Hujung bulan Ogos setiap tahun adalah tarikh yang di nanti nanti kan oleh Hero sebab masa tu lah jatuh birthday dia.
Sebelum birthday macam biasa la dia akan ayat aku nak apa sempena birthday dia. PSP lah, Game lah. TV lah. Handphone lah dan macam biasa aku tak layan.
Instead tahun ni sempena birthday dia tahun ni aku bawak dia jalan jalan dan celebrate lebih kurang.
Tak payah jauh jauh.. celebrate kat kota jer
Destinasi kami adalah ke Zoo Negara !!!
Aku pernah bagitau kan, aku sendiri pun tak pernah sampai Zoo Negara ni !!!
* nangis di tepi kaki gajah.
Jadi, kali ni.. pasti kan jadi.
Tapi masa kami sampai kat Zoo Negara tu orang punya lah ramai. Maybe weekend kot dan parking tak der !... Memang planning OR bawak bekal untuk makan makan dulu. Sudahnya lari kejap dari area Zoo dan riki punya riki kami gi picnic kat Taman Tasik Ampang Hilir !!
Lepak lepak santai
Piknik ala kadar
Ada drama tak best berlaku di sini.. Tapi nanti la aku citer
Lepas abis piknik lebih kurang baru la kami ke Zoo Negara semula.
Akhirnya.... sampai juga. Dah tengahari tu orang dah ramai keluar so parking pun dah OK sikit walaupun terpaksa pusing pusing keliling mencari
Sudah tentu tarikan di Zoo Negara kini adalah Giant Panda. Ni lukisan je ni.
Bertemu dengan Pak Belang
Raja Hutan yang macam dah tua jer
Harimau Bintang yang bunting !
Badak putih yang handsome lagi sado !
Kuda belang yang berbelang belang
Princess panggil ni Garifah !
Orang Utan
Flamingo
Seladang
Dah tentu lawatan ke Zoo Negara tak sah kalau tak gi tengok Panda. Tapi Panda Liang Liang dah beranak so kena kuarantin.
Nak tak nak kami masuk jugak la jengah.
Giant Panda Conservation Center - GPCC
Xing Xing !
Kejenya makan jerr. Dah beranakkan si Liang Liang dia relaks jerr buat tak pedulik
Menjadi tontonan umum
Dan dah berada di kawasan belah belah sana, kami singgah makan malam di Restoran Golek Golek Suasana Kampung.
Rumah lama yang menjadi tarikan
Tempat makan yang agak lain suasananya
Makan Ikan Bakar Sambal.. walaupun aku tak makan pun...
Dan cari masa kami bersantai sekeluarga lepak lepak di hotel.
Tujuan bawak dia orang lepak santai ni sebab minggu seterusnya aku ada trip keluar negara tanpa dia orang !
Dah lama tak merayap. Kegatalan sudah melanda diri !
Tujuan bawak dia orang lepak santai ni sebab minggu seterusnya aku ada trip keluar negara tanpa dia orang !
Dah lama tak merayap. Kegatalan sudah melanda diri !
Hotel pilihan. Saujana Kuala Lumpur
Lepak santai
Menikmati suasana
Damai
Dan acara berakhir dengan acara tiup tiup lilin sempena meraikan birthday Hero di Tony Roma's.
Anak Papa dah besar !
Dear Anak Papa,
Papa tahu.. semua manusia menginginkan sesuatu dalam hidup. Tapi abang kena pandai bezakan yang mana kehendak dan yang mana keperluan.
Papa tahu.. semua manusia ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Atas sebab itu kita kena selalu berusaha untuk menjadi lebih baik. Andai kita gagal, jangan terlalu kecewa. Redha dan jalani hidup seperti biasa.
Papa tahu... bukan semua manusia dilahirkan beruntung. Jangan dibandingkan diri Abang dengan orang lain. Andai kita tak cukup kaya. Syukurlah. Kita masih mampu berpakaian, makan dan minum.
Papa tahu... semua orang mahu cemerlang. Andai kata kita tak cukup bijak, syukurlah sebab kita masih punyai akal fikiran untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Papa tahu... semua orang berhak membuat pilihan walaupun pilihan itu salah. Supaya kita belajar untuk lebih bertanggungjawab. Be accountable dalam apa jua keputusan yang kita buat.
Semoga panjang umur dan sihat selalu.
Terima kasih kerana menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Papa tak de banyak duit nak mewah mewahkan dengan material dan harta benda, Papa cuma ada kasih sayang yang Papa tahu Insya Allah tak akan berkurangan.
Papa tahu.. semua manusia menginginkan sesuatu dalam hidup. Tapi abang kena pandai bezakan yang mana kehendak dan yang mana keperluan.
Papa tahu.. semua manusia ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Atas sebab itu kita kena selalu berusaha untuk menjadi lebih baik. Andai kita gagal, jangan terlalu kecewa. Redha dan jalani hidup seperti biasa.
Papa tahu... bukan semua manusia dilahirkan beruntung. Jangan dibandingkan diri Abang dengan orang lain. Andai kita tak cukup kaya. Syukurlah. Kita masih mampu berpakaian, makan dan minum.
Papa tahu... semua orang mahu cemerlang. Andai kata kita tak cukup bijak, syukurlah sebab kita masih punyai akal fikiran untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Papa tahu... semua orang berhak membuat pilihan walaupun pilihan itu salah. Supaya kita belajar untuk lebih bertanggungjawab. Be accountable dalam apa jua keputusan yang kita buat.
Semoga panjang umur dan sihat selalu.
Terima kasih kerana menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Papa tak de banyak duit nak mewah mewahkan dengan material dan harta benda, Papa cuma ada kasih sayang yang Papa tahu Insya Allah tak akan berkurangan.
Happy birthday,
Semoga menjadi anak yang soleh. Mentaati perintah Allah dan dengar cakap Papa. Papa tak menginginkan seorang anak yang SuperHero. Cukuplah seorang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Amin.
Stay rock'n macam Papa. Jangan stress stress. Hidup adalah untuk dinikmati bukan disesali !
Berdoa moga dipelihara oleh Allah selalu.
Yeah yeah yeah yeah
Mmmm
Bila berdepan tak bisa berbicara lidahku kaku
Jadi inilah hatiku didalam lagu
Aku tahu dahulu aku sering ingkar
Tahu aku selalu buat harimu sukar
Aku tahu ke arah kau ku tuding jari
Kerna satu aksimu selalu mengguris hari
Aku faham bila kau kurang memahami
Kenapa senang ku ingat susah ku memaafi
Suruhanmu sangat susah aku taati
Ini semua salahku tidak dinafi
Ku pikul dosa-dosaku ke akhir nanti
Kerna mengajar aku inilah cara lelaki
Aku tahu esok lusa kau pasti pergi
Aku tahu kau akan aku kebumi
Ku lakukannya tanpa airmata di pipi
Lihat kau akan hidup dalam anak-anak ku nanti
Hari ini ku tahu
Memori menghuni di pemikiranku
Ooo..
Akan mengungkap waktu
Sejarah masa depanku
Itu aku tahu
Aku tahu
Aku sering pergi
Menyepi berhari aku mencari rezeki
Ku kembali senyumanmu aku nikmati
Tawamu ku kecapi dan kasihmu ku selami
Ku tak marah kau kacau tidurku tiap pagi
Genggamanmu kecil hanya muat satu jari
Tapi didalam kampung hatiku kau gergasi
Tak sabar untuk hari kau sebesar aku nanti
Kalau aku berjalan ku mahu kau berlari
Ku tadahkan bahu kau capailah matahari
Ingat kau gergasi di bumi gegarkan paksi
Terima kasih kerna mengajar aku jadi lelaki
Kau perlu tahu esok lusa ku pasti pergi
Kau perlu tahu aku akan kau kebumi
Lakukannya tanpa airmata di pipi
Lihat aku hidup di dalam anak-anakmu pasti
Happy birthday hero. Moga menjadi anak yang soleh. Sayangi kedua papa n mama.
ReplyDeleteAmin. Terima kasih Seri Ezzaty
Deletehappy birthday hero.Hug n kiss untuk hero.Pesanan papa touching sgt.
ReplyDeleteThank you CC..... ala dia bukan baca pung... aku je yang terlebih emo
DeleteHappy birthday, Hero. Semoga cemerlang di dunia dan akhirat. Touching lak baca amanat papa Hero nih. * Bak tisu selai.. nak hembus hingus!
ReplyDelete* hulur tisu dengan monopod...
Deletejangkitan kuman nanti.
Tq Fayreen !
Selamat hari lahir Hero ... Moga menjadi khalifah yang berjaya dan mentaati perintah Allah dan papamama nye...
ReplyDeleteehemmm.... papa Hero mau kemana kali ni.... !!!?
Terima kasih.
DeletePapa Hero pegi Goa. Dah balik dah pun
happy birthday hero!
ReplyDeleteTq Uncle Agip !
Deletehappy birthday Hero. ingat pesan papa tu okay. semoga berjaya dalam pelajaran dan menjadi orang berguna untuk keluarga . :)
ReplyDeleteAmin. Insya Allah Mommy Cici
Deleteni pegi zoo nk puaskan hati papa ke hero? ahaks.
ReplyDeletehappy birthday hero! may Allah bless you and your family.
Hahaha.... puaskan hati bapak dia ni la dulu.. ahaks.
DeleteTq John
Touching sungguh pesanan papa hero nih
ReplyDeleteHappy Birthday Hero..Semoga Hero menjadi anak yg soleh dan bahagia dunia akhirat..Allahuma Amin.
p/s: papa rock nk p mana tuh??
Terima kasih.. Doa kan yang terbaik je la buat dia.
DeletePapa rock gi ngorok. Hahahaha
Bro Supermeng, tlg sampaikan kat Hero ya:
ReplyDeleteHappy Birthday. Semoga dipanjangkan usia, murah rezeki, berjaya dlm pelajaran, menjadi anak yang soleh dan menggembirakan keluarga serta diberkati Allah SWT.
Tq Uncle Sukri...
DeleteAmin.
Happy Birthday Hero!!
ReplyDeleteSemoga sentiasa di bawah rahmat Allah...
Amin. Tq Liza
DeleteHappy birthday hero...
ReplyDeleteTerima kasih Uncle MKL
DeleteTunjuk le muka hero tu..
ReplyDeleteAlahai.. tak payah la. kang ramai pulak peminat dia
DeleteSanah helwa ya habibi.
ReplyDeleteSemoga Allah pelihara Hero dengan pekerti dan iman sebaik dengan nama Hero.
- ngences la Meng. Tergolek-golek jer udang dalam bekas mee goreng tu.
Terima kasih Auntie Sham... Harap harap la dia membesar bagai johan... badan dah johan dah tu.. hehehehe..
DeleteUdang dgn ayam kfc.... ayam kfc sedap lagi kot. heheheheh
happy birthday hero :)
ReplyDeleteTq Dzu !
DeleteBuat Hero ...
ReplyDeleteUncle doakan agar Hero menjadi penyejuk mata buat kedua ibubapamu ....
Meng;
So touching ler note kepada Hero tuh !!! Apa reaksi Hero bila baca note tuh???
Tq Uncle Ghaz.
DeleteDia belum baca lagi.. tunggu nanti2 dia besar kot dia terjumpa blog ni... dia tau la kot..