Thursday, July 5, 2012

Siri Jelajah Vietnam - Day 2 - Mui Ne - Part 2

Aku rasa aku sesat, so aku patah balik. Keluar ke jalan ber tar semula dan aku ikut nafsu.

Ikut suka aku je. Aku bawak moto lebih kurang dalam 3 KM then aku rasa memang aku salah jalan lagi.

Ini tidak mungkin !

Dah tak de nampak gurun ke apa. Yang ada cuma tanah tanah merah. Pastu aku sampai kat satu kawasan perumahan di tepi jalan.

Aku stop.

Ada sorang lelaki ni dengan beberapa perempuan sedang berkumpul sembang borak borak tepi jalan. Aku sendiri pun tak tau, tu je jalan yang ada. Aku kena  bertanya.

"Hi.. Do you know where is the White Sand Dune?"

Dia diam pandang aku tak berkelip.

Aku turun dari motosikal. Ambik pasir. Pastu aku tabur ke udara..

"Sand Dune??? Sand Dune?"

Phewwwwwwwwwwww.

Bodow tak?

Ya lah. Aku nak bagi dia faham. Tapi dia memang faham pun. Yang pompuan tu gelak gelak je. Yang lelaki ni sedaya upaya nak terangkan kat aku. Tapi dari apa yang dia cakap aku dah terlepas !

Argh.

Fikir, cemana nak bagi dia tunjukkan kat aku. Nasib baik aku ada kertas dan pen dalam beg, aku bagi dia dan dia lukis.

Hah. Ko ! Bapak simpang dia lukis. 

"Oh... I know...... The road is not like this?"

Aku hentak hentak kaki kat atas jalan tar.

"No ! No !"

Dia pun hentak kaki kat tanah merah tepi jalan tar.

"Like this ! This !"

Hahahaa.

Bayangkan kami bercakap macam ayam dengan itik.

Anyway dia lah penyelamat. Yang pompuan tu dok gelak gelak tak abis. Aku rasa dia gelak mamat ni cakap omputih kot. Ke dia gelak kat aku?

Tak apa lah. Apa yang penting..............

Aku dah tau kat mana. Betul la jalan yang aku masuk tadik, cuma tadi jalan tu tanah merah. Macam scary je. Dah ler tak de orang.

Aku patah balik selepas bersalaman dengan dia dan sampai semula ke simpang tadi.

Kali ni aku gagahkan diri masuk simpang tu di jalan tanah merah yang tak rata tu.

Aku sedang membayangkan sesuatu seperti ini...........

Lebih kurang 1 km aku nampak satu jeep. Aku jerit tanya ada pasangan Cina dengan drebar dia orang.

"Sand Dune?"
"Yes.. Go straight"

Then dia tunjuk kat aku sand dune di sebalik tasik ni.

Kali ni aku benar benar yakin.

Nampak kawasan berpasir belah sana tu?

Tanpa membuang masa dan berlengah lengah lagi, aku bawak je motosikal.

Masalah jugak, tanah berpasir macam tu susah nak kawal. Kena hati hati, silap silap boleh tergolek. Jalan jugak tak rata. Sesekali nampak jeep keluar masuk. Ada la local bawak motosikal dari arah yang sama. So aku pasti memang boleh naik motosikal pun cuma kena bergigih sikit.

Sampai juga akhirnya, aku park motosikal. Ada tempat letak motosikal dan ada penjaga. Bayaran di kenakan sebanyak 3000 Dong.

Lepas tu aku mula menapak. Ada beberapa jeep di situ. Bas pun ada ! Motosikal pun ada jugak. Tapi mostly pelancong yang ada waktu tu naik bas dan juga jeep.

Aku melangkah menuju ke kawasan bergurun tu. Ada tasik dan suasana di kawasan tasik tu agak mendamaikan.

Tak percaya??

Moh tengok ni.

Ada perahu dan teratai. Perahu tu boleh di sewa

Hari dah petang. Lawa tak?

Aku rasa damai di sini. Hilang kepenatan merempit dari tadi

Perahu

Perahi

Dari kawasan tasik ni, ada kedai kedai menjual cenderamata dan juga kedai minum. Tapi sebab hari dah pun petang so orang dah tak ramai dan kedai pun dah nak tutup. Ada la makcik makcik penjual kat situ.

Aku ikut je jalan berdebu tu menuju ke kawasan gurun yang lebih lapang.

Melangkah lebih kurang 500 meter then sampai la di kaki gurun ni. Ada ATV. Mamat ni ada la panggil aku tanya nak naik ke tak. Aku memula macam nak try tapi bila fikir, harga dia USD20 untuk 30 minit macam tak berbaloi je.

So aku nekad.

Aku bukak selipar. Sangkut dekat beg dan memula la pengembaraan Qaish dan Laila.


Aku lah Qaish. Tapi di mana Laila nya??? Laila tak de. Dunhill-la yang ada. Layan rokok je lah.

Yok kita menapak.

* betul betulkan serban


Warkah buatmu Laila
Kendati pun teranyam rasa di penjuru hati
Runtunan hidup tak mengizinkan kita bermimpi
Keutamaan kita teramat jauh berbeza
Sesungguhnya duniaku di sini bukan syurga

Hayatilah hakikatnya
Pabila telah tertutup mata dan pintu hati
Kemanusiaan mati ditelinga yang tuli
Teganya yang tidak berdosa
Dijadikan korban
Benci dan dendam bagai api di dalam sekam

Kata kata mu Laila
Azimat yang tersemat di hati
Sesungguhnya tiada terdaya
Menggapai harapan andainya bersendiri

Doakanlah Laila
Doa untukku dan yang senasib denganku
Agar kebenaran kembali dijulang
Sabar redha bertawakkal pada hikmah kalimah

Lailahaillallah
Muhammadarasulullah
Lailahaillallah
Muhammadarasulullah
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Lailahaillallah Allah Allah

Bekas tayar ATV



Tak de orang !

10 minit berjalan aku dah terpongeh. Nak pitam. 

"Helikopter !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Begitu aku meminta misi bantuan penyelamat. Nan hado !

Hari dah petang. Tak de orang. Ada orang yang baru sampai tadi tapi semua main main kat tempat ATV tadi. Aku rasa macam berdaya saing nak jalan merentas gurun ni. Rasa macam kecik. Tapi sebenarnya besar. Belum kira jalan dia berlekuk ke bawah lagi.

Tengok matahari dah mula turun.

Last sekali aku nampak kelibat manusia. 

Jauh !

Kecik je. Macam photographer. Ada 2 orang. Aku salute dia orang boleh jalan sejauh tu. Gila ke apa. Aku dah tak larat. Sayup mata memandang.

Kalau naik ATV dia pegi belah bukit yang belakang. Lagi jauh. Tak mampu aku nak kejar ke sana.

Tapi orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Alang alang dah sampai. Belasah je lah.


Aku nampak bukit berpasir macam di bawah ni.

Sebahagian daripadanya dah di lindungi matahari. Datang nafsu gila nak memanjat. Fikir boleh ke tak. Macam tak sanggup tapi slow slow. Lebih berat sebab tanah berpasir macam ni. 

So aku panjat slow slow menuju puncak ni.

Nampak rendah tapi bila daki rasa nak mampus !

saujana mata memandang


Panjat slow slow.

Pastikan jaya.

Siapa sangka tempat macam ni ada kat Vietnam?


Sudah hampir tiba !

Isk.

Ergh.

Arghhhh !

Kalau ada angin dalam badan boleh kentut secara berterusan


Akhirnya !!

Sampai...

Berpeluh peluh jugak la. Dengan beg lagi. Selipar lagi. Kamera lagi. Sampai terus terduduk atas ni.


Nampak view belah pasir ni. Ada tasik berlumut.

Aku just duduk dan lepak. Tengok matahari terbenam. Menikmati keindahan alam. Menginsafi diri. Merasai kurniaan Tuhan.

Lepak je.

Layan jiwa. Layan rokok.


Keagungan Tuhan

Nasib ada air sebagai bekalan


Masalah lagi bila nak turun semula.

Pasir ni macam benteng dan dataran tinggi. So aku meniti je atas puncak tu ke tepi menuju ke tasik tempat aku memula sampai tadi. Dari kejauhan tengok orang sibuk ambik ambik gambar di tempat ATV tadi.

Aku jadi semangat sikit. 


My favourite

Aku berjalan dari hujung berbukit sana. Nampak tu bekas tapak kaki resaksa?


Pastu bila sampai ke bawah tu nampak papan tanda. Dia tulis ATV tak boleh naik ke kawasan tu sebab curam. So kalau naik ATV kena pegi main kat tempat lain.

Jangan menyebuk di sini.

Kat sini jugak aku jumpa satu mamat Vietnam ni. Aku curik curik ambik gambar dia nak jadikan subjet. Tapi dia duduk tak diam. Susah betul. 

Tapi lepas tu dia datang suruh aku ambik gambar dia.



"You come here alone?"
"Yes"

Pastu dia macam pelik. Dan dia tanya aku banyak banyak. Lagi dia haru dengar aku datang naik motosikal.

Hello. Abang ni pelakon Bohsia 2 Jalan kembali tu. Tapi kena reject sebab merempit dengan aksi berahi. 

Hahaha.

Sampai ke petang aku kat situ. Bila dah tak de orang. Aku berjalan ke motosikal. Mamat ni sibuk la jalan sebelah aku tanya macam macam. Dia orang Vietnam jugak tapi duduk kat lain. Aku lupa duduk mana. Dia kata dia teringin nak travel sorang sorang tapi dia tak berani.

Motip kau ni lelaki ke pompuan???

Macam tu aku nak tanya.

Well. Tu preference masing masing. Aku dulu pun tak berani jugak. Tapi kalau kita nak, kita kena cuba. Aku nasihatkan dia, try travel dalam negara dia dulu. Sebab senang, tak de masalah bahasa dan dia dah tahu cemana nak handle social. Then bila dah OK baru try gi solo travel oversea.

Dia mengiyakan je.

Lepas tu hari makin petang. 

Aku start moto dan meninggalkan kawasan White Sand Dune ni.

Hari makin gelap. Aku cuak. Spek mata tak de !






Lebih haru ! Minyak moto empty.

Dah la sepanjang jalan tadi aku tak jumpa station minyak ke apa. Tawakal la. Jalan pun lengang tak de orang lalu lalang. Aku bawak moto slow slow. Tawakal dalam hati dan berdoa. Moga moga tak de apa yang berlaku.

Last sekali berjaya jugak sampai kawasan perkampungan then nampak station minyak !

Lega.


"Gas?"
"Yes"
"How much?"
"15,000 Dong"

Aku bagitau dia.

"Where you from?"
"Malaysia"
"Ohhh.. "

Pastu dia cakap dengan aku dia nak tengok duit Ringgit Malaysia. Aku tunjuk dia duit seringgit. Dia sangat suka. Dia kata dia collect duit luar negara. So dia mintak tukar. Aku cakap RM1 sama dengan 7,000 Dong. Dia korek korek nak bagi aku duit Dong, aku cakap tak pe lah. Aku bagi je dia 1 RM.

Dia sangat suka hati.

Tau apa dia buat lepas tu?

Dia startkan engine motosikal aku !

Dia siap bukak lampu !

Dia siap pakaikan helmet kat kepala aku !

* pitam

Siap bai bai ... Tu baru aku bagi RM1. Kalau bagi RM10 agaknya dia dokong aku hantar ke hotel aku. Tinggal moto ni kat sini.

Then aku bawak la moto slow slow balik ke resort aku. Tapi sampai ke resort tak balik lagi. Aku rasa lapar satu hari tak makan. Nampak gerai gerai tepi jalan ni. Aku usha. Ada jual FM Mui Ne !

Terus aku borong. Harga sekeping VND 10K. Tapi tak banyak stok.

"Where can I get muslim food?"

Minah tu blur tak faham. Apa benda ntah dia cakap dengan aku. Last sekali aku singgah kedai 24 hrs beli biskut dan air. Ada banyak kedai seafood tepi tepi pantai tapi aku tak berani nak makan. Aku singgah tengok menu dah cun. Ada lobsters la apa lah. Tapi tetap terselit porkiah porky !

Malas lah.




Balik resort tengok tak de orang. Semua bilik gelap je.

Aku terjun mandi kolam sorang sorang. Buat aksi pocong dalam kolam.

Hahaha.. Syok woooo


Tak de orang lain kat resort tu.

So aku mandi dengan puas. Nasib tak bogel je. Hahahaha.

Pastu penat, masuk bilik, layan TV then terlelap.

Malam tu tetiba aku terkejut dengar bunyi bising.

Gedung ! Gedung ! Gedung !

Sudah. Apa kebenda ni???

14 comments :

  1. Meng, kalau ada button "like" kan bagus... senang sikit... Habis jer baca entri meng, Tekan jer.. Pastu, blah.. Takut nak lepak sini lelama.. Takut terjatuh cinta lak dgn meng.. Hehehehe.. * larikkkk.. takut OR simbah asid *

    ReplyDelete
  2. awesome gilerr sand dune tu. mmg kene terjah ni nnt!!!

    ReplyDelete
  3. haaa elok la tu. pi bawak jubah dgn serban sekali.

    jgn lupa air mineral

    ReplyDelete
  4. * sewel dohoh * baca blog-blog orang, hilang gak rasa tension...

    ReplyDelete
  5. ok, aku declare war ngan ko skang!

    BENCIIIIIIIIIIIIIIIII!

    nak burn danang n pegi mui ne kah? KAH? KAHHHH??? arghhh!!! *saiko*

    gambar sumpah cam poskad raya! huh! *amik api isap rokok sekotak patu bakar post ko ni*

    ReplyDelete
  6. * rampas rokok biqque pastu sedut 14 batang sekaligus.

    jangan ! sila pegi Da Nang.. aku tau sana pun mesti best.

    Kak Mas... saya share sj. x de apa apa kepentingan pong

    * matilah bahasa italy keluar

    ReplyDelete
  7. Meng, ok apa.. Cuma, kalau boleh sila letak budget keseluruhan sekali pd setiap travellan..
    pastu, bila Meng letak duit belanja/tambang/makan tu convert sekali dalam RM.. senang ler
    akak nak kira.. hehehehe

    Actually, akak rasa apa yang awak share ni manafaat banyak pd org lain..

    Bukankah sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberikan manafaat pada orang lain..

    Sekian. Didik Wanita Terdidik Generasi.

    * feeling ustazah pilihan

    ReplyDelete
  8. * sekup ustajah pilihan dgn baju ujan.

    ujan ni ustajah... jalan elok elok

    ReplyDelete
  9. Aku terkesima tgk vietnam ada mcm ni! aku tak penah sampai lagi vietnam nih, confirm aku nk ke sini gak!! lawa plak tu gambor2nye..ishhh

    ReplyDelete
  10. meng,

    cantiknya tempat ni...terkasima sambil mata aku klik pok, klik pok pandang screen...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...