Thursday, August 13, 2015

Mimpi Yang Semporna - 10 : Bohey Dulang - Part 1

Dari bayangan, kami dah jangka lelaki yang menyambut ketibaan kami ini adalah lelaki yang akan membawa kami ke Bohey Dulang !

Dengan pantas dia menyapa dan menunjukkan kami bot yang bakal membawa kami ke sana nanti.

Aku tak berapa faham sangat apa pakcik ni cakap, tapi dari bahasa tubuh, dia suruh kami tulis nama dan no IC siap siap pada satu kertas. Dia bagitau dia akan pegi dapatkan kelulusan di Pejabat Taman Laut Sabah untuk clearance kami ke Bohey Dulang.

Sebenarnya dah bagi kat mamat di Mabul tadi tu, tapi tak tau kenapa dia mintak balik. Malas banyak soal dengan pantas kami pun bagi info kat dia.

Pakcik ni di bantu oleh sorang anak dia yang masih bersekolah.

Jetty Awam Semporna

Pakcik tu nama dia Pakcik Madi. Pakcik Madi suruh kami tunggu kejap di jetty tu sementara di pegi ke Pejabat Taman Laut. 

Idea yang baik jugak sebab kami boleh gi makan tengahari dulu dan buat arrangement nak balik ke airport petang nanti.

Tapi Pakcik tu mintak duit sikit untuk isi minyak.

"Berapa?"

Aku tanya.

"200"

Tanpa berfikir panjang aku terus bagi duit tu kat dia. Mamat kat Pulau Mabul tadi dah cakap harga dia RM 300, kiranya kami hutang lagi RM 100 lah.

Dan kami beredar sementara pakcik tu pegi dapatkan pelepasan dan isi minyak. Janji tak lama so kami pun cepat cepat beredar. Tujuan pertama adalah ke pejabat Scuba Junkie dulu. Aku jumpa Ash tu dan suruh dia buat arrangement untuk tranfer ke airport.

"What time the latest we can leave from here? Our flight is at 7 pm"
"There will be a van leaving at 3.30 pm but the latest you can go is at 4 pm. The charge is same RM 35 per pax"

Aku setuju jer !

Selesai pasal transfer. Harapnya kami sempat balik untuk ambik transport ke airport Tawau nanti jam 4 petang. Aku kena pastikan pakcik bot tu nanti bawak kami balik sebelum jam 4 !! Kalau tersadai ... masak !!!

Cerita pasal masak. Perut pun lapar. Jadi kami bergegas ke restoran di depan pejabat Scuba Junkie tu dan isi perut !

Menu makan tengahari. Ni nasik IH. Aku makan beryani. Tapi beryani di Sabah ni mungkin la rasanya kurang sikit dari yang biasa kita makan di Semenanjung.

Janji kenyang !

Lepas makan kami ke kedai cari selipar sebab selipar IH hilang di Mabul ! Tak tau la sapa yang curi kat hostel tu. 

Tak leh tunggu lama lama, dapat selipar kami terus kembali ke jetty awam tu semula.

Sampai di jetty awam

Ada orang jual jual jajan kat situ so BW beli jajan dan air sebagai bekalan. Harus diingat, di Bohey Dulang tak de kedai, so pastikan bawak air siap siap dari Semporna ni !

10 minit menanti, pakcik bot tu tak muncul muncul.

"Jangan jangan kita dah kena chong?"
"Isk"

IH meredakan tekanan.

"Lama sangat ni? Tadi kata kejap je?"
"Kalau dia tipu cemana?"

IH pulak dirundung kemusykilan yang sama.

"Hahahah. Nasib kita la... Tapi tak pe... fikir positif. Kalau Pakcik Madi tu tipu kita, dia yang berdosa. Dia kena ingat hidup ni ada karma nya, kalau dia belanja duit kita 200 tu, memang la berdosa dia tu.... bla bla bla bla "

Sapa ntah membebel tak sudah sudah. Hahaha..

Tengah dok membebel tu tetiba..

"Hah ! Tu ! Tu !! Ya lah tu !!!!"

Sebuah bot datang menghampiri jetty. Budak lelaki yang kami cam anak pakcik tadi tu turun.

Yeah ! Kami rasa happy..

Tunggu kami Bohey Dulang... kami datang ni !!!!!

Kami bersiap naik bot. Anak pakcik ni turut membantu.

Macam kesian lak tengok budak ni. Aku suspek dia masih sekolah rendah lagi.

"Kau tengok tu, kecik kecik dah tolong ayah dia. Bagus betul. Masa kita dulu besar besar tu buat apa?"

Aku terfikir sejenak. Masa aku sebesar tu, apa aku buat?

Aku masa tu dok menakal. Kerjanya main jer. Main guli.. Juara kampung aku ni. Bagi jer permainan apa, guli, getah, pemadam... semua ada. Kira banyak gila harta harta masa tu.... Dan biasalah, mak ayah aku bukan suka. Dan nak simpan benda benda ni dalam rumah adalah mengerikan sebab kalau di jumpai, mesti kena buang !

Sudahnya aku tanam kat pokok mempelam depan rumah. 

Tanam harta karun.

Dan kisah sedih berlaku.. pada satu hari.. ada bulldozer datang nak korek parit depan rumah kasi lebih luas. Dengan pokok pokok mangga mak aku tu dia korek dan buang.

Jadi................ di situ la berkubur harta harta karun peninggalan aku masa kecik kecik dulu.

* kesat airmata terkenang kisah lama.

Lamunan terhenti bilamana enjin mengaum semula dan bot mula bergerak meninggalkan Semporna.

Selipar baru IH. BW pun beli selipar baru jugak !

Ni surat pelepasan dari Jabatan Laut Sabah untuk kami masuk ke Taman Marin Tun Sakaran ke Bohey Dulang ni. 

Barang di ingat, tanpa surat macam ni, sesapa pun tak leh dibenarkan melawat taman taman laut di perairan Sabah ni.

Dalam surat di tulis kan nama pemandu bot dan nama orang orang yang nak pegi ke sana. Maknanya nama kami semua ada ditulis di situ.

Bot kami mula meninggalkan jetty Semporna

Kelihatan Pulau Bohey Dulang dari kejauhan

Perjalanan mengambil masa kira kira 30 minit. Air memang cantik sepanjang jalan. Tenang macam tasik. Biru dan hijau memang menenangkan pandangan.

Dah nak sampai

Bot menghampiri Pulau Bohey Dulang

Jetty Pulau Bohey Dulang

Salah satu bangunan pejabat marin di sini

Peringatan dan pemberitahuan

Jetty menuju ke darat

Air yang tenang

Kaler turquoise !!! Memang sesuai untuk snorkelling.

Masa kami tiba ada rombongan 2 bot sudah mula nak meninggalkan pulau ni

Kami di bawa terus ke pejabat Marin di sini. 

Pakcik Madi tunjukkan surat pelepasan pada pegawai di sini. IH uruskan registration kami bertiga. 

Dan seperti yang telah di beritahu oleh Pakcik Madi, kami kena bayar pakcik ni RM 50 bagi satu kumpulan sebagai upah dia jadi guide untuk mendaki Bohey Dulang ni.

Guide adalah wajib kena engage dengan pegawai pegawai yang ada di sini.

Stesen Bohey Dulang yang menjadi tempat tinggal pengawai pegawai yang bertugas di sini

Ada rumah pekerja dan rumah pengurus di sini

Kat bawah ni ada pusat perlindungan Kima. Kima ya bukan kimak ! 

Kima. Tak tau hidup ke tak ni

Kima ni sejenis hidupan laut yang dipelihara di sini, malangnya tak banyak kima time kami pegi sebab letrik agak limited di pulau ni dan penternakan Kima tak dapat di jalankan.

Tak sempat nak usha Kima lama lama, pakcik guide tu dah bersiap sedia nak mendaki !

Dia lak yang terlebih excited. Aku masih belum hilang mengah.

Dari pejabat tu terus kami memulakan langkah masuk ke dalam hutan. Ada laluan khas untuk mendaki. 

Kata pakcik guide tu, laluan adalah sejauh 600 meter dan bukit yang bakal kami daki ni setinggi 200 meter !

Pakcik guide cakap, biasanya orang naik ambik masa dalam 30 minit to 1 jam. Rekod pakcik ni buat adalah 15 minit !

* pengsan aku tepi tangga tu.

15 minit aku baru nak tarik nafas !

Tapi pakcik guide tu jugak berkata dia dah biasa naik. Hari hari kalau ada orang dia akan bawak. Hari tu saja dia dah daki sekali pagi tadi dan ini kali ke dua bersama kami !!

Mantap !

Pak guide dah memulakan langkah. Pakcik bot tinggal tapi anak dia ikut kami sekali mendaki.

Laju pulak lah dia orang berdua ni. Budak lelaki tu kata ni kali ke 4 dia panjat Bohey Dulang !

Seawal awal pendakian mencicit cicit pak guide dengan budak baju oren tu berjalan. Laju sungguh. 

Seawal 50 meter petama kira OK lagi. Ada laluan kayu dan agak mendatar. Nak masuk 100 meter laluan mula mencanak canak. Dah tak de tangga tapi ada laluan yang telah di buat merentasi pokok pokok kayu hutan di sini.

100 meter pertama

200 meter

Serious cakap, 200 meter pertama ni agak kritikal !

Kalau dah start pancit sebelum sampai jarak 300 meter, Memang akan pancit sampai ke atas ! Laluan dia mencanak canak dengan naik tangga yang agak steep. 

Tips nya.. Jalan laju laju sampai melepasi jarak 300 meter ni. 

Kalau motivation dah down kat sini, kat atas atas apatah lagi.

Dia orang laju jer trekking. Pak Guide tu walaupun dia laju tapi dia selalu tunggu kami jugak lah. IH dengan BW pun sama laju.

Yang buatnya slow sapa?

Sapa?

Sapa?

Cuba teka !

Of chosss lah aku !!

* nanges atas bahu siput

Sampai jarak 300 meter

Nak sampai jarak 300 meter ni aku dah separuh mampus.

Jalan 10 langkah then berhenti. Fuh Fuh Fuh. Semput tak cukup nafas !! Time tu la rasa nak panggil helikopter. Ada rasa nak give up jugak, tapi BW dengan IH ni, dia orang nampak aku berhenti, dia orang pun berhenti.

"Korang naik la dulu"

Tu la ayat aku. Aku risau kalau sebab pace aku dia orang terbantut pergerakan nak laju laju.

Tapi dia orang still tunggu. Pakcik Guide tu pun sama. Dia siap pasang lagu lagi. Nak kasik aku bersemangat kah?

Aku bersemangat tapi aku dah mengah tahap serombong kapal !!!

"Slow slow.. ingat apa yang bakal kita nikmati di atas nanti !!!'

Kann.. Feeling feeling positif bagi aku motivasi.

"Eh sapa bawak air? Aku nak air !!!"

Aku yang perlukan air. Berpeluh peluh ni tak yah cerita lah.

IH tunggu dan sampai je aku togak air Tropicana Twister yang masih berbaki. Pastu jalan lagi.. 20 langkah.. Togak lagi air mineral.

Fuh. Fuh. Fuh !

"Slow slow tak per, nanti kita dah nak sampai 400 meter !!"

Tu kata kata pak guide nak bagi aku melangkah cepat.

Namun.. aku dah tak berapa berdaya.

Tapi sempat lagi ambik gambar ni untuk mengelirukan pihak lawan !

Mendaki atas batu batu naik ke atas. Dia orang tunggu aku kat hujung tangga tu

Ada some part memang ada tangga di bina. Tangga kayu. Tapi some part lagi memang kena naik atas batu batu dan laluan yang ada.

"Cepat ! Pakcik ni kata lepas 500 meter tu jalan dia dah mendatar jerrr"

BW dok melaung dari atas.

"Jalan je la dulu. Tak per"

Kejap kejap aku duduk. Kalau ikutkan, aku nak je berehat. Kalau boleh nak tidur jap kat dalam hutan ni sebab keletihan.

Tapi sebab aku fikirkan dia orang akan lambat sebab aku, so slow slow aku merangsang motivasi diri !

Kemon Meng ! Kemon ! You can do it. Hashtag !

#MengBoleh
#Luaskanlubanghidungmu
#Bersusahsusahdahulubersenangsenanglater

Lagi haru tengok budak kecik tu relaks jer mendaki sambil gelak-gelakan aku. Cis ! Buat malu je aku ni.

Sampai 500 meter !!!!

Sampai jarak 500 meter tu jalan dia agak mendatar sikit, tapi tak de lah mendatar mana. Masih lagi tercungap cungap mintak nyawa.

Laluan di atas selepas jarak 500 meter. Time ni dah OK sikit. 

Kena jugak la mendaki lagi sikit sikit. Slow slow.. Perlahan demi perlahan dan akhirnya membawa aku ke jarak 600 meter.

Kejap kejap kejap dengar jugak suara BW dengan IH berborak kat depan.

Pastu hilang. Senyap !!!

Aku dah tak dengar suara IH dan BW. Mana dia orang? Betul ke aku ni? Dia orang dah tinggal aku?

Jangan la aku sesat barat. 

Cis. Binawe. Mesti dia orang dah laju je tinggalkan aku sekarang ni.

Dia orang dah sampai ke?

Aku???? 

Argh !!!!!

Rasa nak merangkak je dah.

Sampai jarak 600 meter akhirnya !!!

Kat penanda 600 meter tu  baru aku dengar suara BW dengan IH balik semula.

Dah sibuk mengatur posisi untuk selfie ! Biasalah dia orang tu. BW tu Ratu Selfie !!! Nasib baik IH ada dan melayan dia. Kalau aku.. hmmmph. tidok nya aku nak ambik pot.

Ambik la gambar sendiri !

Jalan sikit lagi aku nampak kelibat dia orang dengan Pak Guide dan budak baju oren tu kat depan.

"Fuh !! Dah sampai ke. OK tak? Cantik tak?"
"Cepat ! Tengok la ni"

Berhempas pulas aku melangkah.

Dah sampai tahap nak merangkak je dah.

Pandangan di atas sebelum ke curam untuk melihat ke bawah.

Dan perlahan lahan aku ke pinggir yang curam tu untuk melihat ke bawah.

"Subahanallah. Wow !"

Fuh !!!! Bohey Dulang akhirnya berjaya aku tawan !!!



Sempat aku snap satu dua keping gambar.

"Korang ambik gambar dulu. Aku nak berehat jap !"

Akhirnya Bohey Dulang termaktub sebagai tawanan.

Tetiba rasa hebat !!! Lubang hidong tetiba kembang. Perasaan riak terus tertanam dalam diri.

Aku lah penjantan tangguh ! Aku lah pria terhebat !!!



Pria…pria terhebat
Itu yang kuharapkan ada padaku
Agar…agar diriku
Bisa melumpuhkan tingkah liarmu

Jangan…jangan siakan
Kehadiranku pada mimpimu
karna hanya lewat mimpi
Aku bisa menjamahmu
Juga memilikimu

Ajari aku tuk jadi pria terhebat
Mungkin terlalu lama
Aku tlah bersembunyi
Menatap matahari pun aku tak mampu
Udara malam pun terlalu menusuk langkahku

Di persembunyian aku menari…
Di persembunyian aku menyanyi…
pria terhebat…

Begitu banyak lagu tercipta untukmu
Hanya saja aku tak bisa
Mengungkapnya kepadamu
Na… na… na… na…

Tak hebat mana sebenarnya. Nampak port cantik bawak pokok. Aku terus rebah bersandar....................

Mintak nyawa !!!!

* feeling feeling bersandar dekat Fasha Sandha.

bersambung................

24 comments :

  1. Replies
    1. hahaha.... hashtag utk menyemarakkan semangat juang !!!

      Delete
  2. hashtag tak boleh blaaa hahaha.. lawokmu meng.

    tapi kalau aku pun bab2 mendaki ni aku dah gantung kasut dah.
    dulu memuda kuat laa. skang ni nak daki jambatan dari bnm pegi sogo pun dah berpeluh sebaldi.

    anyway tahniah kerana berjaya! #kipidap #dongibab

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih normaya !!!!

      aku ni selagi buleh elak mendaki trekking ni memang nak elak tapi kalau travel... kena daki.. kalau tak memanbg tak sampai la. rasa rugi pulak.

      nak tak nak terpaksa laa bertabah dan berusaha dengan penuh gigih !

      Delete
  3. Yeayyyy tahniah kerana berjaya sampai ke bohey dulang walaupn mcm siput babi..hahahahaha..aku setuju memang 200-300meter pendakian adalah paling critical..tp control macho punya pasal aku buat2 steady jek hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Thanks Na..

      Memang separuh mati la aku mendaki. Teringat lak citer Chawan.. Jadi motivasi diri gak aku time tu. teringat baca entry kau tu.

      anyway thanks for sharing the entry to Bohey Dulang !

      Delete
  4. mendaki pakai slipar je ke meng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah la Azra. sebab tak bawak kasut kan. Tak plan pun nak trekking2 ni.. Nasib baik selipar tak putus. Dan nasib baik tak hujan. kalau hujan mau licin jugak pakai selipar ni

      Delete
  5. Replies
    1. Tak de la pulak.... maybe sebab kering kot

      Delete
  6. bohey dulang ko tunggu aku datang... mulai esok nak training panjat bukit blakang umah nih #mimpi

    ReplyDelete
  7. Tahniah.....dapat sampai puncak....
    Kena bawa air banyak tengok kawasan tu kering dan gersang jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nasa.

      Ya. kena bawak air banyak banyak.... !!!

      Delete
  8. Aduh mmpu ke aku nnti nih...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ckp x buleh memang x buleh.

      tapi aku yakin kau boleh DJ.. kalau aku boleh. kau pun pasti boleh... slow slow tak per... janji sampai atas.

      (bawak bekal ayam KFC ) - selagi tak sampai puncak tak leh makan !!!

      Delete
  9. ERK..PASHA SANDAR..KENAPA DIA...KENAPA..TP MEMANG BOHEY DULANG CUN GILER BRO..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nama dia je kita boleh ber - sandhar...

      Delete
  10. Meng ...

    You muda lagi !!! Tak kan pancit kot hahahahahhahahahaaaa

    Rasa macam penat gak ya ... gi just nak hiking jer ... lain ler kalau mandi mandi snorkel snorkel sama kan !!!

    Apa apa pun, memang cantik !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. muda tapi tak berapa belia.....

      jogging tidak.. kuak lentang atas katil je manjang.. mana nak fit?

      Delete
  11. Salam, boleh x bagi details contact utk ke bohey dulang? Thank you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Ni kes malas baca abis la ni.

      Aku sempat ambik contact number Pakcik Madi ni in case kalau sesapa nak ke sana. Boleh la contact dia. Pakcik Madi OK dan peramah juga.

      Ni contact number Pakcik Madi : 012 812 8589.

      Aku kata dia OK sebab perjalanan kami dengan dia agak lancar. Dari awal nak dapat clearance. Pegi dan jugak pulang semula ke Semporna semuanya OK walaupun trip kami ni last minit.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...