Saturday, May 5, 2012

Koleksi Jalan Jalan Di Melaka - Part 1

Bos aku tu mengaruk nak ajak pegi Melaka. Suka sangat dia. Ntah apa ada kat Melaka pun aku tak tau.

Dan Melaka ni walaupun aku tak de la selalu pegi tapi pernah lah dua tiga kali pegi. Tapi trip dengan Boss aku yang sengal ni memang express !

Bayangkan tetiba dia cakap.

"Jom pegi Melaka!"
"Buat apa?"
"Aku nak cari barang sikit"

Tup tup aku, dia dengan IG dan pun berada dalam kereta menuju Melaka.

IG yang drive. Aku kat sebelah. Boss duduk belakang.

Yang kelakarnya boss aku ni, dia rengsa kalau kita orang hisap rokok.

"Jangan la hisap rokok. Aku ni batuk ni. Huk Huk Huk !"

Kita orang bantai gelak.

Cobaan melodrama dengan soundtrack batuk tak menjadi. Dengan riak dan takbur aku dengan IG hisap rokok. Boss aku bosan je. Biar dia rasa !

Tu lah. Sapa suruh tak merokok. Kan?

Sampai Melaka ni lah tujuan pertama kami.

Boss aku ajak makan Asam Pedas.

"Aku mana makan ikan"
"Haah lah...."
"Cari aku kedai yang ada ayam lah"

Punah harapan boss aku nak makan Asam Pedas. Tapi dia bawak jugak kedai ni. Ada Asam Pedas jugak dan ada ayam goreng. Aku pun tak sure kat bahagian mana tapi ramai orang. Lauk pun dah abis waktu kami sampai.

Ada ayam goreng yang agak inzal !

Bagi penduduk Melaka mesti tau, dan aku rasa makanan kat kedai ni sedap juga...


Pastu kami terus merayap ke Bandar Melaka.


"Ni Church tertua di Melaka"

Boss aku cakap.

Aku snap !

"Gua nak ambik gambar bangunan merah ni. Lu jangan bawak laju laju"

Snap !




Sampai Jonker Street. Park kereta kat bahagian belakang.

"Berapa parking?"

IG tanya mamat India yang jaga tu.

"RM5 je"
"Mintak dengan orang ni !"

Boss aku jugak kena bayar. Ya lah, sapa suruh ajak kan?


Gambar apa pun tak tau.

Rumah tumpangan kah?

Jalan sikit ke tepi sungai.

Snap !


Ini tempat baru. Dulu aku datang tak perasan pun tempat ni.

Ada hotel dan open cafe. Menarik jugak untuk lepak lepak.




Usha usha kawasan sekitar.

Nampak ni !

* excited terlebih.


Let's kita check out Hard Rock Shop yang baru di buka ni !




Koleksi barang dia dah complete.

Aku usha je lah. 

Tapi cuma Rock Shop je yang dah bukak. Hard Rock Cafe belum bukak lagi. Tengah dalam pembinaan dan di jangka siap pada Disember 2012 nanti.

Tunggu !

Dan ini model HRC Melaka yang bakal di buka.


Pastu aku keluar dari Hard Rock ni boss aku dengan IG dah hilang.

Mana dia orang pegi?

Masuk Jonker Street usha kiri kanan. Tak de !

Argh. Pedulik !

Snapp !!!!




Aku tengok sign. Oh ya. Di Jonker Street tak boleh hisap rokok. Bagus juga ! Untuk keselesaan orang ramai. Tapi kenapa kenderaan di benarkan lalu lalang?

Menyemak jugak !


Aku usha apa yang patut.

Tak puas hati aku menapak lagi cross jambatan dan pegi kat tempat bangunan merah !

Snap !!!!!




Pastu aku carik dia orang tak jumpa.

Mana mereka????????

* nanges di tengah tengah bandar Melaka !

bersambung................

2 comments :

  1. Selamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa 827

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...