Monday, July 13, 2015

Buka Puasa 2015 - Fa-Ying by Rama V, Paradigm Mall

Ni kira first time kami buka puasa se-family di luar tahun ni. Kalau tidak, makan di rumah je sebab senang nak terbongkang kalau dah kenyang.

Misi keluar rumah sebab nak cari baju raya budak budak. Kami ke Paradigm Mall di Kelana Jaya dan dah aim nak bukak puasa kat luar. 

Tapi sebab sibuk benar mencari baju raya budak budak, sampai 6.30 petang baru kalut tak booking lagi. Cari cari tempat makan akhirnya terjumpa yang ni.

Fa-Ying bermaksud Princess

Fa-Ying by Rama V

Masa mula mula nak reserve tu dah fully booked. 

Siap try tanya kat Serai tapi penuh jugak. Last sekali pegi sekali lagi ke sini buat muka kesian dan rezeki kami, dapat la seat tapi tak confirm pun. Cuma reserve je dulu. Dalam pukul 7 then dia orang called cakap ada meja untuk kami.

Alhamdulillah. Rezeki nak makan kat Fa-Ying ni.

Resto

Fa-Ying ni merupakan resto under Rama V yang menyediakan makanan authentic Thai yang agak terkenal. Aku pernah makan di Rama V di area U Thant dulu dan makanan di sana memang tidak mengecewakan.

Berbeza sikit dengan Rama V, Fa-Ying ni resto dia agak trendy dan fusion sikit ala ala modern chic tapi still served Thai Food jugak plus tapas. cocktail, mocktail dan benda benda tail yang lain.

Dan di sini disediakan menu All Day Everyday Thai dengan 3 set hidangan Thai yang boleh di pilih mengikut citarasa dan selera masing masing.

All day everyday Thai sets

Masa dapat panggilan tu kami terus terjah ke sini semula dan dapat seats.

Usha dulu dalam resto ni.

Hiasan dinding tak menggambarkan bulan Ramadan sangat.

Dalam resto area dine in yang ada aircond. Belah luar ada jugak tapi open area

Setting meja

Sebab ada 3 set options tu kami memilih set C untuk 6 orang walaupun kami tak seramai tu. 

Nampak tak aksi tamak haloba merasuk jiwa time time posa?

Apa apa pun, dapat seats, lepak kejap dan tunggu makanan tiba.

Dan berikut adalah hidangan kami berbuka puasa.

Fa-ying Platter (Thai Fish Cake, Spring Roll, Shrimp Wanton, Money Bag, Somtam Salad)

Deep Fried Siakap With Thai Chilli Sauce

Stir Fried Chicken With Hot Basil Leaves

Thai Green Curry Chicken

Stir Fried Kangkong With Shrimp Paste

Spicy Tomyam Seafood Soup In Hotpot

Free Flow Of Thai Beverage Of The Day

Melampau keinginan untuk makan !

Satu persatu lauk pauk tiba dan waktu berbuka pun dah masuk. Nak tak nak terpaksa la makan apa yang ada. Ratah lauk pauk tu serba sikit dan togak air.

Katanya ada complimentary kurma tapi sampai sudah tak nampak nampak. 

Restoran agak busy sebab time bukak puasa. Orang pun ramai so aku malas la nak kecoh kecoh pasal kurma tu. 

So aku pegi hisap rokok kejap.

Masuk balik tengok budak budak masih dok ratah lauk. 

Tengok apa yang kurang?

Rupanya nasi tak sampai sampai.

Usha meja lain pun semua penuh dengan lauk je, nasik tak daq. Apa kes? Hero siap kepedasan hirup kuah tomyam. Then bila aku tanya waiter tu mana nasi.

Dia lupa !!!

Adoi.... Tak tau ke aku ni perut Melayu ?

Tapi sebenarnya ramai lagi yang tak dapat nasi time tu. Memang kalut la service dia orang ni time bulan puasa. 2-3 waiters macam tak cukup tangan je. Tengok dia orang pun rasa kesian. Dah la air free flow every time abis nak kena mintak. Asyik la kena mintak. 3-4 kali mintak, kita lak naik segan.

Kurma jangan harap lah. Usahkan kurma, bijik kurma pun tak der.

Apa apa pun Alhamdulillah. Kenyang

Kenyang sebab ratah lauk

Kenyang dah dapat nasi

Personally aku rasa makanan dia OK lah. Above average. Kalau nak compare, sedap lah kat sini daripada Absolute Thai tapi tempat ni tewas dengan mudah di tangan Bangkok House

Dan kalau nak compare dengan Rama V... Rama V lebih rasa OK mungkin sebab ambiance yang lebih relax dan service yang lebih proper.

Boleh di cuba lah sekali.

Dan set hidangan kami di lengkap dengan desserts juga.

Water Chestnut & Jackfruit In Coconut Milk

Tengok la anak aku si Hero ni pelik pelik sikit. Dia kalau cendol ke, ABC ke.. minum air je.. yang isi isi semua dia rejek

Apa apa pun Alhamdulillah kenyang.

Dah kenyang makan tu sambung shopping balik semula sebab tak abis lagi nak cari baju raya budak budak. Tahun ni mencabar nak cari saiz seluar Hero sebab dia dah tak muat pakai seluar dari kids department !

Saiz seluar dia dah 31. Lagi 3 nak sama size dengan perut aku !

Cost set makanan Set C tu adalah RM 219.90.

Ada jugak set set lain dengan harga berbeza.

Thai Set A for 2 Pax - RM69.90nett

• Deep Fried Chicken Wings
• Stir Fried Tofu With Hot Basil Leaves
• Thai Red Curry Chicken
• Spicy Tomyam Squid & Chicken Soup
• Thai Crispy Omelette
• Mango Sticky Rice

Thai Set B for 4 Pax - RM139.90nett

• Deep Fried Shrimp Cakes
• Somtam Salad With Soft Shell Crab
• Sizzling Chicken With Black Pepper Sauce In Hot Plate
• Stir Fried Assorted Vegetables With Garlic
• Spicy Sweet & Sour Dory Fish Soup In Hotpot
• Sago Served With Ice Cream


Fa-Ying by Rama V
Ground Floor Boulevard, Paradigm Mall

FB mereka : Fa-Ying by Rama V

Enjoice !

16 comments :

  1. lapo plak aku memalam nengok makanan thai nih...hehehe tekak thailand je ko bulan posa ni ye meng...hehehe ahaaa aku sama ngan hero lah...minum air mcm2 isi ni tak kena kat tekak...kalo minum cendol, aku tak makan hijau tu...minum santan ngn gula melaka jer...ABC pun sama, aku mtk abc bodooo je...ais, sirap, gulaaa...kuikuikui....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali ni je la thai food.. yang bangkok house tu sebelum puasa lagi... kadang kadang terasa jugak la nak lega kan tekak dgn tomyam. hahahah

      rupanya hero aku ada geng.. ingat dia je pelik rupanya host JJCM lagi pelik.

      Delete
  2. Sama maccam DJ, lapar, tapi nasib baik nak sahur. Nasi tu mesti tak sempat masak sebab ramai bona orangnya hahaha. Thai cuisine kalau kena tempat memang terbaik. Mahal sikit tapi sedap ,memang berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... kena gaya memang sedap ! terangkat ! inzal !

      Delete
  3. Memang pandai makan....ambik set untuk 6 orang?
    Tapi kira set tu complete jadi boleh rasa banyak menu kt situ kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak abis pun makan.. tapau green curry chicken tu bawak balik. makan pulak time sahur.. hahahaha

      Delete
  4. wah! dekat je ngan umah saya. kalau tak leh pi skodeng. ha ha ha

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. tomyam dia sebab banyak ikan. aku kureng skit

      Delete
  6. selera thai jer bulan posa nie bang..hehe

    ReplyDelete
  7. time puasa ni berselera plak tengok tomyam tu...huhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...