Wednesday, March 19, 2014

14 - Berkelana Merentas Sempadan : Beijing : The Great Wall Mutianyu - Part 1

Hari ke lima dalam trip ni dan hari ke 2 di Beijing.

Aku bangkit awal sebab hari ni aku dah ambik tour ke Great Wall of China.

Ambik kat hostel ni je. Malas nak penat penat naik turun bas dah lagipun kaki memang dah sakit. Cuaca lak buleh tahan sejuk sejuk ni.

Untuk tour ni, ada few pakej mengikut lokasi mana yang kita nak pegi. Aku memang aim nak pegi ke Great Wall dekat area Mutianyu so aku ambik yang tu je. Pakej ni paling mahal lah antara yang lain lainnya sebab lokasinya yang terletak paling jauh dari Beijing.

Pemandangan ke Mutianyu ambik dari dalam van. Stress je. Aku macam nak suruh drebar tu berhenti sebab aku nak ambik gambo.

Harga tour adalah CNY 280 (RM 140). Termasuk breakfast kat hostel, tiket masuk ke Great Wall dan jugak lunch. Harga tiket ni tak termasuk dengan cable car kalau nak naik di Great Wall nanti.

Bangun pagi terus breakfast dulu. Swiss Muesli

Bangkit dan siap siap untuk breakfast kat hostel ni. Breakfast ni masuk dalam pakej tour ke Great Wall bukan free dengan harga bilik. 

Lepas makan tu aku balik ke bilik semula sebab aku rasa macam aku pakai baju tebal sangat. Tengok cuaca macam cerah je hopefully panas sikit la hari ni. Tapi kaki aku sakit jugak, so aku pakai stokin dua lapis.

Masa kat bilik tu ada orang ketuk kata orang tour tu dah datang nak ambik.

Tepat jam 7 pagi !

Dari hostel, pick up datang dan ambik aku dan 1 couple Italian di hostel yang sama. Dari situ kami pegi singgah kat hostel hostel lain untuk ambik yang lain lain jugak.

Masa tu aku perasan ada couple muka Melayu naik sekali. Tapi dia kat belakang tak sempat nak tegur lagi.

Bila van dah penuh kami terus bergerak meninggalkan Beijing menuju ke Mutianyu

Mutianyu terletak kira kira 45 batu dari Beijing. Tapi sebab ambik orang sana sini, jarak perjalanan dekat 2 jam jugak la baru sampai.

Aku just lepak dan cuba cuba tidur. Masih mengantuk.

Sampai di Mutianyu, cuaca agak mendung. Sejuk boleh tahan jugak lah. 

Sebenarnya kalau tak ambik pakej ni boleh je naik public transport ke Mutianyu atau lokasi lokasi lain untuk tengok Great Wall di China ni. Tapi kena pastikan info pasal public transport tu kena betul sebab kena banyak banyak kali tukar bas apa semua. Sebab tu la aku malas nak pening kepala aku ambik je pakej ni dan aku rasa OK je. Paling penting, tak de aktiviti singgah di tempat tempat yang bukan bukan tengok orang buat sutera ke apa.

Clean. 

Pegi dan balik ke Great Wall Mutianyu sekali dengan breakfast dan lunch serta entrance fee !

Autumn Foliage

Dalam 1 van tu ada drebar dengan tourist guide. Mamat guide ni la jaga semua time ambik orang dan dia la yang bagi arahan apa nak buat seterusnya.

Sampai kat Mutianyu masing masing pegi kencing dulu. Ada sikit breifing oleh mamat tu. Tour ni free and easy. Terpulang pada masing masing. Dapat entrance tiket dan terpulang jugak nak naik ke atas pakai cable car atau nak mendaki sendiri. Entrance tiket untuk masuk ke Great Wall ini adalah CNY 45, tapi aku punya dah masuk sekali dengan harga tour.

Mamat tu jugak bagitau kat mana nak berkumpul nanti untuk lunch dan kami diberikan masa 2 jam untuk ronda ronda di sini.

The Great Wall of Mutianyu

Ini entrance masuk. Tiket cable car di jual di sebelah tu dengan harga CNY 80 ( naik pakai cable car dan turun pakai toboggan)

Beli tiket dan terus ke station cable car.

Boleh je kalau nak memanjat ke atas kalau berkudrat, tapi itu kan akan membuang masa? Nanti kat atas sana nak panjat tembok lagi !!

Jadi, tak payah nak tunjuk power sangat, naik je cable car tu !

Cable car tu sekali naik 2 orang. Aku naik dengan sorang mat salleh ni. Sempat la borak borak kejap. Mamat ni kawin dengan Chinese Lady. Dia balik ke Beijing dari Australia tapi wife dia sibuk nak jumpa kawan kawan so dia datang Great Wall sorang sorang.

Laluan Toboggan

Musim Luruh di Mutianyu

Cable car

Great Wall di atas gunung

Lawa jugak kaler autumn di sini

Sampai di station cable car atas, turun dan terus usha kawasan.

Sebenarnya di kawasan Mutianyu ni ada 22 watch tower dan sepanjang 1.4 batu kesemuanya. Atas suggestion mamat Guide tu, aku naik yang dekat dengan watch tower pertama sebab dari situ la kiranya permulaan Great Wall di Mutianyu ni yang telah di restored.

Watch Tower ke 6

Aku naik yang no 6 dulu. 

Apa yang bestnya kat Great Wall Mutianyu ni adalah orang tak ramai !!!

Mungkin hari tu hari bekerja kot tourist tak ramai tapi kalau kebanyakkan tourist pun biasanya pegi ke area area lain untuk tengok Great Wall ni.

Boleh la kalau nak berposing posing muka tembok kat sini !

Laluan mendaki dari satu watch tower ke watch tower yang lain

Dari watch tower ke 6 ke arah watch tower no 1 di hujung sana nuh....Aku pun tak pasti aku boleh sampai hujung sana ke tak. Semput jugak by just looking at the tangga tangga tu jer

Watch tower no 4

Laluan dia agak steep dan uneven. Terpongeh jugak la nak mendaki. Kalau turun pun kena hati hati

Sampai di watch tower no 3

Watch tower no 6 tempat aku start memula tadi

Meriam yang di guna pakai satu ketika dulu

Watch tower ini di gunakan sebagai tempat menyalakan api untuk sebagai isyarat kepada watch tower yang lain sekiranya ada musuh dan sebagainya

Pintu kayu watch tower

Dari watch tower 3 kat bawah tu kena naik ke watch tower no 2. Jarak tak jauh tapi boleh tahan la letih

Banyak kali gak la berhenti. Tak sanggup nak hisap rokok dah. Untuk cover mengah tak bagi orang dengar, so pose pose lah ambik gambar.

Sambil sambil tu memberi motivasi kepada diri sendiri supaya bersemangat waja untuk sampai ke watch tower nombor 1.

"Kemong Meng.. Kemong ! You can do it !!!!"

* tepuk tepuk bahu sendiri sambil menahan hidung yang kembang kempis kembang kempis kempus..

View dari watch tower no 2

Pakcik ni muka Komunis gila ek? Dia jual air kat watch tower tu. Cemana la dia orang angkat air air tu semua nak jual kat tempat tinggi cam ni. Tapi memang pun harga boleh tahan mahal so bawak air masak sendiri siap siap dari hostel. Tapi dia agak baik la. Semua orang dia dok offer nak ambik gambo.

Ni dia jual. Tak abis abis dia pujuk aku beli air

Watch tower ke 2

Atas watch tower ni ada platform

Dan ramai je yang suka nak vandal kat sini. Sah orang Mongolia tu...

Dari tower 2 daki anak tangga lagi menuju watch tower 1

Kelakar time ni. Sebab nak naik tu memang slow tapi kalau turun laju gila.

Aku berselisih dengan sorang amoi ni. Setiap kali dia turun tangga, suara dia bunyi ni je.

"Aiyak ! Aiyak ! Aiyak !"

Hahahahaha

Tergelak aku sorang sorang.

Keje aku kat sini adalah ambik gambar orang. Ada lah few times orang mintak ambikkan gambar. OK je lah.

Cuaca tak berapa menarik sebab mendung, so aku agak hampa jugak sebenarnya.

Yey ! Berjaya aku sampai jugak akhirnya.

Sedikit mengenai The Great Wall Mutianyu ni.

Great Wall di kawasan Mutianyu ini dibina pada zaman Dinasti Qi (550 - 557) sebelum di sambung pembinaannya sewaktu Dinasti Ming (1368 - 1644). Ianya menjadi tembok sempadan dan perlindungan di sebelah utara.

Pada asalnya Tembok Besar China ini di bina daripada batu batu dan lumpur sekitar 16 Century oleh Maharaja Jiajing berbentuk seekor naga yang panjang. Berjuta juta pekerja telah dikerah untuk pembinaan ini termasuk la askar askar yang bekerja sepanjang masa setiap hari untuk membina kubu dan tembok tembok ini. 

Dikhabarkan satu section sepanjang 3 KM di siapkan dalam masa 600 hari oleh 3000 pekerja.

Tembok besar China ini adalah antara objek yang boleh di lihat dengan mata kasar dari luar orbit bumi.

Dari Watch Tower no 1 !

Sewaktu sampai di watch tower no 1 ni aku agak pelik. Sebab tadi macam ada orang kat depan aku naik ke atas. Memang nampak ada yang turun balik dari situ, tapi mana pegi yang lain lain??

Ha.....

Apa?? Dah kena culik dengan UFO?

* korek korek idung lalu jentik taik idung ke bawah gaung

"Ini tidak mungkin !!"

Getus hati ku sambil bersandar di tembok dengan gaya James Bond. 

Kau ada guna ayat getus?

Laluan rahsia

Sebenarnya..... ada tempat rahsia !

Kalau sesapa dah sampai di watch tower no 1 tu, jangan terus patah balik. Ada laluan suram dan macam tak siap kat situ. Follow jer nanti sampai di satu kawasan yang belum restored.

Menciptakan memori terindah yang tersendiri !



Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

bersambung..........

10 comments :

  1. Boleh tahan kosa kata... Getus! Hehe... Suka pic no 2!

    ReplyDelete
  2. PM : hahah aku dah alih jadi no 1.

    kosa ek?

    hmmmm lama tak dgr jugak tu.

    Mya : toboggan tu mcm slide. duduk atas tu pastu dia slide turun ke bawah..

    kalau ke sana jangan lupa menchobaaaaaa

    ReplyDelete
  3. cun autumn foliage kat sini....tp duk mesia skng pun rasa macam autumn gak...abess pokok2 berkeringan berguguran...sobsss....

    oh kira mutianyu ni pintu plg jauh dan yg 1st dibina zaman dulu...tp tak ramai org pi eh...menarik tuh...teringin gler nakpi beijing esp great wall ni, tp bila nengok tangga yg steep giler tu, somput terus rasa!

    ReplyDelete
  4. Aku ada plan nak gi Great Wall ikut Mutianyu ni. Kekunun nak mencabar diri tapi nengokkan segala tangga nak didaki tu, rasa macam xlarat je. Ada gak kang yang x turun. Maustatin atas tu terus.

    Itu getus hatiku.

    ReplyDelete
  5. Meng memang bijak..naik cable car...memang sah sakit urat kaki karang.,...pasal kaki tu banyak berjalan....kaki kita bukannya besi.

    ReplyDelete
  6. Pak cik tu jual air ke, ke main lg pakaian nya mmg kalah OOTD pak cik jual air kt msia ni pakai kopiah ngan kain pelekat ehh ye ke
    Puas hati betul dpt tgk autumn foliage tu, dlm sakit2 kaki tu gigih jgk jln nyer
    Eeee korek idung pastu cuci tak :-)

    ReplyDelete
  7. curam gak turunnya...
    mungkin aku jadi cam amoi tu..
    instead of aiyak aiyak..

    aku ayoyoyoiii mintak nyawaaahh!!

    ReplyDelete
  8. DJ : tak payah nak jalan semua. naik cable car pastu pose pose kat 1 watch tower sudah.

    memang semput nak turun naik tangga dan patah balik !

    Mutianyu bukan la great wall pertama yang di bina. ianya bersambung sambung ke belah lain jugak. cuma yang kat sini no 1 tu start dari yang dah restored...sampai no 22...

    ReplyDelete
  9. BK : nak jugak bergetus getus.

    hahahah..

    boleh je la naik cable car pastu jalan few watch tower tu. sekali seumur hidup apa salahnya.

    MKL : kaki sakit satu hal..

    kaki kena makan dek kasut pun satu benda jugak. sedar sedar dah melecet !

    JM : pakcik tu jual air je... hari hari dia naik turun ke atas tu kot. siap pakai uniform tentera lagi. dia tunggu org ambik gambar dengan dia jugak tu, sebab tu dia pakai mcm tu.

    untung2 lepas tu org beli air dia jual.

    NanaT : hahahah. kalau susah susah merangkak je turun..

    hiks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...