Tuesday, March 18, 2014

13 - Berkelana Merentas Sempadan : Beijing : Tiananmen Square | Bird's Nest Beijing

Keluar keluar dari East Tiananmen Metro Station tu aku tetiba rasa nak pengsan !

Tiananmen Gate

Bukan nak pengsan apa. Nak pengsan sebab tengok orang ramai gila !!!

Hambik kau. Terkesima kejap aku tengok orang

"Hoi orang kampung... apakah yang kau lakukan di sini?"

* tala hailer kat semua orang.

Takde orang layan.

"Wahai semua manusia.. beratur berdua dua.. berambus dari sini !!!"

Lagilah orang tak layan.

Tak tau la mana datang orang orang ni tapi memang ramai gila !! Padahal Tiananmen Gate tu pukul 4.30 petang dah tutup.

Hari dah nak malam pun tapi orang masih berkeliaran.

Pedulikkan lah. Dah nama pun kat China, mesti la mana mana pun ramai orang. Tapi dalam banyak banyak tempat yang aku pegi yang aku komplain orang ramai, kat sini la orang betul betul paling ramai !!!

Apa ada di sini?

"Apa pandang pandang? Nak kena lempang macam buaya tembaga?"

Tiananmen Gate. Dulunya cuma keluarga di raja sahaja yang di benarkan masuk melalui gate ini ke Forbidden City sehinggalah dibuka pada 1911.

Tiananmen Gate ni merupakan bangunan yang di bina pada 1417 sewaktu Dinasti Ming (1368 AD - 1644 AD) di atas satu kawasan yang luas yang dinamakan Tiananmen Square.

Tiananmen Gate ni merupakan pintu masuk ke arah Forbidden City. Ia merupakan salah satu UNESCO site yang ada di bandaraya Beijing ini. Tiananmen Square ni menyimpan sejarahnya yang tersendiri di mana ini lah tempat dimana pertabalan dan majlis menamakan Emperor dan Empress di zaman dulu. Di sini la semua rakyat China telah berkumpul melebihi sejuta orang !

Dan dia orang still berkumpul sampai sekarang ni. Tak tau la sebab apa.

Rakyat biasa tidak dibenarkan memasuki Forbidden City melalu Tiananmen Gate ini sehinggalah tahun 1911. Ia hanya digunakan oleh golongan Bangsawan dan keluarga Di Raja sahaja.

 
Tiananmen Gate menjelang malam

Orang masih ramai berkumpul di sekitar Tiananmen Square mengadap ke Tiananmen Gate

Di Tiananmen Square ini juga terdapat mercu tanda Beijing yang lain termasuk lah Monument to People's Hero, Great Hall of the People dan National Museum of China

Dipisahkan oleh jalanraya yang lebar dan agak busy, so kalau nak ke belah sana kena ikut laluan bawah tanah.

Kalau nak tengok upacara menaikkan bendera setiap pagi kena datang ke sini sebelum matahari terbit !!!

Tiananmen Gate

Bangunan Great Hall of People

Tiananmen Gate di waktu malam

Suasana malam sekitar Tiananmen Square

Orang masih berkeliaran tak sudah sudah

Aktiviti melepak kat tempat yang menjadi ikon bandaraya Beijing ini

Bangunan penting di Beijing

Beijing Subway

Tadi masa sampai aku turun di Tiananmen East, tapi lepas jalan kaki melepasi Tinanamen Gate tu, jalan terus jumpa Subway Tiananmen West.

Dari sini aku ambik train nak menuju ke Bird's Nest !!

Ambik subway Line 1, tukar ke Line 2 dan tukar sekali lagi kat Line 8. Exit Olympic Sport Center. Boleh tahan jauh jugak la dan agak stress sebab kena tukar line 2 kali.

Keluar keluar jer.....

Banyak orang main layang layang ni.

Aku boleh terkesima kejap tengok layang layang tu. Siap berhenti dan fikir.. cemana boleh jadi panjang cam tu. 

Ada orang jual la kat tepi tepi tu. Dan dia orang ni pantas je nak promo. Aku dah siap nak beli untuk Hero. Dah imagine dah ni nak main kat tepi pantai dengan layang layang terbang melayang panjang memanjang macam ni.

Sah sah orang tengok terkesima rama. 

Tapi bila aku check, layang layang ni di jual satu pack tu cuma ada 5 keping je. Maksudnya yang panjang panjang ni dia sambungkan tu banyak banyak sampai la sepanjang tu. Cis !!

Berapa ratus keping aku nak kena beli ni?

Terus tak jadi !

Pandangan pertama Bird's Nest.

Aku agak excited nak berjalan kat sini tapi sekali lagi orang adalah ramai gila !!!

Dan cuaca adalah sangat sejuk.... ! 

Bertahan la kejap dok ambik ambik gambar lebih kurang. Kalau malam ada pertunjukan lampu lampu kat sini. Kalau Bird's Nest ni nampak berwarna je la tapi kat Water Cube ada nampak kaler bertukar tukar...

Masa aku sampai ada game dalam Stadium Bird's Nest tersebut jadi tidak di buka untuk lawatan. Atau mungkin lawatan hanya waktu siang saja kot. Cost perbelanjaan untuk membina stadium ini adalah sebanyak USD428 Juta !

Bird's Nest

Mercu tanda

Water Cube

Indoor Stadium

Papan tanda

Bird's Nest Stadium

Water Cube - National Aquatics Center

Di kawasan sekeliling Olympic Center ni ada beberapa stadium lain. Tapi kebanyakannya tidak lagi di guna pakai selepas sukan Olympic tempoh hari dan menjadi projek gajah putih untuk negara China.

Tak de event event besar, orang pun tak nak menyewa jadi tempat tempat ni cuma jadi macam muzium je dah. Orang datang setakat nak tengok !!!

Tapi ada some part kat belah stadium tu ada memaparkan list list pemenang Sukan Olympic Beijing 2008 dahulu.

List list pemenang

Pingat Emas, Perak dan Gangsa

Haaa.. Jumpa pun !!!

Menara obor Sukan Olympic 

Cuaca bertambah sejuk dan nak hujan.

Aku just pusing pusing sambil layan lampu lampu kat Water Cube Stadium tu.

Water Cube, Beijing

Water Cube, Beijing

Water Cube, Beijing

Sekarang tempat tu dah jadi Taman Tema dan waterpark !!

Jamban. Tapi tak selera nak kencing !

Bird's Nest Stadium.

Dah abis pusing pusing tu aku pun dah rasa penat. 

So ambik subway balik ke Dongsi Station dan terus pulang ke hostel.

On the way jalan kaki nak balik hostel tu ingat kedai halal tu bukak lagi. Rupanya dah tutup. Cis..

Kecewa, melara...

Untuk malam yang kesekian kalinya, aku terpaksa makan Maggie Cup perisa Tomyam tu... ( aku bawak 1 pack yang ada 6 tu.

Muka pun dah rasa macam maggie je ni !!!

Kaki adalah sakit berjalan banyak gila hari ni. 

* baling kasut baru tepi pintu

Tapi aku puas hati dan gembira sebab dah sampai Beijing, so penat sikit tak apa !



Dalam benak tersimpan kenangan
Yang tak kan kubilang pada semua
Dalam ingatku ada namamu
Belahan hatiku waktu dulu

Masih terasa kita bersama
Indah dan tak indah berdua
Jemput aku dalam kenanganmu disini

Tak ingin kulepas kenanganku
Karna kutahu ini berarti
Walau kau tak lagi disisiku
Tak apa....

Tambah excited dan tak sabar sebab esok nak tengok salah satu keajaiban dunia !

bersambung........

13 comments :

  1. haih.
    dorang ramai-ramai tu tak maghrib ke.
    patut ko laung azan je Meng..

    Ihiks.

    ReplyDelete
  2. gigih ko cari nama Lee Chong Wei kat dinding tu..

    Bird Nest and Water Cube tu memang menarik..architectural and engineering feat..

    ReplyDelete
  3. aku teringin sgt nak pi stadium olimpik tu tp buat masa ni Beijing hold dlu...redakan dulu keadaan...hehehe (mcm takde kaitan tp kadang aku ni lemah semangat)

    ReplyDelete
  4. walaupon aku ada bad experienced ngan imigresen china tp aku tetap nak gi beijing cuma xtau bila hehehee....

    ReplyDelete
  5. okeh mesti nakpi great wall sok nih...tak sabar nak tunggu!yeah...

    ReplyDelete
  6. NanaT : bagus idea tu.

    tapi kan org cas aku mental lak kat situ.

    Nohas : agak gigih la sebab gelap kawasan tu. pastu terngendap2 mcm nak skodeng apa je nak mencari..

    cari yang kat paralympic tak de lak nama malaysia. ke tak pernah menang? ke memang aku tak jumpa?

    bird nest tu memang lawa. tu yang aku pegi 2 kali tu.

    huhuhuu

    ReplyDelete
  7. PM : tak pe. slow slow benda tu insya allah tak hilang. ada je kat situ..

    nanti dah reda skit buleh gi usha. jangan terperangkap dgns cam org jual mutiara la apa lah kat situ..

    naya kang

    HB : aku dah putus harap dgn china. skrg ni masih belum terbuka hati.. tengok la akan dtg tak tau lagi...

    ReplyDelete
  8. DJ : ..... bila nak ke beijing pulak tu???

    ReplyDelete
  9. Bejing...sekarang Orang Amerika tengah sekodeng..hihihi

    ReplyDelete
  10. Masih risau nak naik mas ke beijing selagi x ketemu dan tahu punca kenapa ia hilang
    Tianmen square tu manjang je ramai org walhal bukan ada ape pun kan just like dataran, hiks ye lah rakyat china kan ramai. So kiranya abg meng x masuklah forbidden city tu skodeng gundik :-)

    ReplyDelete
  11. MKL : skodeng nampak apa??

    JM : tak dpt masuk forbidden city tu.. kena forbid !

    tak de rezeki. tak pe lah.

    tak dapat naik MAS, naik je la air asia X !

    ReplyDelete
  12. bangganya bila tenguk nama malaysia terukir kat tepi dinding tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangga gak la . memula nak kembang2 kan idung gak tapi tengok kiri kanan takde org. tak jadi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...