Showing posts with label 2013 Karimun. Show all posts
Showing posts with label 2013 Karimun. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Trip GBS 2013 - 09 : Pulau Karimun : Shopping @ Karimun

Orang kata shopping kat Indon ni murah murah kan?

Ntah. Aku pun tak reti nak agree ke tak. Bagi aku, ada yang murah, ada je yang mahal. Malah lebih mahal daripada barang kat Malaysia.

Ramai jugak yang berkunjung ke Indon semata mata untuk berbelanja di sana. Nasib baik aku ni bukan kaki shopping dan tak berapa reti nak shopping.

Tapi kalau sesapa yang consider nak pegi shopping di Karimun, mungkin entry ni boleh menjadi panduan.

Sebelum tu, barang di ingat, Pulau Karimun ni tak de la se gah Pulau Batam tu. Jadi dari banyak sudut masih ketinggalan. 

Tiada mall besar besar di sini ! Tiada jugak gedung pakaian ke apa. Yang ada kebanyakkannya cuma deretan kedai di pekan Tanjung Balai tu. Kalau lalu depan tu nanti ada la awek awek jurujual tu sibuk menggoda.

"Bang. Belanja Bang. Tengok tengok la Bang"

Tengok apa pun tak tau.

Apa apa pun tengok ni.


Pekan Tanjung Balai. Di sini la banyak kedai kedai di buka


Ni kedai jual kain kain. Aku tak masuk, BW masuk dia kata kain macam kat Malaysia je. Tak de yang menarik


Ni la biasanya kedai kedai kain yang ada


Ini Aston Karimun. Terletak di Padi Mas Shopping Center


Ni la Padi Mas Department Store betul betul depan Aston. Giant pun lagi gempak rasanya

Yang penting ada McDota. Rival Mc Donald's di Indonesia

Ini salah satu kedai di Tanjung Balai jugak. Kami merayau masa nak balik tu sementara tunggu ferry

Makanan makanan macam ni ada la di jual

Dan ada kek batik juga. Pilih je nak Agnes Monica, Monica Lewinsky atau Brandy & Monica ?

Keropok pun ada

Pisang? Nak pisang Karimun?

Tapi yang paling syok yang aku jumpa....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hard Rock Cafe Tanjung Balai, Karimun !  Nak beli pun tak sampai hati

BW siap tanya aku lagi.

"Ada ke Hard Rock kat sini?"

Motip ! 7 eleven pun belum tentu ada, ni pulak kan HRC.

Apa apa pun, shopping di Karimun adalah satu option especially bagi yang mencari barang barang penghasilan tempatan. Lain lain selain daripada tu, rasanya tak de apa pun.

Fridge Magnet pun tak der !

* berlalu dengan hiba

Memang tak tau nak beli apa. Sebenarnya memang tak de plan nak shopping pun. Lepas check out dari Aston ingat nak terus ambik ferry balik ke Kukup. Tapi ferry yang kami nak naik tu penuh. Kena tunggu next ferry lagi 3 jam. So kami ambik ferry lain yang akan berlepas lagi 2 jam. Kena bayar Rp20,000 seorang. Tak pe lah, janji lepas balik. Dah bosan tak tau nak buat apa.

Sebab ada masa 2 jam tu la kami merayau lagi, konon nak shopping, tapi haram tak de apa nak di beli. Bosan sangat sempat kami lepak lepak kat masjid di Tanjung Balai tu. 


Abis window shopping, kami berangkat ke Jetty Tanjung Balai untuk naik ferry pulang ke Kukup. 

Urusan immigration juga mudah. Cuma jangan  lupa spare Rp65,000 (RM30) untuk port tax.

Terminal domestik 

Bas kayu yang masih di gunapakai

Terminal ferry antarabangsa

Ferry balik ke Kukup memang penuh. Tapi layan je la tengok TV dalam ferry selama sejam. Tup tup dah sampai ke Kukup.

Restaurant seafood di Kukup. Sesapa ke Kukup cuba cari Udang Goreng Nestum di sini !

Dah sampai Kukup, ambik kereta

Berakhir lah trip main belasah kami ke Pulau Karimun ni.

Nak kata kena pegi, tak jugak kot. Tapi kalau rasa nak pegi, tak de salah dan silap nya. 

Pastinya Pulau Karimun mengamit sejuta memori dan memberi pengalaman yang tersendiri. Yang pasti, dari Pontian kami tak terus balik ke KL. Tengok masih ada masa, bagi menebus kehampaan tak dapat shopping di Karimun, kami ke JPO untuk sesi jamu mata dan bertemu dengan peminat pulak kat sana....

bersambung......

Wednesday, May 22, 2013

Trip GBS 2013 - 08 : Pulau Karimun : Seafood @ Karimun

Kami cuma ada 1 malam sahaja di Pulau Karimun, dan kesempatan yang ada ini tidak di sia siakan sebab kami memang nak mencari tempat makan seafood yang terbaik selepas pengalaman makan seafood yang enak di Pulau Bintan satu ketika dulu.

Sebab aku tak de apa apa benda nak rujuk, jadi aku tanya receptionist kat Aston Karimun tu je.

"Di mana ya, restorant Seafood yang enak?"
"Abang mahu yang mahal  atau yang murah?"
"Murah lah, tapi enak"
"Long Beach aja Bang"

Pastu aku borak dengan pekerja sorang lagi dia kata dia prefer makan dekat Riverview, Karimun. Salah satu lagi seafood restaurant yang terkenal di sini.

Then masa kami tour Pulau Karimun, dah bagitau dekat drebar kami si Yono, dia kata dua dua sedap tapi Long Beach lagi murah.

Jadi, kami suruh dia hantar ke Long Beach Live Seafood. Yono dropped kami di situ dan datang semula satu jam kemudian sebab dia ada hal.

Restaurant Long Beach terletak di pekan Tanjung Balai

Ada banyak live seafood. Pilih je ketam, udang ikan etc.

Ketam ketaman siap sedia di cili cili kan

Lepas tu ambik tempat, nanti waitress datang ambik order

Sebab seharian berjalan kami agak lapar.

Dan macam biasa lah, order je apa yang terasa kat tekak. Tengok menu macam banyak yang menarik, jadi kami order makanan makanan berikut.

Sotong Goreng Tepung 

Rangup gila tepung dia. Ni makanan yang sampai dulu, so kita orang ratah lah siap siap tunggu makanan lain lambat sangat. Bila cukup hidangan sotong ni dah tinggal setengah. 

Tapi serious sedap dan rangup !

9/10

Kailan Ikan Masin  

Sayur je pun, takkan aku nak rate jugak.

Rasa macam kailan kat kedai kedai lain gak la.

Ini sambal dan kicap cili. 

Udang Goreng Nestum

Yang ni memang aku kasik perfect 10 !

Sedap gila. Rangup. Garing. Cukup rasa. Semua ada. Si BW dengan MH siap ratah nestum nestum tu sampai abis.

Ikan Siakap Masak Special Sos

Aku tak tau nak rate ikan ni. BW kata hanyir. Aku tengok dia goreng garing semacam je. Macam papan sekeping pun ada. Tapi MH berjaya abiskan.

Ketam Sweet and Sour

Hah. Sekali lagi aku bagi 10/10.

Cukup rasa. Ketam segar. Kuah sedap. BW siap hirup kuah pulak. Dia kata membazir tak abiskan sebab sedap. Kembang kembang tekak aku tengok BW paksa diri dia abiskan makanan. 

Anyway memang puas hati !

Air Avocado yang lazat

Separuh masa pertama

Ketika masa penamat

See?

Betapa pelahapnya kami bertiga makan !

Tapi serious makanan dia sangat lazat. Harga makan semua sekali RM153. Berbaloi baloi. Memang sedap.

Kalau datang Restaurant Long Beach ni, akan nampak la Cina Cina tua dengan Kekasih Gelap mereka yang dari Karimun ni. Dia orang ramai yang datang melepak makan di sini. 

Boleh perasan la kalau dengar dia orang berborak sebab Cina dan gadis local.

Aku sebenarnya nak tunjuk kat BW sebab, aku cerita kat dia, Pulau Karimun ni untuk lelaki Cina dari Malaysia dan Singapore datang melanggan pelacur.

Tau BW tanya apa kat aku?

"Lawa ke pelacur pelacur tu?"

Motip? Macam la aku pernah melanggan. So kebetulan masa kat sini jumpa la ada beberapa meja, so aku bagitau la BW. Ada yang cun, ada jugak yang out. Ada yang jenis makcik tua pun ada sampai aku dengan MH dah tak leh nak imagine apa yang cinapek tua tu dapat.

"Agaknya dia memang taste yang jenis jenis cam ni kot?"
"Hahaha"

Kedai ni macam jadi port gadis gadis kekasih gelap Karimun ni. Boleh kena gout dia orang ni kalau hari hari pelanggan bawak dia orang makan seafood kat sini !

bersambung.......

Tuesday, May 21, 2013

Trip GBS 2013 - 07 : Pulau Karimun : Pantai Palawan

Selepas menghabiskan masa di Pantai Pongkar dengan aktiviti yang tak berapa nak ada dan Air Terjun Pongkar yang sendu semacam tu, then kami bergerak ke Pantai Palawan.

Hari masih awal petang, walaupun waktu Pulau Karimun berbeza 1 jam dari waktu Malaysia tapi cuaca dia lebih kurang sama je. 

Jarak perjalanan dari Pongkar ke Pantai Palawan lebih kurang setengah jam jugak.

Kawasan bentuk muka bumi Pulau Karimun ni agak mendatar di kawasan penempatan. Ada 1 gunung tapi letaknya jauh di utara. Rasanya tiada akses jalan raya ke sana. 

Terdapat perkampungan kecil di kiri kanan jalan. Terdapat juga kilang memproses pasir yang agak besar yang di miliki oleh warga Singapura dan Italy.

Akhirnya kami sampai di kawasan Pantai Palawan tersebut.

Pantai Palawan

Berbeza dengan Pantai Pongkar, Pantai Palawan ni lebih meriah. 

Terdapat banyak gezebo tempat melepak dan minum minum sambil menghirup udara segar. Ada ramai jugak la orang kat situ, kedai kedai minuman pun banyak. Pantai dia lebih landai dan airnya lebih tenang cuma kurang berangin sikit.

Ada sekumpulan remaja melepak lepak di tepi pantai. Rupanya dia orang sambut birthday geng mereka. Siap baca doa sekuat hati !

Sebab aku dah bagitau Yono nak tunggu sunset, jadi dia terpaksa la tunggu. Sementara menunggu tu, kami lepak di gazebo dan minum air kelapa.

Setenang lautan di Pantai Palawan

Rugi tak bawak baju, kalau tak boleh mandi manda

Air kelapa penghilang dahaga

Antara gazebo yang tersedia

Tau apa jadi lepas tu?

Kita orang tidur !

Hahaa. Kaw kaw nya tidur membuta ria siap berdengkur dengkur. Aku ler kot yang berdengkur tu. Pedulik la. Mengantuk jugak, cuaca pun agak panas dan sedap je nak terlelap.

Sedang elok, kami bertiga ambik port dan tidur. Kesian Yono menunggu kat gazebo lain. Ajak minum tak mau, tapi tu lah. Sabar je dia, agaknya dalam hati sumpah seranah.

Dekat sejam jugak ler terlelap, then baru matahari mula menyongsang, bererti senja bakal tiba !

Senja datang

Lepas tu, aku gi jalan jalan sepanjang pantai. MH borak borak dengan Yono. BW macam biasa dengan iPhone dia kehulu kehilir belakang aku.

Layan je la gambar sepanjang Pantai Palawan ni.

Gazebos dan senja

Mentari 

Saipem Indonesia tu nama company di Pulau Karimun

Warga tempatan melepak sambil main gitar dan menyanyi nyanyi

Hari bakal hujan

Gazebos di sepanjang pantai

Senja berlabuh

Kalau ahad mungkin ramai orang, ni sabtu kurang skit





"Om ! Photo Om !"

Then aku patah balik dan cari port, lepak lepak hisap rokok layan sunset sampai habis.

Kebetulan ada perahu nelayan mundar mandir mencari rezeki di petang hari.

Damainya Pantai Palawan.




Then kami bergerak pulang ke Tanjung Balai bila senja mula menghilangkan diri nya.......... Perut masing masing dah kelaparan mintak di isi.

bersambung.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...