Thursday, March 20, 2014

15 - Berkelana Merentas Sempadan : Beijing : The Great Wall Mutianyu - Part 2

Macam aku bagitau, kalau dah sampai kat watch tower no 1 tu, jangan patah balik terus !

Pose pose cantik dulu kat situ. Kalau cantik lah. Kalau tak berapa cantik, pose pose poyo pun boleh. 

Then bersiap sedia untuk meredah laluan semak semak yang ada selepas tu.

Kat hujung tu ada satu laluan yang memang bersemak, tapi sebenarnya akan membawa kepada watch tower yang asli, yang belum di restored !!!

View Great Wall China dari watch tower no 1

Watch tower yang belum di restored

Kebanyakkan watch tower yang ada yang dibuka untuk public adalah yang dah restored from the originalnya. Yang original dah banyak yang musnah sebab dah terlalu lama. Jadi yang ada pun tidak di buka kepada public. 

Jadi, di sini la boleh sesapa nak usha Great Wall asli yang masih belum di usik lagi. Masih preserved tapi masih belum di restored.

Haaa. Yang ujung tu lah memang yang asli 

Tapi kalau nak pegi tu memang bahaya jugak. Laluan memang tak de dan kawasan tu tepi tepi gunung. Ada couple mat salleh try pegi, tapi tak lama lepas tu aku nampak dia patah balik.

Aku saja tegur.

"Did you make it to the other tower?"
"No.. it is too dangerous"

So.. kalau sapa berani boleh lah pegi.

Aku just lepak kat tempat tu dan menikmati view yang sangat indah dan mendamaikan. 

Cuaca pun dah bertukar dari mendung kepada cerah. Ah. Lega.

Banyak pokok pokok ni

View The Great Wall Mutianyu sampai ke watch tower no 22 di hujung bukit sana. Kalau rajin boleh la menapak sampai hujung.

Layan view

Dan layan perut.

Aku lepak kat satu port situ dengan dua orang couple mat salleh tadik borak borak. Sambil tu perut dah lapar, dan aku bukak la bekalan makanan aku. Roti Gardenia !!!!

Tapi time ni roti ni dah expired !!

Tapi tu je la bekalan yang aku ada dan aku bawak. Kulapuk dan fungi belum berbunga lagi. Belasah je la makan. Ke nanti perut aku tumbuh cendawan?

Perut macam lapor dah lah mendaki anak tangga yang banyak banyak tadi.

Cuaca sejuk tak per, lambat sikit dia expired kan?

* sedapkan hati.

Nom Nom Nom...

Lepak lepak borak borak dengan couple tadi. Sambil tu aku dok ambik gambar dia orang. Nak je aku offer roti expired ni kat dia orang tapi tak sampai hati... Hiks.

Kang mati la mereka berdua. Aku tak per.. kulit perut tebal sebab lemak berlapis lapis.

Tapi memang view dari sini sangat lawa. Di tambah pulak dengan hutan hutan di Mutianyu yang sudah mula bertukar warna ni....

Close up watch tower yang belum di restored tu

Sedikit lagi fakta penting mengenai The Great Wall of China ni.

Dibina sepanjang 8,851.8 kilometer panjang ( 5,500 batu ). Ia menjadi perlambangan penting dalam sejarah China dan sejarah dunia kerana melibatkan berjuta juta rakyat China sendiri sewaktu pembinaannya. Kebanyakkan daripada mereka adalah rakyat biasa, petani, tentera dan hamba. Di bina hanya kerana Maharaja yang 'gila' dan mengerah tenaga mereka ini sepenuhnya.

Tempoh pembinanan sekitar 2,000 tahun bermula dari Hushan di Timur China sehingga ke barat melalui 8 wilayah termasuk Beijing dan Inner Mongolia. 

Digambarkan sebagai naga yang besar dan panjang di atas dan bawah pergunungan sehingga melintasi padang pasir dan padang rumput. 

Asalnya di bina sebagai fungsi ketenteraan sebagai kubu sempadan tapi sekarang sudah menjadi destinasi pelancongan yang utama di China. 

Few lokasi untuk tengok Great Wall di Beijing adalah seperti di Bandaling ( yang paling terkenal dan paling ramai orang ), Mutianyu ( yang paling cantik ) selain daripada Jinshanling, Simatai dan Jiankou.

Jadi, buat la pilihan yang tepat !.
  
Watch tower no 6 tempat aku memula start tadi

Lepas abis melepak lepak dan menikmati keindahan alam semula jadi kat situ, aku kena patah balik. 

Masa yang di berikan cuma 2 jam. Agak mencukupi la kalau nak berjalan dari watch tower 6 ke no 1 dan patah balik semula ke cable car station tadi.

Waktu sampai kat watch tower no 1 tu, aku terserempak dengan pasangan yang aku cakap muka Melayu tu. 

Tau dia orang tengah buat apa??

Tengah menconteng nama mereka di Tembok Besar China. Vandal betul.

Nak je aku sound sambil cekak pinggang.

"Korang ni kenapa gila menconteng conteng tak tentu arah ni? Lebih baik menconteng arang ke muka sendiri ! Di mana kah kesedaran sivik kamu berdua?"

Begitu.

Tapi tak jadi.

Instead, aku sempat tanya dia orang.

"Malaysia ek?"
"Tak lah. Singapore"
"Oh.. OK"

Nasib baik. Kalau Malaysian aku keji habis habisan ! Tapi Singaporean buat keje keje meng-vandal macam ni? Pelik jugak aku. 

Tak borak panjang sebab mereka gigih menconteng nama lagi. Aku rasa dia orang baru sampai kat watch tower 1 ni kot.

Aku bergegas turun sebab aku rasa aku dah lambat. 

Turun kat watch tower ni. Pakcik ni berbaju macam ni. Tapi sebenarnya jual air jugak !!

Dedaunan berwarna warni

Naga. gigi berwayar.. Sakit gigi jugak kah?

Cable Car dari puncak gunung

Kalau masa sampai tadi aku naik dengan cable car. Untuk turun, aku ambik pakej toboggan.

Toboggan ni adalah slide yang kita boleh slide down untuk turun ke bawah. Memang nampak cuak jugak tapi senang je benda alah ni dan paling penting... fun !!!!

Wajib try ni !!!

Duduk atas tu dan kawal brake

Slide all the way down

Phewwwww... syok gak la

Sampai bawah

Kedai cenderamata

Sampai kat bawah semula, banyak orang jual jual cenderamata. Macam biasa, harga mahal gila. Tapi boleh je nak nego habis habisan cuma aku malas nak beli lagi.

Aku cepat cepat turun sebab kena berkumpul di restaurant kat bawah tu untuk lunch ! Perut lapar ni weh. Aku dah berapa hari tak jumpa nasik ni !!

Kedai Makan Mr Yang

Kami lunch kat sini. Semua lah yang turut serta dalam tour package ni.

Terus horny meluap luap nampak nasi !

OK jugak lah. Makanan dia ada banyak sayur sayur so aku pilih mana yang boleh di makan je lah. Alhamdulillah mengenyangkan jugak. Gambar makanan tak ambik sebab aku segan. Duduk semeja dengan couple Italian yang satu hostel dengan aku, pastu ada couple Spain yang nak datang ke Malaysia lepas tour China dan ada satu mamat Chinese Singaporean yang cakap tak berhenti. Kiasu betul. Asal orang borak then dia menyampuk.

Semua dia tau. Semua dia pernah pegi. Semua dia pandai. Semua dia tak moh kalah. Couple Spain dengan Minah Italian tu buat muka bosan jer... sebab dia borak dengan aku tapi mamat tu sibuk menyampuk.

Semua orang buat muka keji malas layan. Last sekali dia tarbiah kat couple Italian yang lelaki tu. Bercerita apa bendapa ntah, then mamat Italian tu cakap.

"Sorry.. My english not so good............. !"

* pengsan.

Dan guide aku membebel bebel sebab couple yang Singaporean yang aku jumpa kat atas tadi tu tak turun turun lagi.

"These guys ha.. they were late this morning, I had to pick up another person and turned back to get them. Now they are late again !!"

Macam tu la dia bebel sambil teman aku isap rokok kat luar. Aku malas nak cakap aku nampak dia orang baru sampai time aku dah nak blah kat watch tower 1 tadi tu.

Lantak je lah. Bagi mereka masa meng-vandal di atas sana.

View Mutianyu yang sangat lawa

Aku ingat anggur betul tapi ropa ropanya... tipah tertipu............. !

Kami semua makan dulu. Tengah makan tu baru la couple Singaporean tu muncul dengan muka tak bersalah. Dia makan semeja dengan aku.

Oh. Macam biasa jugak pakej lunch macam ni biasanya tak termasuk dengan air. So air kena beli dan bayar sendiri. Aku bawak mineral water sendiri. Tapi minah Singapore Melayu tu baik hati, sebab dia order air satu teko, dia ajak aku share.

Terus tak jadi nak mengeji lebih lebihan.

Maaf terkutuk tadi. Next time, kalau nak vandal, silakan. Tapi jangan buat depan aku !

Dan kami berborak borak dan terus macam OK. Hahahaha.

Jadi aku maafkan mereka meng-vandal di Tembok Besar China tadi. Cuma kalau kat Singapore agak agak dia orang berani ke buat macam tu?????

Hiks.

On the way balik ke Beijing. Excited tengok keretapi lalu kat atas atas tu. Esok aku dah nak naik Trans Mongolian....

Abis makan, kami semua terus bergerak balik ke Beijing.

Sepanjang perjalanan masiing masing membuta kepenatan. Aku pun sama. Tapi puas hati lah sebab dah dapat jejakkan kaki di Tembok Besar China ni dan tengok dengan mata kepala sendiri sejarah kuno yang menjadi the greatest wonder of the world dan juga salah satu UNESCO site.



Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya ohhati lara

Jika kiranya aku bersalah
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki
Cinta ku jujur selama ini

Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu oh
Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku oh terus terluka

Oh… kasih tercipta…
Oh… carilah ku sayang…

Mesra suaramu kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kengang lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih

Pabila bersamamu debaran
Darah arus mengalir cinta
Lahir selamanya

Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah kasih tercipta
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah kasih tercipta

Oh…kasih tercipta…
Kini ku mengerti
Walau berbisa…
Ku rela kiranya kau bahgia…

bersambung............

16 comments :

  1. Aik? Dpt air seteko trus mesra? Klu dia bg nasik apekah Meng akan bg dia cat utk trus mengvandal? Haha

    ReplyDelete
  2. mcm seram je toboggan tu meng? kalau aku mcm tak berani kot. mau terbang bersepah tudung aku.

    kau mmg takde pendirian kan meng.
    sekali benci, sekali puji. :-p

    ReplyDelete
  3. Best cerita kamu ni.. Terima kasih dan teruskannnn...

    ReplyDelete
  4. hahahaha...ni la Meng yg aku kenal selalu wat 'u-turn', hahahaha, apa pon tgk tangga kat sini dah semputtt...kalau Meng boleh panjat, aku rasa aku pon boleh kot hehehehe...x gitu Meng??

    Tapi kat mutianyu ni nampak mmg x ramai org la..sebab biasanya kat mana ceruk kat china tu mmg penuh jek org...

    ReplyDelete
  5. singaporean lepas gian menvandal kat china. kat negara sendiri kang kene cekup. tu ko tak usha lagi backpack dorang...penuh chewing gum agaknya. pastu tepek2 kat wall tembok tu...art seh! heheee

    ReplyDelete
  6. ceyy hape punya org vandal kat tmpat2 mcm ni...huik dapat seteko air terus puji?hahahahaha terbaik!

    toboggan tu macam seram je...macam gayat je....eh mcm mana kalo break tak makan?langgar org depan x?org gemuk boleh naik tak?sobbsss....

    ReplyDelete
  7. "View tower #22 di hujung bukit. Kalau rajin boleh menapak"

    Itu bukan kes rajin ke hape, ni kes stamina tip top ke x. Tapi gigih ah ko few towers gak ko sampai. Tahniah!

    Hahaha lagi kiasu tau perangai dah dapat air seteko terus xjadi keji orang mem-vandal lebih2. Lepas gian kot kan, sebab kat negara diorang sah2 xbuat nye.

    ReplyDelete
  8. Hoyee jm boleh guess figure size abg meng lepas tgk roti tu heeeee matilah

    ReplyDelete
  9. Syoknya...termimpi-mimpi nak sampai ke tower no 22. hihihi

    ReplyDelete
  10. LOL JM !

    *psst JM. aku agak dia size 37 neh. slim ni dia kata boyak!

    ReplyDelete
  11. Amir : Oi.. keji aku la..

    aku kan mudah terpedaya dengan kata kata manis orang.

    hmmmph...

    salah tetap salah la.. cuma... err lantak la depa. hahaha

    Mya : tak terbang la.. benda alah tu boleh brake dengan tangan. pastu lepas slow slow. kalau tak tarik dia tak bergerak.

    insya allah selamat.

    kena try tu.. kat lain susah nak cari !

    pasal pendirian tu. errr. aku ni mudah je di gula gula kan.. tu yang kena scam tu kot.

    ReplyDelete
  12. Tahir : sama sama...

    merapek adalah kepakaran ku.. hahaha.

    HB : Mutianyu memang tak ramai orang compare to bandaling.

    Maybe sebab jauh skit dari Beijing kot.

    Ya betul. kalau aku boleh sampai 6 watch tower aku rasa untuk kau kacang jer la..

    ReplyDelete
  13. NanaT : Hahaha jauh sekali pemikiran kau. btol gak. kalau check dlm beg dia orang agaknya ada cat nippon pelbagai warna.. sesuai nak menconteng.

    DJ : boleh la..

    kalau gemuk lagi dia berat nak jalan. lagi selamat la.. lagi pun x laju sgt..

    BK : cable car ada yang naik ke watch tower 6 dan ada yang naik dari bawah terus ke watch tower belas belas.

    so boleh pilih nak start kat mana.

    oh. jiwa memang mudah di beli dengan secangkir tea cina !

    hahahaha...

    ReplyDelete
  14. JM : hahahah sampai ke situ.

    tak payah tengok size peha. tengook size roti tu je sudah.

    sekali makan boleh abis separuh plastik !

    tandanya apa tu???? hahahah

    MKL : kalau nak gi semua watch tower tu boleh makan satu hari kat sini..

    6-1 tu pun dah ok.

    18 - 22 pun ok jugak kot.

    NanaT : 37?

    37 tu dah macam tong drum tau. aku ni besar skit dari tong sampah.

    * lari keliling tasik kuruskan badan

    ReplyDelete
  15. Salam meng..
    toboggan tu kalau dah turun bawah..camne agaknya nak naik semula ke atas ek?

    tp subhanallah..view sgt cantikk

    ReplyDelete
  16. Riss : tak de org turun toboggan tu utk main main..

    dia 1 way je.

    naik dgn cable car, turun dgn toboggan ( bila dah selesai ). kalau nak naik balik kena bayar balik la cable car tu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...