Wednesday, February 3, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 02 : Ketibaan

Pesawat tiba lebih awal daripada yang dijadualkan.

Cuaca baik sebaik saja kami mendarat di Terminal 1, Taoyuan International Airport, Taiwan ni.

Officially, ini adalah kali ke 2 aku tiba di airport ni. Pernah dulu sekali sewaktu zaman study study masa nak ke Los Angeles, transit di Taipei ni. Tapi masa tu transit je so tak keluar pun dari airport ni.

Aku pun dah lupa rupa dan bayang airport ni dulu dulu. Tak tau lah mungkin dah banyak berbeza.

Pesawat menghampiri terminal. Bendera Taiwan terpampang di dinding airport

Pesawat Air Asia X di samping pesawat pesawat China Airlines milik Taiwan

Oleh sebab pesawat mendarat lebih awal, jadi kapal terbang terpaksa menunggu sehingga gate available. Time flight stalled kat tarmax tu la, ada je yang tak sabar sabar bangun dan nak meluru keluar.

Berkali kali kena marah dengan crew, tapi biasalah, ada je yang degil tak boleh nak ajar. Last last bukan boleh keluar pun. Kena la berdiri macam bangak je lama lama. Tak faham betul la dia orang ni.

Then bila pilot dapat arahan gate dah clear, baru la flight bergerak menghampiri terminal.

Belum lagi isyarat tali pinggang keledar dipadamnkan, semua penumpang dah tak sabar sabar nak keluar. Yang dari belakang tetiba je dah ada kat tengah tengah aisle. Maybe bosan sangat duduk dalam flight lama lama kot.

Aku just lepak kasik clear dulu then baru la aku bergerak keluar melalui pintu pesawat ke bangunan terminal.

 Balai ketibaan Terminal 1 Taoyuan Airport

Aku agak impressed dengan senibina Taoyuan Aurport ni. 

Bumbung dia nampak lawa dengan binaan seperti separa Minangkabau dari belah dalamnya.

Taoyuan Airport ini dikenali sebagai Chiang Kai-shek International Airport (CKS International Airport) until the name was changed on 6 September 2006 to its current name.

Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan adalah salah satu daripada dua lapangan terbang yang terletak di Taipei selain daripada Lapangan Terbang Taipei Songshan. Songshan Airport terletak dalam lingkungan yang lebih hampir dengan bandaraya Taipei dan pernah menjadi lapangan terbang antarabangsa sehingga tahun 1979.  

Airport Taoyuan kini mengendalikan lebih 35,804,465 penumpang setahun dan 2,088,726,700 kg kargo pada tahun 2014 sahaja. 

Pada tahun 2014, lapangan terbang itu menjadi lapangan terbang ke-11 paling sibuk di dunia dari segi bilangan penumpang antarabangsa dan 5 paling sibuk dari segi kargo.

Benda pertama aku buat sebaik saja sampai adalah tanda kawasan !

Tak tahan nak kencing. Impressed tengok toilet dia bersih gila. Siap ada pakcik jaga dalam toilet ni  bersihkan dan pastikan tisu terjulur keluar dekat sinki supaya senang di capai.

Dah kencing, ayuh menuju ke kaunter immigration !

Sebab arrival form tidak di berikan masa dalam flight, jadi kat sini semua berpusu pusu nak isi. Ada kaunter kecik ada borang dan tempat nak tulis borang, tapi sebab orang ramai, ada je yang terpaksa menunggu.

Dan aku pun tak terkecuali.

Cuma nasib aku baik sebab sorang diri so isi cepat cepat dan terus je beratur.

Kaunter immigration banyak tapi sebab orang pun ramai jadi kena beratur panjang. Ada pulak minah sorang depan aku ni feeling feeling dok main rambut. Kejap kejap libas ke belakang. Aku yang jadi rimas.

Beratur untuk immigration and passport

Minah serabut beratur depan aku

Pastu gelabah tak tentu pasal. 

"Chong cheng chong cheng................."

Tanya aku.

"I dont know"

Pastu tanya orang lain. Pastu tanya yang depan lain. Tup tup dia dah sampai ke depan ! Binawe betul. Saja je menggunakan tektik jahat dan mengelirukan pihak lawan !

Tak pe. Nasib baik aku bersabar.

Lepas immigration, nak keluar dari arrival hall tu aku nonong je la jalan terus sebab tak de benda nak declare. Dan dan tu kena tahan dengan Kastam !

Cis.

Maybe dia tengok muka aku macam nak pukul orang kot, terus je dia tahan dan suruh scan beg.

"What is this?"

Dia tanya aku sebaik saja dia bukak backpack aku.

"Noodles"
"Oh.. Noodles. OK. No problem"
"Thank you"

Memula aku rasa macam bengang jugak sebab dia tahan aku dan lepaskan orang lain, tapi aku nampak dia macam blur blur je lepas tu so aku suspect beliau memang cuba menjalankan tugas beliau dengan baik !

Misi aku selepas ni adalah nak pegi ke bus stop dan ambik bus terus ke city !

Keluar dari ariival hall, ikut tanda arah ke bus station

Bus station airport terletak di tingkat paling bawah terminal

Sampai ! Ada banyak bas menunggu kat situ. 

Bas yang aku nak naik adalah bas Kuo Kuang No 1840 yang akan membawa aku terus ke Taipei City. Lebih tepat lagi ke Zhongshan District tempat di mana hostel penginapan aku dah book untuk malam ni dan malam esok.

Since bas aku tak de lagi time tu, sebaiknya aku pegi menaga kejap !

Dah lama tak menaga ni.

Kawasan merokok

Barang diingat, di Taiwan or lebih tepat lagi di Taipei ni, tak boleh merokok di kawasan awam. Biasanya smoking area di sediakan di kawasan kawasan tertentu.

Macam kat bus station kat airport terminal ni, kawasan merokok tepi sekali. Kena la berjalan sikit.

Sebelum keluar tadi, ada mini market, aku sempat beli air dan pecahkan duit. Sebab TWD Dollar aku semua note agak besar, so nak naik bas kena la bawak duit kecik yang mencukupi.

Sedang elok nampak bas yang aku nak naik tu sampai, aku pun pegi la meluru.

Naik bas dan tanya drebar bas tu.

"How much?"
"Eh... No No. Ticket ! Ticket !"

Pastu dia tunjuk aku arah ke dalam bangunan semula. Rupa rupanya tiket kena beli kat kaunter. Sesuka hati aku je nak bayar kat bas.

"OK. I'll go. You wait for me Okey?"
"OK. OK"

Hahaha. Aku cuak sebab dah lewat malam. Takut kalau kena tinggal dah tak de bas or bas makin berkurangan.

Masuk dalam dan beli tiket. Harga dari airport ke Taipei City area aku nak pegi tu TWD 125/RM 16

Dah dapat tiket terus berlari ke arah bas tadi.

Aku duduk depan sekali.

Aku dah ingatkan dia bagitau aku kalau dah sampai ke Xingtian Temple.

"First stop !"
"Thank you"

Perjalanan dari airport ke bandar Taipei memakan masa hampir 40 minit. Tu pun sebab dah malam dan jalan tak jem.

Sebaik saja bas berhenti di hentian pertama di bandar Taipei, aku pun turun.

Turun tepi jalan

Hari dah jauh malam tapi masih banyak kenderaan lalu lalang di jalanan.

Aku tak pasti mana arah nak tuju. Turun tu aku dok tengok tengok peta yang aku print ke arah hostel yang aku dah booking. 

Masalahnya aku tak pasti aku berada di jalan mana ! Nama jalan semua tulisan Cina !

Tup tup nampak ada couple tengah kayuh basikal malam malam buta.

"Excuse me.................. !"

Mereka berhenti. Aku terus sampaikan maksud nak cari hostel penginapan aku. Dia orang tak reti English, tapi boleh la faham sikit sikit. Aku bagi je kertas alamat hostel yang ada tulisan Chinese. 

Gigih pulak mereka membantu

Sebenarnya dia orang ni naik basikal lain lain, tapi si pompuan tu pun menyibuk jugak nak menolong.

Dengan bantuan dia orang aku jumpa jalan utama yang menempatkan hostel aku tu. Sebab dia orang nak menuju ke arah lain, so dia orang tunjuk aku sampai kat simpang je.

"You go. 7 Eleven. Yes....Your hotel..."

Sepatah sepatah dia cuba bercakap. 

Aku ucapkan terima kasih.

"You are welcome.... ! Bye bye !"

3-4 kali pompuan tu sebut bye bye kat aku. Seronok dapat cakap ompitih agaknya padahal bye bye jer pun sambil mengayuh basikal dan berlalu pegi. Malam malam buta merayap dua dua ni, kena sorok dengan hantu kopek baru tau !

Kena ikut laluan kedai kedai ni. Sepanjang jalan ni aku nampak banyak pusat urut. Ada vegetarian restaurant dan kedai kedai yang lain yang semuanya dah pun tutup.

Sampai di 7eleven. 

Hostel yang aku nak duduk ni nama dia Travel Talk Taipei Backpackers Hostel. Aku pilih hostel ni sebab sini je ada single room yang available ! Aku memang selagi boleh tak nak share bilik or ambik dorm. Selagi boleh aku nak cari single. So nasib la kena duduk area ni. Tapi tempat dia tak jauh dari station MRT.

Masalahnya hostel ni memang tak de sign. Tapi orang hostel ni dah siap siap email aku tanya aku nak sampai pukul berapa dan aku dah bagitau aku sampai lewat jam 12 malam. 

Dan ni aku nampak kat pintu.

Ada nota bagitau dia keluar sekejap. Nanti dia balik semula

Pasrah aku menanti. Sempat beli kopi dan layan rokok sambil menunggu

Pandangan ke atas

Ada dekat 10 minit menunggu, tiba tiba aku nampak ada sorang perempuan separa ting tong berjalan.

"Is that you?"

Dia melaung dari jauh. Aku senyum.

"Yes.. I know it is you. I am sorry. I just had my shower. How long have you been waiting?"

English nya agak bagus. Penampilannya baru lepas mandi dengan rambut masih basah memang tak menghairahkan. Perwatakkannya agak friendly !

"Come upstairs.. Shhhhhh.... dont make any noise. People are sleeping"

Aku akur. Ikut dia mendaki anak tangga satu persatu.

Reception di tingkat 1

Ada common hall dan reception area

Minah ni siap siap uruskan check in aku

Minah ni memang friendly. Overfriendly pun ya, tapi dia OK. Baik lah.

Awal awal aku dok borak dengan dia dan tanya pendapat dia pasal trip dan route perjalanan aku di Taiwan ni. Dia banyak tolong. Aku bagitau itinerary aku dan dia tolong work out cemana nak pegi, siap tulis dalam tulisan Chinese setiap tempat yang aku bakal jejaki. Senang dia kata kalau aku nak tanya orang or nak naik bas.

Siap dia bagi suggestion apa nak kena buat dan mana aku nak tuju dalam setiap itinerary aku tu. Kiranya dia verify semuanya lah supaya bertambah senang ! Dia siap google dan cari maklumat untuk aku.

"But, you be careful. I heard the typhoon is coming?"
"When?"
"Next two three days"

Aku diam je lah. Tak berapa nak ambik port sangat. Aku biasa dengar typhoon tu macam biasa kat Taiwan ni so maybe benda tu dah terbiasa bagi orang orang kat sini.

Agak lama gak la kami berborak malam tu.  Memang dia banyak membantu dan I felt so welcomed !

Aku siap settlekan payment untuk aku menginap 2 malam di tempat ni.

Harga bilik first night TWD 750/RM 97 dan malam ke dua TWD 800/RM 103. Rate dia berbeza sebab malam ke dua tu hari Jumaat so rate dia kira rate weekend !

Gigih dia menerangkan aku satu persatu

Dekat sejam lebih aku dok borak dengan dia. Mata pun dah mengantuk. Esok pagi pagi aku dah nak mulakan perjalanan aku di Taiwan ni. 

So minah ni pun tunjuk aku bilik yang aku dah booking. Bilik aku kena turun dan naik entrance lain. Building yang sama tapi blok sebelah 7eleven belah sana. Sama je cuma kat sana tak de common room. So dia tunjuk aku bilik apa semua.

Aku ambik single room, tapi dia bagi bilik ni sebab Wifi coverage lebih kuat

Aku pulak lupa bawak towel. Mintak dengan dia, then dia kasik pinjam selai.

"Go take shower.... "

Pastu buat buat tutup hidung. Saja la tu cakap aku busuk kohong ! Kelakar sebenarnya minah ni.

Dia tunjuk bilik aku tu tak de tingkap so kalau tutup lampu semuanya gelap.

"If you scared.... Dont scream. Help ! Help ! Dont worry. Switch on this light"

Siap bagi penerangan sambil berlakon mintak tolong !

"Tomorrow, you come back, if you have any problem come find me"
"What is your name?"
"Jean.. from X Men !"

Hahahaha.

Malam malam buta buat lawak. Pastu tak bagi aku gelak. Takut ganggu orang lain tidur.

Ni address hostel aku malam pertama dan ke dua di Taipei ni.

Travel Talk Taipei Backpackers Hostel
2F, No.96, Sec.2,
Minquan E. Rd. Zhongshan District.
Taipei
Taiwan

p. +886-918319868
email: traveltalktaipei@hotmail.com.tw

Rate untuk private room dia TWD 750 weekdays / TWD 800 weekend.

Sebaik saja mandi dan solat, aku lepak lepak dalam bilik. Kemas kemas barang apa yang patut dan packing barang yang nak bawak esok sebab esok aku plan satu hari keluar jauh dari Taipei ni, so aku bawak backpack aku dengan barang sikit sikit.

Roti dan maggie cup

Tengah berkemas kemas tu tetiba rasa lapar !

Sambil sambil on wifi dan study apa yang patut untuk itinerary hari esok, aku makan maggie malam malam buta di Taipei !

Hot cup Kari Berapi !

Senang rasanya sebab banyak dapat input dari minah Jane ni. 

Dia betul betul mempermudahkan kunjungan aku ke sini. Dia buat kerisauan aku hilang. Dia pastikan keresahan aku terpadam.



Dunia ini sepi
Jika hati mu sepi
Walaupun engkau berada
Di tengah pesta

Dunia ini resah
Jika hati mu resah
Walaupun indah
Kau pasti terasa gundah

Suka dan duka
Bermain didalam diri
Mencorakkan hidup ini
Melukis peribadi

Jatuh cinta
Jatuh hati
Putus cinta
Jiwa resah mengenangkan
Hidup ini

Mencari hati mulia
Bagai mencari harta
Bila bersua rasanya
Lengkap segala

Malam tu aku tidur dengan lena sampai ke pagi.

Senang hati ! Kenyang makan maggie !

bersambung..............

18 comments :

  1. lama x bc blog ko meng. lawak ko masih ada. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku harap kau pun kembali mengarang... ramai org tunggu kau update tu.

      thanks anyway

      Delete
    2. Ha.ah sempoi habis cara pnceritaan dlm blog ni,suka sgt baca, dah la tetiap hari ada jer citer..

      Delete
    3. Ha.ah bak kata supermeng ramai yg menunggu John update blog..citer Mynmar,Hokaido..sy salah seorg yg masih menunggu update kaki berangan..

      Delete
    4. john berhibernasi jap tu kang panas dia update la balik semula.

      Delete
    5. bulan ni je hari hari sebab nak abiskan entry taiwan ni bulan ni.

      Delete
  2. Best kan bila sampai2 je tempat orang dapat layanan mesra gitu.
    Cer kalau sampai2 je macam2 benda tak best jadi, boleh kacau mood ooo.

    Tak sangka rupanya orang cina pun ada sense of humour.
    Keep it up Jean!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... rasa diri ini begitu berharga.... kalau x layan tu nak je aku cepuk cepuk atas kepala depa.. nak sombong sgt mcm la hebat bebeno?kan?

      * mati la marah kat sapa pun tak tau aku neh.

      Minah Jean tu memang lawak

      Delete
  3. aku dah start check in sini dari semalam..nak mengembara bersama ko ke taiwan
    hiks boleh gitu meng kang ko kata kat aku lagi tenggelam timbul hahaha

    nak baca pengalaman ko kena typhoon

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila.....

      jangan lupa secawan kopi peneman setiap pagi

      Delete
  4. Kastam tu terpegun tgk wajah kachak horang hitaly tu... sbb tu dia thn mu jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheh. bukan terpegun. saja wat tahik ko aku... tengok rupo pelik skek je ... tahang slalu..

      Delete
  5. hadoiiiiii...........cramp usus perut ai taw :P

    ReplyDelete
  6. Salam bro,tanye skit.tiket bas x bleh guna Easy Card ke? ke kena beli dekat kaunter jugak? Kat airport situ ade jual tak easy card?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. easy card ada jual kat airport... pakai easy card la lagi senang

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...