Baik lah. kali ni aku bawak korang semua jalan jalan di Kg Juara ni. Alang alang dah sampai sini, takkan kita nak bersedih hiba? Kena la jalan jalan ambik angin dan skodeng skodeng jamu mata tengok apa yang patut.
Ayuh meh... beratur berdua dua, pegang tangan kawan kawan.. nanti kang kena culik ! Peragut Wan Maimunah masih belum dapat di tangkap lagi kan?
Okey seppppppppppppppppp......
Memang aim aku untuk trip ke Pulau Tioman kali ni adalah untuk lepak dan menginap di Kampung Juara.
Ayuh meh... beratur berdua dua, pegang tangan kawan kawan.. nanti kang kena culik ! Peragut Wan Maimunah masih belum dapat di tangkap lagi kan?
Okey seppppppppppppppppp......
Memang aim aku untuk trip ke Pulau Tioman kali ni adalah untuk lepak dan menginap di Kampung Juara.
Dah banyak kali aku ke Tioman tapi aku belum pernah ke Kampung Juara ni.
Aku rasa ramai pun yang ke Tioman tapi jarang ke Kg Juara ni sebab kedudukan dia yang jauh dari tumpuan pelancong. Yang ramai ke sini pun biasanya mat salleh. So aku boleh feel feel kokesen jugak lah.. tapi versi mix Negro.
Aku rasa ramai pun yang ke Tioman tapi jarang ke Kg Juara ni sebab kedudukan dia yang jauh dari tumpuan pelancong. Yang ramai ke sini pun biasanya mat salleh. So aku boleh feel feel kokesen jugak lah.. tapi versi mix Negro.
Pantai Kg Juara, Pulau Tioman
Map Kampung Juara, Tioman
Pantai Timur Tioman masih merupakan bahagian kurang didatangi pelancong di pulau itu. Hanya ada satu kampung yang boleh dicapai melalui jalan raya.. Kampung Juara mempunyai pantai yang paling tenang di pulau Tioman ini.
Pantai berpohon kelapa, pasir putih halus dan laut yang jernih menjadikan pantai ini salah satu pantai terbaik di Malaysia. Aktiviti-aktiviti seperti berenang, snorkeling di terumbu karang berhampiran dan berkanu juga menjadikannya pilihan popular. Ia sesuai untuk mereka yang mencari kedamaian dan ketenangan.
Sebelum ini Kampung Juara hanya boleh di akses melalui laluan laut dan juga laluan denai pejalan kaki dari Kampung Tekek. Cuma baru baru ini, sebatang jalan raya telah di bina untuk menghubungkan ke dua dua belah pesisir Pulau Tioman yang berjarak sejauh 7 kilometer. Perjalanan dengan kereta 4x4 mengambil masa lebih kurang 40 minit dengar kadar bayaran RM35 sehala.
Now layan gambar gambar di Kampung Juara, Pulau Tioman.
Cuaca yang mendung tapi air laut sangat tenang
Pantai yang landai dan bersih
Jetty utama Kampung Juara
Pantai di sebelah kiri
Pantai di sebelah kanan
Terdapat beberapa chelat penginapan di kawasan Kampung Juara ini. Rata ratanya chalet biasa yang dibina ditepi pantai dengan harga yang agak berpatutan.
Kebanyakannya diusahakan oleh penduduk tempatan.
Kebanyakannya diusahakan oleh penduduk tempatan.
Antara chalet di Kampung Juara
Santai
Tenang dan hening
Kg Juara juga terkenal sebagai tempat santuary penyu
Turtle area
Kapal layar
Aktiviti suka air
Pokok tembikai
Satu lagi chalet yang di dirikan
Suasana yang tenang dan mendamaikan
Berkenu
Bermain pasir
Kawasan hujung teluk
Sesuai dengan namanya Kampung Juara, di sini juga ada penempatan penduduk.
Biarkan pun tidak ramai, tapi kemudahan asas seperti letrik, sekolah, jetty, masjid dan jalan raya dibina untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat.
Layan gambar gambar di Kampung Juara
Kucing di muka pintu
Ayam
Sungai yang mengalir
Sekolah
Rumah kampung
Rumah penduduk
Laluan kampung
Tanaman penduduk
Jalan raya
Dan sebenarnya, Kampung Juara ni ada 2 pantai dengan 2 teluk yang berbeza. Kedudukannya di pisahkan oleh batu di hujung teluk. Tetapi kedua dua pantainya landai dan pasirnya bersih.
Pantai pertama adalah berdekatan dengan perkampungan penduduk dan kemudahan awam. Dan pantai kedua lebih kepada banyak chalet dan tempatnya lebih sunyi dari kediaman.
Ada few chalets, perkampungan, surau, sekolah dan kedai runcit di bahagian berdekatan dengan jetty. Nak camping pun rasanya pantai ni lebih sesuai sebab banyak kawasan lapang.
Ni gambar gambar di teluk satu lagi di Kampung Juara ni.
Chalet
Pantai
Chalet penginapan
Pantai yang landai
Batu batu
Teluk Kg Juara
Penginapan aku
Overall, kalau mencari penginapan yang tenang dan damai, Kampung Juara adalah pilihan yang tepat. Kalau tengok pun ramai Mat Salleh belah sini. Cuma nak akses ke sini tu la agak mencabar tapi dengan kalau kedamaian yang di cari.. Kesulitan semua itu akan bertukar menjadi ketenangan.
Sunyi dan mendamaikan jauh dari hiruk pikuk dan kelibat ramai manusia lain !
ermenung ku sendiri
Menghayati kehidupan
Dalam mencari erti
Harapan serta peranan
Ku kan imbas kembali perasaan ini
Damai bak dedaunan
Bintang di awangan
Ku dewi kayangan
Damai di pelusuk hati
Indah tak terperi
Jiwa mengerti (oh sayang)
Mahligai impian ku
Di balik pelangi
Jauhnya di langit biru
Namun dapat ku hinggapi
Ku kan imbas kembali perasaan ini
Tiada kata yang bisa
Mengungkapinya
Keindahan terurai
Oh hatiku damai
Yea yea yea…
bersambung..........
Mekasih Meng share entry mencari damai..
ReplyDeletedamai jer baca entry ni di pagi yg sendu dgn jerebu..huhu.
sama sama...
Deleteskrg ni jerebu teruk benar.... nak rasa damai pun tak buleh.
Kg Juara terpencil sikit
ReplyDeleteyezza
DeleteCaj 4x4 tu per person ke 1 car
ReplyDeleteper person. nanti dlm tu ada la org lain2 yang nak balik ke kg juara
Delete