Sunday, July 24, 2016

Trip Penang 2016 | 07 : Penang UNESCO World Heritage Site

Ayuh... santai hujung minggu !

Disenaraikan sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO pada tahun 2008, Georgetown - adalah bandar bersejarah di Selat Melaka yang telah membangun melebihi 500 tahun dari perdagangan dan pertukaran budaya antara Timur dan Barat di Selat Melaka. 

Pengaruh Asia dan Eropah telah diwarisi dengan budaya tertentu yang menjadikan ianya sebuah kota yang unik dan bersejarah. Dengan bangunan-bangunan kerajaan, gereja-gereja, dataran dan kubu, Georgetown mewakili era British dari akhir abad ke-18.

Kota ini membentuk bandar seni bina dan kebudayaan yang unik tanpa menyamai mana-mana pun bandar di Timur dan Asia Tenggara.

Layan gambar gambar hasil warisan yang masih kekal sehingga kini di kota Pulau Mutiara ini.

Kata orang, tiada yang lama, tak adalah yang baharu !
































Orang kata, barang yang lepas jangan di kenang. Yang pergi kan tetap pergi. Yang hilang pasti sukar di temu kembali.

Tapi kalau barang yang masih elok, boleh dipulihara menjadi warisan zaman berzaman !



Menantikan dia kembali
Melamun hatiku sedih
Hati gelisah bermimpi
Memadukan kasih

Ku sampaikan ratapan jiwa
Dihembus sang angin lalu
Harapan ingin berjumpa
Menyampaikan hasrat rindu

Tapi hanayalah bayangan
Tak kunjungnya kembali lagi
Gelap suram pemandangan
Binasalah diri

Remuk redam rasa hati
Tak tertahan menanggung rindu
Kasih tak mungkin kembali
Musnahlah harapanku...

bersambung............

4 comments :

  1. Replies
    1. lagu mende? main buh je lagu lagu ni.. hahaha

      Delete
  2. Cantik bangunan bangunan lama nih ... hopefully kekal ler ... and sedap lagu nyanyian Atilia ... terkenang kat Arwah Yasmin. I miss her movies!

    ReplyDelete
    Replies
    1. suara atilia ni sedap gak. soothing je. tapi vocal x mencabar la. again much better than najwa latip.

      #cascasjadijuriAF

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...