Wednesday, July 23, 2014

Jom Makan : Unique Seafood, Citta Mall

Kadang kadang mood nak makan ketam adalah memuncak !

Tapi tak leh selalu. Walaupun suka dan sedap tapi kena tahan diri.

Kisah ni berlaku sebelum puasa lagi. Jadi satu hari tu, kemuncak perasaan telah berada di tahap awan awangan. 

"Yang. Jom gi makan ketam !"

Aku ajak OR. Dia tak membantah. Budak budak je kalau bab bab seafood ni bukan suka sangat. Sebab tak nak makan..

Tinggal je dia orang. Biar Papa yang berperang dengan species berkaki banyak dan panjang ni. Lagipun kalau bawak dia orang kedai kedai macam ni, makan nanti aku tak aman.

Teringin nak try kat sini

Sebelum ni tengok je. Macam tak berani nak masuk. Takut mahal sebab kedai dia bukan korok korok punya.

The best part, kita boleh pilih apa yang kita nak makan, live dari akuarium !!!

Hambik. Masing masing cas cas lawa menunggu untuk di jadikan hidangan

Sebab aku memang niat nak makan ketam. So aku riki riki martin ketam ketam yang tampak jelita di dalam akuarium dan juga di pinggan nanti.

Tapi tengok harga adalah semacam nak pitam. Sekilo RM300?

Oh. Sesungguhnya diiri kau begitu berharga.... walaupun rupa mu buruk

Mahalnya ketam. Tengok udang pun lebih kurang jer. Padahal sama sama je tak jelita mana

Ini macam tampan. No? Tapi macam seram lak dah nak makan

Ada waiter tu bersungguh sungguh suruh aku try yang Snow Crab tu.

"No.. Too scary"
"This one? Alaskan Spider Crab?"
"Hmmmm I dont like the idea of eating an alien....  Let's get some familiar faces dan perhaps cheaper"

Dia tak leh membantah. Aku adalah pelanggan !

Tapi aku syak dia keji aku dalam hati.

We settled down with this one. Murah sikit lah. Dan muka tak ngeri sangat. Still... hmmmmm

Tu baru set set ketam.

Kalau tengok binatang lain.

Model model sedang memperagakan tubuh. Ikan yang bawah tu adalah tak hensem langsung dengan busana macam alas meja tu. Tapi tetap la mahal.

Geoduck? Anyone?

Setelah membuat pilihan. Duduk di meja dulu dan tarik nafas. Hembus.

Fuh Fuh Fuh.

Setting dalam kedai

Tak berapa ramai customer. Tapi waiter dia mostly abang abang Neps belaka.

Menu book

Menu yang ada

Menanti

Di hidangkan dulu dengan kacang parang ni. 

Aku minum air kelapa. Tak ingat berapa harga air kelapa. Tapi fresh dan banyak isinya

Fresh Orange OR punya. RM 6

Order Nasi Goreng Cina untuk kami berdua. Big plate RM 20. Just enough.  

Oh. Ada isu sikit. Ada barang barang tak bersih. Masih ada cili melekat.

"Tolong tukar. Kalau boleh tukar dengan alas meja sekali. Kalau boleh lagi.. tukar semua perabut yang ada di kedai ni. Kalau boleh jugak, tukar je lokasi !"

Aci cakap macam tu?

Mau aku kena halau keluar.

Ketam besar di dinding sedang memerhati

Makan nasi goreng dengan kicap dan cili. Sedap !

Dan ini la bintang malam ini. 

Artis istimewa yang di nanti nanti......

Ketam masak cili !!! Dengan mantou

Basuh tangan dulu. Makan dengan sopan tak jalan. Kena belasah dengan tangan

Habuan !.. Enak tak terperi. 

Ketam sangat fresh ! 

Besar dan banyak isi. 

Kuah masak cili tu sangat lazat. Rasa macam nak jilat pinggan. OR yang jarang nak puji makanan kat luar pun bertambah tambah. Aku tumpang seronok kalau dia jumpa makanan yang sedap.

Memang dia kata sedap. Aku pun setuju.

Berakhirla riwayat sang ketam

"Sedap Yang ketam dia. Nanti kita boleh makan lagi. Try yang telur masin pulak"
"Hmmm mahal. Setahun sekali buleh lah"

Hahaha. Potong  !

Dan ni lokasi Unique Seafood.

Lokasi

Cer teka harga semua?

RM 100?

RM 150?

RM 200 ?

Tettttttttttttt

Jawapannya.

Confirm tak leh makan selalu

Pork Free

Unique Seafood

Alhamdulillah. 

Kenyang.

Recommended? Yes. Kena dengan tekak aku. Try la sekali seumur hidup.

23 comments :

  1. selalu usha je kedai ni dari Chawan..
    I ingat non halal..(padahal nak lalu tengok pun takuttt sebab muka I rakyat marhaen sangat)
    geoduck tu hamende? macam alien betoi

    ReplyDelete
  2. oh... macam best, harga standard la macam tu, tapi... malangnya gua tak suka ketam, remeh dan messy... mungkin akan order oyster atau lobster kalau ke sini nanti, mungkin ;3

    ReplyDelete
  3. pitam nengok ketam2 tu semua.
    nengok rupa paras pitam. tengok harga pitam kali ke 2.

    ReplyDelete
  4. Huwwaaaaa x mampu tgk je lah sambil telan air liur sebaldi

    Service charge 5%? Ayokkkkk sudu pun cuci x bersih

    ReplyDelete
  5. hoishhhh..ok la tu rege tu abam meng..hahahhah..tp i is x suka ketam sgt..pyh nk makan loh..kalo ada org kuarkan isi baru la mkn..kehkehkeh..jgn kata MJ mengada okeh..wakakakka :))

    ReplyDelete
  6. brpa eko ketam ko rembat?
    dari kemerahan cili tu ternyata digoreng hingga terbit minyak...menandakan kuah ialah sedap tanpa syak wasangka lagi !

    ReplyDelete
  7. Dulu pun order ketam yg sama tp masak susu + kunyit tu... Trus nyesal x order chili crab cam ko ordertu...

    ReplyDelete
  8. aduhh terliur...apesal ko tak try king crab tu...muka memang scary, tapi sedap oi....ni rasa nak terbang pi korea skng gak ni...hahaha aku pernah makan king crab tu 1kg=rm60 je kat korea...kat sini smpi 5x gnda??choi punya harga...hahaha

    ketam masak merah memang tempting...tp ketam telur masin tuu lagiiii tempting...lapar aku wei....

    ReplyDelete
  9. Aku kalo tengok rega dia bukan pengsan je, silap-silap buleh koma terus. Aku memang suka makan ketam, tengok gambar pun dah rasa nak jilat pinggan kat dapur... huhuhu

    ReplyDelete
  10. Dzn : Geoduck tu rasanya mcm species2 kepah tapi tak de hidup kat malaysia ni kot. dan org malaysia jrg makan.

    ntah aku pun x pasti. selalu tgok orang putih je makan..


    Plain : kau ode cheese oyster tu. mcm menarik je. nanti khabaq aku sedap ke tak.


    Mya : tu la.. mahal sgt. beli kat pasar murah lagi kot. tapi masakan dia tu yang menarik tekak nak jamah...

    ternyata tak menyesal

    ReplyDelete
  11. JM : beli ketam kat pasar je pastu masak sendiri.

    eh JM pandai ke masak?

    hahahaha

    soalan cepu gangsa.


    MJ : kau memang nak kena kepit dgn penyepit ketam..

    tapi aku faham. sama la jugak mcm kalau makan durian tapi tak reti kopek durian.. ye dok?


    MKL : abang neps adalah abang abang nepal

    ReplyDelete
  12. NanaT : sekor je nyah. tu pun mahal. kalau aku ambik 2 ekor.. mahai lagi laaa


    Amir : masak susu kunyit tu cemana? jadi masak kari kot..

    aku nak try telur masin tu lepas ni..

    tak tau la bila..


    DJ : mahal sgt la. takut tak sedap kang menyesal je. hahaha..


    Ali : jilat dapur la kasik bersih.....

    habuk habuk buat kuih tu bersepah...

    ReplyDelete
  13. abam meng,sakit ooo kena kepit ng ketam..hahhaaha
    eh abam meng jgn x pcya okeh,durian my peberet so walau duri cmne pun i gigih tau kopek sendiri nak makn..hahhaha...terer dh kopek durian tuh =))

    ReplyDelete
  14. MJ : kalau pompuan pandai kopek durian tu kita terror la tu.

    eh kau pompuan kan?

    hahahaha

    ReplyDelete
  15. senget abam meng..kompom la i pompuan..kalo jantan x de la letak nama mak jemah..dh tentu jd pak ali tau x..hahhahah..
    sbb bende yg kita suka tu usaha kena lebih kan..hahhaha

    ReplyDelete
  16. MJ : btol btol btol. selamat hari raya Jemah

    ReplyDelete
  17. stiap thun annual dinner mkn sini...boleh try ketam msk telur masin, sedap giler...oyster cheese pun sedap giler..aduss...trliur la plak...hehe...
    (silent reader)

    ReplyDelete
  18. Nani : tu la nak makan ketam telur masin jugak..

    nanti la aku cuba semula....

    oyster aku tak makan. takut nak makan....

    ReplyDelete
  19. Kalau nak makan ketam yg lain ok lagi kut. Tapi hati2 dgn ketam telor masin. Pernah kena di kemaman terengganu. Kulit ketam tu dia org recycle. Terkantoi masa otw nakgi tandas. Taubat nasuha x pergi lagi kedai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish bahaya tu...

      lepas ni kalau beli pastikan ketam tu hidup dlm akuarium. so dia ambik depan mata....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...