Monday, February 22, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 19 : Hualien

Pagi hari ke 6. 

Hari ni hari penentuan. Pertarungan aku dengan masa ! Pertarungan aku dengan takdir ! Bukan maksud aku menentang takdir, tapi nasib sama ada aku lepas balik ke Taipei dan ambik flight malam ni balik Malaysia atau.............................

Hah. 

Ngeri untuk aku fikir.

Pagi ni aku bangkit awal. Tengok keadaan di luar. Masih suram !

Good Morning Hualien

Mendung dan awan berarak kelabu

Sambil sambil aku intai kot kot ada nampak keretapi lalu.

Kalau ada keretapi bergerak maknanya nasib aku berkemungkinan baik hari ni. Train jam 7.30 pagi mungkin akan membawa aku pulang ke bandar Taipei !

Minah hostel aku kat Taipei sangat la baik hati dan concern dengan aku.

Semalam dia email aku.

Hi, Meng,

Are you ok out there? The typhoon is here and pretty strong!
You might stuck in Hualien?
Let us know the update:)

Rice

See? At least dia tak lupakan aku. Dan aku pun tak lupa yang aku still berhutang dengan dia untuk bayaran kelmarin dan juga semalam. Semalam aku tak tidur sana tapi bayar tetap bayar !!

Aku assume kena bayar lah. Takkan nak lepas tangan pulak. Tapi aku ada contact hostel aku tu semalam dan tanya dia boleh tak dia accept Visa Debit, dia kata TAK BOLEH !

* meraung tepi ATM machine.

Memang aku kena bayar cash jugak kat dia. Masalah satu lagi, aku kena booking hostel lain malam nanti kalau aku tersadai di Taipei. Since hostel yang aku stay tu tak terima card so aku tak leh extend kat situ. Aku kena cari hostel lain yang terima card. Or last resort, aku kena booking thru Agoda  !

Tapi tu nanti lah fikir sebab aku nak pegi train station bagi mencuba nasib pagi ni.

Moga moga ada rezeki.

Siap siap packing barang yang tak banyak tu then aku pass kunci kat lobby hotel ni. Check out time pukul 11 pagi sebenarnya, so aku cakap kat makcik tu.

"If I cant board the train this morning, I will come back !"

Makcik tu angguk.

Ya lah. Aku malas nak check out lagi. Buatnya tak lepas naik train, terkapai kapai aku tak de arah tuju. At least kalau ada bilik boleh la aku berehat dan berbaring baringan.

Hualien Railway Station

Sampai kat station tengok orang masih ramai. Aku dah agak, mesti train belum beroperasi lagi pagi ni.

Aku terus ke kaunter double check dan memang confirmed, train masih belum ada lagi.

Kus semangat.

Nak tak nak, terpaksa aku beratur balik semula untuk tukar tiket lain. Tapi sebelum tu aku lari pegi station bus jugak tanya kot bus dah start jalan tapi jawapannya menghampakan.

Masalahnya dia orang pun tak sure train/bas start balik pukul berapa. Tapi mamat Customer Service tu cakap maybe lepas pukul 12 tengahari train dah OK.

So aku beratur dan tukar tiket. Ada tiket pukul 1 tengahari nanti.

Pasrah.

Buntu dan mati akal aku dibuatnya sekali lagi.

Now nasib aku akan di tentukan balik semula tengahari nanti.

Train ticket pukul 1 nanti. Ni lah harapan aku. Kalau aku tak dapat naik train ni memang tersangkut la tak lepas sampai ke airport nanti untuk balik Malaysia

"Wahai sang burung.... bawa la daku terbang balik ke Taipei" Haram dia orang tak layan. Kalau layan pun mesti dia orang pakat pakat rejek sebab aku obese.. Abis kudrat mereka jer.

Lepak kat taman ni buang masa mengenang nasib diri

Benda alah ni sampai terbalik kena taufan semalam  

Ni bangunan Visitor Information Center. Dari semalam aku usha tak bukak bukak pun. Lagi lah bila taufan macam ni langsung tutup. Langsung tak dapat membantu pelawat dan pelancong macam aku.

Baru nak lepak lepak lama sikit kat taman tu, tetiba hujan pulak turun.

Kejap lebat, kejap berhenti. Tapi angin tak kuat macam semalam. 

Jadi, aku balik ke hotel tadi dan buat muka seposen mintak balik kunci bilik.

"Sorry, you-ols. Iols tak jadi check out sebab train-ols belum berfungsi you ols"

Makcik tu OK jer. Tak banyak hal.

Aku naik bilik dan lepak lepak je sampai la waktu check out jam 11 pagi.

Usha usha pemandangan dari tirai kamar.

WOW Hostel di sebelah. Hujan turun lagi.

Breakfast. Aku singgah 7E tadi beli

Langit macam tak mau cerah je hari ni

Motosikal untuk di sewa. Semalam bila taufan datang kosong tepi tepi jalan motosikal semua kena sorok takut rosak

Bangunan sebelah. ASAP namanya

Cuaca makin muram. Sekali sekala hujan turun dengan lebat dan kemudian hilang di bawa angin

Jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi, makanya time pun dah sampai untuk aku beredar dari hotel ni.

Kena check out lah. Aku fikir, nanti aku terus ke train station jer dan tengok status train aku tengahari nanti OK ke tidak.

Kat hotel tu aku sempat berwassap dan borak borak dengan Geng GBS. Dia orang lah yang banyak memberi semangat dan layan aku yang kebosanan di Hualien ni.

Kembali ke train station

Masuk dalam station tengok orang masih ramai beratur. 

Aku tanya balik kat Customer Service tu dan ternyata igauan ngeri aku tidak berakhir di situ. Train masih belum beroperasi tengahari tu. Dilaporkan ada railtrack rosak dan terpaksa di perbaiki dan ianya memakan masa !

Argh........................ !!

* berdiri depan station Hualien dan menjerit sekuat hati

"Aku sunyi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

* cemolot Fazura seround pastu tolak jatuh longkang.

Sebenarnya aku keluar gi hisap rokok sebab tengok line nak beratur panjang gila untuk tukar tiket ke waktu seterusnya. 

Sekali lagi nak kena beratur. Dalam hati menjerit kecewa.

Aku benci di tabur janji manis berkali kali dan sudahnya kecewa bertubi tubi tapi aku tak de kuasa untuk melawan takdir.



Bukan hanya sekedar penghibur
Diriku ini sayang
Bukan pula sekedar pelepas
Rindumu oh sayang
Sakit hatiku
Kau buat begitu

Kau datang dan pergi
Sesuka hatimu
Oh... kejamnya dikau
Teganya dikau padaku

Kau pergi dan datang
Sesuka hatimu
Oh... sakitnya hati
Bencinya hati padamu

Sakitnya hati ini
Namun aku rindu
Bencinya hati ini
Tapi aku rindu

Ku benci tapi ku rindu
Ku benci tapi aku rindu

Lepas abis hisap rokok aku masuk balik ke dalam bangunan station.

Welcome to Hualien? Aku dah lama nak say goodbye kat Hualien ni tapi tak kesampaian.

Pemberita dan wartawan berkampung di train station untuk membuat liputan

Punya la ramai orang beratur. Semuanya nak tukar tiket sebab tiket tiket asal mereka dah tak valid.

Punya la panjang barisan tu sampai berpusing pusing dalam train station tu.

Redha je la beratur. Tengah beratur tu boleh pulak ada reporter ni nak interview aku. Dah siap jurukamera nak tala kamera pastu dia tanya soalan cakap Cina.

"Sorry I dont speak Chinese"

Boleh dia blah macam tu je.

"Hey ! Hello !! Come back here. I need to be on TV. Please interview me !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

* pang !!!! petir menyambar

Haram dia tak pedulik. Dia pegi interview bangsa dia je la sebab senang nak jawab dalam bahasa Ibunda kot.

Frust aku. Kalau tak boleh masuk TV Taiwan tuju tuju ucapan.

Kurang kurang pun masuk paper dengan tajuk berita.

PengembaraTerkandasDalamTaufanDiTaiwanSehelaiSepinggangPadanMukaDiaSapaSuruhMerayapLagi?

Nak tak nak terpaksa la aku beratur macam orang lain.

Masa beratur tu, tetiba aku terperasan sorang awek ni. Gaya dan style dia macam gadis gadis dari Malaysia. Baju ketat dan tudung senteng.

Bila beratur tu berpusing pusing so ada sekali tu dia berdiri line sebelah aku. 

Sebab aku macam bosan so aku pun purak purak jadi friendly la tegur dia.

"Dari Malaysia ek?"

Dan dia jawab pantas.

"No. England !"

Dengan British accent nya terus aku jadi malu sendiri.

* lari pegi hospital buat pembedahan plastik pastu datang beratur semula !

Macam gaya awek dari Malaysia kan?

Tapi muka dia macam muka mamak sikit. Ala ala macam Anak Mami Penang. Dan sebab dia tak nagku dia dari Malaysia so bukan lah tu !

Aku dengar dia borak borak dengan sorang Mat Salleh lain memang confirm slang dia slang orang puteh. Bukan slang orang Melayu.... 

Punya la lama kena beratur. Dari pukul 11 pagi dekat pukul 1 lebih jugak la baru aku sampai ke kaunter tiket tu dan dapat tukar tiket.

Next train. Pukul 7.23 petang !

Ni lah tiket paling awal yang available. Tu pun minah tu cakap belum tentu train dah OK. Kalau tak memang kena tukar tiket lagi.

"Give me Hi Speed Train ticket to Taipei"
"Ni fast train. Only slow train"
"Give me earlier train. I dont mind standing"
"No train. Only 7 O'clock train go to Taipei"

Alang alang beratur punya la lama biar aku tanya semua soalan kat dia. Biar sampai aku puas hati !

Tapi semua jawapan dia tak berjaya menyedapkan hati.

Time tu aku tarik nafas dalam dalam dan pujuk hati sendiri.

Train 7 lebih dari Hualien hanya akan sampai di Taipei Station pukul 10:22 malam. Aku kena balik ke hostel dulu ambik barang. Memang confirm aku tak sempat nak pegi airport dan ambik flight pukul 11.45 malam ni.

"Terimalah dengan hati terbuka ! Terimalah dugaan ini seadanya. Aku dah bersabar dari semalam hingga ke saat ini. Apa bezanya untuk kesekian kali? Aku kena terus bertahan dan terus bersabar menghadapi ujian ujian ni !"

* mata berkaca.

Kembali berdiri depan station keretapi Hualien sambil hisap rokok.

Nasib baik lah stock rokok aku memang bawak dalam beg, kalau tak memang lagi haru aku tersadai di sini tanpa bekalan rokok.

"Sabar Meng.. Sabar" - Statue depan Hualien train station

Hujan turun semula dengan lebat selepas tu. Seolah olah menangisi apa yang terjadi hari ni. 

Dan sekali lagi aaku kebasahan mencari tempat perlindungan. Nasib baik aku jumpa payung orang buang !

Aku sebat ! Jadi la boleh berlindung walaupun dah patah riuk.

Jenuh aku membege bege payung ni nak kasik elok semula. Tapi dah rosak tahap campak dalam semak je pun. Last sekali aku buang je terus.

Penumpang turun dari bas untuk ambik train ke destinasi masing masing. Mereka tak tau yang jadual tengahari ni jugak dah dibatalkan. Aku kesian kat dia orang !

Aku ada 7 jam lagi untuk dihabiskan di Hualien ni. Mana lagi aku nak pegi?

Memula aku ingat nak gi pantai Qixingtan Beach tu tapi kalau nak pegi kena beli tiket Taroko Shuttle Bus sebab bas tu je yang lalu ke situ. Tambang je dah TWD 250. Tak cukup duit aku banyak tu ! Nak sewa motosikal TWD 400 untuk 24 jam pun tak mampu.  Lagi la kalau nak naik teksi, mesti lagi mahal.

Cash aku cuma tinggal TWD 200 je selepas tolak cash yang aku nak kena bayar kat hostel di Taipei tu nanti. TWD 200/RM 26 yang aku ada untuk sebarang emergency dan kemungkinan !

Jadi apa lagi yang aku nak buat di sini?

Sudahnya sekali lagi aku buat muka 20 sen pegi ke hotel Chan Tai yang aku menginap semalam dan tumpang duduk kat situ. Lagipun kat situ ada wifi. Aku mintak izin nak guna. Nasib makcik tu baik bagikan aku password.

 
Tersadai di lobby hotel ni.

Guna wifi, tumpang charge handphone. Aku siap contact Air Asia tanya status flight aku malam ni kot lah delay disebabkan taufan yang melanda tapi jawapannya flight on time ! Aku tanya cemana kalau aku tak lepas balik dan jawapan mereka tak boleh retime unless kena bayar fees macam biasa.

Sedih !

So melangut lah aku lagi sampai reput menunggu. Bosan tak yah cerita lah. Mati kutu aku jadi nya. Nak keluar merayap cuaca pulak hujan. Kejap kejap lebat..

Aku menghitung detik dan waktu.

Lewat jam 3 petang tu, aku bersandar di kerusi di lobby tu. Penat dan keletihan. Penat otak sebenarnya. Sambil sambil tu duduk berfikir dan mengelamun. 

Tiba tiba aku nampak apek tokey hotel yang garang ni kat lobby. Aku pandang dia dan dia pandang aku.

"What are you doing here?"

Soalan dia keras buat aku tersentak. Tiba tiba aku jadi cuak ! Jangan la dia nak charge aku apa apa sebab menumpang di sini. Aku dah tak de duit dah ni !

Tolong .............................. !

bersambung..............

17 comments :

  1. Replies
    1. tu ah... mujur tak jadi apa apa yang lebih teruk....

      Delete
  2. Masalah utama dengan Taipei..selalu dilanda taufan...itu yang menjadi daya tarikan negatif untuk ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok monsoon jugak la kot.. nasib lah dah nak kena.. tak pe.. pengalaman berharga ni. akan di kenang sepanjang masa.

      Delete
  3. Aduhhh...nebes baca. Kalu jd kt diri sndri acane lar ye..huhu.

    Apek marah ke wehhh...x mungkin kan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak kuat tuhan tak duga kot.. aku ni dlm berani dan cuak je... pasrah je lah.

      apek tu muka je kekwat tapi hati baik jugak lah

      Delete
  4. Sonoknye banyak travel.. Salan petang.. Saje tinggal jejak disini.. Hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat petang.... lain kali kalau singgah petang petang jamu la cekodok atau goreng pisang...

      Delete
    2. tq sudi membaca rapuan dan rapekan blog aku ni

      Delete
  5. meng memang cool je buat muka dua puluh sen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum tengok muka 10 sen... bukan cool lagi dah.... keras kejong

      Delete
  6. berat dugaan kau di tempat orang ni meng.
    aku yang baca pun boleh rasa huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau memang menjiwai watak..

      aku on and off lah. kejap kejap rasa pasrah. kejap kejap rasa what the heck !!

      #akubukanustazpilihan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...