Wednesday, May 30, 2012

Pantai Pantai Koh Samui

Entry ni adalah entry khas bagi menengok pantai pantai yang terdapat di Koh Samui.

Pulau yang agak besar dan merupakan pulau ke tiga terbesar di Thailand ni dan kecik sedikit je dari Singapore !

So banyak pantai sekeliling Koh Samui ni. Kalau pegi Samui pastinya tak tau nak pilih nak stay kat pantai mana sebab pantainya banyak. Pantai Chaweng dan Lamai adalah yang paling popular. Pantai Chaweng memang banyak disco dan kedai kedai. Memang kawasan paling happening. Pantai Lamai pulak banyak resort resort santai tapi kalau resort resort mewah pulak banyak di bina di kawasan kawasan secluded yang jauh dari hiruk pikuk manusia dan orang ramai.

Jadi, kalau ke Koh Samui, nak pilih pantai mana nak stay, kena tepuk dada dan tanya diri sendiri, apa motip utama mahu ke Samui.

Tepuk dada sekarang !

Dada ! Bukan buah dada !

Ha........ pastu baru boleh decide. 

Tapi kalau nak tengok pantai pantai sekeliling Koh Samui ni, meh sini aku bawak hasil dari penjelajahan aku sepanjang di Koh Samui ni menaiki motosikal. Mana tau kalau berkesempatan ke sana boleh tau kat mana yang OK nak stay atau pun tidak.

Sekeliling pulau ni jarak dia lebih kurang 50km. Pedih jugak la ponggong. Tapi sebab aku gigih. Let's uols.

Mari kita lihat pantai pantai yang terdapat di sini berpandukan peta ini.


Ayuh kita mulakan dari nombor 1 sampai seterusnya.

Sebab gambar banyak maka aku split 2. Nanti sambungan di entry nombor 2.

Dah siap sedia?

Ya. Ayuh kita mulakan

1. Chaweng.

Pantai Chaweng ni kiranya paling top la di Koh Samui. Di sini memang ramai orang. Banyak disco dan bar. Aktiviti beli belah. Banyak hotel hotel di pinggir laut pendek kata memang keseluruhan pantai tu semuanya ada resort la. Tak de kawasan bertenggek dan sebagainya. Nak bertenet pegi tempat lain.

Mostly kawasan pantai di sini adalah private beach. So kalau berani nak kena halau, pegi la pose pose bentang tikar dan bukak mangkuk picnic kau orang.

Kalau malam pun pantai Chaweng ni la paling happening.

Memang pening.








Pendek kata memang banyak aktiviti di kawasan ni.

Kalau duduk sini memang tak bosan. Tapi kalau yang mencari pantai yang lebih relaks dan nak bersantai sambil malu malu nak menunjukkan selulit masing masing.

No !

You dont belong here.

Pegi mandi kat tempat lain.

Tapi banyak jugak resort resort mewah terutama di belah Choeng Mon tu. Harga semua meletup letup, tapi private beach so kalau mampu ni la tempat paling best. Dan banyak jugak resort resort ala backpacking dan murah di kawasan ni. Kiranya sebab tempat tumpuan, semuanya campur campur lah.

2. Chaweng Noi.




Pantai Chaweng Noi ni lebih relax sikit la daripada Chaweng Beach. Kat kawasan ni kurang kedai kedai tapi ada jugak lah. Antara hotel yang famous di sini adalah Impiana hotel dan sebagainya.

Pantai dia agak tak berapa ramai orang macam di Chaweng.

Antara Chaweng dan Lamai, akan jumpa Elephant Rock ni.

Nampak?


Tu tertonggeng tu macam gajah.

Di kawasan ni walaupun berbatu batan tapi masih banyak resort yang ada macam Best Western dan hotel hotel private dan vila vila mewah. Kawasan bertanda nombor 3 ni lah tempat letaknya hotel aku stay tempoh hari.

Dari Chaweng menuju ke pantai Lamai, ada satu kawasan nama dia Leam Nan

4. Leam Nan.

Actually kawasan ni bukan pantai sangat tapi lebih kepada teluk.



Dan di sini lah letaknya Banyan Tree resort, Rennaisance Hotel  dan macam macam lagi lah. Nak masuk agak jauh ke dalam. Kalau tak de kenderaan payah jugak.

Apa apa pun kawasan ni lebih sunyi dan lebih relaks.

5. Lamai

Lamai merupakan pantai ke dua terhangat di Koh Samui.

Ada kedai kedai dan bar, pantai yang luas dan cantik cuma sebab dah pack dengan hotel, resort dan sebagainya.

Kawasan ni ada Le Meridien dan macam macam lagi. Kat sini ada public beach so kalau stay kat hotel tak de beach, boleh la pegi menumpah kasih mandi kat sini.

Tapi pastikan selulit tu kurang kalau tak nak malu.





Dekat Pantai Lamai ni menuju ke arah selatan terdapat kawasan berbatu batu yang terkenal.

Sebab terkenal?



Sebab batu tu ada bentuk lucah sikit.

Ada yang Atuk punya. Dan ada yang Nenek punya.

Kawasan ni nama dia Hin Ta Hin Yai.

Dan lepas kawasan ni ada perkampungan Melayu yang didiami oleh masyarat Islam. Rata rata mereka adalah nelayan.

Ni pantai kat area Hua Thanon tersebut.


6. Haad Natien.

Kawasan ni dah tak busy. Cuma ada resort resort terpencil. Ada jugak aquarium dan zoo di kawasan pantai ni.

Ni pantai di kawasan Haad Natien tersebut.



7. Pantai Bang Kao.

Bang bukan Kakak !

Kawasan ni dah start banyak pokok pokok kelapa. Ada beberapa resort di sini. Kawasan air dia tak beraap menarik sebab banyak batu batu dan kalau time surut memang jauh gila nak sampai ke gigi air.

Apa apa pun tempat ni relaks dan sangat menenangkan.

Ada je pelancung kat mana mana kawasan pulau ni so tak kisah sangat.

Tapi kawasan ni banyak aktiviti ATV dan sebagainya.



8. Pantai Tong Tanote.

Lebih kepada kawasan berbatu. Tak berapa menarik sangat. 

Kawasan ni belum dicomercialize sangat dan banyak jugak kawasan penduduk setempat di sini.

Tapi aku jumpa pokok kelapa yang menarik ni.



9. Phang Ka.

Tapi kat kawasan ni ada Conrad Private Villa !

Salah satu resort mewah dengan private pool overlooking laut lepas. Resort tu memang cun gila la tapi sayangnya jauh dari hiruk pikuk manusia. Kalau honeymoon boleh la, tak pegi mana mana.



Di bahagian Phang Ka yang satu lagi tu ada banyak resort. 

Kawasan masih berbatu batu tapi sebab overlooking sunset kira menarik jugak la kawasan ni. Agak private tapi sangat la jauh dari keriangan.

Kalau macam ni jalan pegi tempat out of nowhere macam ni cemana ya?

Apa apa pun, layan pantai di sini.



Tapi banyak jugak resort resort mewah di kawasan ni.

10.  Taling Ngam.

Kawasan ni pantai dia tak lawa mana. Resort dia mixed. Ada chalet and backpacker style dan ada jugak international resort macam Intercontinental dan lain lain.

Bahagian yang pantai lawa tu memang lawa resort dia, yang lan biasa biasa je.




Dan dekat kawasan ni aku jumpa tasik dengan bunga teratai yang banyak.

Sila layan. Ambik mood.



Dan akhirnya sampai ke kawasan no 11.

Kawasan 11 ni merupakan kawasan terminal ferry untuk Ferry Raja balik ke Surat Thani. Ada juga kawasan Navy tentera dan perkampungan nelayan.

Nama kawaan ni Tong Yang.

Bukan Tom Yam !




12. Nathon

Ya. Ini merupakan kawasan administration untuk Koh Samui ni.

Kat sini banyak diduduki oleh penduduk setempat. Kiranya macam bandar lah tapi bukan pilihan pelancong. Pejabat pejabat kerajaan. Jetty ke Donsak semua kat sini.

Kiranya bukan kawasan komersial sangat tapi ada je resort di kawasan ni.




13. Haad Ka Ki.

Kenapa bukan tangan?

Jangan tanya aku.

Kawasan ni adalah kawasan paling best untuk view sunset. Kiranya sepanjang pantai ni memang nampak sunset terus dan sangat indah kalau cuaca menarik. Kawasan ni agak berbatu batu tapi ada la pantai sikit sikit. 

Four Season hotel ada kat area ni lain lain resort biasa biasa je.


14. Haad Bang Por

Kawasan banyak batu batu. Tak berapa menarik. Mostly resort pun yang jenis atas bukit overlooking sunset. Tapi dari sini memang nampak clear Koh Phangan, satu lagi pulau yang terdapat di Teluk Thailand ini.


15. Mae Nam

Ini pantai yang lawa. Tapi pantai dia tak berapa landai sangat dan masih sesuai untuk mandi manda. Still boleh view sunset di kawasan ni dan resort dia kira mix la yang mahal dengan tak mahal.

Di kawasan ni jugak banyak seafood restaurant di bina mengadap laut bagi yang nak makan makan sambil feeling feeling tengok sunset.




16. Bophut 

Kawasan ni terkenal sebab ada Fisherman Village di mana restoran restoran seafood dan segala jenis macam makanan di jual. Restoran dia pulak banyak dari yang high standard sampai la yang cikai cikai. Memang kawasan ni kawasan untuk makan makan.



17. Kawasan di mana terletaknya Big Budha. 

Kawasan ni nama dia Bang Rak pun banyak restoran tepi tepi pantai. Tapi bahagian ni restoran kurang standard skit kot. Tapi rasanya still mahal ler.

Ada jugak resort di kawasan ni.




Maka.. 

Buat la pilihan yang tepat sekiranya anda berkunjung ke Koh Samui.

Apa apa pun kawasan belah timur adalah lebih popular dan happening dan lebih banyak choice untuk penginapan dan hiburan.

OK !

Dah abis travel 50km !

Selamat bersantai ke Samui !

41 comments :

  1. antara bo phut dan juga chaweng, kat mane eh lebih bnyk kawasan mknn2 islam.. hiks..
    bab makan plg pentg kalau travel2 ni.. hee

    ReplyDelete
  2. stay chaweng.. ada 2 tu je makanan islam.

    sila rujuk entry..

    ReplyDelete
  3. anyway kalau ada motosikal x kisah pun dok mana mana.. semuanya dekat2 je

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas suggestion... :)

    ReplyDelete
  5. meng,

    ikut peta samui tu yg gambar atas sekali tu, garis biru tu tanda jalan utama ke? maknanya sekali pusing pulau ni ikut garis biru tu ke? 50km?

    ReplyDelete
  6. yup.. yang biru tu jalan utama.. hari tu aku off the beaten path.. konon.. tapi actually tak de apa sgt, tak payah kau gigih sgt.. no 16, 17 1-6 boleh la nak cover.. lain lain better kau pegi marine park tu atau ke koh phangan jer...

    pantai pantai samui belah matahari naik tu je yg lawa..

    ReplyDelete
  7. supermeng,

    oh 16, 17 dan 1-6 deh. hahahaha best best! senang tanya je ko.

    actually, marine park tu belah no berapa? dan

    ada kawasan perkampungan melayu tu no berapa plak?

    ReplyDelete
  8. NH : kg melayu tu no 5-6 .. area tu lah, nanti kau nampak ada masjid ( tapi kena keluar dari jalan besar masuk ke area kampung ).. no 6 tu ada zoo jugak.

    marine park tu actually pulau pulau kecik belah atas Samui.. atas area no 13/14 tu. kena naik bot ke sana...

    ReplyDelete
  9. terujanya aku weii...

    aku tgk blog kau ni dah mcm2 tempat ko pergi di dunia ni.

    mesti luas pandangan dan pengetahuan yg kau ada meng.

    mesti ada tempat yg ko pergi pernah kena rompak ke, hilang paspot ke. pernah tak?

    share la sikit tempat yg boleh aku baca meng kat blog ko ni. byk gila tempat ko dah pergi.

    ReplyDelete
  10. NH : kau pegi je enjoy and have fun.. travel ni kalau plan plan sgt tak syok.. kena suprise kan diri dengan something yang kita x terfikir sebelum sebelum ni... baru la memorable...

    nak kata banyak berjalan tu, banyak la jugak, tapi tu la kepuasan tu kdg kdg kurang.. nak kena explore lagi..

    alhamdulillah.. so far tak pernah la aku hilang passport ke atau kena paw ke.. nauzubillah. mintak di jauhkan...

    ReplyDelete
  11. Dah godak2 blog ko ni...baru perasan meng. Kau tak pernah pegi Beijing!!

    Inshaa Allah aku pergi 25-29 okt ni nanti. Koh Samui tu boleh tunggu dulu dlm nov/dis ke. hehehe

    ReplyDelete
  12. laaa ko ni, aku mati mati ingat dah nak pegi le le ke samui tu.

    beijing/shanghai aku belum pernah pegi.

    insya allah dalam perancangan....

    ReplyDelete
  13. btw.. samui tu bulan dec/nov kau kena pastikan monsoon ke tidak.. takut hujan je nanti tak ke mana mana la ko jadi nya...

    ReplyDelete
  14. iye le meng...monsoon bulan tu..tapi mcm mana pun memang nk gi sana juga. sbb dah buat kira2 budget sana murah. flight AA tak sampai 200. duk sana ambil bilik cam dorm pun utk 3 mlm pun tak sampai 200.

    murah kan?? tapi tak dapat la mcm ko bilik ngadap pantai tu semua.

    ReplyDelete
  15. lagi satu meng, setuju tak AA ni kadang2 last minit dia tukar/delay waktu flight? semua plan kita boleh jadi kacau.

    ReplyDelete
  16. kau tak payah nak duduk resort best2.. pegi je kalau nak ambik gambo..

    AA tu memang biasa delay.. kena keep track selalu...

    ReplyDelete
  17. Blh bg cadangan x mane hotel yg under bajet n selamat n sng nk cari mknn?..kami ank2 dara yg nk g ni..:-)

    ReplyDelete
  18. SH : mana mana hotel di chaweng tu ok. check agoda.

    kalau nak selamat dan selesa... impiana hotel ada !

    ReplyDelete
  19. Post yang sangat informative dan menarik! Jazakallah! (^_^)

    ReplyDelete
  20. Amyz : thanks.. have fun in Koh Samui !

    ReplyDelete
  21. Salam..saya nak pegi sana hujung bulan nie..nak tanya supermeng bab pantai kat chaweng..kat sana tak boleh mandi laut suka2 ke? Kitorg dah book hotel tp xdpt hotel yang betul2 depan pantai.. sedihnya xdpt berenang2 kat sana..huhu

    ReplyDelete
  22. ZM : boleh... cuma jangan la gi duduk kat payung2 hotel orang. Ada area area yang tak de resort dan public area..

    boleh la tumpang lepak2 bawah pokok.

    selamat berenang.

    ReplyDelete
  23. info yang sangat best! trimas ye......leh la share share. Tq

    ReplyDelete
  24. Kat mana byk tempat jual makanan halal ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca ni

      http://supermengmalaya.blogspot.com/2012/05/santai-samui-day-2-part-2.html

      satu lagi try depan hospital kat chaweng Beach

      Delete
    2. satu lagi

      http://supermengmalaya.blogspot.com/2012/05/santai-samui-day-2-part-1.html

      Delete
  25. salam. hi saya nk minta pandangan tentang pulau yang sesuai untuk honeymoon (tenang dan relax) dan mempunyai rstoran atau tempat makan halal. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. perhentian ! redang ! tioman !

      dah best dah tu. tak perlu pegi jauh jauh....

      Delete
  26. oh jap. my recommendation will be.

    1. Batu Batu Resort
    2. Rawa Island
    3. Pangkor Laut

    ReplyDelete
  27. Hai..cemana rate harga utk aktiviti? Mcm aktiviti air ke... Mahai tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau motorized water sport biasanya hotel hotel berbintang2 je yang ader. kalau yang public tu ada kat certain area je maybe di chaweng kot... harga tak pasti la.. standard rate je la kot.

      Delete
    2. Okay...kitorg redah je lah...hehe nak pergi bulan 12 ni... tgk entry ni..buat rasa mcm tak sabooo nk pegi...

      Delete
    3. xpe redah jer.. chaweng tu area dia agak touristy so banyak je org offer activities...

      good luck and have fun !

      Delete
  28. Tapi kan, saya mcm tak paham, tiket air asia ni, perjalanan stop dekat surat thani after that baru pegi ke koh samui, maksudnya naik flight ke kena naik ferry mcm awak jgk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. flight tu sampai airport surat thani je. then kena naik bas sampai jetty. pastu ambik ferry sampai koh samui

      Delete
  29. Okay okay, makasih... 😄 dah beli tiket, lepas tu pening2 je tak tahu, hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe ada masa lagi nak study. banyak info cari kat wikitravel jer

      Delete
  30. Tu laa...tgh mencari hotel bajet, nnt kitorg smpai sana pun dah malam... ada gak usya2 wikitravel tu.. huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...