Saturday, May 25, 2013

Burger Kukus Lava

Makan lagi.

Biasalah. Aku ni kalau tak travel, makan je keje nya. Mana body tak gemilang, terbilang dan cemerlang !

* rebah tepi katil.

Adapun sempena hari ibu hari tu, aku tanya OR.

"Yang. Hari ni hari ibu, awak nak makan kat mana?"
"Hmmm"

Lama dia fikir. Satu hari !

Sempat aku bangun tidur bangun tidur beberapa kali sebelum dia buat keputusan.

"Kita gi makan kat Sate Hut nak?"
"Sate Hut kat Sekinchan tu?"
"Haah"

Aku ingat tempat tu, tapi masa lalu hari tu macam tak sempat singgah. Kami perasan sebab Hero baca kuat kuat.

SATE HUT.

Hut tu dia sebut Hut as Hood.

Gelak aku. 

Aku pernah baca review macam menarik jugak kat situ. Tapi waktu OR bagitau tu dah petang. Nak ke arah sana macam jauh ler pulak. Nanti balik malam sebab esoknya dah senin, Hero dah sekolah.

Jadi postpone dulu Satay Hut tu. Aku suruh dia fikir tempat lain.

"Kita try burger bakar yang dalam Majalah 3 tu nak?"
"Yang mana? Mana saya tengok"
"Ada.... macam best Yang..."

Ya lah. Dia goda goda aku. Tapi sebab Hari Ibu, jadi aku kena la buat tergoda. Cari punya cari, Kedai Man Burger Kukus Lava tu dekat Damansara Damai. Tapi bukak malam ler pulak. Aku dah la lapar time tu.

Cari cari lagi, rupanya dia ada bukak satu cawangan baru di Saujana Utama !

"Saujana Utama? Jauh tuh !!!"

Macam tu aku bilang tanpa nombor 1,2,3.

Tapi atas desakan Hari Ibu, Ibu Ibu mendapat privilege yang sangat agung di hari itu, maka aku pun paksa rela la pegi cari.

OK. Kalau ikut Guthrie, exit apa ntah nama dia ke Saujana Impian tu. Kalau dari Sungai Buloh, ikut je jalan dalam tu ke Kuala Selangor ( jalan lama ). Kalau dari NKVE, masuk Guthrie sama jugak then exit .........? Rawang Selatan?

Aku lupa !

Pepandai la cari. Masuk je dalam tu sampai lah ke Saujana Utama tu nanti jumpa pasaraya belah kanan nama Central Mart lepas Shell tu then cari la, ada lot kedai baru bukak. 

Dan nanti nampak la signage kedai ni.

Man Burger Kukus Lava

Rasanya yang sini baru di buka. Orang pun boleh tahan lah ramai.

Nak jugak aku check apasal orang ramai sangat. Sedap sangat kah?

Ayuh. Kami park kereta depan pasaraya situ then masuk. Ambik tempat masing masing dan duduk. 

Tengok menu.

Ni menu. Boleh pilih ikut kemahuan tekak

Menu dia ada size size berbeza. Mr Krab ( Special size ), Spongebob ( roti dia petak ) dan Patrick ( roti bulat ) dan Exotic ( size biasa tapi makanan pelik pelik ). 

Oblong pun ada. Exotic tu ada rusa, burung unta etc.

Arnab dan kambing juga ada ! Tapi bukan yang hidup la. Semuanya dah di proses menjadi burger !

Suasana dalam kedai

Biasalah kalau orang dah ramai, menunggu adalah boleh menyebabkan janggut menjadi blonde. Kalau lambat lagi memang boleh beruban !

Dah la yang ambik order tu sorang. Macam tak cukup tangan aku nampak dia ke hulu ke hilir. Tudung pun dah bersimpang siur. Kasihan.

Mungkin mereka perlukan lebih ramai pekerja. Ada kerja kosong kot. Sila apply, nanti boleh makan burger free hari hari.

Now. Masa yang di nanti. Let's check out.

A&W Root Beer Float

Air Si Hero. Electric Blue apa benda ntah. Macam nama ikan jer

Dan lepas sedut air hampir setengah baru la burger burger muncul.

Di persilakan masuk..............

Ayam special untuk aku. Special ada cheese

Hot dog untuk Hero

Untuk OR

Verdict?

Bagi aku biasa je. Tak tau apa yang menarik. OR kata dia tengok dalam Majalah 3 tu, dia orang guna special sauce home made punya. Bagi aku tak de la meletup sangat. Sekarang ni dah banyak burger bakar. Tak payah nak ber lava lava sangat ler kot.

Hero siap tanya.

"Papa ni larva rama rama tu ke?"
"Bukan.. tu larva. Ni lava..... Yang meleleh leleh ni la lava. Macam gunung berapi tu"
"Oooooo"

Haram lepas tu dia tak peduli dah. Sibuk makan.

So kesimpulannya, aku cakap biasa biasa jer. OR cakap, OK lah sauce dia tu ada rasa lain sikit.

Servis memang out ! Tapi maybe baru dan kurang pekerja. Ada 2 orang pakcik di 2 meja sebelah aku dah macam nak mengamuk dah. Cakap pun dah tinggi suara sebab lama sangat dia orang tunggu. Ambiance pun tak berapa menarik sebab orang ramai sangat kot.

Aku order fries ( which termasuk sekali dalam set yang aku order) tak sampai sampai. Order strawberry float untuk OR pun sampai sudah tak kunjung tiba.

Tapi orang memang  ramai. 

So aku tak berapa boleh nak justify tahap kesedapan tu. Bagi aku, burger yang selalu aku beli tepi jalan tu lagi inzal.

Cost makanan memula RM53. Tapi tolak tu tak sampai, ini tak tiba tiba, so tolak yang tu jadi RM38 jer.

So, kalau nak cuba. Sila silakan lah !

5 comments :

  1. org kalau pergi makan first thing kena sedap, kedua..servis kena mantap... mahal tu belakang kire.. walau sesedap mana pon tp kalau servis hampeh, org akan pikir dua tiga kali nak pergi... so kedai ni xtau la boleh bertahan sampai bila kecuali dia improve.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. dap errrr...nanti nak buat post makanan gak la! #mental

    ReplyDelete
  3. HB : betul. kalau servis slow mcm siput, sedap cemana pun lain kali mesti fikir 2 kali sebelum pegi balik.

    Biq : kemon kemon...let's go mental !

    * cucuk mata dgn sudu garpu

    ReplyDelete
  4. Dh rasa mmg bkn taste sy..dgr cite nk tutup dh..

    ReplyDelete
  5. HS : dah nak tutup ka??

    tak pe. banyak lagi kedai burger bakar kat malaysia ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...