Monday, July 11, 2016

2016 : Cerita Ramadhan

Ceritera semusim Ramadhan 2016.

Bulan Ramadhan datang... syawal pula bakal menjelang !

Sebelum tu... PARAM favourite aku. Dekat USJ... Banyak makanan sedap sedap kat sini.

Ni kuih fav aku setiap kali bulan puasa. Koleh Kacang ! Tapi tak jumpa yang sesedap macam kat kampung aku.

Masuk bulan Ramadhan.. selain melipat gandakan ibadat, ada juga benda yang penting untuk di persiapkan ! Fikir pasal persediaan raya. Bagi aku yang tua bangka ni memang tak de apa nak prepare pun. Cuma untuk budak budak, sedikit sebanyak pun kena lah ready. Kang orang kata anak Artis Antarabangsa kelihatan comot dan tak lawa di pagi raya. Sapa yang malu? 

Sebab busy jugak bulan puasa hari tu, so dah dekat last last baru nak prepare cari baju raya budak budak. Macam ni la aku termenung mengenangkan banyak perkara nak kena settlekan. * background muzik lagu Pulanglah... Aishah.

Sebab tahun lepas aku dah cakap tak nak gi Sogo dan Masjid India. So kali ni pegi shopping kat tempat lain. Konon konon yang kurang orang supaya tak rasa semak.

Pegi ke Mitsui Outlet Park. Second time kali ni ! Ramai jugak la orang kat sini.

Dan paling menyedihkan.. Tak tau nak beli apa kat sini. Tak jumpa yang menarik ! Cari baju raya tak jumpa, last sekali Hero beli jam. Dia mengaruk nampak kedai jenama wallet yang aku pakai dan dia pun nak jugak ! Nak yang original ! Macam la banyak sangat duit nak pakai wallet original. Papa ni ikat perut setahun nak beli wallet tu....

Setelah kecewa di Mitsui Outlet Park cari baju jalan jalan. Kami ke Jakel Shah Alam untuk cari baju Melayu. Tahun ni aku memang tak nak beli baju Melayu sebab aku ala ala berkonsep pakai jubah je tahun ni. Jubah yang tersilap beli kat Mekah yang mahal tu.....  Dah beli mahal mahal kena la pakai.

Jakel memang ramai orang ! Aku bawak Hero. OR bawak Princess. Aku bagi kelonggaran untuk Hero pilih baju Melayu dia. Dia nak baju Aaron Aziz ! * berangan tahap artis jugak anak aku ni. Pastu dia pilih kaler Oren ! Aku redhokan je lah.. Aku pun tak berapa gemar nak matching matching kaler baju raya ni.

Cari kurta untuk Pakcik James. Macam biasa, aku memang tak pernah reti nak bajet size. Dah beli tak muat pulak ! Abang atas tu tolong pegang dan jadi model tak berbayar

Masa tunggu OR berlama lama kat Jakel tu, aku parking kereta depan kedai tudung. Ada artis datang buat promosi. Aku dengar pengumuman kata ada Fethiya Latip kat situ. Aku pun pegi menyibuk snappy. Pastu aku blah. Pastu aku tak pasti.. betul ke dia Fethiya Latip? Nasib baik betul ! 

Jangan tak percaya ! Sebab baju Hero kaler oren tu mendapat tentangan habis habisan dari OR. Dia rela pegi Jakel sekali lagi tukar baju Hero. Aku malas dah nak ikut. Dan kat kedai yang sama dengan Fethiya Latip tu ada Nora Danish. Gigih dia pegi snappy untuk aku ! Tindakan bijak... dah maju setapak lagi boleh mamarazzi !

Last weekend before raya, keluar gi beli baju raya sekali lagi untuk budak budak. Kali ni ke Paradigm Mall jer. Orang tak ramai. 

Princess aku suruh cari baju raya... dekat 12 helai dia pilih. Dia ingat nak buat fashion show agaknya nak beli baju banyak banyak. Sampai cashier counter aku buang separuh ! Nasib dia tak perasan.

Kat Paradigm Mall aku jumpa kedai ni. Komugi !

Beli Hanjuku Chese ni. Sedap gak weh. Tapi harga pun buleh tahan. Tapi sedap ! 

Bab pilih kelengkapan raya ni, aku memang tak kisah sangat. Apa budak budak ni pilih aku setuju je walaupun hari raya tapi nak beli kasut sport ! Buleh pulak Hero nak kasut Sketches harga beratus ratus tu aku macam tak leh terima. Macam tak berbaloi je. Pakai kejap je pun. Last sekali puas pujuk.. beli kat Bata je. Sah dia pakai sekali dua je nanti.

Tapi tetap tak leh lawan Princess Diva aku ni. Nak kasut Frozen berlampu  lampu. Aku dah imagine pakai baju kurung nanti dengan kasut sport ! Buruk betul fashion sense... tapi dulu kita kecik kecik ramai je pun macam tu. Asal hari raya tapi nak beli kasut sport !

Habuan shopping. Yang penting semua kelengkapan mencukupi.....

Ada juga sambutan Hari Bapa kecil kecilan

Kad dari Princess dengan hati terbelah 2

Dan misi pencarian Hero sekian lama.. Orang cari kelengkapan raya dia sibuk nak cari buku Boboiboi Sfera Kuasa !

Dah lengkap semua..... lepas tu fikir nak balik kampung pulak nak beraya....

Satu yang pasti............. sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Kurusnya tak jua kunjung tiba !

Maintain obese...............


Misi yang sentiasa gagal setiap tahun !

Semoga bertemu dengan Ramadhan tahun akan datang.......................

31 comments :

  1. perghh..dari Sepang ke Shah Alam...yelahh, ramai org, rasa serabut je..

    comel kucing tu...gebus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. konon nak lari dari org ramai. last last bertembung dgn geng geng yang ramai jugak masa kat jakel.

      pasrah. Tahun depan beli baju online je lah.

      Delete
  2. As salam..... Belum trlmbat kot Seri nk ucapkn SELAMAT HARI RAYA ... MAAF ZAHIR BATHIN... buat uncle Meng.. Maaf jika ada comment2 yg menyinggung perasaan uncle. Lately sgt bz nk singgah kt blog uncle selalu.. Bz selamatkn nyawa org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raaya dan Maaf Zahir Batin juga untuk Seri.

      Semoga dapat menjalani kehidupan dgn bahagia dan tenang. Good luck !

      Delete
  3. yg last sekali tu..dah 31 kali raya, masihla tak kurus..
    bang meng, biasa la budak pompuan nak 12 baju raya, kitaorg kecik2 dulu baju tido raya pun ada haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pening kepala bapaknya ni.... nasib sorang je pompuan.

      bab kurus tu... hmmm kena cuba lebih gigih lagi lepas ni

      Delete
  4. selamat hari raya meng :) betul tu dah tua ni takde rasa sangat nak beraya. dok cAri baju anak anak dulu. dh setel baru lah beli baju kita T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Mommy Cici..

      Betul tu. Kita ni sekadar raya je.. budak budak je la kasik excited terlebih.

      Delete
  5. Meng cer tayang sikit jubah mahal merelip ko tu sikit...nak gk tgk ghupeee jubah tu...hehehe

    Part or jd mamarazi tu mmg terbaek!jangkit dahhh perangai ko tuh...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... tak tau dah mana letak jubah tu. Pakai sekejap je.. Konon nak berjubah sangat. abis solat dah kepanasan... last sekali pakai kain pelikat je tunggu tetamu datang

      Delete
    2. Tu lah. Biasanay OR aku tu kalau aku suruh dia malas layan

      Delete
  6. Replies
    1. Dok eh.. Tak dok bela.. Tak dok ore hok nok jaga. Princess tu semua binatang dia nak.. tapi kang dia buat tak tau jer

      Delete
  7. meng adakah ko jiran aku? entah2 aku pernah berebut dengan ko kes nak tapau koleh kacang tu sambil kasi jelingan maut hahaha
    Kucing tu aku rasa mcm nak sepuk aje...geraam

    Selamat Hari Raya Meng dengan ucapan jom kurus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la sepuk dia. Aku pun lupa kucing tu aku ambik gambar kat mana. Tapi bukan kucing aku tu. Aku dah tak membela.

      Bab berebut koleh kacang tu.. hmm .. jiran kau tu buh banyak tak taik minyak?

      Selamat Hari Raya Smile. KUrus tu KIV tahun depan.

      Delete
  8. Selamat Hari Raya Meng, Maaf zahir batin...klau dah nama princess tu, kira baju sedozen tu biasalah Meng, nasib tak diminta sedondon kasut dengan handbag setiap pasang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Nasa. Selamat hari raya....

      Masalahnya dia tu baju banyak tapi kalau keluar asyik nak pakai baju yang sama je kalau tu dah yang dia minat.

      Nak matching kasut dgn beg tu... pakai duit sendiri lah...

      Delete
  9. Selamat Hari Raya! Haha takpe, kasi can anak2 bergaya di hari raya tak gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Sarah FJ...

      Budak budak skrg ni bukan reti nak gi beraya. Dok rumah je. Baju pun tak tukar

      Delete
  10. part kasut frozen lawakkkk....
    mmg diva abisssss....
    kim salam kan OR dan anak2

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya...bila nk buat open house utk feminat nih!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat tahun ni dah sebulat suara bersetuju utk open house di rumah masing masing jer

      Delete
  12. 12 pasang di pilihnya..beli semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok eh. Masa nak bayar time dia tak nampak tu buang separuh. Hahahaha Balik rumah dia tanya mana baju kaler pink dia..

      Lantak.

      Delete
  13. baju raya oren? heheh..hero2..sib baik OR g tukar warna lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Nak matching mathcing pulak dah dia nak...

      Delete
  14. Replies
    1. Kucing angkat je tu... aku pun tak tau sapa punya

      Delete
  15. dik meng..happy aidilfitri tu yu too...
    lama sangat tak jengah blog ini.
    jangan blok akak / unfren akak
    Maaf zahir & batin jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anasah.

      Selamat hari raya to u too. Maaf Zahir Batin..

      Tak de nak blok blok orang... org dtg kita raikan. Org tak datang kita baling batu kat rumah dia kasi dia perasan :-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...