Agak gembira rasanya sebab tiket Hi Speed train esoknya ke Suzhou tu ada !
Memang time ni aku confirm la aku tak jadi pegi Hangzhou. Tak pe lah. Tak de rezeki. Tapi tiket Suzhou tu agak limited dah sebab kira last minit. So tak de assigned seat. Aku pun memula tak perasan. Janji dapat tiket so aku boleh plan untuk ke Suzhou esoknya dari Shanghai ni.
Lepas dapat tiket Beijing dan Suzhou tu aku ambik Metro balik semula, transfer line kat People's Square dan tukar Line 1 ke Shanghai Railway Station !
Di sini la hotel yang aku book untuk 3 malam seterusnya aku di Shanghai !
Memula aku plan nak dok hostel jer tapi aku memang nak cari yang single room. Sebab aku tak comfortable sharing sharing ni dengan barangnya, dengan privacy dan susah jugak nak solat. Tapi sebab last minit cari cari tak jumpa hostel yang betul betul menarik. So aku terpaksa keluar sikit dari downtown dan aku jumpa hotel ni dengan harga RM 37 satu malam !
Single room !!
Hahahaha.
Apa lagi. Aku book terus lah. Plus ada wifi apa semua. Tengok pun tak jauh, few stations je dari downtown. Cuma kena naik subway lah.
Hotel ni letaknya berdekatan dengan Shanghai Railway Station.
So dari Hongqiao Railway Station tu terus ke sini. Lagipun hari dah petang. Banyak buang masa beratur nak ambik tiket tadi plus aku memang bangun lambat kan hari ni. Hehehe.
Sampai kat station terpinga pinga tak tau nak exit mana. Nasib baik ada address dalam tulisan Chinese. Tanya kat kaunter tu so dia bagitau exit mana. So senang sikit.
Tapi keluar dari exit tu belum nampak pun hotelnya. Tawakal je la. Nampak bangunan bangunan dan adalah aku tanya tanya orang. Berjalan lebih kurang 1 KM jugak la akhirnya baru jumpa. Tu pun memang buang masa jugak nak cari hotel ni.
Tup tup..............
Amersino Hotel
Sebenarnya boleh nampak bangunan ni dari jauh, tapi sebab tulisan Chinese.. haram la tak faham. Memula aku rasa agak jauh jugak dari subway station tu tapi lama lama dah biasa kiranya OK lah.
Hotel ni terletak betul betul depan balai polis !
"Abang polis, tolong jaga keselamatan kawasan ini !!!"
Hotel memang Cina gila la. Receptionist tak paham English tu standard lah. Tapi cakap itik ayam pun asal boleh faham sudah. Sama jugak, dia mintak deposit tapi aku tak risau sebab hotel yang semalam pun dia pulang balik deposit tu. Cuma pastikan simpan resit tu jer.
Aku dapat tingkat 4. Masuk masuk...
Oh katil. Kenapa kau memanggil manggil diri ku...
Bilik air
View dari bilik
Bilik dia tak de la besar sangat. Tapi en suite lah dan katil dia queen size bed. Kira cukup selesa untuk aku sorang sorang plus dengan harga RM37 per night.. well.. apa nak komplain lagi? Wifi pun laju !!!
Sampai tu aku lepak lepak jap dan bersihkan diri. Hari pun dah menjelang petang nak malam. Memula macam malas nak keluar bila fikir jauh jugak nak menapak ke Metro tu. Tapi.. aku tak banyak masa. At least aku kena pegi somewhere or buat sesuatu. Kang rugi jer hari ni tak ke mana mana.
Lepas bersiap siap then aku keluar. Ingat nak tengok sunset tapi timing salah. Pukul 5.30 tu dah nak gelap. Redha je lah.
Jalan ke Metro, ambik train dan transfer line, aku turun di East Nanjing Road ! Tak lama pun dalam 20 minit je, cuma sebab Metro Shanghai ni besar gila, sekali nak tukar line tu nak menapak jauh gila. Turun naik escalator. Paling tak best, setiap kali nak tukar line kena scan beg !!
Masa ni macam dah terror sikit naik subway.
East Nanjing Road
Keluar keluar dari subway station terus nampak kedai kedai.
East Nanjing Road ni merupakan kawasan membeli belah yang utama di Shanghai. Di sini la banyak kedai kedai dan butik butik. Kiranya macam Bukit Bintang lah.
Tapi sebab tak tau arah mana nak tuju. Aku terus je jalan ikut suka hati. Orang agak ramai. Tapi asal berjalan je nanti ada orang tegur.
"Hi Sir... where are you from?"
"Malaysia"
"You wanna buy watch?"
"No?"
"Massage?"
"No"
"Sex?"
Aku pandang dia.
"Kau dah kenapa????"
Malas layan.
Bukan sorang dua tapi every 20 langkah akan ada orang tanya soalan yang sama. Pembukaan ayat adalah..
"Hi Sir.. where are you from???"
Pastu mesti start dengan jam dulu, pastu massage pastu baru sex. Cakap je la sex terus kan senang?
Memula aku berhenti jugak bila dia orang start tanya tu, lama lama... malas layan !!
"Beautiful ladies. Chinese.. Mongolian? Which one you like?"
Nak je aku luku luku kepala dia orang ni. Masalahnya bukan lelaki je yang tanya. Mak mak ayam pun ada. Pastu sibuk la ikut selagi kita tak layan.
Well benda tu biasa. Memula macam awkward lama lama buat bodo je lah.
Salah satu bangunan
Laluan di East Nanjing Road ni memang ramai orang. Ramai gila gila !!!
Kedai pun banyak. Pilih la nak beli apa, nak cari apa semuanya ada kat sini. Mak dengan Ayah je tak der !
Aku excited tengok lampu lampu dan kedai kedai ( tak singgah pun ) dan jalan ikut suka hati sampai agak jauh la then aku realized aku silap jalan !
Cahaya neon
Orang berjalan jalan
Salah satu bangunan mall
Aku memang plan nak ke The Bund. So keluar dari subway tadi aku jalan ke arah kanan. Sebenarnya semakin menjauh dan The Bund tu sepatutnya ke belah kiri.
Tapi tak pe lah. Jalan je buang masa.
Dah la silap jalan pastu tetiba sampai London. Hehehe. Ini masih di Shanghai jugak
Orang tak payah cerita la. Siap orang sakit mintak derma duduk tepi jalan dengan katil katil... Tak ke bertambah pening?
Sebab dah tau salah jalan, aku patah balik semula.
Dan macam biasa. Penawaran sex adalah berleluasa...
"Watch?":
"No !"
"Massage? Sex?"
Aku dah boleh buat stone time ni. Cakap la apa kau nak cakap. Ikut la. Aku akan buat bodo jer. Tapi panas hati jugak, nak je aku tanya dia balik.
"Sax-ophone Kassim Selamat ada kau jual ?"
"Sax-ophone Kassim Selamat ada kau jual ?"
Keywordnya.. jangan layan dan buat buat tak faham !
Bangunan Hotel
Anjing ni besar gila
Kedai Apple di Shanghai
East Nanjing Road
Dah patah balik tu jadi jalan kaki tambah jauh. Tapi layan tengok orang je pun OK. Sedar sedar dah nak sampai hujung dan abis East Nanjing Road ni.
Tapi abis tu cuma laluan yang tak de kenderaan tu je. Lepas tu ada jalan lain lagi. Aku nampak memang macam ramai orang dari arah sana so aku assume betul la tu. Cuba jugak mintak kepastian tanya orang.
"The Bund?"
"Sorry... I dont know"
Tak tau lah The Bund ni dalam bahasa dia orang apa benda. Semua macam tak tau je. Tapi sebab aku nampak banyak Mat Salleh jugak jalan kaki ke arah sana so aku assume betul la kot.
Dan aku lebih pasti bila nampak bangunan bangunan dan bertukar dari kechinaan kepada agak colonial !
Haaa.. sudah hampir...
Sampai di hujung jalan tu nampak orang makin ramai.
Ramai gila gila !! Padahal malam dah ni. Then nampak cahaya bergemerlapan dengan bangunan pencakar langit dari arah sebelah sana so aku pasti yang aku dah sampai di The Bund !
Bangunan bangunan di The Bund
Dan di seberang sana, Shanghai Skyline. Nampak Oriental Tower, Shanghai World Financial Center ( ke tiga tertinggi di dunia dan tertinggi di China ) dan Shanghai Tower ( tak nampak lampu sebab masih dalam pembinaan - bakal menjadi bangunan ke dua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa)
The bund dan Pudong ( yang banyak bangunan tinggi tinggi tu terletak di sepanjang Huangpu River. Di sinilah Shangai dibangunkan dengan cuma bangunan bangunan tinggi disebelah Pudong dan The Bund yang menampilkan bangunan bangunan berbentuk French Colonial yang menempatkan banyak bank bank, institusi kewangan dan sebagainya. Di bahagian The Bund ni, tiada bangunan tinggi dibina dan sebab tu lah bangunan tinggi tinggi tu di bina di belah Pudong. Kiranya The Bund ni menggambarkan Shanghai dulu dulu kala.. dan sebelah Pudong tu Shanghai masa kini yang dah pesat membangun !
Untuk pengetahuan, Pudong/Shanghai merupakan bandaraya ke dua paling banyak di dunia yang memiliki bangunan bangunan tinggi melebihi 400 meter selepas Chicago !
The bund terletak di kawasan yang bernama Puxi !
Hahahaa.
Kalau orang tanya.
"Kau dok mana?"
"Puxi"
"Eh.. aku tanya kau dok mana?"
"Puxi lah !"
Hahaha.
Oriental Tower di sebelah Pudong
Finally aku dapat tengok sendiri menara ni
So belah The Bund ni adalah port untuk tengok Shanghai Skyline. Memang lawa la dari sini. Luckily cuaca agak baik malam tu so boleh nampak lampu lampu dan bangunan bangunan di Pudong.
Tapi !
Orang memang ramai gila. Ramai gila gila !!!!
Orang ramai
Tapi tak de apa apa pun selain tengok bangunan dan skyline sebelah Pudong ni. Ada jugak la night cruise kalau sesapa nak cuba dan kalau rajin tunggu la laser show nya.
Macam aku hari tu aku tak tunggu. Tak pasti kenapa. Rasanya sebab macam dah penat sangat then aku decide nak blah je. Tengok orang ramai ramai pun buat aku pening.
Macam biasa sempat jugak aku jadi jurugambar ambikkan gambar orang lain.
Layan sikit lagi gambar gambar di The Bund.
Customs House - Symbol of Shanghai and the Bund
Salah satu bangunan di area belakang the Bund
Booth ambikkan gambar
Pudong Skyline
The Bund
Bunga bunga tepi the Bund.
Dah rasa agak puas aku patah balik ke East Nanjing Road untuk ambik Metro balik ke hotel.
Dah penat dah. Lagipun esok nak bangkit awal sebab nak ambik train ke Suzhou tu. Aku pun tak study apa apa lagi pasal Suzhou tu cuma print wikitravel je.
Jalan kaki patah balik ke arah Metro tu dengan ramai ramai orang.
Salah satu hotel
The bund dan Pudong area dari jauh
Masa jalan kaki nak balik ke East Nanjing Road ni, aku jalan belakang satu mamat ni. Dia dokong baby.
So baby tu dok la usha aku, aku pun saja la usik usik. Tapi tak sentuh pun.
At one time tu, nak cross jalan. Bapak dia ( aku assume lah ) nonong je jalan nak melintas then ada kereta dari belah kiri. Sebab aku perasan, so aku tarik bahu dia dan pegang baby dia sekali.
Dan dan tu, dia menjerit, pusing dan terus nak tumbuk aku !!!
Aku tergamam.
Dia menjerit jerit cakap sesuatu.
Dia menjerit jerit cakap sesuatu.
Pastu kereta tu brake terus langgar dia. Terus dia terjatuh. Tapi baby masih dalam pelukan dia.
Dia bangun tak puas hati lagi sebab dia ingat aku nak culik baby dia !
Bahalol.
Aku pun tak tau nak react cemana. Nak cakap, sah dia tak faham. Then dia bising bising cakap Cina.
Nasib baik ada orang belakang aku yang datang dan marah dia balik. Aku tak tau apa dia cakap tapi aku rasa dia cakap aku nak tolong selamatkan dia. Baru la lepas tu dia OK. Then dia cakap Chinese aku agak dia mintak maaf.
Aku tak faham.
Dan aku?
Tergamam lagi ! Dah la tetiba orang ramai berkumpul nak ambik tau.
Macam bodoh sekejap. Niat suci murni telah di salah ertikan. Nasib baik aku tak makan penumbuk malam tu.
Humanity restore - Failed.
Aku macam bengang jugak tapi more kepada terkejut sebab aku tak expect dia react macam tu. Salah kah aku?
Nak ke aku cakap aku orang Italy ???
Salahkah ku bila mencintamu sepenuh hati
sedang ku tahu pasti keluarga tak merestui
Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang
untuk kita berdua
Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua
Dari situ ku sedari mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki
Salahkah ku bila mencintaimu
mencinta sepenuh hati
Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang
untuk kita berdua
Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua
Dari situ kusedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa kumiliki
Salahkah.. salahkah
Salahkah.. salahkah ku..
Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua
Dari situ kusedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa kumiliki
Terus rasa macam down sikit. So aku decided nak balik terus lah.
Nak lepas sampai ke subway station tu ada la ramai lagi yang dok tanya tanya.
"Watch Sir. You wanna buy watch? Rolex"
"No"
"Massage?"
"No"
"Massage?"
Aku buat bodo. Memang mood merudum teruk. Aku jadi trauma. Macam macam aku fikir. Kalau betul kena tumbuk tadi apa akan jadi selepas tu?
Mungkin cara aku tak betul. Maybe kali ni aku kena lebih ignorance. Lebih buat tak tahu daripada ambik tahu pasal orang lain !
Mungkin cara aku tak betul. Maybe kali ni aku kena lebih ignorance. Lebih buat tak tahu daripada ambik tahu pasal orang lain !
"Sex? Beautiful lady Sir..."
Belum abis yang tu, datang pulak yang lain.
"Hello Sir.. how are you........ where are you from????"
Nak ke aku cakap aku orang Italy ???
Please on the second floor. Please apa pun tak tau. Ke pleased? Hahahaha
Naik train terus balik hotel.
Dalam subway. Ni sebab dah malam memang tak de orang sangat
Dan aku agak gembira sebab keluar dari subway kat Shangai Railway St tu jalan kaki ke hotel aku perasan ada kedai halal !! Yahooo..
Tapi ingat macam dah nak tutup so tak pe lah at least esok esok aku boleh singgah.
Kedai halal
Nampak kedai buah. Aku beli pisang. Air Pear yang aku kemaruk masa kat Guilin hari tu dan dinner malam tu makan maggie Hot Cup. Jangan tak percaya trip kali ni aku bawak bekal makanan !!!
Maggie hot cup untuk lelaki yang hot..... lalalalalarikkkkkkk
Lepas makan mood baru OK sepenuhnya. Maybe mood merudum tadi sebab perut aku lapar. Aku baru ingat cuma makan roti je pagi tadi.
Rest kejap, mandi dan solat.
Sekali lagi, solat tak kusyuk sebab tilam empuk sangat. Payah nak berdiri betul. Asyik asyik nak tumbang jer. Tergelak sorang sorang pun ada. ( iman senipis kulit bawang )
Aku dok study pasal Suzhou dan apa yang patut sambil sambil tu reply email opis sebab macam banyak benda nak kena balas. Cuti pun nak kena buat keje !
Sebab idea Suzhou ni datang sangat spontan jadi aku tak tau nak expect cemana tapi at least aku dah ada slight idea apa yang aku bakal lalui untuk hari esoknya........
bersambung...........
Susah gak jd Supermeng ni... Nk tlg org pun nyaris kena numbuk
ReplyDeleteDasatnya cara mintak sedekah, siap bwk katil lg.... Btw, bilik rm37 tu nmpk selesa jgk bndg bilik rm50
ReplyDeletenak buat baik memang banyak dugaan meng.
ReplyDeletejangan berenti utk terus berbuat baik.
Allah Maha Mengetahui *betulkan awning tudung
agaknya byk kes kidnap budak jenis gaye macam tu kot..tu pasal dia defensive semacam. apa-apapon, nasib baik rahang masih diposisi yang sepatutnya. hee.
ReplyDeletetak buat tektik pakai earphone macam biasa?
ReplyDeleteHahaha perlukah where are u from? Tapi buatnya dia cakap "Ouh Malaysia. Many book for sex" Mati kutu kat situ.
ReplyDeleteAku baca ayat "orang ramai gila gila" tu banyak kali. So memanglah hakikat tempat tu ramai gila2.
Aku rasa tu lah kot agaknya kenapa kes budak kena langgar van kat China dulu, xde sape datang tolong. Takut disalah erti.
mungkin jambul supermeng ko..dia x nampak kalau x mungkin dia takut gak...hehehe
ReplyDeleteanjing ke serigala tu? mcm serigala jekkkk...
bilik yg ni ok sikit kot xde la asew tido lam bilik air lagik...kan meng!!
wah....tahniah dah menulis..saya belum lagi sempat tulis entri tentang Shanghai lagi.
ReplyDeleteSehari je d shanghai cukup ke bang!
ReplyDeleteWahhh jauh berjln mlm tu kira tawaf keliling nanjing road tu eh
Byk betul dugaaan nya kena kencing la nk kena penumbuk lah biasalah kan tmpt org alhamdulillah semua selamat
Ehhh kenapa solat atas katil mesti bilik sempit like hong kong ek
Amir : apa la nasib.. sebab x pakai baju superman kot.. kalau spender kat luar baru org tau..
ReplyDeletetapi kang ramai nak tumpang ambik gambo pulak. hiks.
PM : bilik tu memang selesa. masih terfikir apsal la murah beno. tapi sebab jauh skit dari bandar agaknya..
Mya : thank u Mya..
* campak tudung fareeda second hand
NanaT : tu la. tu yang buat aku terpaku jap.
maybe cara kita tak semestinya betul di mata dia orang ni. so tak leh sesuka hati bertindak dan fikir kita je yang betul
Dr Singa : x boleh sebab malam. dia org x nampak pung.
ReplyDeleteBK : tanya dari mana tu rasanya nak memulakan conversation jer. lepas tu mcm mcm soalan mengarut.
so baik elak awal awal lagi..
semua tu permulaan kepada scamming. dia org buat mcm mcm utk hidup.
HB : niat suci murni di salah erti..
ReplyDeletenasib badan la. hahah. tapi x pe. lepas ni aku malas nak tolong2 org sgt dah..
buat hal sendiri je sudoh.
anjing tu memang besar. pastu berkeliaran tanpa tuan..
MKL : cepat mula kan.. peminat menunggu tu..
JM : haah bilik tu kecik skit. solat atas katil la sebab katil besar skit.
1 hari ok kot shanghai tu. tapi kalau nak best 2 hari la. cuma tak de tempat best mana nak pegi. tengok2 mcm tu je ok la...
nasib baik tak jadi apa-apa..susah gak kalau tak tau bahasa mereka ni
ReplyDeletehehhe....mcm2 tragedi November terjadi ye SM.....ari tu hampir2 kena kencingAN driver teksi, kali ni hampir2 pula kena tumbuk......lambat sangat SM beli pisang, kalo tak ble pukul dier balik guna pisang tu..:D
ReplyDeleteKak Ina KL : susah juga tapi boleh la setakat nak bercakap ayam itik...
ReplyDeletelama lama bila ingat balik boleh jadi bahan gelak.
Nanie : hahahah nasib dah nak terkena. redha jer ler...