Monday, August 3, 2015

Mimpi Yang Semporna - 01 : Dari Sepang Ke Semporna

Hola ! Hola ! Bila nak manja manja ?

Aisey... intro tak leh blah.

OK. Ini entry perihal perjalanan ke Semporna Sabah !

Highlightnya muncul di sini dah dulu : Trip Semporna Kan Aku 

Intro cemana boleh jadi trip ni adalah seperti berikut.

Orang kata, tak Malaysia lah kalau tak pernah pegi Mabul ! Setuju? Dan aku pun memang dah lama sangat berhajat nak ke Semporna especially ke Mabul ni nak tengok sendiri rupa apa di sana yang orang dok gembar gemburkan konon syurga duniawi terutamanya kepada peminat pulau dan aktiviti menyelam.

Dulu 2013, aku pernah booking tiket untuk ke Mabul ni bersama dengan BW dan MH, tapi time tu suasana di sana agak tegang, jadi atas desakan keadaan maka trip tu terkubur. Kami burn je tiket tu dah pegi ke Pulau Karimun bagi mengubat hati yang lara.

Dan kali ni 2015, sekali lagi aku cuba beli tiket ke sana sebab rasa macam dah OK sikit so dah boleh nak pegi melawat.

Trip ni aku ajak BW sebab dia yang goda aku nak ajak berjalan. Tapi kalau aku pegi dengan dia kang masalah jugak, jadi dia kena pegi goda GBS yang lain untuk turut serta. Maka IH hadir sebagai penyelamat. Selamatkan aku daripada kena dera dengan BW untuk jadi tukang ambik gambo dia !!!!

IH tak per, dia suka melayan. Aku ni malas sikit ! Ke banyak?

Lagipun dah lama tak jumpa IH. Dia busy dan menyepikan diri setelah berlaku masalah rumahtangga jadi IH perlukan masa untuk meredakan keadaan dan kini beliau kembali menyarung jersi berjalan untuk sama sama berjalan sakan.

Kami lah GBS - Geng Berjalan Sakan !!!

Tapi kalau trip GBS ni memang susah nak cukupkan korum. Masing masing ada komitmen dan kerja penting. MH dengan CP macam biasa, dua dua busy manjang. CP busy keluar masuk hutan sebab kerja dan MH sibuk ulang alik sebab mak dia tak sihat lagipun dia masih bertungkus lumus busy dengan PHD dia tu.

Cukup lah intro tu. Maka hari dan waktu pun tiba. Actually kami beli tiket ni dalam 2 minggu je sebelum trip so harga tak de la murah mana. Janji.... keinginan ke Mabul memuncak, jadi apa juga yang halangan mendatang tak mampu lagi menghalang !

Tinggi tak jati diri aku tu? Bersemangat !

Untuk penginapan di Mabul, aku dah booked dengan Scuba Junkie di Mabul Beach Resort. Tapi sebab last minit, bilik agak limited, yang ada cuma hostel jer. Berbelah bahagi jugak la sebab aku memang tak gemar nak stay hostel ni. Takut meracau ! Dan benda yang buat aku sanggup jugak ni sebab aku nak ambik Discovery Diving di Mabul ni under Scuba Junkie. Bukan tempat lain tak der, tapi aku rasa selesa dengan mereka selepas godek godek baca baca dan cari info.

OK dah ! Now hari pelepasan pun tiba.

IH datang all the way from luar kawasan, culik BW dan mereka datang tidur rumah aku malam tu dan subuh subuh syafie, OR drive kami semua ke KLIA2 !

Kegigihan no 2, sanggup bangun awal pagi demi keriangan berganda < pinjam tag Janggel !

Jadi apa tunggu lagi.. kita layan gambar gambir yang di snappy seawal perjalanan.

Flight masih belum beroperasi. Sempat aku hisap rokok dulu di sini. Ni port wajib untuk para perokok.

KLIA 2 di subuh hari

Tak de orang belah sini, tapi belah tengah tu ramai juga

Menunggu di gate

Sebab gate kami tu berdepan dengan Uncle Lim;s so breakfast dulu kat sini. Makan nasi lemak. Tapi punya lah tak sedap nak compared dengan nasi lemak yang aku makan kat branch Subang Parade tu. Sini rasa macam tasteless gila. Dah la harga mahai

Lepas breakfast masing masing ambik turn gi solat. Dan ada yang jaga barang. Selesai semuanya then baru la kami masuk semula ke gate perlepasan untuk penerbangan.

Tunggu queue haidar nak berlepas

Layan baca magazine

Sepanjang flight aku cuba cuba untuk meniduri diri yang kacak ni tapi tak berapa lena. Maybe sebab tak berapa kacak. Dah la seat aku kat aisle. Sebab urusan check in semua BW yang buat, so dia tak ambik seat windows untuk aku. Sudahnya aku mati kutu.

Aku kalau duduk aisle ni rasa macam lemas semacam. Nak kena tengok tengok kat luar jugak baru rasa tenang.

 Ni hot seat kat belakang aku... tak leh nak tumpang tumpang duduk. Ada puak puak manusia yang dah cuba pindah gi duduk tapi di halau oleh crew.

Tapi sempat la aku snappy sedas. Cuaca mendung dan berawan kelabu sepanjang penerbangan.

Pejam celik, pejam celik akhirnya flight dah start menurun. Maksudnya tu apa? Kita dah nak sampai !!

Jerit lah hoorey ! Kalau boleh henjak henjak kasi flight bergegar. Kalau kena pelempang dengan crew usap usap la muka sendiri menahan pedih !

Hoorey !!!! Thank you Air Asia.

Airport Tawau

Urusan keluar dari airport semua OK jer. Slow jugak la tapi tak lama menunggu. 

Keluar dari balai ketibaan dalam pada ramai ramai orang yang menanti tiba tiba berdiri seorang lelaki dengan wajah separa bengis. Pegang kertas dengan nama aku tertera di situ.

"Hello ! Is it me you looking for?? I can see in your eyes......"

Ambik feel Lionel Richie kat Tawau jap.

Tapi tak leh lama. Nanti saja kang kena karate. Dah la mamat tu menunggu lama sebab flight kami tu sebenarnya delayed. Biasalah, tak Air Asia lah kalau tak delay delay ni heh?

Memang dia pegang nama aku. Memang aku dah arrange untuk ada orang pick up kami di Airport Tawau ni.

Dan mamat tu terus bawak kami ke van yang dia park kat depan airport tu.

Naik van ni dari Tawau Airport ke Semporna

Urusan pick up pick up ni di uruskan melalui email dengan staff Scuba Junkie yang aku dok beremail tu. 

Harga pick up memang tak termasuk dalam pakej yang kami bayar. Ni kena bayar extra RM 35 per pax per way. Sebenarnya ada je cara lain yang lebih jimat untuk ke Semporna. Naik bas pun ada. Tapi sebab aku dah malas nak pening pening kepala, jadi..... aku setuju je pick up datang tunggu di airport Tawau ni. Dah aku tak payah nak fikir fikir dah. Janji sampai ke Semporna.

Dan yang lebih best, van sebesar tu hanya kami ber tiga jer !!!

Dalam van menuju Semporna

Dalam van tu kat belakang ada 3 row. Memula aku duk paling depan, BW dengan IH kat belakang. Pastu bila van ni dah bergerak, aku terus je pose pose Firaun kat seat tu membuta.

Memang dah malas nak ambik tau apa dah. Ngantuk tahap gaban keje shift malam !

Dan awal awal perjalanan tu aku dah membuta. Dengar jugak IH dengan BW borak borak kat belakang. Pastu tetiba aku tersedar, tengok kat luar cuaca hujan. Aku bangun dan toleh belakang, dua dua pun dah sama rentung !

BW dah pose pose walrus dan IH posing gaya platypus, keras di seat belakang. Semua kes ngantuk gaban sebab bangun awal pagi tadi.

Sedar sedar dah nak sampai Semporna selepas lebih kurang 1 jam perjalanan.

Selamat datang ke Semporna

Pekan Semporna

Kami dibuang di pejabat Scuba Junkie kat Semporna ni. Di sini kami selesaikan bayaran apa semua yang patut di bayar pada drebar van tu.

Aku senang berurusan dengan sorang staff Scuba Junkie bernama Ash. Minah Salleh. Dari awal lagi aku beremail email dengan dia and sheols memang sangat helpful dan friendly.

Kat sini baru sempat jumpa dia. Manis jugak orangnya. Sweet je asyik tersenyum walhal kadang kadang aku rasa dia senyum tanpa sebab. Bahaya gak tu na? Ramai mat salleh keje kat Junkie Scuba ni. Maybe dia orang keje untuk kumpul duit sebelum sambung travel atau memang dah terpikat dan terikat lalu bekerja di sini.

Tapi minah Ash ni baik lah. Dan kat sini, aku double check balik dengan Ash ni, ada private room untuk malam ni di Mabul Beach Resort tu untuk kami. So kami tak payah lah nak stay hostel. 

Dan rezeki kami, Ash kata ada !!!! 

Yeah !!

Gembira di hati bukan kepalang. Cuma kena top up sikit la. So overall, kami bayar pakej 3 hari 2 malam dengan discovery channel eh.. discovery scuba sebanyak RM 740 seorang.

Agak mahal daripada pakej pakej di resort lain, tapi aku rasa berbaloi lah dengan servis dan harga tu.

Cuma malangnya, malam ke dua esoknya, tak de private room jadi kami kena sumbat sumbat duduk dalam hostel jugak.

* meraung tak nak terima kenyataan

Tapi Ash pesan kami boleh check balik takut ada yang tak jadi check in.

Dah selesai urusan apa semua, kami ada masa sehingga jam 2 petang sebelum bot bertolak ke Mabul. Jadi kami ambik masa untuk pegi bank dan mengisi perut yang kekosongan.

* mati lah asyik lapar jerr.

Pekan Semporna.

Jumpa dah kawan baik ku.... Maybank. Buat la apa yang patut di sini

Masjid Semporna. Time tu orang nak solat Jumaat. Boleh la aku dengan IH feeling feeling musafir pakai seluar pendek lalu depan masjid tapi tak gi solat Jumaat ! Heh.

Pasar di Semporna

Kawasan tepi laut

Dalam pada dok borak borak, BW sibuk la nak beli ikan bilis nak bawak balik. Macam la kat semenanjung tak de ikan bilis.  

IH pulak, mak dia suruh beli kek lapis !

Bukan kah kek lapis tu ada di Sarawak?

"Eh beb.. jangan risau. Aku dah nampak kek lapis kat sini !!!!"

Aku bagitau IH. Dia excited !

"Ada ke? Kat mana?"
"Tu haaaaa. Kek Lapis bergerak !!!"

Baju akak ni boleh buat korang mengidam kek lapis tak?

Hahaha.

Sebenarnya kami jalan jalan buang masa. Pusing merayap ikut kaki. Lalu la kat jetty orang awam nak naik bot pulang ke destinasi memasing.

Singgah singgah menyebuk jugak kat pasar ikan tu.

Orang jual ikan

Bakal dijadikan sajian

Tengok tengok saja. Sambil sambil tu jalan kat area tepi laut tu. Cari tempat makan.

Banyak kedai Cina la pulak

Port ni dah jadi ikon Semporna dah ni

Layan layan tengok kawasan

Makcik mendayung sampan

So kami jumpa la satu kedai makan antara yang banyak banyak di buka tu. So dudiuk la order apa yang ada.

Ada la makcik ni nak menjual. Jenuh dia pujuk kami beli. Masalahnya nak beli nak buat apa?

Makanan kedai tu agak limited..Nasi goreng ayam tapi ayam tak der.... bedal je lah makan separuh hati

Ni mee apa benda ntah.

Makanan memang betul betul tak memuaskan hati. Setakat nak menyuap untuk hidupkan roh jer. Aku jamah sikit sikit macam tu je lah.

Tengah dok makan tu, tetiba ada budak pompuan datang. Sebenarnya sebelum sebelum tu ada je budak datang mintak duit apa semua tapi kami buat keras je tak melayan. Tapi kali ni yang datang tu aku rasa macam lain sikit. Comot dan kusut masai budaknya. 

Dia datang mintak duit lah. Muka kesian betul.

"Mau makan Bang"

Dia cakap kat aku. 

Dan since aku makan tak abis, aku pun saja la pelawa dia nasi goreng aku yang tak sedap tu. 

Tetiba dia ambik dan dia makan kat lantai sebelah aku. Kat kaki aku !!!

Tersentak terus kami bertiga. Tak tau nak reaksi cemana. Dalam hati terfikir, memang lapar agaknya ni.

Sungguh sungguh dia makan.

Then terus kami jadi gelabah. Bagi dia air apa semua. Kang tercekik pulak budak ni.

Dan dan tu ada sorang lagi budak lelaki datang. Dia kuis kuis nak share nasi tu dengan budak pompuan ni. Kami assume adik beradik la kot. Kesian betul. Dan si adik tak nak bagi. Dia nak makan sorang sorang. Siap lari jauh bawak pinggan. Si abang merayu belas ehsan adik mintak dikongsikan.

Tak sampai hati, kami bungkus nasi dan bagi kat abang dia pulak.

And see what happened ...

Dia makan nasi sorang sorang kat tepi dinding

Peristiwa yang sangat sadis !

Sempat la wassap gambar kat CP, MH dan kawan kawan aku yang lain dengan hashtag #syukur

'Bersyukur lah korang ! Ada orang lain yang tak cukup makanan'

Dan CP dengan rakusnya tetiba replied.

"Kau bagi duit kat dia. Aku bank in duit kat kau sekarang !!!"

Dia memang macam tu. Tapi kami semua dah settlekan hal budak budak ni. Yang penting dia orang dah kenyang makan.

Sampai abis mereka makan. Then dua dua datang dekat kami.

"Terima kasih Bang"

Kata si abang dan si Adik menambah.

"Bang.. duit seringgit mau beli baju"
"Baju apa kau mau beli dengan seringgit?"

Seloroh si abang. Buat kami tumpang ketawa. Kemudian, si abang bersuara perlahan.

"Sudah la tu.. Kau bersyukur saja orang kasi kau makan..."

Deep ....... !

Buat kami bertiga terus terdiam dan berpandangan sesama sendiri.

Apa pun bangsa mahupun agama mereka. Semoga mereka sentiasa di lindungi dan di rahmati dalam hidayah Allah selalu.



Biarkan ku sentuh airmata ini
Biarkan ku pujuk hati yang sengsara
Berarus di jiwa tiada pelindung
Hanyalah sepi

Mengapa derita jadi milik kita
Tiadakah lagi saat bahagia
Aku pohon pedomanMu

Jalan berliku tak pernah lurus
Mampukah aku melaluinya
Tiada ku ingin terus tersiksa
Lemas dihimpit dalam kesempitan

Menumpang hidup menumpang kasih
Tiada indah bagai dahulu
Ku yakin ini semua ujian dari Yang Esa
Punya sebab yang besar untukku

Biar embun membasahi
Biar hujan menyirami
Hidup ini tetap ku teruskan

Pedih apa yang telah pun terjadi
Wajah wajah yang tidak mengerti
Takdir ini sedang mengujiku

Cinta dalam dakapan bulan yang terindah
Keinsafan kita menerima segalanya
Ku bukan lagi yatim yang terhina
Ku dalam hidayahMu
Ku dalam hidayahMu

bersambung.........................

49 comments :

  1. Baru jer rasa nak komen 'baju kek lapis' tu.. skali bila baca story bebudak tu.. terus jatuh skima Meng.

    - dulu ada sorang pakcik ni yg biasa mintak sedekah kat area CIMB Kelana Jaya (Giant kecik).. tiap kali dia mintak sedekah.. Sham kata.. duit takda.. tapi kut nak makan.. pakcik mintak jer la.. terus dia blah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah kenyang kot. kdg kdg tak nak makan tapi nak simpan duit nak beli kereta.

      hahahaha

      Delete
  2. kalau di Sabah, Nasi Goreng Ayam@Mee Goreng Ayam memang tak ada ayam goreng, Ayam hanya buat rencah masakan saja =)

    p/s: Silent reader selama ni haha, kalau baca blog ni asyik nak tergelak saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. i see. thanks for sharing. patut la nampak pelik je nasi dia orang. nasib baik kau bg tau.. aku stop merungut. hehehe

      terima kasih sudi singgah dan menghiburkan diri sendiri

      Delete
  3. insof kejap bace citer habang meng dipagi senin ni

    ReplyDelete
  4. sy pun br nak komen part kek lapis tuh trus insap ble baca kesah dua-beradik wuwuw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah komen je la.. nampak sedap kan kek lapis tu?

      Delete
  5. Adehh..meng awai pagi dh kupas bawang..sob..sob..

    #syukurselalu.

    ReplyDelete
  6. murni gak hati ko meng...aku ari tu..buat muke ketat..sbb dh kena warning awal2 dgn kawan aku..jgn layan bebudak neh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun mcm kau gak gip. kalau dia mintak duit memang malas nak bagi. tapi sebab tengok dia makan tu terus buat kami rasa bersalah..

      Delete
  7. jarang jumpe yg mintak sedekah nak makanan.. selalu dorg mintak duit je..

    ReplyDelete
  8. pagi-pagi saya da menangis....uwaaa....

    ReplyDelete
  9. Aku sebak...sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada...rupanya masih ramai diluar sana yang tidak cukup makan :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yati... kdg kdg kita malas nak ambik port pun.. tapi rezeki dia org hari tu kot

      Delete
  10. Replies
    1. nah tisu... banyak tak air mata?

      nah ambik 2 helai tisu

      Delete
  11. mula baca ada nama Ash..(eh..nama sedikit sama dgn namapena akak..gitu perasan)
    pastu baca lagi
    pastu baca dan baca..
    pastu terus pikir hesteg syukur

    lihat dari mata hati betul lah adik meng ini..good..

    ReplyDelete
  12. adeh tumpah juga airmata aku......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik kotak tisu kat sebelah tu.... kesat hingus tu sekali

      Delete
  13. *merenung ke luar jendela
    Lenkali papar acc no disini, untung2 ada hamba Allah derma 2.6 billion! Bleh bantu children of the world...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah siapa la hamba allah tu kan? nak gak aku berbaik baik.. dpt ikut travel tukang bawak beg pun okey

      Delete
  14. Meng ...

    Drama dah kembali ....

    Tersengih ... Terkedu ...

    Semuanya ada ... !!!

    Tak sabar nak tunggu episod episod seterusnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar... ada 12 episode semuanya..

      dah siap siap menunggu giliran

      Delete
  15. aku dah gelak2 baca pasal kek lapis tu.
    bila baca pasal 2 beradik tu terus terkesima terdiam tersentap.

    sedihlah :(

    tapi bebenda macam ni yang kita appreciate kan bila kita travel.
    kena bersyukur sentiasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu normaya..

      sekurang2 nya kita dpt belajar dari apa yang kita lihat

      Delete
  16. OMG. That is so touching. Semoga Allah swt membalas segala kebaikan korg semua dan Semoga hidup adik bradik tu akan lebih baik lepas ni. Insya Allah. Thank you encik Supermeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. insya allah.... moga moga murah rezeki mereka berdua juga

      Delete
  17. Ehemmm patutla, ada yg menyeru kat sini rupanya. 🙊

    ReplyDelete
  18. adesss mata masuk habuk pulak sob sob

    ReplyDelete
  19. betul ! pergi mabul mesti ada erti Syukur dlm hidup. dulu pergi, budak2 kat pulau tu hari2 dtg mintak biskut..sedihnyaaa klu ingat balik *lap airmata*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... lain kali sesapa ke sana boleh la bawak bekal jajan lebih lebih skit utk sedekah...

      * nah tisu.... lap airmata tu

      Delete
  20. Baiknyaaa habang meng ni... #hulurtanganmintakdermatiketflight

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. kalau yang mintak tu dah memang Host JJCM.. makan sana sini... tak henti henti... tak dok aku nak derma dah.

      aku mintak sign jer !!!

      nak sign !!!!

      Delete
  21. Sedihnyaaaa baca pasal budak dua orang tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. sebak je bila ingat balik.. moga moga skrg nasib mereka lebih terbela dan di murahkan rezeki. Amin

      Delete
  22. Mula-mula ketawa pasal kek lapis tu. Baca pasal adik-beradik tu terus bergenang. Bestla abam ada experience gini. Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhan bagi pentunjuk untuk sentiasa bersyukur.... Insya Allah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...