Wednesday, July 25, 2012

3H2M : Miri Yang Ngeri - Part 3

Sudahnya aku terpaksa tahan teksi.

"Canada Hills?"
"OK"

Dia cakap.

So aku masuk je teksi. Cina tu bawak pusing bandar sikit then jumpa la entrance naik ke atas. Tak de la jauh sangat. Aku pun hampir terlalu di kawasan ni tadi, tapi aku ke kiri instead ke ke kanan sikit.

Tak de rezeki nak jumpa nak buat cemana.

So sampai kat atas bukit, Cina tu berhenti.

"Berapa boss?"
"RM20"
"Huh? Mahal nya"
"Ya lah.."
"Dah la tak pakai meter!"
"Kalau pakai meter pun, bukak saja RM10"
"Banyak lah. Saya orang Malaysia lah. KL pun bukak RM3"

Aku tak puas hati.

Gila tu. Aku rasa mengah nya sebab naik bukit je. Kalau ikutkan bukan la jauh sangat pun. Tak sampai 10 minit aku naik teksi ni.

"Nah. RM10 saja"

Aku bagi dia duit RM10.

"Ayo.. Kalau tahu macam ini, saya turun kan awak tepi jalan saja"
"Hah. Tak per. Saya turun sekarang !!!"

Aku terus turun.

Padahal dah sampai.

* mati la kedekut.

Tapi macam tak logik betul la mahal macam tu sekali.

Tanpa membuang masa aku pun lepak je la atas bukit tu. Nampak keseluruhan Bandaraya Miri. Bandaraya tuh !!

Tapi....................

Cuaca pulak mendung semacam je. Tak de apa yang menarik.

Aku nampak ni dulu.


Ada Grand Old Lady.

Tempat ni merupakan tempat pertama minyak di gali. Tempat pertama juga perigi ini di gali oleh syarikat Shell. Bukan saja di Malaysia malah di dunia. No?

Ntah. Ke aku salah baca. Ntah. Aku langsung tak baca apa pasal Miri sebab aku tak expect terdampar sepi di sini.

Apa apa pun, cuaca dah makin suram suram. Sunset pun tak berapa nak ada. Aku ambik port dan duduk diam diam menanti sesuatu yang aku sendiri pun tak pasti...

Layan kan je lah.











Itu je la rezeki aku pada hari itu.

Nak cakap cemana lagi? Terima je lah.

Aku tunggu sampai gelap. Fikir jugak, cemana aku nak turun bukit ni nanti??

Ingat jalan kaki je lah. OK kot.

Tapi. Lepas aku jalan melepasi muzium tu ikut jalan turun. Aku perasan something.

Jalan dia gelap gulita !

Oh tidak............................. !!

Kenapa tak de lampu jalan??

"Kenapa.......................................................????????????????????????????"

* hentak hentakkan kaki tanda protes !

Terus rasa menyesal bergaduh dengan drebar teksi.

"Apa nak buat ni?"

Baru la mula datang beribu sesalan............

* tarik key Jaclyn Victor minta pertolongan.

Cuak nak turun masa tu.

Tapi aku perasan kat atas bukit tu ada restoran. Nampak macam ada orang pegi makan. Nampak ada jugak yang bertenat. Nak tebalkan muka, malu lah pulak.

Takkan aku nak cakap.

"Encik boleh tak hantar saya turun bawah. Jalan gelap tak de lampu. Saya takut !"

Mahu aku kena terajang.

Aku fikir fikir, tak de jalan dah. Satu je cara yang ada. Kentalkan jiwa. Kuatkan semangat. Jalan la kaki kau sorang sorang !

Dah sapa suruh kau bergaduh dengan orang teksi?

Sapa suruh kau tak plan baik baik?

Sapa suruh kau datang Miri?

Sapa????

* nanges geleng geleng kepala tak nak jawab.

So aku turun bukit slow slow. Jalan sorang sorang dalam gelap. Rokok pulak habis. Hish. Kalau tak boleh gak la buat teman. Tapi aku korek korek dalam beg, kot ada rokok sesat terjumpa pulak Snickers saki baki kat Cambodia hari tu.

Makan dan terus mendapat tenaga yang berpanjangan.

Pertengahan jalan, aku nampak couple mat salleh berjalan kaki jugak. Argh lega. At least ada member. Tak de la aku takut sangat. Aku follow je dia orang, tapi dia orang jalan slow, so aku potong. Bila sampai kat satu simpang atas bukit tu baru nampak ada lampu jalan.

Lega.

Alhamdulillah.

So aku turun je sampai ke bawah. Lalu balik bandar Miri. Jalan kaki ikut celah celah kedai. Singgah 7 eleven beli rokok. Beli air. Tapaw air lagi nak takut dahaga. Nampak kedai makan, aku singgah makan malam. Aku kelaparan. Cuma makan Mee Goreng dengan kuih sedap tu je. Kedai tu tak bukak pulak malamnya. So aku makan kedai yang tepi dia.

Aku order Nasik Goreng Seafood. Tapi seafood dia adalah fishball !

* koma.

Rasa manis pulak tu kuah dia. Belasah je lah.

Pastu nak balik hotel, ingat nak tahan teksi, tapi fikir fikir, tak pe lah. Atas amokan jiwa raga yang kecewa. Aku memilih untuk jalan kaki balik ke Marriot.

Marriot tu agak agak dalam 2km dari pusat bandar.

See??

Nampak tak betis aku ni kekar dan kental macam bunting padi?????

hasil tapaw minuman tanda amokan jiwa raga

Sampai hotel terus rasa penat. 

Mandi manda kejap pastu bermalas malasan atas ranjang. Then aku tengok TV sampai pagi. Banyak pulak cerita best. Sedar sedar dekat pukul 5 pagi baru aku terlelap.




Bangkit dah lewat.

Nak breakfast pun tak sempat. Makanan dah abis.

Sudahnya aku lepak lepak kat bilik dan ready untuk check out. Flite balik aku pukul 7 malam. So aku tak tau nak tuju ke mana dah. Boleh je nak buat plan bukan bukan, tapi takut tak sempat balik dan catch flight nanti aku tersadai lagi lama kat Miri ni.

Last sekali aku mati akal. Fikir, baik la aku gi town Miri jalan jalan sekali lagi sebab semalam banyak kedai tutup. So mungkin hari ni aku boleh tengok apa yang ada.

Tak de aku nak expect apa apa pun.

Aku naik cab kena bayar RM15. Pasrah !

Ayuh la kita berjalan jalan tanpa pedoman sekeliling bandaraya Miri ni.

Salah satu tokong di Miri

Tamu Lama

Itik itik di jual

Tamu Khas

Aku saja saja usha apa yang ada

Ada sayur sayur, satu lagi bangunan banyak rempah rempah. Bosan

Tembikai kuning yang agak mengiurkan

Banyak peragut sini agaknya, merata rata banyak sign macam ni

Bunga apa tak tau


Pastu aku jalan jalan aku lapar.

Aku gi makan. Gigih pegi kedai yang ada kuih sedap tu.

Malangnya !

Kedai tu tutup hari ahad. Tak dapat la nak makan kuih tu lagi. Kuciwa !

Aku makan nasik kat kedai sebelah dia je. Nampak orang order air hijau hijau macam tu. Teringin aku nak cuba. Rupa rupanya air bandung je pun., Tapi kaler dia hijau.

Lepas makan, aku tersadai kat kedai tu tak buat apa. Kebosanan melanda, tak tau nak pegi mana. Last sekali aku decide nak pusing pusing Miri sekali lagi jalan kaki.

Ayuh. Sekali lagi aku paksa kau orang ikut.

Nasib aku tak bawak Daud. Aku bawak Nor Fazura  je. Ringan je la


Aku cari masjid, tanya orang maka terjumpalah  Masjid Miri ni. Lepak kat masjid solat apa semua dan sempat berehat.

Sempat borak dengan satu mamat ni. OK lah. Dia kata kalau aku jumpa dia awal, dia boleh bawak aku jalan jalan ke Miri.

Ah. Terharu.

Dia cakap, Bungai Beach tu cantik. Kira kira 40 minit dari Miri jalan ke Niah. Tak pe la tak de rezeki.

Dia siap nak tolong hantar kan aku ke airport, tapi aku cakap awal lagi, so aku nak pusing pusing Miri dulu. Dia pun OK lah.

Kami berpisah je lepas tu kat situ dan aku mengorak langkah penuh longlai dan sepi.

Kawasan ni paling happening kat Miri time malam. 

Miri yang sunyi dan sepi

Miri Handicraft Center. Semalamnya aku dah jumpa tapi tutup, hari ni buka. Terus je masuk

Ada jual banyak cenderamata

Gelang pun ada

Fridge Magnet

Dinding bangunan

Hasil kraf Sarawak

Siap ada buku tetamu. 

Barang barang lain

Kedai cenderamata

Bandaraya Miri?

Masa aku dok tengok tengok map ni depan Craft Center tu, aku nampak bas.

Then aku terfikir. Kenapa aku tak naik bas je pegi airport.

Aku masih ada banyak masa. So apa salahnya. So aku cari la peta bus station. Pada aku buang duit naik teksi yang ntah hapa hapa tu, baik la aku naik bas. Tapi aku tak pasti ada bas ke tak. Aku gamble je lah. Masih ada masa so aku tak risau sangat.

Worst case scenario, aku naik je teksi pegi airport.

Rumah usang




Akhirnya selepas bertanyakan orang tepi jalan. Aku jumpa jugak dengan station bas.

Dekat je dengan Tamu Muhibbah yang aku jalan tadi. Kira aku dah pusing satu Miri ni seround. Hahahaha. Tak de keje punya pasal.

Kat station bas tanya orang mana satu bas ke airport. Ada je yang membantu. Cuma kena tunggu lama sikit sebelum drebar dah siap siap nak drive ke airport.

"Bas ni pegi airport?"
"Haah"
"Berapa minit sampai?"
"Errr.. 20 minit"
"Oh.. OK. Berapa ringgit?"
"RM2"

Hah !

Kalau naik teksi, RM30 !!!

Gila lah.

So aku pose pose je dalam bas tunggu bas bergerak menuju ke airport.

Dalam hati aku berperang dan meruap ruap.

Cepat la aku balik ! Aku dah tak sanggup berlama lama di sini lagi............. Miri ? Me no like !

bersambung............

11 comments :

  1. Gigihnye abe meng jalan dari Canada Hill sampai Marriot *pengsan berkali2*

    ReplyDelete
  2. huyuh turun bukit sorang2 dlm gelap tanpa cik roks? seb beik tk kena rogol! hahaha!

    aku sian la tgk itik kena ikat camtu! eiiii! if aku gi sana, aku potong tali tu suh itik2 tu lari...ish siah la, tak leh tgk...*tetes ayaq mata*

    tu bunga kantan bang. buat laksa sodap tuh!

    bosan siut miri, tapi dpt gak la ko explore skit2, tak yah aku pi dah hahaha!

    lanting2 la FM satuuuuu! hish! kita buat sistem barter jom!

    ReplyDelete
  3. @ Azra... cuba kau tgk betis aku ni? ada mcm bunting kerbau tak? hah tu lah rahsia nya...... ! hambik cium kaki kerbau ni kalau x nak bagi pengsan berkali2..

    @ ya la bunga kantan. aku tau tapi tak pernah ambik tau.

    @ kau kenapa biq jadi pegawai perlindungan itik ni?? nak barter FM ok? Kau plaza kan? tingkat brp?? kasik no locker.. aku pegi letak bomb sekali...

    btw kau kena pegi Miri sebab aku dah pegi.. dan kau kena pose pose cekak pinggang jugak tepi jalan di sana..

    jgn lupa baju kelawar ketiak besar !

    ReplyDelete
  4. ade try teh c-peng? mcm 3 layer tea kat KL ni. tp kat sana lagi best. haha.

    aku penah pegi tempat grand old lady tu. pegi malam2. tp mmg gelap la. aku pn bosan, takde tempat menarik sgt pun.

    ReplyDelete
  5. ada nampak tea peng tu. tapi sebab aku x minum teh susu so otak dah reject siap siap...

    miri itself mungkin x de apa.. tapi outskirt dia buleh la nak explore.

    nanti la pegi lagi budak Jon

    ReplyDelete
  6. pengalaman ...
    itu yang mahal tu

    ReplyDelete
  7. mahal jugak la. tapi harga bilik tu pun boleh tahan mahal.

    * insaf tak nak buat keje gila dah

    ReplyDelete
  8. kamon la. we mirians pn naik teksi rega tu jugak...

    ReplyDelete
  9. salam.. tumpang lalu kejap.. sya biasa kalau ada kawan yg dari semenanjung datang sya akan bawa jln dari niah cave ke lambir n brunei...(brunei daily trip) untuk explore miri mmg kena buat perangcangn teliti.. tambah lagi kalau nak ke mulu.. bandaraya miri pulak terpecah kepada beberapa buah bandar baru contoh bandar permyjaya.. miri juga tumpuan penyelam scuba.. sebab banyak spot scuba yg sangat istimewa di miri..

    ReplyDelete
  10. SE : ok.. noted.. how would i know?

    RY : makasih.. nanti sesapa nak ke sana boleh take note tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...