Monday, July 30, 2012

Thai Cuisine : Rama V

Birthday OR so kami keluar dinner. Aku pun tak tahu nak bawak dia ke mana. Aku tanya dia.

'Western, Italian, Arab, Buffet or Thai?'

Dia jawab. Thai !

Mudah kerja aku. Sebelum tu aku dah book 2 tempat. Menara KL dan jugak Shangri La Hotel KL. Tapi since dia nak Thai.. aku kena cari alternative lain.

Bila sebut makanan Thai, terfikir 2 tempat yang OK. Sri Ayuthaya dan juga Tamarind Springs. Tapi dua dua tu dah try so kena cari kelainan. Kali ni abang pun book lah tempat yang selama ni aku teringin nak pegi. Sejak dulu lagi.

Tempatnya... Rama V di U Thant.

Layan gambar dulu.


Siap siap kami keluar menuju ke destinasi yeah yeah !

Tak susah nak cari, akhirnya kami terjumpa dengan banglo yang telah menjadi restaurant ini. Terletak bersebelahan dengan US Embassy Jalan Tun Razak.

Restoran dia cantik. Setting dia menarik. Sangat romantik. Ada lah couple lain tengah makan. Kami di berikan tempat duduk seperti biasalah kat tempat smoking. Duduk dan kami order.

Green Curry
Pandan Chicken
Tom Yam King apa benda ntah
Ikan Gigi Bersepah
Soft Crab
Kailan
Fresh Orange
Tamarind Juice
Nasi Putih.

Service agak pantas !

Dan makanan dia memang inzal !



Makanan dia lazat. Tomyam dia ada udang galah yang sangat besar gila. Memang tasty. Tapi pedas gila green curry dia tu.

Anyway memang enak ! Memang lazat ! Cuma yang kurang enak dan kurang lazat, harga dia agak pricey skit.

So kalau nak makan Fine Dining untuk Thai/IndoChina. Antara 3 restaurants ni. In term of harga, go for Sri Ayuthaya. For Taste, go for Rama V and in term of ambience, Tamarind Springs lah.

Rama V Fine Thai Cuisine
5 Jalan U-Thant, Kuala Lumpur
Tel: +603 2143 2663
Fax: +603 7803 6891

Options lain yang agak menarik adalah Good Evening Bangkok.

Selamat berbuka puasa !

2 comments:

pB said...

lawa gambar ...

Supermeng Malaya said...

pakai hp jer.

terliur ke pB?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...