Wednesday, May 15, 2013

Trip GBS 2013 - 03 : Tanjung Piai

Pastinya ramai yang tahu tentang kewujudan Tanjung Piai di Pontian ini yang menjadi kawasan paling penghujung Selatan Tanah Besar Benua Asia?

Kalau tak tau sila ambik tau. 

Kalau nak tau lebih lanjut, check google map dan cari Tanjung Piai dan tengok kedudukannya dalam peta benua Asia.

Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan yang terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan kawasan paling selatan tanah besar benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Apakah di sana juga ramai bohsia?

* saja aku nak kasik sama rhyme part belakang belakang tu.

Selain itu, Tanjung Piai terkenal dengan hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan.

Entrance

Aku dah lama teringin nak ke sini. Agak menarik sebab kedudukan geographynya. Lebih menarik sebab ianya terletak di Malaysia !

Tapi aku baik, aku tunjuk sini.

Ini adalah peta Benua Asia.


OK. Map ni aku cut and paste dekat Google Map je, so ada la negara negara yang tak berapa Asia tu menyibuk sekali.

Nampak penanda biru tu? Tu lah Tanjung Piai. Mesti keliru dan tertanya tanya, kenapa bukan Indonesia atau Singapore yang terletak paling selatan di Benua Asia ini? 

Jawapannya sebab tu semua kepulauan. Ini yang betul betul bercantum pada Tanah Besar Benua Asia sahaja. Tengok mulut aku ni........ 

Tanah Besar !!!!

Dah. Jangan beratkan kepala. Tak masuk exam pun.

Untuk sampai ke sini, boleh ke Pontian dan menghala ke Kukup nanti ada satu simpang menuju ke Tanjung Piai. Dari Pontian ke Kukup pulak lebih kurang 20 KM dan dari Kukup ke Tanjung Piai ni lebih kurang 8 KM. Follow je sign dan akhirnya akan membawa kita ke tempat ni.

Sebab awalnya kami salah jalan, sampai ke Tanjung Piai Resort tu, lepas tu patah balik baru masuk simpang yang betul. Kena baca signboard menuju ke Johor National Park.

Kami sampai masih pagi. Sebab dah spare time nak datang sini dulu pagi pagi. Pukul 9 kami dah tiba. Sebetulnya tempat ni memang di buka bermula jam 9 pagi. Kawasan parking agak luas dan dah ada orang berniaga.

Signage dekat parking lot

Entrance ke kompleks pelawat

Untuk masuk ke kawasan ni dan berjalan menuju ke titik penghujung benua asia ni, ada bayaran di kenakan. Dewasa sebanyak RM5 seorang. Kanak kanak tak pasti. Should be lebih murah la kot.

Layan dulu batu besar ni sebagai mercu tanda kawasan ni.


Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.

Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

Lepas bayar kat entrance kompleks pelawat tu. Nanti masuk je dan ikut laluan yang betul. Ada pathway di bina.

Follow je lah. Tapi awas, kot kot ada yang memerhati.

Adab dan tanggungjawab berada di kawasan ni

Pathway di sediakan

Jeng Jeng Jeng

Hah. Kan dah jumpa

Kaki skodeng

Memang agak banyak monyet di sini. Tapi dia orang pun tak berapa berani. Nampak orang dia orang lari jugak. Tapi jangan cuba cuba la nak bagi makanan, mana lah tau dia orang ni ( orang ke? ) bertindak ganas tetiba sebab lapar ke. Sapa yang susah?

Pathway ni panjang jugak. Nak sampai ke titik penghujung tu dekat 550 meter !

So kalau bawak budak kecik ke, hmmm faham faham la nak kena menapak. Tapi Insya Allah la tak sesat sebab ada laluan khas ni.

Terus je

Ikut laluan

Sikit lagi

Dah nampak. Dah dekat

Tapi jauh........

Dah sampai !

Tahniah !!!


Kawasan ni terletak dalam Johor National Park.

Akan nampak banyak kapal kapal di pertemuan Selat Melaka dan Selat Tebrau ni. Awas. Kawasan ni agak panas. So better pegi pagi atau petang skit. Tapi ! Tempat ni buka jam 9 pagi dan tutup pukul 5 petang. So pepandai la budget time.

Layan gambar lah. Malas nak bubuh caption.







Tak de apa boleh di buat di sini kecuali bergambar dan ambik gambar.

Pastu, patah balik la ikut laluan tadi keluar.




Actually kawasan ni adalah kawasan paya bakau. Jadi boleh la nak tengok kehidupan dan pokok pokok yang hidup dalam hutan paya bakau ni.

Kayu bakau

Belangkas

Pokok pokok



Ada ikan atas batang kayu tu

Ikan tembakul?

Dah abis tu, berjalan keluar lah macam biasa.

Ada jual FM di sini

Pokok jambu air

Monyet monyet di jual di kawasan parking

Overall tempat ni boleh la setakat nak pegi dan rasakan sendiri hanya kerana kedudukannya dalam peta dunia. Lain lain tak de pun interesting sangat kecuali kalau nak tengok hidupan paya bakau. Cuma cuaca agak panas lah, so nak bawak budak budak leceh sikit. Dah la kena menapak jauh dan waktu melawat lepas pukul 9 hingga pukul 6 petang sahaja.

Lepas abiskan masa kat sini, kami cepat cepat beredar sebab sebentar lagi kami akan belayar ke luar negara.

bersambung..............

6 comments :

  1. tahniah tahniah tahniahhh! dh sampai hujung dah rupanya!

    ReplyDelete
  2. Hmmm sesuai sgt tempat ni dijadikan destinasi ride Chawanna utk ujung minggu ni..tq meng! hehehhee

    ReplyDelete
  3. biru jugak langitnyer ye? tanjung piai ni most southern point in mainland asia. kat singapore yg aku pi tu most southern point of continental asia. nak jugak lawan tgk sape menang paling hujung hahaha.

    tapi veni, vidi, vici tu yg plg tak tahan. gempak sangat. haha! tapi bila sampai, tgk plat tu, berkuap! kalo ye pun buat la elok2 ye dak?

    syabas jugak la kat mesia...next pls! (mesti ko berenang dgn jerung kat karimunjawa kan? eii jeles!)

    ReplyDelete
  4. HF : terima kasih

    CNa : kau ride apa? big bike kah? perghhhh..

    Biq : masa ni masih pagi. cuaca ok lagi tapi panas berdeting jugak lah.

    bab berkuap tu aku setuju... hahahaha..

    lama tak baca org tulis perkataan 'berkuap' tu. hahahaa

    ReplyDelete
  5. ha meng, ko patut tgk chawana ride...dah mcm cawan tu mat moto yg bwk cikaro kampung yg nak dibuat "kenduri" malam nanti lepas riding. muka inesen sgt! HAHAHAHAHA!

    sekupang pun tgh bercita2 tu. tapi terkepot2 baru nak amik lesen B full. cit!

    ReplyDelete
  6. seruis??

    aku nak skodeng kat kamera AES ada tak awek cikaro kena hangkut pegi tanjung piai weekend ni...

    dah tu, kau pun nak jadi cikaro jugak???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...