Selepas menghabiskan masa di Pantai Pongkar dengan aktiviti yang tak berapa nak ada dan Air Terjun Pongkar yang sendu semacam tu, then kami bergerak ke Pantai Palawan.
Hari masih awal petang, walaupun waktu Pulau Karimun berbeza 1 jam dari waktu Malaysia tapi cuaca dia lebih kurang sama je.
Jarak perjalanan dari Pongkar ke Pantai Palawan lebih kurang setengah jam jugak.
Kawasan bentuk muka bumi Pulau Karimun ni agak mendatar di kawasan penempatan. Ada 1 gunung tapi letaknya jauh di utara. Rasanya tiada akses jalan raya ke sana.
Terdapat perkampungan kecil di kiri kanan jalan. Terdapat juga kilang memproses pasir yang agak besar yang di miliki oleh warga Singapura dan Italy.
Akhirnya kami sampai di kawasan Pantai Palawan tersebut.
Pantai Palawan
Berbeza dengan Pantai Pongkar, Pantai Palawan ni lebih meriah.
Terdapat banyak gezebo tempat melepak dan minum minum sambil menghirup udara segar. Ada ramai jugak la orang kat situ, kedai kedai minuman pun banyak. Pantai dia lebih landai dan airnya lebih tenang cuma kurang berangin sikit.
Ada sekumpulan remaja melepak lepak di tepi pantai. Rupanya dia orang sambut birthday geng mereka. Siap baca doa sekuat hati !
Sebab aku dah bagitau Yono nak tunggu sunset, jadi dia terpaksa la tunggu. Sementara menunggu tu, kami lepak di gazebo dan minum air kelapa.
Setenang lautan di Pantai Palawan
Rugi tak bawak baju, kalau tak boleh mandi manda
Air kelapa penghilang dahaga
Antara gazebo yang tersedia
Tau apa jadi lepas tu?
Kita orang tidur !
Hahaa. Kaw kaw nya tidur membuta ria siap berdengkur dengkur. Aku ler kot yang berdengkur tu. Pedulik la. Mengantuk jugak, cuaca pun agak panas dan sedap je nak terlelap.
Sedang elok, kami bertiga ambik port dan tidur. Kesian Yono menunggu kat gazebo lain. Ajak minum tak mau, tapi tu lah. Sabar je dia, agaknya dalam hati sumpah seranah.
Dekat sejam jugak ler terlelap, then baru matahari mula menyongsang, bererti senja bakal tiba !
Senja datang
Lepas tu, aku gi jalan jalan sepanjang pantai. MH borak borak dengan Yono. BW macam biasa dengan iPhone dia kehulu kehilir belakang aku.
Layan je la gambar sepanjang Pantai Palawan ni.
Gazebos dan senja
Mentari
Saipem Indonesia tu nama company di Pulau Karimun
Warga tempatan melepak sambil main gitar dan menyanyi nyanyi
Hari bakal hujan
Gazebos di sepanjang pantai
Senja berlabuh
Kalau ahad mungkin ramai orang, ni sabtu kurang skit
"Om ! Photo Om !"
Then aku patah balik dan cari port, lepak lepak hisap rokok layan sunset sampai habis.
Kebetulan ada perahu nelayan mundar mandir mencari rezeki di petang hari.
Damainya Pantai Palawan.
Then kami bergerak pulang ke Tanjung Balai bila senja mula menghilangkan diri nya.......... Perut masing masing dah kelaparan mintak di isi.
bersambung.......
errr...kalau nak cari kekasih gelap katne Meng?? kekekeke....
ReplyDeleteitu kau kena tanya orang yang suka melihat gelagat orang lain..
ReplyDeletetak lain dan tak bukan, di persilakan masuk..
JG !
hahahaha.... kau keluar je terminal ko bgtau je kat supir....
ReplyDeletekau nak mcm agnes monica, wulan guritno, bunga cinta lestari ke.... sume ade....
pandainle die adjustkan untuk kau....
HB... mane FM?????
Wowwwww...ok noted hehehe
ReplyDeleteJG...fm nnt aku pos kat tg balai..boleh gi ambek sambil tgk2 ragam org..hehehe
JG : kalau bunga cinta lestari.... dtg dtg karang.... mcm bunga cengkih... how??
ReplyDeleteHB : kau kena pegi try melawat kawasan tu.. jgn dpt hetty koes endang sudah..
* lariiiiiiii
Pos kat fj jugak hb. Hehe bye2 uols semua. Fj pergi mencari nicholas saputra. Kekeee.
ReplyDeleteKalo jumpe bunga citra lestari akan dikirim salam. Hetty koes endang jugeee
Ohhh..kim salam ngan kartika sari FJ.. ihiksss.
ReplyDeleteOk nnt iols kim kat alamat tertera ye FJ!!
Meng...hetty koes endang pon kerennn gak kekekeke...
hahahaha... jangan dapat norlia ghani sudah....
ReplyDeletekalau norlia ghani pakai legging dgn skirt mesti HB teruja jugak kot.
ReplyDelete* pitam
Have fun FJ !
menunggu post boracay mcm menunggu buah yg tak gugur! huh!
ReplyDelete*duduk dpn tv*
oh...
ReplyDeletememang lambat lagi nak gugur... aku sgt busy dan sentiasa dalam masa kecederaan..
harap bersabar