pantai ini dibahagikan kepada tiga bahagian:

Pantai Pertama (Beach One): Dibangunkan oleh konsortium Sugarbun beberapa tahun yang lalu, bahagian ini lengkap dengan kemudahan seperti tandas, restoran, bengkel tatu dan gerai-gerai makanan. Anjung Perdana dan Taman Prince Philip juga terletak di sini.

Pantai Kedua (Beach Two):
Pantai ini mempunyai "inline skating rink" serta restoran yang sederhana dan agak sunyi berbanding dengan pantai pertama.

Pantai Ketiga (Beach Three):

Kawasan luar pantai di Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Pantai ketiga merupakan kawasan pantai yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan merupakan tempat melepaskan tekanan dengan cara berteriak sepenuh hati. Kawasan pantai di sini amat sunyi berbanding dengan kedua-dua pantai yang lain. Tambahan lagi, kawasan pantai yang bersih, indah dan romantis dengan melihat matahari terbenam. Selain itu, kawasan ini sesuai kepada pemancing-pemancing kerana pantainya yang agak dalam dan bergelora terutamanya pada kawasan berbatu di luar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kemudahan awam seperti tandas awam juga disediakan untuk persalinan.



















No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...