Saturday, July 7, 2012

Siri Jelajah Vietnam - Day 3 - Ho Chi Minh

Waktu check out dari resort tu adalah pukul 11.30 pagi.

Aku nego sikit so boleh check out dalam pukul 12.30 tengahari. Bas akan tiba pukul 1.30 tengahari. Semalam waktu merayau aku nampak tempat jual tiket bas yang aku beli balik ke Ho Chi Minh so aku dah confirmkan aku nak naik bas 1.30 petang dan aku suruh dia pick up aku di resort tempat aku tinggal ni.

So mudah. Aku tunggu je depan resort ni.

Masa check out tengahari tu nampak ramai pelancong mula datang dan membanjiri. Memang tempat ni lebih popular kalau hari weekend. Tapi sebab aku datang semalam Jumaat so tak de orang sangat lah. Elok jugak macam tu, kalau tak, tak dapat la nak upgrade bilik.


Lepas check out tu aku duduk kat depan resort. Nasib baik ada lappy so boleh la online kejap kat situ sementara tunggu bas.

Yang bagusnya, budak keje resort ni, tak abis abis datang hantar air. Aku minum. Abis. Dia datang refill kan. Sampai kembung aku di buatnya. Padahal air masak je pun.

Tapi dalam panas panas cuaca, sedap jugak.

Masalahnya dia orang tak berapa reti nak berkomunikasi, kalau aku tanya apa apa kang mesti dia suruh tunggu pastu panggil yang lain.

Puas jugak la aku menunggu bas sampai.


Tapi yang menariknya waktu tunggu bas depan resort tu, aku nampak papan iklan di atas. Aku tengok gambar keretapi kat bawah tu macam terdetik dalam hati.

"Eh. Macam pernah ku tengok keretapi tu"

Aku pegi dekat dekat, tengok. Gambar Komuter KTM !!

Suka suka hati je. Terbangga la kejap.

Menunggu bas ni satu hal. Janji 1.30 tengahari. Pukul 1.40 bas tak sampai sampai. Aku lepak la menunggu.

Tunggu bas depan resort

Couple ni pun sama tunggu bas. Dua dua bisu

Akhirnya dekat pukul 2 petang baru bas sampai.

Rupanya bas ni dari Nha Trang. Sebab tu la lambat. Dah bergerak 5 jam yang lalu so ada sedikit kelewatan sampai di Mui Ne untuk terus ke Ho Chi Minh.

Tapi aku lega bila bas tiba dan berhenti untuk ambik aku.


Dalam bas macam biasa. Bila sorang sorang, dia akan assign kan seat. So tak boleh nak suka hati duduk kat seat mana kita nak.

Aku kena duduk satu minah salleh ni. OK jugak la. Layan borak dengan dia. Dia dari New Castle. Dia dah travel selama 5 bulan !

Tertelan air liur aku kejap. Then bila dia tanya aku balik.

"How long have you been travelling?"
"2 days"

Hiks.

Jawab pun dengar tak dengar je. Tapi aku explain kat dia la aku weekend travellers, tak de banyak masa so aku aim satu tempat dan aku akan cover mana yang sempat je. Dia OK je. 

Dia ni travel dari UK then terus ke New Zealand. Pastu pegi Australia. Dari Australia dia ke Singapore then Thailand, Cambodia, Laos dan Vietnam. Kiranya ni hari ke dua terakhir perjalanan dia sebab esok dia akan naik flight dari Ho Chi Minh balik ke UK.

Tamat 5 bulan dia merayau.

Syok gak borak dengan dia.

Aku tanya dia, kenapa dia tak datang Malaysia. Dia jawab dia nak pegi Malaysia dengan Indonesia tapi dia takut sebab dia baca banyak discrimination orang orang Islam terhadap Orang Putih macam ni.

Motip???

Menuduh negara ku macam tu?

* aku berang

Aku pun bukak la dalil dalil menangkis semua anggapan buruk dia tu. Tak tau la dia termakan pujuk ke tak tapi dia kata masa dia sampai Thailand dia dengar Malaysia bukan macam apa yang dia fikirkan sebelum ni so dia plan nanti bila ada masa dia akan datang ke Malaysia dan Indonesia.

Berkali kali aku yakinkan dia, tak perlu risau. Malaysia adalah selamat.

Begitu aku bersungguh sungguh.

Bas berhenti sekejap lepas tu untuk yang nak pegi toilet dan makan makan ringan. Aku keluar untuk hisap rokok je.

Bas berhenti sekejap. Ada yang pegi toilet. Ada jugak orang jual asal jawa di situ

Kau mampu dalam bas pasang hammock macam ni?

Perjalanan sejauh 5 jam tu macam macam hal berlaku.

Dalam bas sebelah aku, ada 3-4 orang budak budak dari UK kot. Muda remaja la. Dia punya bising. Dia dok kacau kawan dia yang duduk seat depan. Bising dan riuh rendah. Kejap dia curah air la atas mamat tu yang tengah tidur. Pastu jatuhkan kerusi dia. Baling barang lah.

Masalahnya kawan dia yang kat depan tu cool je. Relaks je. Buat buat tido. Tapi tangan dia pegang jugak la sebab bila kawan kawan dia yang jahat ni tarik kerusi dia, terus dia terbaring ke belakang.

Aku rengsa betul tengok. Minah sebelah aku ni pun sama. Kita orang dok buat muka bosan je layan  budak budak ni bising mengusik kawan dia tu.

Nak je aku bagi penampor kat 2 ekor yang jahat tu.

Pastu depan aku ada 1 couple. Tak tau la baru kawin ke apa ke. Tapi dia duduk depan aku, bergurau senda macam dia 2 orang je dalam bas. Kejap main geletek geletek. Pastu bercumbu cumbu. Pastu kau cucuk aku, aku cucuk kau. Pastu mengelak konon konon lari sambil gelak ketawa macam tak de orang lain.

Argh. Stress !

Sudahnya aku sumbat telinga dengan iPod dan buat buat tido.

Tengok dia orang ni pun aku pening. Dengar suara dia orang bergelak ketawa bersundal gurau macam tu lagi buat aku rengsa.

Drebar bas boleh tahan la bawak macam pelesit. Abis semua dia potong. Tapi aku OK je. Kalau dia baik sangat ntah sampai pukul berapa kat HCM pun aku tak tau.

Tapi akhirnya dalam pukul 7 jugak la kami sampai di Saigon City.

Minah sebelah aku tu tanya aku stay kat mana, dia nak tumpang stay dengan aku !

Motip !

Tapi dia nak duduk area backpackers tu tapi aku cakap aku tak nak duduk area tu sebab aku dah duduk area tu kelmarin. Aku nak cari yang dekat area area Ban Thanh je.

Dia pun OK je lah.

Kami berpisah lepas bas tiba dan berhenti di kawasan tempat aku naik kelmarin ke Mui Ne.

Dari situ aku jalan kaki. Yakin boleh je malam malam buta aku jalan kaki bawak beg sampai la ke area Ban Thanh market tu.



Sampai jugak akhirnya. 

Area Ho Chi Minh City ni malam malam nampak macam selamat sebab ramai orang especially kat park. Ada je family bawak anak anak dia orang bermain walaupun waktu malam. So nak berjalan sorang sorang waktu malam tak takut sangat.

Sampai kat area Ben Thanh Market aku nampak satu bangunan hotel tersergam indah. Betul betul sebelah market. Aku pun dah penat, so aku fikir nak usha je tanya hotel ni.

Hopefully tak mahal.

Aku masuk dan tanya. Harga RM99 per nite. Kalau book thru website lagi murah. Aku pun gigih la book online kat situ. Lagi pulak dia kata kalau book thru website dapat 15 minit urut kaki free !

Sapa tak nak???

Hahahah. Terus aku book. Harga bilik RM79 per nite. Kira OK lah. Aku pun dah malas nak fikir.

Lepas urusan check in apa semua, ambik kunci then aku dengar macam suara orang cakap Melayu. 

Aku pusing.

Fuh !

Rombongan makcik makcik dari Malaysia. Mereka baru balik shopping. 

"Doremon, adakah mereka menginap di hotel yang sama?????????????????????????????????????????"

Cepat cepat aku ambik lif dan naik ke bilik.



Pemandangan dari bilik. Nampak bulatan depan Ben Thanh Market

Memang Ben Thanh market tu sebelah je. Jalan kaki tak sampai 5 minit. Tu yang aku malas nak merayau jauh jauh cari hotel walaupun bukan aku stay sini sebab nak pegi shopping sakan.

Cuma aku tau tempat ni kira center of attraction so senang. Tak nak pegi duduk jauh jauh nanti nak jalan pun kena jauh jauh.

Lepas mandi dan bersihkan diri. Rehat dan solat, bermula la misi malam tu. Aku nak keluar dan nak cari nasi !

Aku kelaparan tak jumpa nasik sejak sampai dan di Mui Ne lagi.

Tanya kat receptionist dia kata kedai halal ada. Tak jauh. Jalan je 5 minit.

Aku pun follow instruction dia. Jalan kaki jumpa kedai ni nama VN. Halal. Masuk masuk je aku tergamam.

Penuh orang Malaysia !!!

Then aku tanya waiter tu dia kata penuh.

Dah saling tak tumpah macam restoran di Malaysia.

So aku keluar. Isap rokok kejap tunggu kot ada meja kosong.


Lepak kat luar tu kejap belum abis rokok lagi tetiba aku nampak macam satu rombongan makcik makcik dan pakcik pakcik semua orang Malaysia.

Semua datang nak makan kat restoran tu !

Aduh !

Makin slim la chance aku nak makan nasi nampaknya malam ni.

So aku pun malas nak tunggu dah. 

Dari apa yang aku baca ada beberapa kedai lain di HCM yang Halal tapi aku tak ambik alamat pulak. Malas nak balik bilik. So aku fikir, berlapar la satu malam lagi !

* nanges.

Aku fikir satu benda yang aku nak buat bagi menebus kehampaan sejak di New Delhi lagi. Pegi Hard Rock Cafe dan cari T Shirt HRC untuk Tasuke dan Zul Alex !

Aku tak tau nak pegi cemana. Tengok peta nampak, HRC tu macam dekat dengan Notre Dame Cathedral. Kalau menapak boleh tahan jauh. Ingat nak naik tuk tuk tapi aku tak berapa berani sebab tak tau rate dia cemana. Last sekali aku naik teksi je. At least teksi ada meter.

Pilih teksi Vinasun sebab tu lah teksi yang boleh di percayai di sini.

Drebar ni susah sikit nak faham. So aku cakap Hard Rock Cafe dia tak tahu. So aku cakap Notre Dame Cathedral baru dia angguk.

So dia bawak aku, tak sampai 15 minit sampai.

Harga teksi dalam 20,000 Dong (RM3). OK lah tu.

So turun kat situ, cuaca macam hujan renyai renyai. Aku melilau mencari kat mana HRC sebenarnya. Orang ramai melepak kat situ tapi dekat 5 orang yang aku tanya semua tak reti cakap English !

Aku pegi tanya kat Coffee Shop.

"Sorry. I dont know English"

Terpinga pinga aku jap. Cemana nak cari?

Jalan la kaki dari depan Notre Dame sampai ke belakang. Nampak pulak ada Diamond Mall. Tanya kat situ tak de yang faham jugak. Dah la payah nak melintas kawasan tu. Berpusing pusing. Akhir sekali lepas 5 orang aku tanya jawapan semua tak reti nak cakap English, aku tanya mat salleh. Mat Salleh ni pandai cakap Vietnam !

Hah. Dia tanya waiteress Starbuck. So waitress ni cakap kat dia balik dan dia translate.

So penyudahnya aku kena buat 1 pusingan bangunan besar tu dan pusing balik ke arah Notre Dame tadi.

Gigih melangkah. Siap ada ambulance kejar kat belakang bunyi bising bising. Buat aku cuak je.

Akhirnya dari panduan yang aku dapat, terjumpa la jugak dengan Hard Rock Cafe Ho Chi Minh ni.

Entrance dia kecik je sebab HRC ni kat basement.

Paling tak best, merchandise shop dia under renovation. Tapi mamat tu cakap dia boleh ambik barang barang dan tunjuk kat aku.

So aku kata OK lah. Alang alang dah sampai, aku duduk la lepak minum dulu kat situ.



Aku order macam biasa lah. Tak makan pun. Just lepak minum hilangkan penat.

Sambil sambil tu aku ambik la gambar dari tempat aku duduk. Dan usha ada makcik makcik Vietnam depan meja aku dok bergelak dan mabuk mabuk.

Then.

Jeng Jeng Jeng.


Aku malas nak cerita ni. Malu tapi tak pe lah.

Aku ambik gambar kat atas tu, sementara tunggu Double Cooler aku sampai. Tetiba waiter datang bagitau aku, ada orang nak belanja aku minum.

"Who?"

Aku musykil. Then dia tunjuk.

Pakcik tua dalam gambar atas tu !!!

Aku tengok dia, dia senyum dan jemput aku duduk depan dia. Aiyooo.. Pick up ke apa ni?

Aku senyum dulu sebab otak jammed sekejap. Then aku bagi sign tangan aku OK dan aku cakap thank you je. Then dia angguk.

Pastu aku terus pusing belah lain.

Fuh.. Aku kena ngorat kah?????

Tapi mamat waiter tu gay agaknya, dia cakap apa benda ntah macam aku rugi tak mau orang belanja. Eh.. kalau nak belanja, bukan setakat air je.. baju baju semua, merchandise sekali belanja aku. Nak??????

Hahaha.



Then waiter tu datang la bawak baju baju dan merchandise yang ada. Berjaya la aku beli. So Tasuke dan ZA. Alhamdulillah. Rezeki korang! Nasib aku tak kena culik dengan lelaki tua tu sebab nak cari baju korang ni. Hahahahaha.

Tapi letih pulak nak melayan mamat waiter tu. Dia jenis lembut lembut. Bercakap je tangan dia kejap kat bahu aku. Kejap kat dada aku. Macam terbang terbang je tangan dia. Aku pulak jadi pening. Tapi agak friendly lah. 

Dalam masa kat HRC tu terperasan jugak ada orang Malaysia lain yang datang semata mata nak beli merchandise dia. FM HRC mahal gila ! Dekat RM70 ! Bodow. Tak nak aku beli.

Yang menariknya kat situ ada band. Pinoy Band. Layan la kejap sebelum aku beredar. Mamat waiter tu siap carikkan teksi untuk aku balik ke Ben Thienh market


Balik ke Ben Thienh Market, memang tempat tu dah tutup. Tapi ada pasar malam di belakang tu dan masih di buka.

So aku jalan la kat kawasan tu.

Tiba tiba.

"Bang ! Bang ! Hard Rock Cafe T Shirt Bang"

Aku ayun paper beg HRC aku tinggi tinggi.

ORIGINAL nih !!

Hahaha. Nak bezakan baju HRC ori dengan tak ori. Yang ori dia tulis HRC Saigon. Yang tak ori dia tulis HRC Vietnam !

* koma

Pastu ada lagi.

"Bang ! Murah ! Murah !"

Then aku perasan pelanggan semua orang Malaysia !

Bukan sorang dua. Ramai gila ! Macam dah dekat pasar malam di Jalan TAR je. Langsung tak rasa macam kat luar negara dah.

Aku nak ambik gambar pun dah jadi segan. So merayau je lah.

"Bang ! Bang !"

Aku buat bodo je. Tak ngaku ni orang Malaysia padahal penjual penjual ni sah sah dah kenal.

"Bang ! Mari Mari. Murah"
"Apa Bang Bang???"

Aku jerkah. Terdiam terus minah tu.

Dia orang ni siap tarik tarik ajak masuk kedai dia orang. 

Ada sekali tu, aku just nak tengok short. So minah jurujual ni punya la.. siap peluk la, raba belakang la, kalau boleh telur aku pun dia nak ramas. Aku memula macam terkejut pastu aku rasa memang tektik dia orang kat sini. Pastu aku buat buat nak ramas tetek dia, baru la dia jauh sikit.

Hish.

Rimas pun ada.



Satu lagi teknik dia orang ni.

Bila dah beli, then balance tu mesti dia pujuk pujuk tak nak bagi balik.

"For me.... Give little for me"
"OK. Take it. I take this one"

Aku sambar je apa benda kat dalam kedai tu dan keluar. Baru lah.

"Bang ! Bang ! Sorry.... "

Tau dia takut.

Pendek kata, beli kat sini memang sakit otak ! Dia orang sangat pushy. Pastu jenis main tarik tarik masuk kedai dia orang. Kuat lak tu. Ayat dia orang tak abis abis.

"Bang ! Bang !"

Ada gak sekali kang aku jawab.

"Apa Bang Bang?? Kau nak aku Bang? Allahuakbar !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

* petir

Aku yang bermuka ketat ni pun dia orang raba dan tarik tarik semacam je. 

Tapi kalau rasa nak kena raba dan meraba. Sini lah tempatnya !

Hahahaha

14 comments :

  1. YA ALLAHH!!! LAWAKNYA BRO! hahaha...gelak dah aku nih! hahah tak sangka pushy smpai mcm tu skali. lol

    ReplyDelete
  2. aiyooooo cikdu!!! its "my hotel dulu"...tan Hai Long....memng best duk situ dekat ngan ben tanh.. ggih tak baca yg lain terus komen hotel dulu hahah
    masa booking dulu.... bersungguh2 booking ngan sales dia....sampai sana tgk2 upgrade bilik woooooooo bestnyaaa.......

    oka..anything lasgi pasal hcm?? nxt year nk gi lagi babaiiiii

    ReplyDelete
  3. tipah tak tertipuJuly 7, 2012 at 3:09 PM

    jatuh chenta ngan belog anda! keep it up bebeh!

    ReplyDelete
  4. kahkahkahkahkah! bang bang tak abis! alih2 ko kena ngorat ek? hahahahaha! bagus la ko kena ngorat, #untungla orang banjer ko satu kedai...cis!

    mmg kat vietnam ramai nor rombongan cik kiah. hahaha!

    tak bleh blah la, aku dok gelak lagi ni baca bang bang dgn raba bagai adeh...part hammock dlm bas tu tak tahan! local ke tourist tu??

    ReplyDelete
  5. bleh plak dia meraba "bang bang" eh..haha patut ko iqamat skali meng, bru terkesima mereka di situ..

    hiks

    ReplyDelete
  6. bang bang...bang....

    ahhahhaha...memang...muka kena ketat woooooooooo

    ReplyDelete
  7. APA BANG BANG????

    korang nak kena lempang?

    hahhahahha

    * amokan pagi

    ReplyDelete
  8. Ewwwww camtu skli depa nk tarik customer... Adoiiii kalo gurls pun depa treat that way... Nmpk gaya x sopping laaa i ek... Huhuhu

    ReplyDelete
  9. dorg kat sana mmg treat customer mcm tu..panas hati&bebulu je i tgk abg i kne raba2..hahaha..i pn tak panggil dia abg..ahhaha

    ReplyDelete
  10. Thank info2 yg mmg berguna.. Bulan oct ni saye nak ke vietnam ngn husben... Gamble g berdua wpun x pnh g sana.. Tu yg dok blogging ni... Terjumpe lak entry bro... Kelakar lak tu.... Ni yang nak kene jage2 mr.husben ni!!!

    ReplyDelete
  11. len kali kalo dia sebut bang bang.. terus nyanyi la "bang bang sebu kuali sawa.. "

    ReplyDelete
  12. LS : kau shopping je.. pastu kau buat2 gila kat situ. mesti dia tak kacau..


    BL : tu la.. masalahnya dua tiga tu je yang dia orang ni reti.

    bang.. bang.. mulah.. mulah.....


    TZ :peluk encik husben tu. kang kena raba.. hahaha

    jangan rambang mata tengok brg terlupa husben sudah laaaa


    Shin : kang dia cas aku gila lak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...