Di suatu hari yang permai nan indah ahli keluarga berduyun duyun datang berkumpul mai lepak lepak di kota Metropolitan ni.
Jadi aku telah ajak semua berkumpul untuk sesi makan makan di luar.
Selepas diskusi beberapa ketika kat mana nak makan, akhirnya kami decided makan di Restoran Thai Sabye Sabye, Kelana Jaya.
Terletak di Kelana Jaya, dekat dengan Giant dan berdepan dengan Brothers. Belakang KFC !!!
Restoran ni rupanya adik beradik kembar dengan QThai dengan Abam Rashid Sibir Sidek sebagai model
Bangunan dia ada 2 tingkat. Yang atas untuk ala carte. Bawah untuk steamboat kalau sesapa nak celup celup
Ada signage QThai...
Okey.
Nak kumpul semua orang ahli keluarga tercinta ni memang masalah. Kang yang ni datang lambat. Yang ni cilok ke lain dulu. Yang ni pegi shopping kejap. Yang ni keluar lambat sebab tudung tak matching dengan selipar jepun lah.
Macam macam hal. Ayat paling laris adalah
"Awak kat mana? Awak kat mana?"
"Awak kat mana? Awak kat mana?"
Tapi lepas call sana sini.. whatsaap berkali kali.. akhirnya semuanya berjaya berkumpul dengan wajah yang ceria. Sebab lama tak berjumpa dan bergossip riang !
Abam Rashid pun dah tunggu nak ambik hoder
Buku Menu
Tatap puas puas menu nya
Kalau ikutkan sebab dah ramai masing masing ada selera masing masing lah. Tapi pening la ramai ramai ni dan banyak lauk nak order. Jadi, tugasnya jatuh pada tangan kakak aku decide apa yang perlu dan kami order few sets untuk semua belaka.
Jenis jenis lauk yang sama untuk setiap meja.
Kailan ikan masin
Udang Butter
Ayam butter jugak
Green Curry Daging
Udang butter lagi. Tapi yang ni jenis kering dan kusut masai
Ikan masak tiga rasa. Padahal orang yang memasak bukannya ikan. Kan?
Tom Yam yum yum yum...
Okey. Makanan adalah mencukupi untuk semua orang.
Semua ahli keluarga kata sedap. Ada 5 meja dengan set set makanan tersebut dengan bilangan orang macam penuh satu bas nak pegi rombongan ke sukan Komanwel.
The best part adalah semua ahli keluarga ada dan berkumpul dan semua bikin kecoh satu kedai nasib baik la tak de orang lain kat kedai tu kecuali keluarga kami.
Alhamdulillah kenyang.
Cost makanan? Hmmmm. Sedih abang nak share. sebab dah ramai ramai ni. Tapi okey lah.. Not bad. Tom yam dia terbhaikk !!!!
Kalau menatang tu semua emas, aku curik dan gadaikan bagi menampung perbelanjaan
Kalau yang ni emas.. dapat gadai boleh beli gajah sekor
Anyway.... for family. sekali sekala.. tak de salahnya.
Selamat mencuba !
Eh... kedai ni aku pasti bukan hak milik penyanyi Sabhi Saddi tu tapi model pompuan dalam lagu ni aku kenal.
"Leha ooo Leha....Nak makan tomyam ????"
Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita
Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu
Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku
Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikan ku
Walau sezarah air mata
Biarku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku
Okey. Leha tak nak. Dia nak menangis. Biarkan lah !
Kalau berada di sekitar Kelana Jaya dan mencari Thai Food.. This is highly recommended !
Adakah ini tomyam terbaik di Malaya wahai abam Meng?
ReplyDeleteMakanan adaalah banyak yang sedap sedap
ReplyDeletetika dan saat ini keinginan untuk tomyam tidak mengugat keimanan...tak tahu kenapa..
ReplyDeletemasakan thai jarang mengecewakan!
ReplyDeleted cyberjaya ada jgk cawangan
ReplyDeleteBranch kelana jaya ni dah tutup sejak lewat Dis 2014 Meng.. frust sesangat sebab ni memang restoran favourite. Sotong telur asin dia best!
ReplyDeleteAmir : agak la.. sedap jugak bagi aku.. sama macam di q thai dulu tu..
ReplyDeleteCC : sedap.. memang sedap
Nasa : kenapah? dah beralih kepada western?
Smile : betul !! tapi kena kedai yang betul jugak la...
ReplyDeletePacak : ada? .. dia memang banyak cawangan kot qthai ni.
Shafiqa : benarkah?????
adakah dia tutup selepas aku gi makan?
selalu dgr ketam telur masin je. sotong x pernah try. nanti try la..
mana nak cari yang sedap tu?
Thai sabye sabye? Pelik benor nama kedai tu. Byr mahal x pe puas hati klau masakan tu sedap
ReplyDeleteJM : tu la tapi sabye sabye tu maksud dia
ReplyDeleteGOOD !