Wednesday, February 25, 2015

Jom Makan : Crazy Crabs, Oasis Ara Damansara

Lepas makan di Purple Cafe tu, tercari cari makan malam pulak.

Hari tu teringin nak makan ketam.

Nak gi Riverview di Kuala Selangor tu macam jauh sangat. Dah lama try usha kedai Crazy Crabs dekat Oasis Ara Damansara ni tapi tak tertry try makan lagi.

Lagipun masih kenyang lagi so kami plan nak tapaw jer untuk makan malam di rumah.


So kami pegi order dulu sebelum pegi cari barang sikit kat supermarket.

Pegi order dulu.. sebab orang ramai dia kata tunggu 30 minit kemudian baru datang ambik. Okey. Aku menuurt perintah.

Orang memang ramai

30 minit kemudian or lebih kot sebab lama sangat shopping cari barang, pegi ambik semula dah siap dah. Masa nak gi ambik tu orang makin ramai dan aku rasa aku terperasan Neelopah dok makan ketam di sini.

Ke orang lain? Jangan percaya mata aku ni kadang kadang keliru ajai nurul jugak, tapi aku rasa macam betul.

Aku order Milk Crab.

Tapau dalam bekas ni

Sexy dan mengiurkan?

Hmm verdict aku.

Biasa biasa jer. Tak de la sedap sangat. May be kurang feel sebab tapau makan kat rumah kot. Tapi memang malas nak makan situ. Tempat sempit dan orang ramai. Macam tak selesa jer.


Dah la mantou abis. So lagi kureng inzal bila memakannya. Harga pun mahal sikit. Sekilo setengah dalam RM 130.

Apa apa pun, gi cari barang masa tu, budak kenit ni biasa lah ada je benda dia nak cukai.

Tengok? Ini yang dia mengaruk sangat. Nak beli set set accesories rantai subang gelang Hello Kitty ni

Aku sound dia.

"Adik.. adik pakai ni Papa tengok macam Mak Datin la"
"Tak nak !!!"

Tambah amok tak suka di gelar Mak Datin.

"Kenapa pulak.. tak suka ke jadi Datin?"
"Tu kan nenek !!"

Hahahah

Tak leh tahan terbarai gelak.

Betul ke Mak Datin tu semua nenek nenek? Datin Alyah? Belum nenek lagi kan?? Kan?? Kan???



Ku di sini mengalunkan rindu yang resah
Aku di sini memuja bayangmu
Setiap detik degup nadiku hanya untukmu
Cinta membara jiwa gelora

Kau yang terindah di dalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanyaKu di sini menantikan janji yang hilang
Aku di sini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang

Ku di sini menantikan janji yang hilang
Aku di sini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang
Bagai semalam semuanya hilang

Anyway... Crazy Carbs ni tak de la lazat dan indah sangat. Tapi kalau setakat nak try boleh je lah !

16 comments :

  1. Suka makan ketam batu / nipah !!! Sebab isinya padat dan manis !!!


    Sebab your mom kan Datin, so that is why princess dah capture yang Datin is NENEK NENEK ! Hehehehheheee

    ReplyDelete
  2. Bang..
    Ko takde problem ngan kolesterol ke bang..

    ReplyDelete
  3. menyesal aku click sini hari ni :P
    tak pasal2 sambung lapar

    ReplyDelete
  4. haha..kurlasss princess, cucu Datin kot nie..hehe :)

    ReplyDelete
  5. Hai bang Meng

    Boleh dikatakan hari-hari I ke Oasis tu tapi tak sempat nak explore apa tempat makan yang sedap. Balik2 pegi ofis je pun hehe

    Yang nampak kedai Ali, Muthu ngan Ah Chong tu je. Pastu kedai cina yang belah tepi. Tapi bila baca your review macam banyak hehehe

    Tapi memang banyak kottempat makan sebab dorang pernah hantar voucher or discount offer kat staff sini.

    Nanti pegi nak tengok2 jugak la :)

    ReplyDelete
  6. bang... dah nak masok bulan 3 dah ni.. x gi jalan obesi ke?

    ReplyDelete
  7. Yang duk makan ala-ala neolopak tu saya tau, nampak supermeng tapi saja tak nak tegur...boleh gitu?

    ReplyDelete
  8. Ghaz : dia banyak tengok cerekarama kot..

    ibu dia every week layan cerekarama citer sedih2 tgh tv sambil kesat airmata..


    Sham : tak tau ! tak pernah check.. hehehe..

    takut nak check.. tapi mcm tak ok jugak ni.. kena kurang2 kan la jugak..


    Smile : muahahhaaha

    ketam ni x sedap sgt. tak payah berlapar tgk gambar ni

    ReplyDelete
  9. An : cucu datuk !


    Hani : Ali muthu Ah Hock laaa !!

    sesedap je kau bagi ah chong.

    tu nasi lemak dia sedap. sila pegi try !!!


    Cek Ceh : ada.. setiap bulan pegi. bulan 1 dan bulan 2.

    nanti update.. slow slow.. lembab skit aku ni.

    ReplyDelete
  10. MKL : mahai... x beli kang mengaruk..


    Nasa : malas layan !

    ReplyDelete
  11. X sedap sgt? Maybe sbb mkn kt umah feel nye lain sikit

    Rupanya si kenit tu pun lawak like papa nya hahaha mk datin d katanya mcm nenek2 bijak princess

    ReplyDelete
  12. JM : Tu la... banyak sgt tengok tv la tu. terpengaruh

    ReplyDelete
  13. Nak Tanya bang, Crazy Crab nie Halal x?

    ReplyDelete
  14. Nur : tak de halal cert tapi dia ckp supplier semua dari halal source..

    tapi kedai ada jual wine dan beer..

    so terserah lah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...