Tuesday, July 3, 2012

Siri Jelajah Vietnam - Day 1 - Ho Chi Minh City

Hah !

Aku muncul dengan entry Vietnam.

* renjis renjis air mawar ke udara.

Kasi wangi skit. Baru best nak bercerita.

Anyway, trip ke Vietnam ni nak kata last minit tak jugak. Tiket memang dah beli lama dah. Menghitung hari je lah. Aku ada banyak masa sebelum pegi so aku ada study sikit mana aku nak jelajah !

Tapi makin aku baca sini sana makin aku tak tau nak pegi mana.

Seawal kesimpulan yang aku boleh buat, Ho Chi Minh adalah bosan!

* terjelepuk tepi komputer.

Mana nak pegi? Takkan aku nak pegi masuk lubang keluar lubang macam Biqque orang pegi tu. Tak mencabar. Dulu kecik kecik, lebih pada lubang aku masuk. Dalam jamban pun aku pernah menyorok.

Nak pegi shopping?

Ergh. Tu memang selalu jadi agenda last dalam trip aku. Bukan aku tak suka shopping, masalahnya aku tak tau nak beli apa. Dan aku tak berapa gemar nak membeli belah nanti beg berat.

Jadi selepas menimbal balik, aku rasa tak pe. Aku go on je dengan trip HCM ni tapi aku tambah agenda ke satu tempat lain.

Mana tu?

Sabar. Tunggu dulu.....


Remang remang senja aku tiba di LCCT untuk berangkat.

IG  yang hantar. Aku dah prepare mental tapi tak prepare beg. Petang tu aku kena pegi site. CEO aku dah pesan banyak kali suruh aku jumpa wanita VIP ni.

Actually bukan dia yang VIP. Bapak dia ! Tapi sebab bapak dia seorang yang prominent so anak dia terpalit sama.

Dari tengahari aku kat site tunggu dia kata nak datang pukul 2. Pagi tu aku ada meeting se pagi. So lepas tengahari mula la aktiviti menunggu dia.

Sejam. Tak muncul.

Dua jam. Haram tak de lagi.

Jam ke tiga. Eh mana dia ni?

Stress aku. Dah la kami tak kenal muka dia mana satu.

Dah dekat pukul 4 lebih aku dengan IG menunggu. Dah macam macam orang kami aim. Tapi ternyata bukan.

Nak semayang pun teragak agak.

Last sekali aku call CEO aku tu tanya, dia pun tak tahu. Pundek ayam. Takkan la berjam jam dia nak tiba. Janji pukul 2 tapi ni dah pukul 4 petang !

Tergerak hati, check dengan engineer aku suruh dia orang check dalam system, rupanya dia dah datang pukul 2.40 petang tadi. Tapi dia tak jumpa aku. Mungkin dia ada kenal orang lain yang bawak dia melalui pintu VIP lain.

Cis !

Buang karen dan masa aku je.

Tapi tak pe. Lepas dah pastikan selesai semuanya aku pun blah balik rumah. IG follow kat belakang. Dia nak kena pegi LCCT sebab Gomez pun balik dari Penang dan mendarat di LCCT. Sedang elok, dia hantar aku pastu dia ambik Gomez.

Sampai rumah, park kereta aku bagitau IG.

"Beb. 15 minit ! Kejap"
"Okey"

Aku ajak dia masuk tak nak, dia tidur dalam kereta. Aku masuk rumah terus macam orang sewel. Ambik baju dan kelengkapan campak dalam beg. Tak sampai 10 minit. Taraaaaaaaaaaa

Siap !

Let's go bebeh !

Dan lepas tu IG merempit terus ke LCCT. Sempat singgah di R&R untuk solat Asar dulu dan call OR kasi tau.

Sampai LCCT dah petang. Flight aku pukul 8 malam sebenarnya so ada masa. 

Kami berpisah dan aku terus boarding lepas hisap rokok sepam !


Flight berlepas tepat pada waktu.

Orang agak ramai. Hari pun dah senja. Flight penuh jugak la so aku tak dapat duduk sorang. Ada minah Vietnam kat sebelah.


Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit. Kira OK lah. Tak de la bosan sangat sebab naik flight je aku duduk tepi tingkap dan terus melayan perasaan.

Perjalanan pun smooth je. 

Masa pengumuman di buat nak mendarat aku tengok kat bawah nampak lampu lampu keputihan. Berbeza kalau macam kita tengok area town malam malam mesti lampu kuning kuning, tapi di HCM, lampu dia putih putih. Macam cahaya kunang kunang pun ada.

Aku rasa memang dia orang pakai lampu putih kot.

Cuma bila dah nak mendarat betul dan masuk kawasan city baru la banyak lampu kuning.

Banyak jugak lampu neon bergemerlapan kelihatan dari udara.

Pesawat mendarat dengan selamat dan aku pun tiba di Tan Son Nhat International Airport.

Hoorey !

Aku memang tak reti ambik gambar malam, masih sedang belajar

Urusan kastam dan clearance pun agak lancar. Mudah je. Keluar dari airport aku terus cross jalan dan ambik port hisap rokok dulu.

Actually aku nak tengok keadaan sekitar sebab aku baca review di HCM airport ni, kena hati hati kalau naik teksi. Teksi telah di monopoli oleh syarikat tertentu dan kalau naik teksi di airport memang silap silap kena con.

Namun begitu, ada beberapa teksi yang boleh di percayai. Cuma teksi teksi ni susah nak ambik penumpang di airport dek kerana quota yang syarikat taxi tadi dah dapat.

Apa aku buat, aku cross keluar dari balai ketibaan. Ada kawasan parking. Terus je jalan keluar dari kawasan airport. Dan di situ ada banyak taxi taxi yang boleh di tahan. Ada 2 teksi yang boleh di percayai iaitu Vinasun dan Mai Linh.

Mesti korang tanya tak de bas ke dari airport ke kota??

Jawapannya ada. Dan murah ! Cuma masalahnya, bas cuma sampai pukul 7 petang saja. So kalau flite sampai lepas lepas tu, kena la cari option lain macam teksi dan sebagainya.

Selain daripada ni memang banyak teksi lain tapi kalau naik kena hati hati.

Nampak Parkson tu?

Kalau tak tau cemana nak jalan keluar dari airport, ikut je bangunan yang ada Parkson macam di atas. Sorry gambar buruk. Aku main snap sambil berjalan je.

Kalau pegi ramai ramai tak kisah la nak share teksi dan dia orang charge mahal pun boleh tong tong, kalau aku sorang ni kena hati hati sikit. Dan bagi aku menapak sikit tak de masalah. Lagi pun aku tak de apa nak di kejar.


Kalau tak nak menapak ke luar kawasan parking tu pun, boleh ambik teksi di terminal Domestik. Tak jauh pun, kat luar parking tu jugak. Memula aku nak ambik kat situ jugak tapi macam ramai orang dan banyak teksi jahat macam kat atas tu. Saigon Airport Taxi.

Bila dah keluar tu, ada pulak la mamat mamat moto yang tahan.

"Moto. Moto !"

Tu je la ayat dia orang. So kalau nak lagi challenging boleh je naik moto dia orang dan dia orang akan hantar ke mana mana yang kita nak pegi. Tapi kalau bawak beg Aishah, masak jugak. Macam aku, aku tak berani nak naik sebab tak tau nak expect cemana. Plus kang dia charge terlebih. Kalau dah biasa tak pe. So aku tahan teksi je.

"I am going to this place"

Aku tunjuk kat mamat teksi tu alamat hotel aku.

"District 1!"

Aku tambah lagi. Dia ada masalah nak cakap balik.

"How much?"
"130K Dong"

Dia mintak.

"No... 110K Dong"

Aku menawar.

"No. No. No"
"OK. Use meter"

Dia angguk.

Memang lebih senang guna meter sebenarnya. So tak de la rasa kena tipu sangat. So aku naik teksi tu bawak terus sampai ke hotel. Dari airport ke hotel tak jauh mana pun. Dalam 12 KM. So meter teksi tunjuk tambang adalah VND 120.

Fair and square !

Memang around tu je la harga dia pun. Oh. Untuk pengetahuan. VND 100K adalah bersamaan dengan RM15.

Anyway aku lega sebab dah sampai ke hotel. Hari pun dah malam. Now boleh berehat rehat.

Aku stay di hotel dekat area Pham Ngu Lao. Area ni memang area backpackers lah. Aku book hotel di Agoda.

Harga bilik adalah RM60 per nite. Bagi aku OK lah sebab aku plan tak nak stay lama. Aku nak overnite malam ni je esok aku akan bergerak ke Mui Ne.

Masa check in, aku tanya minah hotel tu.

"How can I go to Mui Ne?"
"You wait for a while, I will check for you"

Agak attentive dia sebenarnya. English pun OK. So sebelum naik ke bilik, aku tunggu la kejap. Aku ingat dia nak tunjuk aku kat mana aku boleh beli tiket tu sendiri sebab aku ada baca, tempat nak beli tiket tu dekat dekat dengan area ni je.

Last sekali dia kata, dia boleh belikan. Dan orang bas tu akan datang pick up aku di hotel esok !

Wah. Agak bagus begitu. Lalu aku pun langsung aja setuju.

* mati la tetiba cakap Indon.



Lepas selesai urusan di lobby hotel. Aku pun naik ke bilik.

Bilik tak besar mana tapi cukup selesa la sebab aku sorang. Hari pun dah jauh malam. Kat luar di kawasan sekitar hotel tu memang meriah. Kawasan tu memang banyak kedai kedai makan dan jugak bar serta disco. Aku ingat nak usha jugak tapi nak rehat dulu.

Aku beli tiket bas ke Mui Ne dengan harga VND 400K (RM60).

Tapi bila aku online dan check, rupanya harga tiket tu kalau beli kat kaunter betul dalam RM45 je. Aku rasa kena tipu sikit di situ. Lagi la aku dah beli siap siap sekali dengan tiket balik semula ke HCM nanti.

Tapi memang kalau baca review mana mana, susah nak dapat fixed price beli tiket bas di Vietnam ni. Ada je cara dia orang nak con. Yang paling selamat beli kat kaunter tiket lah. Tapi aku dah terkena. 

So kalau sesapa nak pegi Mui Ne aku syorkan, hati hati. Jangan beli tiket di tourist center atau mana mana yang jual tu termasuk hotel. Nak murah beli je terus di kaunter. Tapi kena cari la kaunter tiket tu.

Malam tu aku lepak lepak je di bilik. Mandi dan selesakan diri.

Yang best, dia upgrade bilik aku ke bilik balcony.

Fuh. Boleh layan view bangunan di Saigon City ini.

Gambar yang overcooked. Aku berekperimentasi


Lepas sejam di bilik aku rasa lapar.

So aku siap siap dan turun ke bawah. Ingat nak jalan jalan di kawasan sekitar. Memang banyak bar kat kawasan tu. Bising !

Dan tempat tempat local makan pun banyak. Aku nak cari kedai halal tapi macam tak berapa rajin nak cari. Sudahnya aku tak makan apa apa.

Just jalan di kawasan sekitar. Kejap je sebab aku nak kena bangkit awal pagi esok ke Mui Ne.




Masa balik dan nak masuk ke lobby hotel semula. Ada pekerja yang bukakkan pintu tu dia sound aku.

"Sir. Be careful with your camera. Many thief"
"Oh"

Aku terkejut jugak. English dia tak berapa lancar tapi masih boleh di fahami.

Aku tak terfikir apa apa sebab kadang kadang aku pegang kamera di tangan macam biasa je. Tapi dia kata biasa kat HCM ni, kalau kita tak sangkut kamera kat leher, nanti ada orang snatch di jalanan.

So berhati hati.

Mula otak aku imagine macam macam. Aku tak pernah fikir hal tu. Mana mana aku travel biasa kamera aku lebih suka pegang di tangan sebab kalau sangkut di leher aku tak selesa. Nasib baik gak la budak tu kasik warning.

Kalau kena snatch?

Kalau kamera ilang?

Kalau?

Kira kambing biri biri lepas tu aku terlelap terus sampai ke pagi........

Tak sabar sebenarnya untuk ke Mui Ne.............

7 comments :

  1. gambar eksperimentasi kononnnn! cantik tuh!

    *katop molot takut kena sumbat ngan baking powder*

    ReplyDelete
  2. best lah hcm....... tp penat bawak org shopping smpai meg x pernah gi tour mcm chuchi tunnel ke ...mekong cruise ke huhuhu>>>>

    x sabo nk tunggu entry ni huhuh

    pergi pasar malam??? hcm now senang dpt makanan halal maaaa......

    cik du rasa mee phoa dia dok ???

    ReplyDelete
  3. Meng, Vietnam ni trip tak kesampaian akak.. Scheduled last year bulan May.. Rancangannya nak bawa sekali mak & abah akak.. 2 minggu lagi nak pergi, dah siap bayar 100% duit pakej, abah akak kena heart attack.. Admitted, terus kena buat bypass.. So, terpaksalah cancel semua.. Takpe ler kan meng.. Vietnam bila2 pun boleh pergi.. Mak & abah, tu le satu, kan.. Sob.. Sob.. * lap airmata dgn hujung lenggan baju.. * tapi, baca entri meng, feeling-feeling macam dah sampai tempat tu dah.. Ilmu apa anda pakai?

    ReplyDelete
  4. terima kasih pB - aku kena naik hantu dulu baru boleh menaip.

    Kak Mas - Ilmu bebola ketam.

    Tak kisah la tu, vietnam boleh pegi bila bila..

    ni hah Biqque dgn Megrose nak pegi Da Nang melawat sedara mara mereka di sana....

    ReplyDelete
  5. hai salam kenal
    i singgah n follow kamu yer
    nak p ho chi min this okt nie...
    bosan ek???
    adoiii dah terbelik tiket nie

    ReplyDelete
  6. bosan tu subjective la..

    just go and explore. you never know unless u experience it urself.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...