Wednesday, March 5, 2014

01 - Berkelana Merentas Sempadan : Shanghai - Departure

Yo, New York in the house?
Is Brooklyn in the house?
Uptown in the house?
Everybody are you in the house?

Baby, baby come on
Baby come on, baby come on

* Mariah Carey keluar bersama secawan kopi sambil memakai bikini.

"Hey Mariah, you are on fire, letak kopi tu atas mejah. pastu pegi buat kerjah, kerja kat dapur sanah. Jangan lupa goreng pisang tanduk oh yeah...."

* begitu aku bagi arahan sambil rap

Kau mampu?

Okeh. Boleh naik busung kalau aku biarkan entry ni lama lama. Teritip pun membiak dengan riang. Jentik jentik pun bermaharajalela kalau dibiarkan air terdedah lama lama. Bahaya !

Berkelana Merentas Sempadan. Aci tak nak tulis Bercelana Merentas Sempadan? Ini lah Mega Trip 2013. 

Ya. Nama je tahun 2013 tapi tahun 2014 baru nak update. Trip ni berlangsung sekitar awal bulan November 2013.

* korek tong sampah cari calendar tahun lepas

Memang ambik masa nak taip tapi aku akan cuba taip sebab ini lah kenangan yang aku ada dan yang aku boleh kongsikan. Entry ni pun aku rasa akan jadi panjang sebab aku akan transfer diri aku ke masa trip ni berlaku dan translate every thing dalam otak aku into words..

Kalau ada Mariah di rumah, sila paksa dia sediakan kopi secawan !

Aku memang plan nak buat satu trip yang mega pada tahun 2013 tu tapi macam biasalah, plan je tapi semuanya belum tentu jadi. Dan tiket untuk trip ni pun aku beli memang agak dah lama. Tapi masa awal awal beli tu memang aku plan nak buat KL - Shanghai lepas tu Shanghai - Beijing then balik ke KL dari Beijing. Biasalah masa beli tiket main pluck je ikut kepala otak tanpa perancangan jitu. Nanti nanti baru aku try to work out and accommodate mana yang perlu.

Tiket dari KL ke Shanghai aku dapat dalam RM199 and dari Bejing balik ke KL RM299. ( belum masuk luggage apa semua )

Cemana aku nak bergerak dari Shanghai ke Beijing tu aku pun tak berapa ambik port. Tapi aku yakin do-able !

Dari hari ke hari sampai la dekat sebulan nak berlepas then baru la aku kocoh kocoh nak renew passport. Tapi tu sebab ada trip ke Lombok aku dah buat awal. Aku tau aku kena apply visa ke China dulu. Dan aku dah experience sebelumnya, nak apply Visa ni walaupun ambik masa 4 hari je tapi kena apply awal awal. Takut la apa apa jadi.

Then datang lah idea nak buat trip Trans Siberian so aku merangka rangka lah nak ambik train dari Beijing terus sampai ke Moscow. Then merayau di Eastern Europe lalu balik ikut Istanbul. Grand gila planning dalam otak. 

Tapi aku sedar diri cuti aku memang dah tak banyak. Yang ada pun cukup cukup untuk trip ni.

Aku tried apply cuti tanpa gaji, tup tup company approved !

Ehem. Makin membara ria la semangat aku ni nak bermusafir lalu. Sebenarnya panjang cerita pasal apply cuti tu dan tak lah semudah ABC, tapi tak pe lah. Abaikan jer.

Dan bak kata orang, apa yang dirancang tu kalau dah bukan jodoh kita, memang tak akan dapat punya. Cuti ada, duit pun aku dah siap menabung awal awal lagi untuk trip ni tapi nak buat visa ke Russia tak lepas. Bukan tak lepas apa, cuma tak cukup masa.

Moralnya.. kena planning awal awal kalau nak bermega mega pun. Kalau tak... end up dengan mega mendung je lah.



Cut story short. Aku redha dengan ketentuan yang aku tak boleh nak buat Trans Siberian tu so pasrah je lah dengan trip ke KL - Shanghai pastu balik dari Beijing ke KL. So cuti aku apply tu kira pending sebab aku bagitau, kalau aku balik awal, aku masuk keje if not.... aku maybe bersantai santai di Fiji, Saipan, Guam atau Hawaii.

Okey..tu tipu. Aku kalau travel memang tak kasi tau orang. Diam diam sudah.

3 hari sebelum nak berlepas, aku nak web check in, then aku realized trip aku ni instead of 6 hari, tapi sebenarnya 10 hari !!!

Berdebar debar nak mintak izin. Macam P Ramlee nak tackle Rose yang tengah menjahit dalam cerita Bujang Lapok tu.

"Yang. Yang... saya ada berita tak baik untuk awak"

Aku cakap dengan OR malam tu.

"Apa dia?"
"Trip saya 10 hari !!!"

Sebelum tu masa aku cakap nak cuti lama dia dah lepas tak lepas je. Pastu bila aku cakap tak jadi, dia bersorak riang. Tup tup..............................

"Lamanya 10 hari?"

Jeng Jeng Jeng... Berdebar debar ni.

"Boleh lah......."

Pujuk rayu. Dia diam.

"Boleh tak?"

* effek muzik mendebarkan....

"Hmmmm pegi lah !"

* bangun dan tiba tiba membuat aksi somersault berputar 3 kali ke udara, Pusing pusing sambil depangkan tangan dan buat style Ultramen lalu memancarkan sinar see-through beam dan bunga api berbentuk L.O.V.E...............

"Thank you Yang... !"

Landing macam Kungfu Panda............



L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Love was made for me and you


Preparation untuk trip ni simple simple je bagi aku.

Sebab aku ni kan jenis last minit. Kena tengok sehari dua nak pegi tu baru fikir apa nak buat, baru nak study lah apa apa semua. Tapi atas sebab buat Visa ke China, aku dah siap book hotel 1 malam pertama di Shanghai. Saja nak buat syarat. Aku book hotel murah so kalau tak jadi ke atau apa apa, burn je tak de la ralat sangat.

Dari segi pakaian pun simple je. Bawak 1 jacket. 2 sweaters dan jeans. Lain lain t shirt je lah. Cuma kasut nak kena beli baru. Keluar gi beli, last last Hero dengan Princess yang dapat kasut. Aku tak jumpa yang berkenan. Pegi kali ke dua baru sebat mana yang ada.  Nak pakai kasut mahal mahal kalau kaki tak berdaya saing, asyik nak cramp je tak guna jugak. Ye dok?

Itinerary aku pun tak fix sampai la aku dah confirm nak pegi tu baru nak web check in then aku dah nampak sikit apa aku nak buat, so aku bagi bagi la beberapa hari di Shanghai dan Beijing.

Duit pun gi tukar malam sebelum berlepas tu. Tukar duit Chinese Yuan jer sebab aku tak dapat kepastian nak ke Mongolia lagi time tu.

2 hari sebelum nak fly, baru la aku sibuk nak beli tiket train Shanghai ke Beijing dan mencoba nasib beli tiket Trans Monglian tu.

Dan sebab aku macam busy gila kat opis 2 hari tu, semua urusan macam lipas kudung jadinya. Semua nak buat cepat cepat. Lagi aku nak kena delegate keje keje kat engineer engineer aku tu in case kalau aku jadi bercuti lama. Nasib dia orang lah dapat boss kaki merayau.

Aku beli tiket Hi Speed train from Shanghai ke Beijing di CHINA TRIP ADVISOR. Isi form, dapat confirmation then bayar. Pastu dia ada email suruh send copy passport and finally dia bagi voucher untuk di tukar di station keretapi.

Note : Copy passport memang kena send. Even kalau beli kat sana pun, kena tunjuk passport. Untuk international tourist tak boleh beli ikut machine sebab dia kena verify passport dulu.

Harga yang aku dapat adalah 702 Yuan. Tapi.. kalau beli over the counter harga dia dalam 553 Yuan. Yang lebih tu macam biasalah dah mark up. 

Sila ambik tau jugak, ticket Shanghai to Beijing adalah macam pisang panas. So kena beli awal. Sebab tu aku tak berani nak beli kat Shanghai. Apa apa pun, voucher tu tetap kena gi tukar kat train station. Masa beli tu kena specify bila tarikh kita nak pick up tiket tu.

Since aku budget aku akan berada 3 hari di Shanghai so aku ada masa la nak gi ambik. Tapi aku decided nak pegi ambik masa hari pertama aku sampai di Shanghai nanti.

Untuk tiket Trans Mongolian tu aku memang beli thru Real Russian.

Senang sebab aku dah deal dengan dia orang sebelum tu untuk Trans Siberian punya tiket. So sebab tak jadi dan cancelled, maka aku pun ambik hati jugak la beli dengan dia orang Trans Mongolian. 

Harga aku dapat untuk Trans Mongolian adalah RM1,200. Memang kira beli last minit. Lagi haru confirmation tak dapat dapat !

Argh.. Kalau tak jadi, terpaksa la aku ubah balik itinerary aku. Nasib la aku ni tak de fixed plan. Aku ikut je mana aku rasa nak pegi nanti. Tapi confirmation tu sangat penting sebab aku nak kena prepare untuk beli flight tiket dari UB nanti balik ke Beijing !!!!

Complicated jugak lah especially kalau dah last minit macam ni.

Tawakal. Belasah je pegi.

Tapi sebelum berlepas tu masa kat airport, aku dok communicate dengan mamat Real Russian thru email pasal tiket, finally, dia replied.. confirmed !! Dia bagi address untuk aku pick up tiket tu di Beijing nanti.

Alhamdulillah.

Note : Untuk Trans Mongolia ticket. Sila liaise dengan  Ocean Travel atau CITS. Beli thru dia orang pun boleh sebab dia orang memang kat Beijing !

Untuk travel reference dan apa semua tu aku just print out wikitravel. Memang selama ni kalau aku travel aku depend on wikitravel tu je. So far aku rasa tu la paling tak pening dan paling complete. Cuma jenuh nak print je lah tapi boleh pilih apa yang penting je macam first 10 pages macam tu.

So semua dah siap.. maka hari yang dinanti dan di tunggu. Aku pun ready nak berangkat. OR hantar ke LCCT. Sempat makan kat MarryBrown jap berkasih sayang sebelum dia kena tinggal. Hehehe. Aku gi check in beg dan verify tiket. Oh. Aku terpaksa ambik luggage sebab beg agak berat. Tak berat mana pun dalam 9 kg macam tu tapi aku malas nak pening kepala so beli la luggage pegi dan balik.

Mahal oi sekarang ni AAX ni. Merapu rapu charge dia. Dah la minimum 30 kilo. Ingat aku nak bawak badak ke apa??? Lain la nak pegi shopping.

OK. Dah terlebih panjang ni.

Sampai masa, aku boarding flight dan sedar sedar dah terbang. 

Dalam flight aku layan perasaan je lah. Macam biasa aku dapat seat sorang. Hahaha. So boleh la membuas sikit. Sedar sedar dah nak sampai. Padahal tak tidur pun.

Keluar dari flight dah tengah malam. Orang tak ramai tapi beratur jugak la kat immigration tu. 

Anyway.. lega sebab dah selamat sampai di Shanghai....................

Mana Shila Amzah? Kata nak tunggu aku kat epot?

Airport Shanghai

Haram. Tak de orang tunggu. Aku rasa flight AAX adalah flight last touch down kat PVG ( Pudong Airport ) tu. 

Masa sampai tu aku ingat ada shuttle bus dari PVG ni ke hotel yang aku dah book. Rupa rupanya dah tak de. Ya la dah lewat malam. Memang aku booked hotel ni masa nak buat visa China tu. Since aku dah agak sampai lewat di Shanghai ni, nak ke town memang jauh. Nak naik teksi memang cekik darah. Train semua memang tak de malam malam macam ni. Dan aku plan asalnya dari airport ni terus ke Hangzhou !

So aku nak bermalam kejap sini esok ambik bas ke Hangzhou.

Tanya tanya orang tapi memang tak de shuttle dah. Sebab shuttle tak de, terpaksa naik teksi. Memula ada je prebet sapu nak ambik tapi charge merapu rapu. ( 100 Yuan ). So finally lepas beberapa batang rokok aku decided nak ambik teksi. 

Teksi pukul 1 pagi. Aku beratur macam orang lain then dapat la teksi. 

"Are you using meter?"
"Aaa Aaa aaa.."

Tu je dia cakap. Ntah ntah tak faham.

Aku book hotel ni sebab murah dan dekat dengan PVG ! Tapi driver teksi lahanat tu dia pusing ntah ke mana mana. Aku rasa macam jauh gila.

"Man. It shouldnt be this long !"
"Yea yea yea...OK OK"

Pastu siap tunjuk tunjuk ke depan. Aku dah nak mengamuk dah.

B*tuh dia lah. Aku dah agak mesti dia nak bawak aku pusing ntah ke mana mana pastu charge aku melampau.

Damn it. Aku pasti la lepas 20 minit tu tak sampai sampai lagi.

And finally sampai. Tau berapa harga kat meter tu? 60 Yuan ! ( RM30 ). Lantak lah. Aku malas nak kecoh malam malam buta ni walaupun rate standard ke situ sebenarnya tak lebih dari 20 Yuan.

So aku keluar dari teksi. Aku ambik beg dulu kat belakang then aku bagi dia 100 Yuan. Pastu dan dan dia bagi aku balik 10 Yuan.

Kepala hottttt.................k !

"No. This is not correct. Give me another 30 Yuan !!!"

Aku tambah bengang la dengan apek ni. Memang dah rasa kena kencing ni. Kot ya nak surcharge pun jangan la melampau.

"Owk owk owk..."

Tu je la dia punya bunyi. Pastu dia tunjuk aksi nak makan lah. Aksi nak beli rokok lah.

Mampus kau lah.

"No !!! Give me back my money !!"

Aku siap tahan pintu kereta dia.

Tau apa dia buat?

.
.
.
.
.
.
.
.

Dia keluar dari teksi pastu dia bukak seluar dan kencing dekat pintu teksi dia tu !!!

"Syaiton........................ !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

bersambung...............

20 comments :

  1. Kalau meng lawan kencing, kau memang terbaik... Kaw. Kaw .... Brutal sama brutal berpedang. Cerita hot sungguh.

    ReplyDelete
  2. Baekkkk la citer lu bro.. sambung, sambungggg...

    ReplyDelete
  3. haisyoooo punya tak bagi kau tahan pintu teksi tu ke meng? sebab tu dia kencing?
    eieiie busuk punya orang!

    ReplyDelete
  4. wow. literally kencing!
    awal2 lagi dh drama. huhu

    ReplyDelete
  5. perghhhh..ngalahkan syaitonnnnnnnnn......gila la dorang ni...ko kencing balik dalam taxi dia Meng.... kasi ajar sikit org gila mcm tu...xpon ko ambek pisau ko sunatkan jek dia kat situ....hahahahaha

    ReplyDelete
  6. memang kuang ajaqqq...
    pahtu?
    supermeng laserbeamkan anu dia ka?

    ReplyDelete
  7. Meng...aku nak tanya ko la...aku lama dh x gi vietnam ni, kat sana hotel dia masa check in kena tinggalkan passport kan kat kaunter dia?

    ReplyDelete
  8. bila tgk dia kencing tu...baru aku teringat kata kata....'aku kena kencing la ngan driver taxi' ...part ni baru betol namanya kena kencing ngan driver taxi...harharharommm betollll

    ReplyDelete
  9. Supermeng tetap supermeng. Kalau tak ada aksi-aksi yang mencabar dlm pengembaraan bukannya supermeng. Hidup Supermeng.

    ReplyDelete
  10. Dah elok2 ngan Mariah, Rose & Shila Hamzah nye...tetiba keluar part driver kencing. Memang xde civil betul lah orang tu.

    ReplyDelete
  11. AM : tak sempat aku nak kencing. terpelanting dulu sebab terkejut.

    kalau tak.. memang aku kencing. tengok air kencing sapa lagi kuning !

    wakakakaka

    MKL : hahaha. x kan la sampai nak lawan pedang kot..

    aku berak je dlm keta dia baru tau

    ReplyDelete
  12. TJ : ya ya... bersambung la ni nanti.. harap bersabar..

    Mya : memang busuk hati.. badigol betul...

    bila ingat nak tergelak pun ada.. tapi geram time tu tuhan je yang tahu

    agip : tu la pasal. dah la paw aku pastu kencing lak tu..

    ReplyDelete
  13. HB : sunatkan dia? hahaha aku x lalu lah. tengok pun tak mahu...

    apek tua lak tu. x senonoh btol.

    NanaT : kalau boleh aku kepit je kat pintu.. biar dia mengaum . hahahaa..

    aci la sunat free silap silap putus terus.

    HB : haah. memang kena. tak pun kau buat copy la. bagi dia yang copy or bagi dia departure card jer.. kalau dia x nak. bagi je la ori tu. simpan copy.

    cari hotel yang gah gah sikit la takut dia org ni x professional.

    bila nak pi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sabtu ni gerak dah...aku dok hotel sama tempat ko duduk kat vietnam tu...harap aku boleh la mengarah mcm ko mengarah dorang dulu hahahahaha....

      Delete
  14. HB : sudah jatuh di timpa air kencing.. macam tu lah jadi nya. ekekeke..

    tak pe. pengalaman tu.

    MSM : nak buat cemana. benda nak jadi.. hehehee.. tak boleh nak elak !

    BK : kurang asam kan? nak kata mabuk tak de lak nampak mabuk.. memaang perangai busuk.

    ReplyDelete
  15. Permulaan cerita dh menarik ada gak adegan suspend tapi yg last part tu lagi geram boleh dia buat mcm tu x malu kebarg tgk anu dia tu ishhhh mcm nk lepuk je kan, penipu betul klau mcm ni pelu sediakan small note pastu byr ngam2 soi je pasy apa jadi kasi potong lah itu anu

    ReplyDelete
  16. HB pegi viet kaa?

    Saya bulan depan !

    HB pegi area mana?
    hang takdak blog kaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde blog la NT...x reti nak buat blog..hehehe. Sabtu ni bertolak In Sya Allah..tp bukan terus ke viet....itu negara last saya singgah sebelum balik meysia..

      Delete
  17. JM : nak tengok pun tak lalu la.. hahahah.

    betul. pastikan ada wang kecil. senang kalau jadi benda2 mcm ni.

    HB : hey dah sampai hanoi ke ko? buleh la.. memang mereka baik hati dan suka di arah arahkan..

    hahahaha..

    have fung HB !

    NanaT : hang jadi pi Sapa ka?? apa apa pun enjoy vietnam.. jgn lupa bawak stok makanan....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...