Mari ! Mari ! Mari !
Pegi IKEA beli karipap jer pun..... !
Actually nak beli benda lain, last sekali aku tengok OR beli sudip je 2 ketul. Caitt !
Sedang elok, dari IKEA pukul 6 petang, pastu terus ke Taman Megah yang mana letaknya Fatty Crab ini.
Sampai. Parking kereta. Kebetulan ada pulak pasar malam hari tu kat situ. Tengok tengok !
Nasib la Papa pun riang sebab perut dah kenyang !
Nak makan lagi ni.
Ada lah satu hari tu, OR sibuk la cakap dia teringin nak makan ketam. Aku ni suka jugak ketam. Tapi kadang kadang bila fikir fikir balik terus rasa ketakutan makan seafood yang melampau lampau ni nanti takut kena gout !
Gout tu kan bahaya.
Boleh menjatuhkan negara !
* pitam
Tapi. Nak tak nak. Terpaksa la juga pegi sebab godaan nampak kaki kaki ketam adalah lebih kuat. Maka aku ajak OR pegi ke Fatty Crab PJ lepas balik dari IKEA.
Pegi IKEA beli karipap jer pun..... !
Actually nak beli benda lain, last sekali aku tengok OR beli sudip je 2 ketul. Caitt !
Sedang elok, dari IKEA pukul 6 petang, pastu terus ke Taman Megah yang mana letaknya Fatty Crab ini.
Sampai. Parking kereta. Kebetulan ada pulak pasar malam hari tu kat situ. Tengok tengok !
Biasalah. Orang ramai gila ! Macam nak pegi mengundi lak rasanya.
Tapi, tempat ni memang macam ni. Nak tak nak. Kena la menunggu.
Aku tak faham jugak sistem yang di guna pakai di kedai ni, tapi agak cool la. Sampai je. Ada Asoh 2 orang ni akan ambik order. Ada la soalan soalan nanti dia tanya.
"Lu berapa orang?"
Pastu dia tulis. Apa dia tulis pun aku tak tau. Pastu proses menunggu adalah biasa. OR pun dah agak rengsa. Hero dah 40 kali tarik tangan ajak pegi pasar malam nak tengok mainan.
Dekat 20 minit gak la menunggu then Asoh lain pulak datang. Panggil. Tunjuk meja dan duduk.
Dah tak de tanya order nak makan apa, cuma ambik order air dengan Chicken Wings jer. Air pulak cuma ada air soda dan air tin, pastu tebu dan soya. So wajib la minum air air ni jer.
Kami order Chicken Wings dulu sementara nak tunggu ketam ketam sampai.
Senjata yang bakal di guna pakai
Lepas tu air sampai dan chicken wings pun sampai.
Makan dulu dengan lahap. Hero suka la bab bab ayam ni. Aku pun belasah je makan. OR kata chicken wings dia boleh tahan. Kami order 6 ketul jer. Se ketul harga dia RM2.20. Memang sedap makan panas panas.
Chicken wings dah abis. Ketam tak sampai sampai lagi.
Melangut tengok kiri kanan. Teguk air sampai kehabisan. Pastu.......
Tara........................
Nasik Goreng sepinggan besar
Ketam !!!
Ini kali ke 2 aku makan kat sini. Last aku makan dah lama, few years back. Bukan tak nak datang, cuma tak rajin nak beratur panjang.
Tapi aku still tak tau cemana dia ambik order. May be dia kira orang je. 1-2 orang, kira sekilo. Kalau 3-4 orang 2 kilo dan seterusnya lah. Pastu rasanya ketam jenis ni je yang di masak nya.
Macam kami bertiga dia kasik 2 kilo.
Apa lagi nampak ketam terus la makan dengan inzal nya tak pandang kiri kanan.
Lagi menarik kalau ambik roti bakar pastu cicah kuah dia.
Slurpppppppppppp !!
Inzal gua cakap lu. Lagi mamah mamah ketam tu sambil ambik tukul dan ketuk macam nak bunuh orang. Kong kong kong ! Bunyi meja.
Ada orang kesah? Tak der...
Yang menarik jugak, makan nasik goreng tu dalam mangkuk je. Menjaga diet tapi belasah ketam memang tak ingat.
Hero tak nak makan. Ntah apa kena dia tu. Dia bab ayam ayam memang suka. Tapi kalau ketam ke udang ke, makan ikut mood. Pastu mula la muncung.
"Papa. Lama lagi ke nak balik ni?"
"Kejap lah"
* sibuk bertarung makan ketam sampai juling juling bijik mata.
Pastu sibuk la dia nak mengantuk lah. Nak tengok Boiboy Boy lah. Itu lah. Ini lah. Gatal peha lah.
Tapi tetap dia kena tunggu aku makan sampai puas hati. Kalau boleh, setiap pelusuk kuah dalam kaki ketam tu aku sedut sampai kering.
Hah.
* begitu aku nak khabar sedapnya ketam ketam di sini.
Ni sedikit info pasal kedai.
Dan ini pulak harga yang kami makan.
Tak tau la nak kata mahal ke tak. Mahal jugak la kot. Nak kata sedap sangat. Hmm sedap jugak la. Tapi Chicken Wings memang kena try.
Ketam dekat Riverview Kuala Selangor tu masih lagi tiada tolok bandingan !
Soalan biasa orang tanya kalau pegi makan kedai Cina kan? Fatty Crab halal ke tidak? Ni aku quote dari satu blog ni.
"Recently, my wife asked around and there were a lot of confusion on the halal-ness of food served at Fatty Crab in Taman Megah. So she called the restaurant herself (+603-78045758) and she was informed that (a) they are pork-free, (b) they say they are non-halal because they serve beer, (c) its expensive to get JAKIM's halal certification, (d) the chicken wings were sourced from Ayamas i.e. halal, and (e) they use Knife brand cooking oil i.e. halal" - Source sixmonthsalive
Jawapan aku pun sama. Pork Free. Kalau was was, jangan berat beratkan otak. Abaikan jer kedai ni.
Soalan biasa orang tanya kalau pegi makan kedai Cina kan? Fatty Crab halal ke tidak? Ni aku quote dari satu blog ni.
"Recently, my wife asked around and there were a lot of confusion on the halal-ness of food served at Fatty Crab in Taman Megah. So she called the restaurant herself (+603-78045758) and she was informed that (a) they are pork-free, (b) they say they are non-halal because they serve beer, (c) its expensive to get JAKIM's halal certification, (d) the chicken wings were sourced from Ayamas i.e. halal, and (e) they use Knife brand cooking oil i.e. halal" - Source sixmonthsalive
Jawapan aku pun sama. Pork Free. Kalau was was, jangan berat beratkan otak. Abaikan jer kedai ni.
Dan budak ni masuk masuk kereta je terus riang.
Sebab?
Dah dapat, topeng Iron Man siap dengan lampu. Beli kat pasar malam !
Nasib la Papa pun riang sebab perut dah kenyang !
haish terliur dibuatnya memalam ni...kelaparan plak tiba2...hahaha
ReplyDeleteyummy...mmg slurrrpppp lahh mcm tu :-)
ReplyDeleteoii meng..mamat yg pakai baju merah petak2 speki tu cam kenal jek!! cam kelik opis aku hehehe...
ReplyDeletenampak lazat tp aku seafood dah kurang makan, cuma healthy food dibenarkan hahaha.
Sure Hero tersenyum kamben dalam mask tu masa ko ambek gambo kannn...
bukan mat salleh ke tu?
ReplyDeletedah bertahun jugak kitorang duk makan kat kedai ni, mmg ramai melayu. as usual, jgn ada was2, else, jgn pi. titik.
ReplyDeletecantek topeng, bleh terbang?
Ramai org melayu bukan alasan kita boleh makan.. terang2 restoran tu ada serve arak
Deleteya. ambik maklum
Deleteye la mat salleh la tu meng...hahaha ko igt kelik aku xde mat salleh ke? oh lupe aku keje kampung jek kekekeke....
ReplyDeletetukul petak 4 segi tu nak buat ketuk apa?? hehehe..aku xtau maklum la aku makan ketam gune gigi ngan tangan jek..
ReplyDeleteHB : kau berkawan kawan dgn mat salleh je ya... international HB rupanya.
ReplyDeleteTukul tu nak ketuk kepala orang meja sebelah kalau depa makan dan buat bising. hahaha
tu nak buat ketuk kaki ketam yang degil lah.
Biq : topeng tu aci keluar lampu je.. terbang x buleh lagi.. balik rumah je jahanam...
Hahaha so kiut hero...
ReplyDeleteNk beli lah iron man berlampu tu.. buat collection hahah. Kiut sgt nih. Geram menengoknye.
FJ tak suka makan ketam sebb leceh. kiki. tak reti nak bukakkk. susah yakmat..
x sesuai pakai dress pastu pakai topeng bercahaya..
ReplyDeletejadi je gf angkat tony stark tu... hahaha
amin alhamdulillah...
ReplyDeletesemoga doa abg meng untuk jadi gf angkat tony stark termakbul hahahah
#inmydream
hah ! kan dah dpt tony stark tu...
Deletekira oke la tu.
tahniah fj semoga kekal hingga ke jannah
So klu serve beer leh mkn lh kdai tu? Wlpn x mnum? Ermmm
ReplyDeletesepatutnya tak boleh bro.
Deletekau betul. aku jahil.
Terima kasih atas perkongsiannya.saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada
ReplyDeleteambik la bau sekali... ( kalau terbau la )
DeleteMenyesal saya ke Fatty Crab kelmarin... Tak sedap langsung sos ketam tu..... Rasa loya tekak. Tak faham kenapa ramai orang ke situ.
ReplyDeletetakpe. nanti jangan pegi pegi dah.
Deletepergh 2019 org baca block lagi.tuan pun rajin update block dari post 2013.tahniah diucapkan
ReplyDeleteberblogging bukan sebab lain. sebab nak simpan utk diri sendiri..
DeleteKire murah la ketam rm80...kalu hokkaido rm 130 tuk 2 ekor
ReplyDeleteharga lama tu.. skrg tak pasti dah naik atau masih sama
Deleteketak ketam skrg bukan mcm ketam ketam dulu.
hahaha
Salam. Bila pork free dan guna halal ayamas bukan lesen utk org islam makan di situ. Yg masak cina, dia jual arak, cina suka masukkan arak dlm masakan. Perlu jugak ada rasa was2...
ReplyDeleteJgn la jadikan takde rasa was2 tu memudahkan lagi nk makan mana2 sesuka hati...tegur je, terpulang nkterima ke tak.
roger
DeleteHalal ke? Dh terang2 serve beer.. ramai plak org islam kt ctu makan tanpa rasa malu. Masyaallah.. lepas tu berbangga plak...
ReplyDeleteTu lah dia orang ni kan??? ish ish ish...
Delete2kg tu berapa ekor ???
ReplyDeletetak ingat dah... tahun 2013 ni. since then tak pegi2.... tengok kadar obesity ketam tu jugak la kot nak tau berapa ekor
Delete