Wednesday, July 9, 2014

Japan 2014 : Shinhotaka Ropeway

Plan asal aku sewaktu di Takayama selain daripada Shirakawago adalah ke Japanese Alps.

Memang keinginan memuncak especially nak try Tateyama Kurobe Alpine Route tapi malangnya waktu tu, route ni masih belum di buka disebabkan snow yang masih tebal di situ.

Jadi, sewaktu di Takayama, aku dok lepak lepak borak dengan orang hostel tanya apa yang patut, then dia suggest aku ke ke Shinhotaka untuk naik ropeway dan melihat Japanese Alps ni.

Sebenarnya aku pun tak sure sempat ke tak, tapi aku gamble je. Memang betul betul jadi Amazing Race time tu nak redah ke tempat ni dan make sure aku sempat balik untuk ambik train ke Tokyo.

"Kau nak tengok snow ya Abam Meng???"

Perjalanan ke Shinhotaka

One of the Ski Resort 

Japanese Alps

Pergunungan Gifu

Shinhotaka Ropeway

Satu satunya double decker cable car in Japan

Salji di bulan April

Cable car station

Pergunungan

Sayup mata memandang

Sejuk boleh tahan

Viewpoint di atas puncak gunung

Salah satu gunung 

Salji memutih. Cuaca time ni -3C

Snow Corridor

Salji

Shinhotaka

Mount Hotaka

Oku Hida  

Shinhotaka Ropeway ini adalah perjalanan naik cable car di atas gunung untuk menyaksikan pergununagan Wilayah tengah Jepun dengan ketinggian melebihi 1000 meter di pergunungan Hotake yang juga terdapat gunung ke tiga tertinggi di Jepun iaitu Mount Hotaka.

Feel feel berada tinggi di awan biru dengan view yang sangat awesome ! 360 degree gunung ganang dan salji memutih.



Inilah kisah cintaku
Terjalin cinta pandang pertama
Ku selalu ditinggal-tinggalkan
Menanti penuh kerinduan

Hatiku kau bawa pergi
Terbang tinggi di awan yang biru
Ku menanti dan menanti
Pelukkanmu yang kurindukan

Bawalah daku bersama
Terbang tinggi menemani dikau
Kupeluk, kubelai mu sayang
Dicelah kepulan awan

Kau tinggi di awan biru
Kuiringi dengan seribu doa
Putih hatiku menantimu
Pulang menemui daku...

Apa yang menariknya di sini, gondola atau cable car yang di gunakan adalah double decker dan merupakan satu satunya double decker cable car di Jepun ni.

Untuk naik ke puncak gunung, kita kena naik 2 cable car. Yang pertama cuma lebih kurang 200 meter je sehingga ke station cable Nabedaira Kogen. Dari situ kena tukar ke cable car yang lain untuk terus sampai ke puncak.

Dari station ke 2, cable car akan naik sehingga ketinggian 2150 meter. Terdapat station dengan viewpoint, restaurant dan pemandangan yang agak indah. Ada laluan snow corridor jugak di puncak. 

Cemana nak pegi?

The lower station of the Shin-Hotaka Ropeway is connected by direct hourly buses to Hirayu Onsen (35-45 minutes, 870 yen one way) and Takayama Station (90 minutes, 2100 yen one way). Get off at the final stop, Shin-Hotaka Ropeway. Paid parking is available at both the ropeway's lower station and at the Nabedaira Kogen Station, but buses serve only the lower station.

Hours: 8:30 to 16:45 (April to November)
9:00 to 16:15 (December to March)
Special extended schedules in August
Closed: No closing days
Admission: From the bottom: 2800 yen (roundtrip), 1500 yen (one way)
From Nabedaira Kogen: 2700 yen (roundtrip), 1350 yen (one way)

Tapi. Ada pakej untuk sampai ke sini harganya siap termasuk bas pegi dan balik dari Takayama ke cable Station Shinhotaka Ropeway naik turun sampai ke station puncak. Juga boleh singgah untuk lepak lepak di Onsen ( hot springs ) di salah satu Onsen di kawasan Shin Hirayu termasuk free snack.

All in pakej semua dalam 5050 Yen dan valid untuk 2 hari. Kalau ada banyak masa, boleh la try. Tapi kalau tak pegi onsen ni, ambik harga bas dengan beli tiket biasa pun lebih kurang je harga nya. Pakej yang sama kalau beli kat kaunter tiket Takayama Station berharga 6500 Yen. 

Tapi, pakej 5050 Yen tu cuma di jual di Lawson saja. Try cari Lawson Takayama, then bagitau pekerja dia sebab kena beli ikut machine dan machine tu in Japanese. Nanti dia orang tolong belikan, dan dengan voucher tu nanti pegi tukar di Nori station Bus sebelah Train Station Takayama untuk ambik tiket betul. Tak perlu reserve, just tukar voucher tu bila nak pegi.

Bas every day, dan last bas balik ke Takayama dalam pukul 4.30 petang. 

Aku tak sempat ke onsen (hot springs) tu which rugi jugak la, tapi memang tak de banyak masa dan agak rushing, aku gerak dari Takayama tengahari dan sempat ambik last bas dari Shinhotaka tu balik ke Takayama dan sampai balik di Takayama pukul 6 petang. 

Overall, recommended kalau berada di Takayama. But go for Tateyama Kurobe Alphine Route tu dulu, kalau tak boleh try ke Kamikochi ( pun masa tu belum di buka lagi ) dan kalau tak boleh jugak baru lah opt for Shinhotaka Ropeway ni !

Boleh jugak la nak feel feel bermain dengan salju sambil menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi dan mengecapi kasih Nya....

15 comments :

  1. canteknya Meng....
    and to think that I cud have gone there...rasain salju di tapak tanganku..akuuu adalahhh amarah amat !! *tuka jadi ijo

    taklah.
    aku dah habis redha.
    *tarik napas hela napas


    ReplyDelete
  2. Opocot! Terkejut eden ingatkan mokcik mkn sireh pinang jemput habang meng tu.

    Yeayyy! Dh dapat destinasi baru, dah nk start draft itie ni. Nampak x tamak di situ, org tamak selalu rugi Jm oiii

    ReplyDelete
  3. Abam Meng tak gi kurobe gorge? Emmmmm sapa pernah pi ni? Rasa mcm nak masuk dlm list...

    ReplyDelete
  4. Apa? -3C? Beku giler aahhh. Mount Hotaka cantik dari segi abstraknya Meng!

    ReplyDelete
  5. wah...abam meng yang gagah perkasa pun gagal nak kejar..apatah kami....tak sempat ke hot spring ye.....anyway lagu arwah sharifah ani best gila...

    ReplyDelete
  6. lupa pula alfatihah untuk arwah sharifah...

    ReplyDelete
  7. NanaT : tak pe la. x lepas tahun ni tahun depan ada lagi. percaya la. rezeki pasti kan ada utk org2 yang bersabar dan bertabah

    * betul2 kan serban


    JM : tak pe. orang tamak selalu dapat banyak !!!

    ingat tu...


    John : tebal gak la. cuak kot tertimbus jer..


    Liza : aku x pegi la. kau pegi la nanti pastu story mory morning glory..

    buleh je try.. sampai tateyama tu belasah je sampai nagano... tapi timing kena betul la.

    ReplyDelete
  8. ali : keliling keliling semua gunung.. nak cari hotaka tu pun tak tau. kena tengok map..

    banyak sgt gunung ganang... tapi view memang lawa la bro.


    JJ : yes.. very nice.


    MKL : aku tgh buat tribute ni.. lama tak dengar. sesekali dgr mcm best gak lagu tok pah

    * mati la dah seasoned..

    ReplyDelete
  9. Salam..Waa excitednya jumpa blog orang Melayu yang pegi Shirakawago ngan Shinhotaka Ropeway jugak ;) nak mintak advice bole?

    1. Pegi ni hari tu bulan berape ye? I plan nk pegi end of March, still ada snow kan?

    2. Yang pakej 5050 yen beli kat Lawson utk ke Shinhotaka tu include return bus ticket plus return tiket cable car ke?

    3. Berapa lama roughly spend time kat Shinhotaka Ropeway tu? nak main snow skit2la..

    Thanks!
    Karen~

    ReplyDelete
  10. KK :

    1. pegi hari tu bulan empat. end of march tak pasti ad alagi snow ke tak but time tu elok pegi snow corridor tu terus la. tak payah datang sini...

    2. yup.. plus dapat free lepak lepak kat onsen...

    3. terpulang.. paling cepat sejam.. paling lama sehari.. nak tidur pun boleh... tapi kena cari resort kat belah belah bawah la...

    safe trip nanti !

    ReplyDelete
  11. Wow thanks bro...
    Saya nak ke jepun next year (awal april) and sy agak musykil 'btol ke pada 6 april pun dapat tgk snow kat situ?' Sy pun baca la pengalaman2 orang yg ke shinhotaka ni and ni first time terbaca entry orang kita tulis pasal ni, hehe. So mmg btol le kita dpt tgk gak snow tu pada awal april. Sebab dia dkt alps kan. Mula2 memang nk pegi tateyama kurobe alpine route tu and kamikochi, tapi apakan daya, dua2 area tu tuup time tu.

    Sy plan nak ke kanazawa pulak lepas pegi shinhotaka ni. Tapi rushing btol la...maknanya btol la sejam tu paling cepat eh dok kat shinhotaka tu. Thanks bro sbb konfemkan.

    One more thing, saya plan nk ambik nohi bus from takayama to shinhotaka tu around kul 7 pagi (bas yang paling awal), dijangka sampai ke shinhotaka ropeway pd pukul 8.45 pagi. Shinhotaka ropeway punya time tu yg pling awal pukul 8.30 pagi.

    Persoalannya kat sini, adakah ropeway tu betul2 gerak sharp pukul 8.30 pagi, atau dia tgg smpi cukup org dulu dan baru gerak, atau mcm mana bro? (Maklum la...sy nak kejar masa...), saya takut kalau saya smpi pd pukul 8.45 pagi tu dan terpaksa tgg pulak selama setengah jam pulak ke untuk ropeway yg pertama tu. (Yg double decker tu sy tgk keadaan...kalau nmpk mcm masa mebgizinkan baru saya naik). Skrg ni nak tau psl yg ropeway yg kat lower station tu je .

    Apa pendapat bro?
    Sori sbb komen sy ni panjang sgt, tp dah alang2 kan...nk tya jugak cmna pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Kalau awal april kawasan ni masih ada snow lagi. Even kurobe tu pun belum di bukak awal april sebab snow masih tebal. End of April baru lah oke. Kena check website mereka dan tengok jadual bila tarikh dia orang buka.

      Yup. paling cepat kira sejam la... tu pun duduk kat puncak tak lama. Boleh la nak ambik gambo.

      Pasal ropeway punya timetable tu... haa dont be suprised, jepun memang on time.. silap2 lambat seminit pun memang kena tinggal. Dont worry about punctuality... kalau bukan sebab ribut taufan atau gempa bumi melanda... everything shud be on time as per schedule yang ada..

      Alang alang naik je la sekali sampai ke puncak tu. Skip pegi mandi mandi kat onsen apa semua. Make sure jaga timing. Insya Allah shud be oke. Sebagusnya duduk la setengah hari di Shinhotaka ni... baru boleh menikmati view dia.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...