Showing posts with label Macau. Show all posts
Showing posts with label Macau. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

Macau

Layan koleksi gambar di Macau.

Lisboa

Lisboa

Senado Square













Belon belon Cina !

Arches at The Venetian, Macao

Dalam pusat Casino, The Venetian

Shopping Mall, The Venetian

Muka pakcik Cina keletihan selepas Lion Dance, Senado Square

Pepatung Cina di Senado Square

Barang barang Cina. Aku pun tak tahu mendapa

Tuesday, March 13, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 2 : Macau Part 4

Esok nya pagi pagi aku bangkit dulu. Tengok budak berdua tu tak bangun pun.

Malas nak bermalas malas lama lama sebab aku tau nak mandi semua nanti nak share satu toilet payah. Aku ni dah la sakit perut macam nak berron. Minum milo semalam.

Aku bangun keluar masuk toilet dulu. Pastu BW bangkit.

Aku siap siap nak mandi duduk la kejap layan mamat kat reception tu. Tak de pulak gambar dia. Cuma ada gambar reception area dia.

Mewah tak?

Ada macam hotel kat The Venetian?

* nanges


Tup tup aku nak masuk bilik air, mamat cina semalam tu nonong je masuk.

Cait !

Tak bagi salam apa. Mengigau ke apa mamat ni. Oh semalam aku ada borak dengan dia kejap. Dia cakap dia dari Australia. Patut la lidah ada tergeliat sikit.

Pastu Cina tu keluar aku turun hisap rokok dan bagi laluan BW mandi dulu. Biar dia bersiap siap la sebab dia sorang pompuan. Lepas tu aku mandi manda. Nak berak tak lalu. Pintu dah la macam anytime boleh kena kopak. Tengah berak kang ada orang sergah how??

BW siap dulu dia buatkan kami air milo. Kat pantry ada maggie. Macam macam la imbasan makanan lazat masuk dalam otak. Lapar ni.

Sudahnya lepas IH bangun dan bersiap kami makan biskut lagi dengan air Milo.

Sedih okeh. 

Tapi tak pe. Misi abang adalah hendak kurus. So kena redha !

IH dok borak dengan mamat bangla receptionist tu. Apa yang bagus tentang hostel ni walaupun rupa dia agak hazabiah sikit, staff dia agak resourceful. Paling penting pandai cakap English. Berborak la mamat tu dengan IH pong pang pong pang aku buat bodo je tak ambik tau. Aku just dengar mamat tu cakap dia pernah pegi Penang. Tapi tahun 80 an dulu.

Lepas semua siap siap kami ready to check out tapi tinggal luggage kat situ dulu. Misi kami siang ni nak gi explore kawasan peninggalan Portugis yang tak jauh dari hostel kami ni.


Let's uols ! 

Kita berkeliaran. Hari ni dari point D ke point F.


Tempat dia tak berapa jauh. Menapak jalan kaki je.

Dan tak merumitkan sebab banyak tanda jalan sebab kawasan ni kiranya kawasan pelancongan dan ramai pelancong. Tapi dalam pada tu nampak gak lah dua tiga orang yang sibuk la dok telek peta terbongkok bongkok.

Aku sempat buat main dengan IH.

"Sesat la tuh !!!!"

Hahahaha. Dengan harapan biar semua orang rasa sesat kat Macau ni !


Dekat kawasan ni memang banyak la gereja, temples, kubu dan bangunan lama hasil percampuran senibina Portugis dan Chinese.

Kira senang cerita macam Melaka lah.

Kami sampai di Senado Square dulu. Oleh sebab dia orang masih merayakan Tahun Baru China so adalah tarian naga kat situ. Kita orang usha lebih kurang je pastu berjalan lagi. IH dengan BW asyik kena tinggal dengan aku je sebab leka ambik gambar. Aku ambik lebih kurang dan berjalan.

Kejar masa okeh.

Sambil sambil tu nampak kedai menarik singgah la sebab misi kami nak mencari FM. Macam biasalah walaupun dah tak muat peti sejuk.

Di kiri kanan jalan sempit tu ada macam macam kedai lah. Jual daging salai pun ada. Kami kelaparan okeh !  Tapi haram la nak berselera tengok benda benda macam tu.

Rela ikat perut lagi.





Dari satu kedai ke satu kedai kami jumpa. Carik la FM ni. Harga memang berbeza la. Apa kita orang buat beli sikit sikit. Sebab takut terkecewa bila jumpa kedai lebih murah.

So satu kedai beli satu, nanti beli satu lagi. Kalau murah baru beli banyak sikit. Takut la kerugian pulak.

Jalan punya jalan akhirnya sampai la tempat yang di tuju. Salah satu UNESCO site yang menjadi mercu tanda kota Macau ini. Ruins of Saint Paul !



Tada !!!

Kalau Melaka terkenal dengan A Farmosa. Maka di Macau ni, ini lah dia. Tinggalan penjajah Portugis yang masih bertahan sampai ke hari ni.

Tapi yang tinggal sekeping ni je lah. Nampak lawa dari belah sini, kalau pegi belah belakang tu dia dah buat penahan sebab tinggal sekeping ni je. Anytime kalau tak de penahan boleh tertumbang ke belakang kot.

Usha ni dulu.


Orang memang ramai kat kawasan ni.

Aku biasalah sampai dulu dan selesai ambik gambar. Budak berdua tu masih kat bawah lagi tertonggek tonggek dok posing. Tak pe. Aku lepak dulu layan rokok dan tunggu dia orang.

Dari situ kami naik ke atas bukit sebab ada macam kubu pertahanan di situ. Dari atas bukit nampak la keseluruhan downtown Macau ni. Tak de la lawa mana pun. Cuaca pun sedang elok tak berapa panas, kalau tak terpongeh jugak la nak panjat anak tangga tu semua.




Dan kat atas bukit tu memang ada meriam lah. Tinggalan sejarah. Ada kubu dan ada bangunan muzium. Kita orang buat satu pusingan je. Ambik ambik gambar lebih kurang. 

Sekali lagi BW bercerita tempat ni jadi lokasi cerita Korea dia tu.

Ada kami pedulik?

Tidak !

Biarkan je la dia feeling sorang sorang.


Lepas tu kami turun semula dan lalu jalan yang kami datang tadi. 

Dan menjelang tengahari makin ramai orang kat situ. Siap ada yang bertour guide lah. Ada jugak la yang menjerit jerit tak tentu hala. Bergambar tok sah cerita lah. Nampak jugak makcik makcik pakai tudung. Tapi dengar dia orang borak mostly macam dari Indon.

Kami tak buang masa lama, terus patah balik ke hostel semula.





On the way balik ikut jalan lain pulak lepas tu.

Jumpa lagi banyak kedai. Yang bosannya asal kita orang masuk kedai tu lepas tu ramai la pulak dalam tu. Terus tuan kedai dah tak terlayan.

Bosan.

Beli apa yang patut. Hasil kiriman semua biar selesai dulu. Lepas ni dah tak de shopping shopping di Macau dah. Sini je. 

Tu aku bagi peringatan kat dia orang. So masing masing biasa lah beli key chain, FM, t shirt. Semuanya orang kirim. Untuk diri sendiri?

Tak de.

* nanges.

Lebih merengsakan. Last last kedai kita orang jumpa lepas dah abis borong tu lagi murah !

Argh stresss..

"Dah ! Ni last. No more shopping ! Jangan masuk kedai dah nanti kita sakit hati !"

Kita orang dok gelak gelak je. Pastu asal nampak t shirt I love Macau je.

"Hah tu"
"Jangan................. ! Nanti kita makin kecewa!"

Gelak lagi.

Fun dengan bebudak ni sebab tak stress. Tak de masalah pun.


Pastu kami sampai semula di Senado Square.

Tarian naga tadi masih ada. Aku usha usha lah.

"Can I try?"

Hahaha. Kalau kat Malaysia mampus la aku berani nak cuba. Kang orang pandang semacam. Tapi budak tu baik dia melayan je. So dia pakai kan aku kepala naga ni dengan ekor panjang tu. Ada pulak makcik Cina mana dok ambik bahagian ekor.

Dan kita orang menari sama sama.

BW dengan IH bantai gelak. Orang semua tengok aku buat kerja gila. But it was fun walaupun sekejap. Berpeluh jugak duduk dalam tu sebenarnya. Menari tu kaki tok sah cerita lah. Aku pun tak tau makcik kat belakang tu buat apa. Kata IH dia lagi rancak pada aku.

Aku lak cuba tarian Zapin.

Ko mampu????


Dan lepas berpeluh ketiak menari tarian naga tu dan di saksikan orang ramai yang cas aku gila. Kita orang pun blah !

Balik ke hostel terus ambik luggage. Tunggu bas dekat depan hostel tu je dan kami terus ke sempadan yang memisahkan semenanjung Macau dan Tanah Besar China ini di point G.


Selesai explorasi Macau kami. Walaupun niat nak bungee jumping kat Macau Tower tak berjaya. Cuaca pun kurang elok tapi OK la. Kita orang cover mana yang patut je cukup lah.

Kalau kata nak datang lagi tu tak de lah. Cukup la sekali seumur hidup kot unless pasal hal hal lain.




Dekat imigration nya tak de la payah pun. Cuma beratur agak panjang sebab orang ramai. 

Pintu sempadan ni kalau nak tahu merupakan antara port keluar masuk paling sibuk di dunia ! Memang orang China dan Macau keluar masuk macam tu lah. Siap bawak basikal semua okeh.

Dan urusan kami pun lancar je. 

Dan di sini la Visa China kami di scrap. Sekali masuk je, tak boleh di guna pakai lagi dah.

Bye bye Macau. Welcome China Mainland............

Xie Xie..........

Jelajah Kota Orient - Day 1 : Macau Part 3

Aku ingat lagi dialog BW masa tu.

"Eh. Bang. Tengok tu ada orang tertinggal barang"

Aku usha. Mungkin orang ni beratur nak naik bas kot, pastu dia tertinggal 2 paper beg dia kat situ. Tertera salah satu paper beg tu dengan jelas dan terang jenama jam tangan mewah.

LONGINESS.

* koma

Pandang kiri kanan. Dah tak de orang. Memang kita orang jer yang ada. Sah orang ni dah naik bas sebelum ni.

Aku dengan BW teragak agak nak check dalam paper beg Longiness tu. Ada satu lagik paper beg macam ada kotak dalam tu.

"Mesti jam mahal tu"

Aku spekulat.

BW check.

"Ala.......... kosong dah"

* nangis sedu sedan.

Cis ! 

Ingat orang tu mabuk ke tetinggal barang situ, rupanya igauan semata. Mereka tak bodoh lah tu. BW kata nak paper beg tu nak isi barang. So kami pun ambik. Cepat cepat naik bas takut orang nampak. IH kata nanti ada kamera ambik gambar. 

Hahahaha.

Balik ke hotel kawasan hotel kami semula dan bas turunkan kami dekat dengan tempat kami naik awal awal tadik.

Penat aku bawak paper beg tu. Tapi paper beg tu memang lawa lah. Dalam Longiness tu memang kosong. Dalam paper beg satu lagi tu adalah kotak arak !

* mulut berbuih.


So apa lagi campak terus dalam tong sampah !


Dari point F balik ke pont D dan kami pun berkeliaran di kawasan downtown Macau tu dan pegi ambik gambar kat kawasan B di mana bas stop tempat kami turun siang tadi.

Kenangan pahit okeh tempat tu sebab sesat !

Tapi suasana memang cun. Berkerlipan dengan cahaya lampu lampa.

Layan !








Memang lama jugak la kami melepak kat situ.

Ambik port tengok lampu bertukar warna.

Tengok la ni manusia berdua ni tak abis abis posing. Semua sudut nak bergambar. Sampai kat tong sampah pun nak posing.

"Hello ! Kita kan kat luar negeri ni"
"Ya lah !"

IH tu gigih je jadi tukang ambik gambar.




Agak dah lewat kami pun menapak balik ke hostel mewah tu.

Sepanjang jalan ni hah berlambak flyers macam macam ni. Tengok je terus aku ingat Tasuke. 

So Tasuke. Ni gambar memang khas aku capap untuk kau ! Hahahhaaha


Sampai hostel terus mati kutu. Ya la nak bising bising tak boleh. Mamat sorang lagi dah balik dan dah tidur. Apa kami buat? 

Makan !

Lapar okeh. Tak jumpa kedai. Nasib baik la BW bawak biskut dan Milo. Ada serunding dan roti jugak. So belasah la makan benda alah tu. 

"Cemana kita nak semayang ni?"

Masing masing berpandangan. Nak sujud pun tak lepas.

Semua diam tak menjawab sebelum masing masing naik katil dan aku tak sedar apa dah. Tapi aku dah sound BW.

"Kalau I dengkur kuat, kejut ! Takut kacau orang"
"OK"

Memula BW jaga aku okeh. Lepas tu dia kata semua orang dalam tu laksana pemain orkestra. Siap ada semboyan, seksofon dan kastenet.

* hulur Panadol kat Ramli MS

So apa lagi.

"Lantak korang lah !!!!!!!!!!!!"

BW tarik selimut dan membuta ria terus.

bersambung.............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...