Saturday, August 8, 2015

Mimpi Yang Semporna - 06 : Snorkelling Di Pulau Mabul (Emancipation of Mariah Kerek)

Plan asal kami di Mabul ni memang untuk diving walaupun disco-very very sahajork !

Tak de plan nak snorkeling sebab kami ingat tak cukup masa. Tapi memandangkan bila dia cakap diving tu dekat jetty je so kami agak terkilan jugak sebab tak pegi naik bot jauh jauh macam Kapalai tu semua tak macam trip orang lain 

Menangis di situ kerana cemburu buta.

Lai lai lai.. bye bye bye.. Kapalai !

So datang idea untuk snorkeling petang tu dengan masa yang ada. 

Sepertimana paginya aku dah tanya makcik kokesen kekwat dan tak friendly kat lobby reception tu, dia suruh aku tanya dia balik time lunch. Tapi aku memang bengkek betul dengan layanan dia yang endah tak endah parade je. Cakap pun tak pandang muka aku. Sibuk sangat lah tu konon.

"Sudah lah ! Kau ingat kau cantik ??????"

Macam tu aku nak tempelak kat muka dia bila dia acuh tak acuh. Tapi muka dia ada sikit macam Mariah Carey !!! Sikit je lah.....

Tapi versi tak cantik. Jauh sekali jatuh kategory seksi. Kak Yah ni patut di beri nama MARIAH KEREK aka KAK YAH KEREK !

Nampak tak bila aku dah benci, aku bagi adjective buruk buruk je kat dia ? Hahahaha.

 Jangan cari, tak de gambar Kak Yah Kerek menyorok dalam perahu ni. Perahu ni masih lawa kalau digandingkan dengan dia.

Waktu lepas diving petama pagi tu, kami di beri rehat oleh DM untuk lunch. Dan diving ke dua hanya start lepas makan tengahari.

So lepas sesi pertama tu kami pegi ke lobby resort untuk melantak !

Suasana di lautan Mabul

Makan tengahari di sini

 Ni sikit sebab nasik BW. Kalau nasik aku sah sah la penuh merumbu

Sambil berangan konon konon akan jumpa makhluk makluk macam ni dalam sesi ke dua nanti.

Hujung hujung memang nan hado nak nampak ikan ikan cantik lawa macam tu. Yang kami nampak hanyalah pasir memutih. Tu pun IH kata dia punya goggle berhabuk manjang so most of the time dia tak nampak apa apa.

Hahaha.

Yang penting kau posing baek dalam laut macam diver pro !

Berkenaan bilik pulak, kami dah check out pagi pagi lagi sebab bilik kami semalam yang ala ala mewah tu harus diserahkan kepada orang lain. Hari ni memang kami dapat hostel je seperti dalam pakej asal yang kami dah tempah.

Tapi aku ada la tanya si Kak Yah tu, kot ada bilik kosong yang private untuk kami supaya aku tak payah nak duduk hostel.

Tau apa dia jawab ?

"No. Only VIP Room !"

Eh. Eh . Eh. Dengan muka ketat dan kekwat dia. Nak je aku bagi penyepak kat muka Kak Yah tu biar bertambah senget tulang pipi.

"Apa kau ingat kami tak mampu duduk VIP Room??"

Padahal memang parah gak nak membayor kalau duk bilik mahal ni. Tapi kalau sungguh pun kami muka macam tak mampu, jangan la layan macam tu sekali. Aku tengok dia cakap dengan orang lain especially divers Mat Salleh elok jer bermanis muka.

Cis ! Damn u Kak Yah !

Haaa. Mesti tak sabar nak tengok tengok wajah makcik muka lari alignment ni kan?

Ni la wajah Kak Yah yang snobbish lagi kerek tahap durjana

Kalau korang jumpa dia kat mana mana, sila kirim penampor dan bagi kaki kat muka dia kasik alignment betul semula. Menyirap je every time aku nak deal dengan dia end up aku yang jadi sakit hati.

So seperti yang dijanjikan, masa lunch tu aku gi la tanya dia lagi pasal snorkeling trip kot ada petang tu kami boleh join. Sekali lagi jawapan Kak Yah menghampakan.

"I dont know. You are late, You should talk to me before lunch. I dont know which boat going to where"

Pundek ayam la kau Kak Yah ! Jawapan tak membantu langsung. Tadi cakap masa lunch, ni sebelum lunch pulak. 

Amarahku membuak buak ! Dalam hati kecewa dan menyirap !

Dah abis makan dan setelah gagal berurusan dengan pompuan mereng ni, kami pun balik ke jetty dengan duka tersemat di jiwa. Tak pe lah. Bersyukur je lah dengan apa yang ada. Redha je la kalau dah ketentuan untuk kami seperti ini.

Sebab masih ada masa kami lepak lepak jap kat tepi pantai tu.

Lepak tepi pantai menunggu diving sesi ke 2

Masa tengah lepak tepi pantai menunggu waktu nak dive kali ke dua, nampak orang sebelah minum air kelapa. Macam sedap je. So aku tanya la pak guard kat situ mana nak dapat air kelapa tu?

Pak guard tu kata kena tanya orang kampung kat sebelah. Puak puak Bajau Laut tu.

So aku dengan IH pun dengan girang dan bersemangat pegi la tanya demi air kelapa.

Masuk kat kawasan penempatan tu, kami tanya sorang kakak ni.

"Kak. Di mana mau beli air kelapa?"
"Air kelapa?"
"Ya"

Kakak ni lagi bagus pada Kak Yah Cirit tu. Masa tu dia tengah duduk bergossipan dengan jiran yang lain, terus dia pun singsing kain, bawak kami ke rumah belah belah belakang sikit. 

Aku dengan IH follow je lah.

Sampai kat satu rumah ni, dia cakap dengan tuan rumah tu kami nak beli air kelapa. Terus kecoh kejap.. tetiba ramai orang berkumpul dan nak menolong.

Tapi tolong tengok jerr lah yang ramainya..

Tetiba dia orang ramai ramai berbincang macam satu masalah dunia. Padahal aku cuma cari air kelapa jer. 

Last sekali, ada sorang mamat ni bersuara.

"Abang nak air kelapa?"
"Haah"
"Berapa bijik?"
"2"
"OK. Abang datang sejam lagi boleh, kelapa kat sana tu...."

Dia tunjuk.

Kelapa masih di atas pokok !!!

Aku pandang IH. IH pandang aku. Aku pun tak tau nak gelak ke nak nangis. 

Nak beli air kelapa tapi buah kelapa masih atas pokok.

Sejam pulak tu nak tunggu orang panjat ! Hahaha. Sudahnya kami cancel je lah. Tak sampai hati nak suruh orang panjat demi nak bagi kami rasa air kelapa.

So cancel dan terus kami blah.

Jumpa kedai runcit, beli je la air yang tak berkelapa.

Beli jajan dan air tin

Tak de la kecewa tak dapat air kelapa. Cuma pening nak fikir takkan macam tu susah sekali orang sebelah ni beli air kelapa? Siap sekali order baru nak panjat?

Or mungkin kelapa yang ada dah kehabisan kot.

Tak pe lah. Nanti cari air kelapa kat supermarket bila balik KL !

* pujuk hati sendiri

Kembali ke jetty untuk sesi dive ke 2

Sesi ke dua ni kejap je lah tak macam pagi tadi sebab sesi pertama tu more to learning.

Yang ke dua ni, dia dah boleh lepas kami diving sesama kami dan dia orang follow jer. Sambil sambil tu ada la DM yang jurukamera tu sibuk dok suruh kami posing !

Abis sesi ni, kami menyuarakan hasrat nak snorkelling dengan mamat DM tu. Ya lah diving bukan nampak banyak ikan pun sebab nampak pasir jer. Ada la penyu sekor dua dan ikan jauh jauh. So kami nak cuba snorkeling sebab boleh tengok coral dan ikan dengan jarak lebih dekat.

Mamat tu kata, tak payah bayar. Perabih duit je RM 100 sorang untuk sniorkelling trip. Tup tup kalau dia bawak snorkeling pun kat area area depan jetty tu jer.

Dan mamat DM ni baik hati, suruh kami tukar je kelengkapan diving kepada kelengkapan snorkeling !

FOC je. Tak payah bayar. Dan dia suruh kami snorkeling depan depan tu jer.

Ha.................... Kami sangat suka hati !

Cepat cepat padam wajah Kak Yah Kerek dari memori.

Tukar busana dari busana tong gas kepada busana life jacket, kami turun untuk beramah tamah dan bermesra mesraan dengan hidupan laut di Pulau Mabul ni.

Ayuh snorkeling !

Area kami snorkeling. Jetty Scuba Junkie dari kejauhan

Dan kali ni kami pegang GoPro pinjam tu sendiri, so kami jugaklah yang ambik gambar. IH gilir gilir dengan aku. BW snorkel ntah ke mana mana kejap kejap hilang pompuan tu. Sesi bercakap dengan ikan agaknya.

Maka layan gambar gambar diambik dari dasar laut Pulau Mabul.

Coral coral dia not bad. Masih banyak yang hidup

Ikan ikan pun masih berenang dengan riang di sini

Landak laut masih boleh melandak dengan aman

Rumpai rumpai menari nari dengan lemah gemalai

Ada jugak coral yang dah mati. Innalillah. Arwah dulu baik coralnya kepada hidupan laut yang lain.

Elyana ( Diriku Tapak Sulaiman ) masih bebas menapak di Mabul ni

Ikan ikanan bebas bermukah

Nemo main sorok sorok dengan syok.

Ikan kaler kaler feeling feeling cantik

Coral Ormila turut sama memeriahkan suasana

Di dasar lautan

Hidup lagi ni

Kami beraksi

Tapi awas, coral coral ni boleh makan kaki. Lutut aku pun tercedera sikit sebab terabit dengan karang karangan ni

Kami snorkelling lebih kurang 2 jam jugak la kat sini.

Overall, sangat puas hati. Lebih banyak nampak ikan time snorkeling ni daripada waktu diving. Cantik lawa pulak tu mereka mereka di Mabul ni. Apa apa pun, diving atau snorkeling, dua dua kiranya aktiviti yang best di Mabul dan patut di cuba.

Lepas selesai snorkeling, kami balik ke lobby. Kali ni sekali lagi jumpa Kak Yah Cipan tu dan tanya kot ada bilik available sebab tadi ada bot sampai. So mana tau kot ada yang tak jadi datang ke apa.

Dan dengan berlagaknya Kak Yah cakap.

"No....  No room available !"

Cis. Menyakitkan hati betul cara dia jawab.

"Jaga kau Kak Yah Cipan. Kan ku simpan dendam kesumat ini hingga ke titisan darah terakhir"

* emo

So since kami adalah gelandangan tak berbilik, end up kena settled down dengan hostel je lah. Dah tak de choice !

Minum petang sambil menangisi nasib diri

Akhirnya check in je kat hostel Mabul Beach Resort ni. Hostel ada 2 bilik. 8 bed each bilik

8 Katil ni 3 bawah dah penuh. Bila kami masuk Kak Yah Cipan dah assigned kami semua belah atas

Redha je lah.

Aku bukan tak suka duduk hostel hostel ni.

Pertama sebab aku sedar diri yang aku berdengkur. So aku tak nak menganggu orang lain. Aku kesian kat orang lain ! Kalau setakat BW dengan IH yang kena tahan dengkuran aku tu aku tak ambik pot sangat. Tapi kalau orang yang aku tak kenal, kesian la dia orang tak selesa dek sebabkan aku. 

Silap silap kan dia orang amuk, humban aku ke luar !

Kedua .. duduk hostel ni susah nak solat apa semua. Memang tak de privacy.

Tapi hostel di Mabul Beach Resort ni agak OK. Kebersihan pun OK. Wifi je tak kuat. Bilik air ada 3 untuk setiap bilik tapi tekanan air agak slow.

Kami ambik turn solat masa tu. Solat tepi pojok bilik jer. Masuk sorang mat salleh, tengok BW ala ala pocong mengerbang terus dia lari keluar.

Pastu masuk yang lain, tengok aku pakai kain pelikat, tak jadi masuk. Terus keluar balik.

Hahahah.

In a way macam kami je la yang conquer lak bilik ni siang siang buta tu.

Sebab BW agak tak selesa nak panjat panjat katil, dia pun nak tukar ke katil kosong belah bawah.

Aku dah agak mesti Kak Yah tak bagi, tapi BW pegi jugak tanya Kak Yah Cirit tu dia nak tukar ke katil bawah sebab ada satu katil yang available.  

Dan jawapan Kak Yah adalah sudah boleh di duga.

"No !!!!"

* BW berlari kesat airmata keluar bangunan reception setelah dijerkah oleh Kak Yah Cipan 

Mencirit lah BW lari. Kami berdua gelak jer sebab dah boleh agak jawapan Kak Yah Kerek macam tu.

Hahahaha. Kejap Cirit kejap Kerek...yang pasti, Kak Yah Kerek memang Cipan.

Siang siang buta nak duduk hostel ni nak buat apa pun agak terbatas. Nak lepak lepak kat bilik rasa tak selesa. Sudahnya kami bersiap siap dan keluar semula.

Bersiap untuk aktiviti seterusnya selepas minum petang.

Hari pun dah petang. Dah tak tau nak buat apa kat hostel tu baik je kami keluar berjalan daripada mengadap muka pompuan kerek tu.

Bengkek je aku dengan makcik kokesen tak lawa tu. Dah la muka tak lawa, perangai lagi huduh pulak tu.

Ingat Kak Yah ! You can push me down. You can try but you cant take that away from me......

* bertenggek atas pokok whistling lagu Mariah Carey dan beburung lari berterbangan sambil menutup telinga.

Terlebih octave !

Tapi nak buat cemana? Sehari dua sementara masih di sini, kami kena redha dan terima hakikat yang sesungguhnya antara kami dan Mariah Kerek ni..... we belong together.................... !

* sambung whistling bak petir kasi menetas semua telur penyu dalam pasir.



(Ooh, ooh, sweet love, yeah)

I didn't mean it
When I said I didn't love you, so
I should have held on tight
I never shoulda let you go
I didn't know nothing
I was stupid, I was foolish
I was lying to myself
I could not fathom that I would ever
Be without your love
Never imagined I'd be
Sitting here beside myself
Cause I didn't know you
Cause I didn't know me
But I thought I knew everything
I never felt

The feeling that I'm feeling
Now that I don't hear your voice
Or have your touch and kiss your lips
Cause I don't have a choice
Oh, what I wouldn't give
To have you lying by my side
Right here, cause baby
(We belong together)

When you left I lost a part of me
It's still so hard to believe
Come back baby, please
Cause we belong together

Who else am I gon' lean on
When times get rough
Who's gonna talk to me on the phone
Till the sun comes up
Who's gonna take your place
There ain't nobody better
Oh, baby baby, we belong together

I can't sleep at night
When you are on my mind
Bobby Womack's on the radio
Saying to me
"If you think you're lonely now"
Wait a minute
This is too deep (too deep)
I gotta change the station
So I turn the dial
Trying to catch a break
And then I hear Babyface
I only think of you
And it's breaking my heart
I'm trying to keep it together
But I'm falling apart

I'm feeling all out of my element
I'm throwing things, crying
Trying to figure out
Where the hell I went wrong
The pain reflected in this song
It ain't even half of what
I'm feeling inside
I need you
Need you back in my life, baby

Who else am I gon' lean on
When times get rough
Who's gonna talk to me on the phone
Till the sun comes up
Who's gonna take your place
There ain't nobody better
Oh, baby baby, we belong together, baby

Who am I gonna lean on
When times get rough
Who's gonna talk to me
Till the sun comes up
Who's gonna take your place
There ain't nobody better
Oh baby, baby
We belong together

bersambung.........

22 comments :

  1. Hahaha...pagi2 dh buat org gelak.lawak betul pasal air kelapa tu. Tapi mariak kerek tu rasa nk lempang2 je. Dahlah muka x lawa....lagi nk berlagak...eii geram sungguh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann....

      dah la tak lawa. peragai tak semenggah. agaknya org org kat pulau tu semua rejek dia kot tu yang muka ketat jer

      Delete
  2. segar dari pokok kelapa.Gigihnya mereka demi sesuap makan.

    Tapi lagi sadis layanan yang ko dapat dari minah tu.Cam mana ko boleh sabar ek ? Kalau aku kat situ memang sah aku dah gaduh besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya pokok kelapa sayup sayup lak tu tinggi...

      kena sabar la.. org mcm tu kalau kita angin dia lagi berlagak. buat tak layan je.. hujung hujung simbah je dgn air kumbahan

      Delete
  3. haiyakkkkk luku kepala cikyah cipan tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikyah la... hahahah sesedap je dpt cik.

      tu kategori nenek dah tu..

      Delete
  4. Kalau saye la kat tempat bang meng waktu diorg ckp nk panjat pokok kelapa tu, mesti dah kembung2 pipi tahan gelak.

    #TolakCikYahMasukLaut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. nak gelak lelebih kang dia org pakat ramai2 belasah kita org berdua lak sebab ejek ejek niat suci mereka tu.

      Delete
  5. Meng..
    - Sorry Meng.. memang tak boleh tahan gelak la.. membayangkan ko kena panjat katil tdo kat belah atas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tu pun ya. siksa jugak tu nak turun naik. maklum laaa badan dah macam panda

      Delete
  6. Cantiknya coral kat dasar laut. Eh, abg meng duduk dengan wife dlm hostel yg campur laki n perempuan ke? 🙀🙀. Kesiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. BW tu bukan wife aku lah.

      hostel semua bercampur. memang tu je bilik yang ada.. pasrah je lah

      * kesat airmata dgn hujung selimut

      Delete
  7. Meng, macam muka Prince Charles je aku nengok muka si kak yah cipan tu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... lagi sadis pandangan mata ko...

      apa yang penting Kak Yah tetap tak lawa !

      Delete
  8. Entry yang padat dengan kebencian berganda, Adoi laaa Kak yah Kak Yah, mesti ramai readers kau tak sabo nk pegi mabul dan tengok sendiri kak yah ni secara live.

    Yang bab buah kelapa tu aku pun taktau nak gelak ke nak nangis.
    Lawak pun lawak tapi macam sedih pun ada gak.
    At least customer service depa terbaik compare dengan Kakyah kan.

    Komen Hayati ni pun lawak la meng. Prince Charles sudahnya hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tang buah kelapa tu memang mereng aku kejap. tak sangka mcm tu jawapan aku dpt. tapi memang tak de rezeki la kiranya tu...

      Kalau Kak Yah muka mcm Prince Charles.. dia dok istana la.. jadi resident manager istana.. hiks

      Delete
  9. Style diorang memang macam tu Meng. Bercakap ramai-ramai ko ingat ada pesta or sometimes terjerit terpekik macam ada rusuhan walhal borak biasa je. In ur case, nak bagitau ko datang nak beli air kelapa & kelapanya habis. The end.

    p/s Nanti nak tanya adik aku dia kenal ke x Mayiah Kerek ko ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe la BK.. sebab semua dtg berkumpul. aku lak cuak macam nak kena pukul jer disebabkan hanya nak air kelapa..

      haaa suh adik kau kirim pelempang sedas kat kak yah kerek ni.. heheh

      pastu tanya dia kot dia terjumpa selipar jepun IH.. hahahhaa

      Delete
  10. Meng ...

    Terbaca your reply yang ada kisah Cik Yah Kerek/Cirit ... terus cari !!!!

    Meng ...

    Sebagai peminat tegar Mariah Carey , I nak you tarik balik pasal you kata Cik Yah Kerek ada ala ala or imbas imbas Mariah Carey !!! Noooooo waaayyyyyyy !!!

    Cik Yah very KEREK !!!! Tak suka !!! (Walaupun hanya baca !!!)

    No wonder waktu lanun menculik tuh, dia orang tak nak pun culik Cik Yah ... sebab memang lanun pun tak selera !!! Hahahahahahhahahahahahahhaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa... tak leh tarik dah... dah jauh terlajak !

      en ghaz.. .lanun tak nak culik kak yah sebab nanti tengok muka dia terus di landa kemurungan berpanjangan...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...