Showing posts with label Hulhumale. Show all posts
Showing posts with label Hulhumale. Show all posts

Saturday, September 30, 2017

MALDIVES ... Syurga Dunia 15 : Tetap Dalam Jiwa

Last entry dan part terakhir percutian ala ala mewah ke Maldives.

Layan dulu sisa sisa gambar gambar sekitar Baros, Maldives....................

* moment of silence disusuli dengan tembakan meriam 7 das bersempena mengenang dukacita dompet kempis secara rasminya







  














Dan di mana setiap yang bermula akan ada pengakhirannya.

Kami mengharapkan pengakhirannya perlu dengan rasa riang ria dan gembira. 


Walau ada rasa sedih terpaksa berpisah dengan tempat yang akan kekal memberi seribu kenangan. Bak kata orang, secantik mana pun tempat persinggahan, dah nama pun untuk seketika, pastinya tak kekal lama. 

Back to reality. Cara dan gaya mewah sebegini tidak dapat di teruskan. Terimalah kenyataan yang dunia kita berbeza. 

Antara fantasi sekilas dengan realiti yang sebenarnya, Baros pasti akan tetap kekal dalam jiwa...................... !

Thank you Baros for giving us such wonderful memories.



Tak pernah terbayang akan menjadi seperti ini pada akhirnya
Semua waktu yang pernah kita lewati bersamanya telah hilang dan sirna
Hitam Putih perlu
Janji kita menunggu
Tapi kita tak mampu
Seribu satu cara kita lewati ntuk dapati semua jawaban ini

Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini memang ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Bila memang ini ujung nya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa

Memang tak mudah tapi ku tetap menjalani kosong nya hati
Dulula mimipi kita yang pernah terjadi tersimpan tuk jadi history

Hitam putih perlu
Janji kita menunggu
Tapi kita tak mampu
Seribu satu cara kita lewati tuk dapati semua jawaban ini

Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini memang ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Tak bisa ntuk teruskan
Dunia kita berbeda
Bila memang ini ujung nya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa

Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Tak bisa tuk teruskan..(ouw..ho)
Dunia kita berbeda
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda

Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini memang ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Bila memang ini ujung nya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa

Terima kasih atas segalanya. Alhamdulillah

Layan momen momen terakhir senja di Baros, Maldives.






Kemudian kami balik ke villa buat kali terakhir untuk siap siap packing dan berkemas buat kali terakhir.  Staff resort datang angkut luggage kami semua bawa ke jetty.

Bye bye villa 325

Terakhir...................

Kemudian kami menunggu semula di reception area

Bersiap untuk ke jetty

Sebelum di iringi ke jetty

Senja terakhir

Goodbye Baros. Thank you so much. You deserve the best in every thing !

Bersedia untuk meninggalkan secebis nikmat syurga dunia ni

Pemergian kami di iringi oleh staff staff yang cukup baik menjaga keselesaan kami sepanjang kami di sini

Membelah laut bergelora dan 20 minit kemudian kami tiba di Hulumale semula

Staff dia hantar sampai ke check in counter

Airport Velana, Male

Check in. Boarding pass airport Male ni lawa. Berkaler kaler.

Airport

Hiasan dinding

Duty Free

FM. Tak lawa kan?

Belian terakhir di sini

Usha usha lebih kurang

Sementara menanti waktu penerbangan

Singgah solat di airport

Dan bersedia untuk berlepas. 

Sepanjang jalan pulang ke tanahair, hati masih meronta ronta. Kerinduan tiba tak lama selepas pesawat berlepas meninggalkan bumi Maldives ni. 

Ntah bila dapat datang ke sini semula.

Dan akhirnya selamat mendarat di KLIA2

Sebab aku plan pagi tu nak masuk opis terus. Sempat shopping baju dengan seluar keje di Uniqlo kat KLIA2 tu. Siap adik tu gosok kemas kemas bagi abam nampak kacak bila masuk opis nanti.

Sebelum ambik ERL sampai Putrajaya Central

Ambik kereta kat situ. IH dengan BW balik rumah masing masing sebab dia orang masih bercuti. Aku masuk opis seolah olah macam tak de apa apa yang berlaku. Sampai awal so mandi kat opis siap siap.

Macam biasa, orang lain tak perlu tahu mana aku pegi dan apa yang baru saja aku nikmati. Tapi ada je yang perasan dan tegur sebab aku dah rentung dan lebih legam dari biasa.

* sapu lotion pemutih ke seluruh badan termasuk gigi

Orang have have kan? Bermewah mewah tak mampu bertahan lama tapi membongak boleh sampai bila bila. Haks.

Tapi yang pasti, Baros dan Maldives buat aku rindu teruk pada damai alam dan hembusan angin pantai. Moga ada rezeki untuk menikmatinya sekali lagi ! Insha Allah.

TAMAT............................

p/s kalau ke Maldives... cuba lah nikmati dan rasai sendiri kemewahan syurga dunia di sana. Sekali seumur hidup, pasti tak akan kecewa, malah jadi kenangan sepanjang usia !

Wednesday, September 20, 2017

MALDIVES ... Syurga Dunia 08 : Male

Dah sampai Male.


Kami berkira kira nak ke jetty satu lagi tu jalan kaki atau naik teksi saja.

Sebagai golongan golongan mewah dan telah layak untuk menginap di resort mewah seharusnya kami mengelak daripada keadaan muka berpeluh peluh dek kerana berjalan kaki !

Apa kata orang kalau tengok kami kelihatan seperti gelandangan? 

Muka berpeluh. Leher berdaki. Rona rona wajah tampak kusam berkerak dan tidak bermaya !

Jadi............... kami decided untuk naik teksi. Sesuai dengan taraf kami hari ni !!!

Tahan teksi dan suruh dia hantar kami ke jetty Male nak menuju ke Hulumale. Murah je teksi tu pun.

Bangunan di ibunegara Maldives.

Suasana jalanraya

Banyak hotel dan bangunan pejabat

Tak sempat nak usha usha pun

Dalam pembinaan.

Sedikit mengenai Male dan Maldives.

Kepulauan Maldives terdiri daripada 1,190 buah pulau. Ia terletak di selatan India dan berhampiran Sri Lanka. Kepulauan peranginan ini ialah sebuah negara republik yang ditadbir oleh seorang presiden dan beberapa menteri. Maldives mempunyai keluasan keseluruhan hampir 90,000 kilometer (km) persegi yang dibahagikan kepada 19 daerah atau negeri pentadbiran. Kepulauan ini mempunyai penduduk seramai kira-kira 300,000 orang yang tinggal di 200 buah pulau. Yang menariknya, hanya lebih kurang 300 buah pulau telah diterokai, termasuk 100 daripadanya yang telah diusahakan sebagai tempat peranginan dan spa, sedangkan yang lain masih belum diterokai sepenuhnya.

Maldives, nama rasminya Republik Maldives. Nama negara ini berasal daripada perkataan " Kepulauan Bergunung-ganang" (malai di dalam bahasa Tamil, bermaksud "gunung" dan teevu di dalam bahasa Tamil bermaksud "pulau") ia juga mungkin bermaksud "seribu pulau". Beberapa sarjana percaya bahawa nama "Maldives" diambil daripada perkataan Sanskrit maladvipa, bermaksud "susunan pulau-pulau", atau daripada "mahila dvipa", bermaksud "pulau wanita". Ada juga yang mempercayai nama tersebut bermaksud "istana" (daripada perkataan Mahal di dalam bahasa Arab) berikutan pengenalan Islam pada 1153, pulau ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada Portugis (1558), Belanda (1654) dan hak milik penjajah British (1887). Pada tahun 1965, Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Britain, dan pada 1968, sistem Kesultanan telah digantikan dengan sebuah Republik.

Pulau Male agak padat  

Saiznya agak kecil dan boleh pusing pusing jalan kaki je

Male dikenali sebagai bandar perikanan dan menjadi hasil eksport utama Maldives terutamanya ke Jepun.  

Banyak restoran halal di Male. Bandar yang mempunyai lebih kurang 100,000 orang penduduk ini menjadi tumpuan kerana jentera pentadbiran kerajaan Maldives berpusat di sini. Antara tempat menarik yang dapat dikunjungi di bandar ini termasuklah rumah presiden, Masjid Hukuru Miskiiy, Mulee-aage atau istana lama Sultan Shamsuddeen III, pusat Islam, muzium dan pasar ikan. 

Tidak ketinggalan juga kedai cenderamata di Chaadhanee Magu yang menjual pelbagai bentuk cenderamata terutamanya hasil laut seperti kulit siput serta hasil kraftangan penduduk Maldives.

Tapi sebab kami dah malas dan tak sabar sabar nak mengecapi kemewahan hidup di alam fantasi ni, jadi kami skip nak melawat tempat tempat tu semua.

Misi kami nak ambik ferry untuk ke airport

Beli tiket

Naik ferry

Dalam ferry

Meninggalkan jetty di Male

Bye Male... sorry Male, tak dapat nak cemolot sangat

Jambatan yang sedang di bina bagi menghubungkan pulau Male dan Hulumale ( airport )

Bandar Male dari kejauhan

Male

Tak sampai 20 minit kami tiba di Pulau Hulumale. 

Jetty di sebelah airport


Airport di Hulumale

Masanya telah tiba ! Kini segalanya bakal bermula... Buang semua rasa kemiskinan dalam jiwa. Lupakan kesedihan selama ini. Kali ini ayuh kita kecapi bahagia. Nikmat dunia !

"Agak agak bot kita cemana?"
"Mesti lah bot mewah kot. Takkan la cikai nak naik kapal sayur?"

Haks... Masing masing dah sibuk imagine macam macam. Berangan lah best. Macam macam dalam otak. Buat kami lebih excited dan tak sabar sabar.

Of chos bukan ferry macam ni. Ni bukan level level kita orang !

Kurang kurang macam ni.... !

Turun dari ferry, masing masing di landa rasa berdebar debar.

"Eh.. OK ke kita ni? Nampak mewah tak?"
"Tak sangat !"

Erkkk...

"Jom jom. Kita gi toilet. Menghias diri !"

Padahal gi kencing. Tapi dalam toilet dok pose pose depan cermin bagi memastikan kami nampak seperti orang have have walaupun no have !

Seperti yang telah dimaklumkan, di airport ni kami akan ke kiosk Baros dan di sini kami akan berjumpa dengan wakil dari resort tu yang akan bawak kami ke pulau persendirian tersebut.

Melilau lilau cari kiosk yang dimaksudkan.

Kita orang dah bagitau, kami akan sampai dalam pukul 10 pagi. Cas cas baru turun dari flight dan terus ke resort mewah. Walhal dia orang tak tau kita orang dah 2 hari kat sini dan menjalani kehidupan seperti pelancong bertaraf miskin !

Lagi buruk perangai, dia orang dok tanya flight arrival time, lagi kami buat diam tak mau bagitau !

Eh ! Orang kaya haruslah naik private jet ! Korang apa tau????? 

"Mana satu eh?"

Masing masing melilau mencari kiosk yang di maksudkan. 

"OK ke kita ni? Rupa mewah ke tak? Eh beg plastik tu sorok ! Ermmm..  Jangan bagi dia angkat beg ni sebab dalam ni banyak makanan ! Kang kantoi kita datang bawak makanan sendiri !!!"

Macam macam la benda benda checklist yang muncul. Mengarut je lebih.

Dan sewaktu kami sampai di kiosk tu, dah ada staff dia menunggu. 

"Sir.... welcome to Baros"

Dia dengan senang hati menerima ketibaan kami. Dia ambik beg satu persatu.

"It is OK"
"I can keep that for you"
"No ! Not this one. Not this one"

Ada adegan tarik tarik beg. Bagus lakonan BW. Nasib baik tak terbarai keluar sambal dan serunding dari beg tu, 

Mamat tu pasang tag dan brief kami tentang waktu ferry nak bertolak. Dia kata ada lagi 2 orang yang akan turut serta.

Tapi sebenarnya kami lapar ! So kita orang gi melilau cari restoran kat airport tu.

Nak order Burger King ni tapi mahal harga nya. 

Tengah berkira kira duit nak beli tetiba mamat tadi tu datang cari kita orang ! Cheh jumpa pulak dia cari. Nasib time tu time bukan kita orang tengah kira duit syiling !

Kalau kantoi... malu !!!!!!!!!!!!

Mamat tu cakap, dia orang dah ready nak berlepas. So kami follow terus dia menuju ke bot. Lenggang kangkung, baru terasa mewah sebab beg semua dia orang bawakkan !

Jalan menuju ke bot. Ada sorang amoi dengan mak dia turut sama dengan kita orang.

"Alah.. Amoi ni pun saja je tunjuk mewah. Ntah ntah sama dengan kita. Mampu duduk satu malam je"

Hahahah. Sesi mengumpat bermula !

Bye bye buat sementara

Dan kami di bawa ke bot yang sudah bersedia untuk membawa kami ke pulau syurga.

Wow... not bad ! Baru la rasa macam David Beckham

Tengok dalam bot, rasa mewah gila. Tetiba rasa nak ambik bantal dan menangis tutup muka. Terharu ! Tak sangka ! Banyak duit aku habis untuk ini semua !!!

Dalam speedbot tu ada driver dan staff lain juga. Kami feeling feeling duduk dengan sopan. Maklumlah ambik mood gaya orang kaya kaya.

Belum apa apa dah di hidangkan dengan welcome drink.

Ada macam macam air. Boleh pulak si BW mintak air mineral je. Tak kelas langsung ! Aku dengan IH mintak air juice. Apple dan Orange. Baru la mewah ! Kan?

Pastu konon konon baru nak laga laga botol. bot bergerak. Nasib air tak tumpah ! kalau tak terus kantoi sebenarnya kami adalah orang miskin yang jakun !

Awek Amoi dengan mak dia tu dah macam labah labah dah dalam bot tu terlentang, meniarap, selfie apa semua dah. Kita orang still compose lagi. 

"Behave OK. Behave !"

Speed boat bergerak dan kami meninnggalkan pulau Hulumale

Speed boat bergerak laju membelah samudera. 

Membelah lautan

Tapi bot memang comfortable gila.  Dan memang terasa kemewahannya.

Dan 20 minit perjalanan dengan bot, kami mula menghampiri pulau yang semakin jelas kelihatan. Semakin jelas struktur-struktur bangunan yang selama ini kami dok tengok dalam google.

Tetiba rasa macam nak menjerit excited ! Tapi orang kaya kaya mana tunjuk excitement dia orang kan? Like benda ni biasa je. Normal. Memang level kita orang tengok view macam ni hari hari. Air laut pun macam longkang belakang rumah kami jer. Biru biru turquoise.

Hahahaha

Hampir tiba di destinasinya


Oh. Tak sabar nya..........


Selamat sampai ke syurga dunia...........

Kami yakin, ini lah syurga yang dirindukan.  Ini lah tempat yang mengempiskan wallet dan memberi kesan kepada perbankkan.

Apa yang kami imagine kini semuanya di depan mata. Semua persoalan yang ada, bakal kami temui jawapannya.



Begini lama kita berkasih dan sayang
Cinta pun kian bersemi
Senyum pertamamu mencurigai rasa
Menggamit hatiku
Mendekatimu

Bukanlah lagi hanyalah impian
Kasih cinta kita berdua
Saat ini telah pun ternyata sayang
Rasa cinta dariku untukmu kasih
Telah pun sama saling memahami ho!
Indahnya

Hadirku kini
Hanya untukmu
Semoga dapat di pastikan
Ada yang indah
Sedang menanti
Manisku

Tak mungkin ku mungkiri
Apa dijanji
Walau ada rintangannya

Kini terjawab sudah
Semuanya
Kau dan aku
Pun tahu

Sambutlah sayang
Salam cintaku ini
Untuk mu sayang
Demi kasihku ini
Kasih dan sayang
Terus bersemi

Harapnya pelaburan kami berbaloi. Tapi tengok pada persekitaran... kami macam dah jatuh cinta.

Baros.... kami datang !!!!!

bersambung.......................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...