Okey. Tunjuk perut masing masing?
Hmmmm... pusing ke tepi sikit... Haaa. Okey. Okey.
Belum sampai tahap obesity lagi.
So agak tak aci la aku sorang sorang je yang gergasi, korang pun kena join juga !
So meh kita gi menambah lemak dan makan ketam di Chilli's Crab Seafood yang terletak di Kota Damansara aka KotaDem.
Nama Restoran : Chilli's Crab
Terletak di Dataran Sunway KotaDem. Dekat dekat area Sunway Giza. Sunway Nexis dan tapi agak jauh dari Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid !
Kalau susah, pakai je Waze dan cari nama resto ni. Tak pun cari je Dataran Sunway. Kalau susah jugak telefon je Polis tanya !
Resto nya di lot kedai so parking kalau siang agak payah. Malam masih boleh berharap lagi.
So apa yang menarik di resto ni?
Ini specialty mereka.
Boleh juga di simpulkan restoran ini menyediakan makanan ala Chinese yang dimiliki oleh orang Melayu dan beragama Islam. Jadi.... halal Insya Allah jelas !
Usha setting kedai dulu.
Ruang makan ada di bahagian dalam dan tepi. Insya Allah mencukupi.
Dinding
Interior
Aku datang ke sini untuk makan malam ! Memang expect orang agak ramai dan memang ramai pun. Tapi tak de hal... kami duduk je terus di layan dengan baik dan di beri buku menu untuk sesi order mengorder.
Jom tengok apa yang ada.
Buku menu
Flip satu persatu
Aneka juadah tersedia
Order la apa yang terasa nak di makan selagi ada daya dan kemampuan
Air di lupa jangan. Kang tercekik susah lak nak kena gi hospital
Dah nama resto pun ada crab crab, maka nya menu utama di sini sudah tentu la ketam !
Aku dengan OR nak makan nasi so kami order la nasi dengan lauk pauk. Lauk lauk dia pulak jenis bersaiz dari S, M dan L tapi Small Size je pun dah macam boleh makan ramai. Kalau order banyak lauk maka banyak lah kena habiskan.
Dan boleh pulak Hero tak nak makan nasik. Dia terkesima tengok Maggie Ketam kat sini so dia nak makan maggie !
Sudahnya... OK lah. Bagi puaskan hati semua.Masing masing dapat bahagian masing masing. Aku bab makan Insya Allah tak kedekut. Tapi jangan sampai membazir ( kadang kadang berlaku gak )
Yang menariknya ketam di sini fresh fresh belaka... Segar dari lautan api....
Yang menariknya, walaupun pelanggan ramai tapi servis agak cepat juga. Tak menunggu lama satu persatu makanan tiba.
Mulakan dengan minuman dulu.
Lai Chee Kang. Lain lain order air biasa biasa jer..
Apa kah ini gerangannya? Dup Dap Dup Dap.... Jantung berdegup kencang !
Tada... ini lah maggie ketam. Punya la besar portion dia boleh makan 3 orang ni. Hero makan dengan Princess. Nasib la Princess nak makan kali ni.
Dan tinggal makanan untuk aku dengan OR yang tak tiba tiba lagi.
Drum roll .................
Tuan tuan dan puan puan
Ladies and gentlemen
Tukang bancuh tukang simen
Tukang kasut serta pomen
Postoman rotiman
Superman Ultraman
Keluangman Cicakman
Maka terimalah...... Dipersilakan masuk mengadap........
Telur dadar
Sotong Telur Masin
Sayur 4 kacang. Terung tu kira kacang kah?
Udang Butter
Ketam masak Cili
Mantou
Sabar ! Tenang. Tenang.
Tarik nafas dulu.
Okey. Dah abis dah.
Hidangan di atas meja
Gerangan di pinggan
So makan lah apa yang ada. Nikmati segala rezeki yang Tuhan kurnia. Walaupun kenyang macam ular sawa tapi makan la juga sebab terlebih order.
Abis tak abis... abis jugak lah. Sebab main ratah ratah. Tu pun ketam ambik sekor je. Tapi ada sekor lagi dalam maggie tu.
Maggie ketam setelah peperangan melanda
Maggie ketam selepas sayur sayur di anak tirikan. Biasalah budak budak ni bukan penyayur. Aku nak makan pun dah tak lepas nak isi.
Alhamdulillah kenyang.
Alhamdulillah abis makan dan tak perlu tapau bawak pulang.
Sapa yang makan banyak tu?
* pandang ke langit sambil korek pusat
Verdict makanan !
Hmmmm cemana ek? Sedap la semuanya tu especially sotong telur masin. Yang lain lain tu biasa je lah. Memenuhi piawaian tapi tak de la tahap WOW mata terbuntang !
Ketam memang fresh dan banyak isi. Tapi Cili Crab tu rasa dia biasa biasa jer.
Mantou pun kurang lembut macam yang pernah aku makan sebelum ni. Maybe mantou tersedap still di Fatty Craib PJ kot.
Overall not bad lah. Cuma WOW Factor kureng dan macam tak boleh membawa aku untuk repeat !
Apa apa pun, kos makanan adalah RM 198. Considering Maggie Ketam tu saja dah RM 36 semangkuk tu.
Apa apa pun, peringatan untuk diri sendiri, lepas ni nak makan order kena sopan sopan dan penuh ketatasusilaan. Jangan gerila main order jer, sudahnya aku yang obese sorang sorang diri !
* cry cry.
Business Card. Sila roger Puan Anissa untuk maklumat tambahan
26-1, Jalan PJU 5/9,
Dataran Sunway,
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Telefon:+60 17-242 4200
Masa : 11:00PG–11:00PTG
Last ordr : 10.30 pm
Closed : 1st & 3rd Weeks ( Wed )
FB : Chillis Crab Restaurant
Semua ketam nipah kah?
ReplyDeleteRasanya lah
Deletewowww terliur!!!
ReplyDelete* nah tisu..
Deletekesat air liur meleleh tu
Mesti pergi nih! Tq Meng
ReplyDeleteSilakan !
DeleteSelamat hari raya ..maaf zahir dan batin
ReplyDeleteSelamat Hari Raya MKL. Maaf Zahir Batin juga
Deleteketama masak pedas tu nampak sedap tapi kurang eh..
ReplyDeleteKureng skit. Or maybe sebab kenyang byk sgt lauk dah
Deletemegi ketam tu rm36? blurpp!! mgkin ketam size L tu
ReplyDeleteTu lah.. Main order tak tanya.. bila nak bayar baru gigil tangan
DeleteRM198? x pe bukan selalu janji makan puas hati
ReplyDeleteHaa. Sekali sekala....
DeleteWah! Dekat umoh tapi dok nnoho gi. Mek ambe suke ketam. Kena cuba try test arr ni! Thanks to you!
ReplyDeletegi ah slalu.... tra dulu ketang dua tiga ekor dinung.
DeleteHI, yg u order ni semua saiz S ke dia punya portion??
ReplyDeletehaah... saiz S
Delete