Thursday, March 6, 2014

02 - Berkelana Merentas Sempadan : Shanghai - Arrival

Dia keluar dari teksi pastu bukak seluar dan kencing !!!

"Syaiton !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Terpelanting kejap aku sebab terkejut. Dia kencing kat pintu tu je. Cilakak. Tak senonoh betul. Selamba je dia kencing. Pastu dia siap boleh gelak bila aku nak elak air kencing dia tu nak kena kasut aku. Binawe punya orang.

Tapi aku elak pun aku tahan jugak pintu kereta dia. Kencing la kau situ. Duit aku tetap duit aku !!!!

Pastu dia membebel. Aku rasa dia cakap aku kedekut ler apa ler... Nak je aku kepit apek tu dengan pintu teksi dia tu.

"Give me back my money !!"

Dia buat muka stone je.

"Give me back that 100 Yuan"

Aku mintak balik duit 100 Yuan aku bagi dia tadi dan pulangkan semula balance 30 Yuan yang dia kasi aku tu. Actually aku ada je duit kecik baki dari trip aku dulu dulu, tapi dalam luggage. Dapat balik duit 100 Yuan tu, aku bukak beg aku, cari duit kecik. Nasib cukup. Aku bagi dia 70 Yuan.

"Hambik! Lebih 10 Yuan ni beli ubat kurap sebab kencing tak basuh !!"

Then aku blah.

Betul betul buat aku panas hati.

Teksi tu berhenti depan hotel tu dah. Ada guard tu kat dalam, dia usha usha jugak la may be dia musykil apsal aku berlama lama. Tapi malas nak kecoh kecoh, aku masuk je dan check in terus.

Ini la hotel nya. Gambar ambik waktu siang.  

Masalah jugak, receptionist dia tak reti cakap English.

Nasib la ada google translation dia dok taip kat hp dia. Aku ingat apa la dia nak cakap rupanya.

'You have to pay key deposit 100 Yuan'

Haaaa...  Kalau tak macam macam gaya dia buat, siap guard tu pun sekali jadi pelakon tambahan. Aku bayar deposit, dapat kunci dan terus naik ke bilik.

Nampak katil baru rasa lega

Bilik dia biasa biasa je. Harga satu malam RM 50.

Aku nak tanya banyak banyak kat receptionist tu pun tak jadi. Letih je. 

Aku nak tanya check out time pukul berapa. Pun dia tak boleh nak jawab. Aku tunjuk jam lah apa lah. Last sekali taip kat phone. Tu pun jenuh lah. At last dia faham. Dia tunjuk jari... 

Check out pukul 6 petang !!

Hahaha. Nak tergelak aku. Pukul 6 petang? Gila ke apa aku nak duk sini lama lama. Tapi tak kisah lah. Aku memang nak stay kejap je. Nak tidur dan rest.

Masuk bilik bersih bersihkan diri buat apa yang patut then aku tertido.

Sedar sedar aku bangkit pukul 11 pagi !

Hahahaha. Dah spoiled plan aku. Konon nak bangun awal awal pagi. Tapi macam ni jadi nya. Sedap sangat tidur.

Bangun, mandi dan bersiap siap. Ok la bilik dia cuma aku tak berkenan toilet bowl tu dekat hujung katil je. Nasib aku sorang sorang dan tak terasa nak berak pun.

Kemas kemas beg dan siap nak check out. Sempat makan roti dulu. Bawak bekal dari Malaysia !

Roti beli kat Speedmart

Tapi bersih dan agak comfortable for quick rest. Pastu check out lah. Dapat balik duit deposit semalam tu.

Satu masalah lagi nak dapatkan teksi dari tempat ni nak balik ke PVG. Sebab aku dah bangun lambat, so aku rasa tak jadi la nak pegi Hangzhou tu. Nanti la aku plan semula. Aku kena ke Shanghai sebab aku dah specify nak pick up hi speed train tiket to Beijing hari ni jugak.

Tunggu teksi tak muncul muncul. Lama jugak lah. Nak naik bas, tak reti. Few bas aku tahan..

"Pudong Airport?"

Haram semua tak faham !!

Pastu ada satu kereta berhenti. Pompuan keluar. Ni kira macam prebet sapu lah. Dia tanya aku nak ke mana, aku cakap airport then dia cakap 50 Yuan.

"No !"

Jual mahal lagi ni.. padahal dah kering tunggu tepi jalan. Aku nego 30 Yuan, dia tak nak.

Then dia blah. Pandai gak la cakap English.

Pastu lama tu ada lagi kereta berhenti. Tak pandai cakap English tapi dari segi gaya aku tau la mesti prebet sapu jugak.

Aku cakap nak ke airport, dia kata 40 Yuan. Aku mintak 20 Yuan. Dia tah moh ! Dia nak 30 Yuan.

Aku jual mahal lagi sekali !!!

Kau mampu?????

Hahahaha.

Pastu aku bertambah kering tepi jalan tu. Orang yang tunggu bas dah berganti ganti tapi aku tetap tak bergerak gerak kat situ. Sebenarnya aku tak kisah sangat since aku tak jadi ke Hangzhou tu so aku rasa aku ada banyak masa.

Last sekali, prebet sapu ke tiga berhenti. Dialog macam biasa, itik dan ayam.

"40 Yuan"

Dia main tunjuk dengan jari jer.

"No.. 20 Yuan"
"No......."

Then dia sambung.....  

"..........30 Yuan?"

Haaaa. Berani aku nak jual mahal lama lama kat situ?? Mati kering sudahnya tepi jalan tu. Tumbuh pokok karang atas kepala.

OK. Aku agreed. 30 Yuan ( RM15).

Tapi dia tak pandai cakap English. So dalam kereta diam je lah. Last sekali dia tanya aku.

"1....2?"
"Aaaaa"

Dan dan aku angguk. Padahal aku pun tak faham.

Rupa rupanya dia tanya aku terminal 1 ke 2. But too late. Dia dropped off aku kat Terminal 1 PVG. Nasib baik la terminal 1 dengan terminal 2 tu terhubung dengan laluan dan tengah tengah tu adalah station train ke Shanghai.

Tu je misi aku sebenarnya, nak ambik train ke Shanghai.

Shanghai Pudong Airport. Terminal 2 belah sana tu. Terminal 1 untuk domestik flight, Terminal 2 untuk International flights.

Ni dalam departure hall Terminal 1. Suka pulak aku tengok paku paku terkeluar tu. Terminal 1 ni rupa paras dia lebih kurang sama dengan Kansai Aiport di Jepun.

OK.

Based on pengalaman aku ni, kalau sampai di PVG tu malam, kalau banyak duit boleh je ambik teksi ke Shanghai trus. Tapi agak mahal la. Choice lain, macam aku lah, ambik hotel yang dekat dekat tu tapi risk dia kena kencing dengan teksi. 

Kena kencing ( tipu ) dan kena betul betul kencing !!!

Sebab malam train tak de. Cara lain adalah tidur kat airport tu. Aku tak pasti ada port ke tak, boleh cuba lah. Macam aku hari tu sebab dah terbook hotel tu so malas la nak tidur kat airport. Tapi lain pulak jadinya.

Tak pe. Aku masih boleh bersabar dan bertahan.

So kalau siang hari, cemana nak ke Shanghai dari airport?

OK.. Ada airport bus dan train dari PVG ke downtown. 

Airport bas. Yang ni kena tau laluannya lah.

Train pulak. Ada 2 jenis train ke Shanghai. Satu adalah metro subway biasa Line 2 dari airport dan akan terus ke Shanghai downtown. Ini subway yang berhenti henti tu lah. Harga dia dalam CNY 3 to CNY 10 depends on destination tapi, duration dia nak sampai town ( People's Square ) lebih kurang 1 jam !!!!

Cara ke tiga adalah menggunakan special train iaitu Maglev !

Maglev adalah hi speed train yang tidak menggunakan roda sebaliknya menggunakan magnet untuk menggerakkan train. Kelajuannya boleh mencecah ke 430 km/j lebih laju daripada kereta Formula One !! Dekat dunia ni, cuma ada 3 train seumpama ini yang dibuka untuk public dan PVG to Shanghai adalah yang pertama diikuti oleh Jepun dan South Korea.

Yang menariknya, jarak dari PVG ke Shanghai sejauh 30 kilometer boleh sampai dalam masa 7 minit !!!!

7 minit wehh......  Berak pun tak abis lagi sedar sedar dah sampai. Eh lama ke berak 7 minit?

So.. benda hebat macam ni takkan aku nak lepas peluang ! So aku pilih Maglev Train ni. Cuma harga dia mahal sikit lah. CNY 50 per trip. ( RM25). 

ERL lagi mahal kan???

Beli tiket di kaunter

Kata je boleh pecut 430 km/j tapi aku usha cuma 301 km/j jer.. Actually dia cuma speed gegila time peak hour jer.

Dalam Maglev. Agak selesa dengan ruang untuk bagasi. Pergerakkannya pun agak smooth.

Kentut pun tak sempat hilang. Sedar sedar dah sampai !!!

Tapi Maglev ni tak de la sampai terus kat downtown Shanghai. Kang dia lalu laju laju terbang pulang rambut orang orang Shanghai tepi tepi train track ni. Lagi haru kalau skirt awek awek terselak. Dapat pulak awek tak cun. Ah kan dah rugi je.

Maglev ni cuma bergerak dari Pudong International Airport sampai ke Longyang Road Metro Station. Kat situ kena tukar ke Metro line biasa lah.

So worth it tak RM 25 untuk 7 minit ride?

Hmmmm. Kalau nak try apa salahnya. Lebih lebih lagi kalau kejar masa !

Shanghai Maglev

Welcome to Shanghai...

Sampai kat Longyang Road Metro Station ni kena tukar naik Metro subway biasa then baru la boleh menuju ke destinasi destinasi dengan train yang berselirat di Shanghai ni.

Untuk pengetahuan Shanghai Metro sepanjang 468 km length, 303 stations dan 12 line dan merupakan second longest metro track in the world selepas Seoul !. New York has the most stations and Dubai has the longest driveless metro station !

Kuala Lumpur?? 56 km sahajork !!!

Shanghai Metro ni memang nampak berselirat, tapi kalau dah pernah experience naik metro di bandar bandar besar contohnya Seoul or Tokyo.. tak de masalah sangat. Yang penting kena tau destintation kat mana dan ikut line yang betul. Biasanya line ni di beza bezakan mengikut warna. So kalau ada kena transfer kat mana mana kena pastikan turun di transfer station yang betul sebelum naik line yang menuju ke destinasi kita.

Harga satu trip Metro Shanghai berbeza dari CNY 3 - CNY 6 mengikut destianasi. Aku suggest kalau rasa nak travel banyak kali naik train, beli je day pass berharga CNY 19 and valid 24 hrs daripada first used.

Destinasi aku? Hongqiao Railway Station, Shanghai.

Metro Subway Shanghai

Hongqiao Railway Station, Shanghai adalah di mana aku nak pick up train ticket Shanghai - Beijing.

Please note, train station kat Shanghai ni ada banyak !! South Station, North Station dan jugak Shanghai Railway Station termasuk Hongqiao ni. Setiap station tu ada Hi Speed train tersendiri menuju ke destinasi tertentu. So kena tau kalau nak naik Hi speed train ni, train tu berlepas kat mana dan nak beli tiket tu kat railway station tertentu tu jer.

Macam Hongqiao Railway Station, Shanghai ni memang port untuk naik Hi Speed train ke Beijing, Nanjing, Hangzhou dan station station lain di antaranya.

So kalau Hi Speed train ke Hong Kong atau pun Chengdu memang kena pastikan railway station yang betul. kalau dari Shanghai Railway Station ( Main Station ) ada train ke Beijing tapi bukan Hi Speed train, tapi train biasa jer.

Hongqiao Railway Station Shanghai ni merupakan train station terbesar di Asia !!!! Ia bercantum dengan Hongqiao Airport, satu lagi airport yang terdapat di Shanghai ni.

Complicated kan Shanghai ni?

Tak pe. Apa yang penting. Kena tau ke mana destinasi yeay yeay !

Dari Longyang Road Station tadi aku ambik Metro terus ke Hongqiao Railway Station, Shanghai sebab ianya dalam line yang sama. So tak payah transfer line. Tapi tu la... orang ramai gila dalam train dan terasa macam berkurun lama nak sampai !

Akhirnya... sampai jugak lah. Sesak nafas orang ramai ramai ni.

Hongqiao Railway Station, Shanghai.

Misi aku ke sini adalah nak pick up Hi Speed train tiket dari Beijing ke Shanghai. Tapi sampai sampai je tengok orang................

Pitam nak beratur !

Ramai gila. Kaunter dah bukak banyak dah tapi kalau dah kat China..Orang dengan semut pun lebih kurang sama banyaknya. Mana mana pun ramai orang. Nak tak nak terpaksa beratur sebab tak de kaunter khas pun untuk pick up ticket ni. Kena beratur sama dengan orang lain.

Jadi. kalau nak beli tiket atau nak pick up tiket. Kena pegi awal awal la. Kalau nak beli tiket on the spot. Mimpi lah..... At least kena beli 3 hari in advance especially Shanghai ke Beijing. Tengok nasib jugak lah. Tapi aku syorkan kalau nak pick up je datang petang nak ke malam sikit, mungkin time tu orang kurang sikit.

Dah la international tourist tak boleh beli kat machine. Ni pun kat machine machine tu dah panjang jugak yang beratur. 

Aku beratur lebih kurang 40 minit jugak la then baru la sampai depan kaunter.

Aku tunjuk voucher yang aku dah print, then dia print tiket tu. Yeay !

"Can I buy a ticket to Suzhou for tomorrow?"

Dia geleng kepala tak faham.

"Su-zhou?"

Tak faham jugak. Dah la orang ramai beratur lagi kat belakang.

Keluarkan wikitravel aku dan tunjuk ejaan rumi. Tak faham jugak !!!

"Suzhou??? You know? Suzhou...."

Naik berbuih dah mulut aku. Herot herot nak menyebut. Nasib baik lah aku teringat ada tulisan Chinese dekat wikitravel tu jugak untuk nama nama khas macam tu.

Aku tunjuk kat dia.

"This one.. Suzhou. I wanna go to Suzhou !"
"Ooo. Suzhou?"
"Haaa. Suzhou. Yes correct !!! Su.. z.. whatever !"

Tau kenapa dia tak faham? Sebab aku silap sebut. Hahahah. Dah la time tu ramai gila orang kat belakang, semua orang macam menchoba untuk meneka apa yang aku sebut. Patutlah semua orang blur. Rupanya aku yang bengong sebut tak betul !

Hahaha. 

Sebab Suzhou - so aku sebut Su - Zau ! Suka suka hati je. Padahal sebutan yang betul adalah Su-Joe. 

* slap forehead. 

Padahal sama macam Guangzhou je. Dulu aku pun pernah terkena. It is not Guang-Zaw tapi Guang-Jo !!!

Tapi aku happy sebab aku dah dapat tiket ke Beijing dan Suzhou ni walaupun gagal ke Hangzhou. So aku dah nampak sikit, ke mana, di mana hala tuju aku untuk sehari dua ni !!!

Excited and ready to paint the town red ! 



Fly me to the moon
And let me play among the stars
Let me see what spring is like
On Jupiter and Mars
In other words hold my hand
In other words baby kiss me

Fill my heart with song
And let me sing forevermore
You are all I long for
All I worship and adore
In other words please be true
In other words I love you

Fill my heart with song
And let me sing forevermore
You are all I long for
All I worship and adore
In other words please be true
In other words In other words
I love you

bersambung...............

13 comments :

  1. Hotel tu agak2 la buat toliet kaca boleh lagi but mangkuk tandas kat luar tu ishhh...

    Sabar la kene kencing tu.. sampai kene kencing real hahahahaa.. dugaan..

    ReplyDelete
  2. aku pun nak tanya soalan sama mcm amirmukhtar.
    jamban tu sebelah tv ke meng?
    aiyoo pengsan.

    ok noted. sebab aku pun selalu sebut guangzhou tu guang-zau. rupanya guang-joe ek :D

    ReplyDelete
  3. biar betik mangkuk tandas dalam bilik tido??? boleh la ko pusingkan tv tu sambil memerut...hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Meng, memang berserabut laluan subway kat Shanghai ni, tapi sebenarnya mudah je. Saya tak tersesat walau sekali pun... hehe

    Tak ke Hangzhou... ruginya... lebih cantik dari Shanghai...

    ReplyDelete
  5. shila amzah tentu tau sebut suzhou. awat tak twit diaaaa....?

    hee!

    adeke bilik toilet bowl letak camtu je ha...nasib lah stay sorang.

    pening lalat baca tren station kat sana. aku kompom lah akan twit kak shila, mintak tlg..haha

    ReplyDelete
  6. Nk terkencing sgt2 dh tu sbb tu main lepas je dia kencing sikit ke byk
    Tk nak komen lain tp nk komen pasal toilet dlm ruang bilik tdo tu sib baik sebilik sorang klau tdo ngan member nk berak pun x kluar dh la shower pun lutsinar. Lepad berak bau harum sebilik

    ReplyDelete
  7. kalau aku dh rasa mcm tido lam bilik air jek....adoiii...

    ReplyDelete
  8. HB: ahahahaha gelak sampai nk putus urat peyut kawe dehhhh

    ReplyDelete
  9. Mie pun buat saya serba salah tak ke Hangzhou. Ada next time lagi buat saya....penceritaan yang menarik.

    ReplyDelete
  10. Amir : salah soalan tu.. sebenarnya.

    MANGKUK TOILET SEBELAH TV??????


    TT : rasanya hotel cheap kot.. pastu ruang x besar. tapi memang naya la kejap tengok mangkuk toilet tu..

    x lalu lak. nasib tak stay lama lama.

    Mya : ya.. ghuang-joe.. jangan nak zau zau sangat. kena gelak je kang

    ReplyDelete
  11. HB : mangkung tandas tu memang mengerikan dowh.. hahaha...

    nasib la aku x berak sebab aku bayangkan mcm berak tgh jalan je nanti...

    hahahha

    Mie : tu la. x de rezeki.. semuanya sebab bangun lambat...

    tak pe la.. biar je org lain pegi nanti..

    NanaT : aku x de tweeter.. guna tweeter pun x reti apatah lagi nak tweet shila amzaaa..

    hahahaha

    ReplyDelete
  12. JM : tu la nasib sorang. kalau ada geng. kena halau geng keluar bilik dulu la.. hahhaha..

    HB : hahaa.. tu la. nasib la sekejap je aku stay situ.. maybe ni bilik murah kot. bilik yang mahal proper sikit la kot gamaknya..

    JM : amboi gelak sakan na....

    MKL : haaa tak update lagi pasal trip ke shanghai.

    apa tunggu lagi?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...