Monday, July 7, 2014

Japan 2014 : Shirakawago

Diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1995 dan terkenal dengan farm house tradisional gassho-zukuri yang berusia lebih daripada 250 tahun.

Gassho-zukuri bermaksud "like hands in prayer" iaitu bumbung dan atap jerami yang menyerupai tangan yang sedang berdoa ( agama Buddha).  Gaya seni bina ini dibangunkan dari generasi ke generasi dan direka bertujuan untuk menahan salji yang jatuh semasa musim sejuk. Bumbung, dibuat tanpa sebarang paku, dan ruang loteng digunakan untuk cultivate ulat sutera.

Terdapat lebih kurang 112 buah rumah gassho-zukuri ini di kawasan Ogimachi Village.

Layan gambar dulu.

Shirakawa-go

Wada ke House

Jalan utama di Ogimachi Village.

Shiroyama Viewpoint

Shiroyama Viewpoint

Shiroyama Viewpoint

Shirakawago

Shirakawago

Shirakawago

Shirakawago

Shirakawago

Shirakawago

Shirakawago

Shirakawago - Ikan

Shirakawago

Shirakawago

Shirakawago

Shirakawago

Shirakawago

Port yang cantik dan menarik untuk feel feel suasana desa.

Kalau nak feel feel jadi gadis atau teruna desa yang keresahan.



Keresahan hatiku
Tiada siapa yang tahu
Deritanya batinku
Merana tiap waktu
Tiada siapa yang tahu

Kalau begini jadinya
Tak mungkin ku capai bahagia
Sungguh tiadaku menduga
Kau pergi tanpa relaku jua
Jiwaku merana dan hampa
Menangisku sepanjang masa
Kecewa melanda di jiwa
Tiada siapa sudi terima

Biarkanlah ku pergi
Bawa hati yang sepi
Merajuk ku sendiri
Tiada yang mengerti
Biarkanlah ku pergi

Untuk sampai ke sini ada few cara.

Selain daripada sewa kereta, cara paling senang adalah naik bas. Public bas hanya boleh didapati dari Takayama.

Malangnya bas dari Takayama ke Shirakawago tidak covered by JR Pass.

Tiket berharga 4,300 Yen (RM 136)  return beli dekat station bas Takayama. Tapi kalau nak murah naik tour bus contohnya beli dekat hostel ( J Hoppers Hostel offers 3,500 Yen return trip). Biasanya half day trip dah memadai. Tour bus ada 2 kali sehari, pagi dan petang. Sebaiknya pegi pagi sebab petang biasanya cuaca mendung dan berkabus sebab tempat ni dikelilingi kawasan gunung ganang.

Yang untungnya kalau naik tour bus dia bawak terus ke viewpoint di Shirakawago tanpa perlu memanjat sendiri. Terpongeh jugak kalau nak mendaki lagi lagi kalau musim sejuk beku.

Elok kalau book tour bus ni in advance sebab selalunya cepat penuh. Last resort, naik je bas biasa tu. Tiket beli di Nohi Terminal Bus sebelah Train Station Takayama. Jarak perjalanan dalam 1 jam dan view sepanjang jalan agak lawa dan bersiap sedia lah untuk masuk banyak kali terowong.

Tak de banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini kecuali tengok tengok dan merayap di kawasan perkampungan ni tapi view-nya agak different dan lawa juga. Bawak makanan dan duduk berkelah di kawasan Shirawakago dalam suasana tradisi peladang Jepun macam ni pun menarik juga.

Ada few rumah rumah tu yang boleh di lawati tapi kena bayar.

Apa apa pun, kalau berkesempatan boleh melawat ke Shirakawago ni. Paling cun maybe musim autumn atau snow. Price agak mahal tapi berbaloi.

Meng kata : Pegi ! Tiada dakwa dakwi.

16 comments :

  1. Ok noted autumn next year nk ke sini hahaha x habis2 nk verangan walhal sehari sebelum gaji dh menangis d mesin ATM

    ReplyDelete
  2. Saya teringin nak ke tempat ini. Cantik sangat. Terima kasih bagi tips ke sana. Pernah tengok video tempat ini masa musim sejuk dengan salji di atas atap rumah. Lawa.

    ReplyDelete
  3. subhanallah, lawanya... bulan 9 ni baru nak jejak jepun... aishh... ada banyak lagi tempat cantik...

    ReplyDelete
  4. Masya Allah, saliran air tu bersihnya sampai ikan2 membiak dengan jayanya...

    ReplyDelete
  5. Masya'Allah..
    Sejuk mata memandang.
    Kut dapat life yg mcm ni sambil layan skim pencen awal mmg la tersangat best.

    ReplyDelete
  6. eh eh bila masa dah start citer nagoya ni??

    ok...tpt ni mmg masuk list..yihaaaa

    ReplyDelete
  7. Walaupun bukan musim salji, dia still sejuk kan Meng? Lawanya tempat ni... ikan-ikannya nampak sihat...

    ReplyDelete
  8. JM : hahah sadis betul bunyi nya tu nangis depan ATM...

    kesian org beratur belakang tunggu lama lama..

    ada rezeki buleh la nanti pegi.



    NAaman : Ya prof.. time salji rasanya memang lawa.. boleh pegi la tu nanti...


    SJ : ya.. jepun banyak tempat cantik. bulan 9 tu autumn. ko kena pegi tempat banyak foliage lerr.

    ReplyDelete
  9. NM : ikan tu gemuk2.. pelik jugak kenapa org x tangkap. tapi bila fikir balik. ya.. dia org x heran la kot


    SAR : buleh pegi. tapi nak duk sini kang bosan le pulak...


    Liza : belum start lagi. ni baru preview. kemalasan masih melanda..


    JJ : :-)


    Ali : aku baru nak nasihatkan hang. tengok ikan tu jgn cuba cuba nak tangguk.. atau nak pancing..

    Haaa time ni sejuk lagi. org jual air pun letak air dalam kotak yang air longkang ni mengalir je nak kasik sejuk.

    x payah bubuh dlm fridge pun


    ReplyDelete
  10. Indah banget pedesaan di Japang Pak Meng. Bersih semua. sauran airpun bersih banget. Btw, Itu ikan di saluran air, ada yang pelihara pak Meng ? atau ikan liar ?

    ReplyDelete
  11. Bro tempat nie mmng sepi sedu ker.. Atau diorang nie semua dah jadi zomba..

    ReplyDelete
  12. GF : ngga pasti di pelihara atau yang liar. rasanya di pelihara.... tapi bagusnya ngga ada yang menganggu...


    MKL : banyakkkkkkkkkkkk


    DZ: sejuk la.. dia org tak berkeliaran. baik duduk dlm rumah je la kot.

    so kalau pegi time ni tak jumpa la peladang2 di ladang.. mungkin dok dlm rumah tarik selimut

    ReplyDelete
  13. Baca sekali lagi ..belum khatam nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadam baik baik... semoga di permudahkan urusan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...