Tiada apa yang boleh aku lakukan selain daripada lepak lepak dan tengok snow turun. Ada some part tu menyanyi sorang sorang cuba cuba menghiburkan hati.
Pastu berhenti sendiri selepas tidak mendapat tepukan dan sebarang reaksi dari peminat.
* sigh
Layan perasaan sendiri je lah.
Nak tutup pintu rasa tak syok, so bukak pintu la sambil tengok view kat luar. Sejuk bukan main.
Snow turun semakin melebat
Aku plan nak merayau sebenarnya tapi dalam keadaan macam ni, duduk kat dalam camp je lah tak buat apa apa.
Dihangatkan oleh api yang membara...... kau sehangat api !!!
Pastu aku dengar bunyi mesin gergaji orang potong kayu, rupa rupanya Pakhda potong kayu dan dia suruh Okhda datang hantar kat aku. Bekalan kayu api.
Boleh lah membuat pembakaran dengan lebih jitu sambil feel feel ada percikan macam bunga api dalam tent sendiri.
Okhda datang nak replenish kayu. Palca kat belakang sana.
Stok kayu api. Harap harap mencukupi.
Bunyi anjing ni menyalak tak abis abis. Ada dua tiga ekor.. Tak sejuk ke depa depa ni? Tapi memang keje depa ni menyalak tak henti henti.... nampak aku macam hantu ka?
Kawasan sekitar tent aku. Nampak tu ada anjing lagi.
Agak dah petang sikit rasa tak boleh jadi kalau terperap macam ni je.
Dah la malam muncul awal. Kalau aku tak merayap memang sampai sudah aku tak akan keluar berjalan di kawasan ni. Sepatutnya dalam tour aku ambik ni, ada ride kuda keliling National Park ni. Aku plan nak ride petang ni feeling feeling Marlboro High Country lah konon, tapi dalam cuaca macam ni.. no no no..
Kuda pun tak moh bawak aku agaknya.
So aku bersiap siap pakai busana menutup aurat yang bersesuaian dengan tema musim sejuk. Hampir menutup mata, aku keluar merayau jalan kaki.
Tak plan nak pegi sejauh mana, saja je lah.
Tapi dalam sejuk sejuk macam ni, nak ambik gambar pun satu penyeksaan sebenarnya.
Tapi dalam sejuk sejuk macam ni, nak ambik gambar pun satu penyeksaan sebenarnya.
Masa jalan tu nampak ada motosikal nun di sana...
Masa ni snow dah tak lebat tapi sejuknya.... gigi boleh berantakan... Kadang kadang rasa macam gigi geraham dan ambik posisi gigi depan.. ngeh ngeh ngeh
Ha... ada senja di sebalik bukit. Nampak je cerah tapi cuaca sejuk gila.
Menapak sampai ke batu penyu ni...
Nampak ada kenderaan masuk.
Ada budak budak berjalan then anjing ni mengekor aku jer keje nya. Tapi dia tak kacau. dia ikut jer.. Bila dia dekat aku perasan kaki dia sakit. Maybe dia nak berteman.. so aku biar je dia ikut aku kat belakang.
Then hari pun makin gelap. Sejuk punya pasal dan dah nak malam so aku balik je la ke tent
Sampai kat tent, aku rest kejap dan Bakhda datang bawak kayu api.
"Uh.. Uh..Uh..."
Macam tu dia bagi isyarat sambil beraksi suap makanan dalam mulut.
"Now?"
Aku pun beraksi jugak.
"Ya. Ya...."
Dia ajak aku ke tent dia untuk dinner. Aku ikut dia. Sambil tu mintak dia tolong charge battery camera sekali. Kat tent aku tak de power plug, cuma ada lampu jer tu pun tarik wayar dari tent dia.
Macam tu dia bagi isyarat sambil beraksi suap makanan dalam mulut.
"Now?"
Aku pun beraksi jugak.
"Ya. Ya...."
Dia ajak aku ke tent dia untuk dinner. Aku ikut dia. Sambil tu mintak dia tolong charge battery camera sekali. Kat tent aku tak de power plug, cuma ada lampu jer tu pun tarik wayar dari tent dia.
Menu dinner. Nasik dengan sayur goreng... Masin !
Nasi dia memang jenis berlemak sikit. Sayur dia agak masin. Lepas tu dia kasik aku cili sos. Boleh la nak makan sekadar nak hidupkan roh.
Malam tu aku lepak jugak la kat rumah dia. Tengok TV dengan dia orang. Nak borak borak dia orang tak faham. Cuma Martha je lah kacau aku then mak dia marah marah. Aku OK je.. Cuba cuba berbual tapi jawapan semuanya hampa....
Ada sekali Bakhda datang bawak kamus.
Tunjuk kat aku perkataan.....
'breakfast'
Pastu tunjuk dengan jari pukul 9.
Tunjuk lagi dengan jari kat page bertulis ...
"horse..."
Maksud dia lepas makan pagi esok pukul 9 then naik kuda. Aku angguk. Memang naya la kalau nak berkomunikasi lama lama macam ni. Boleh mereng aku di buatnya.
Palca ada jugak tapi dia kejap kejap masuk kejap kejap keluar. Tak tau la apa dia sibuk sangat. Tapi dia tak banyak cakap. Cuma senyum senyum tegur aku macam tu je ler. Okhda pun ada. Dia dok melayan anak anak Bakhda sambil buat keje keje rumah.
Layan TV tengok berita Mongolia... ( aku tak faham pun berita tu ).. then minum teh sebelum aku mintak diri untuk balik ke tent aku.
Balik nak ambik air sembahyang punya la seksa. Sejuk gila. Aku ambik depan pintu tent je pakai air mineral. Pastu nak kencing pun sama. Tak sanggup aku nak kencing kat toilet yang jauh tu. Sudahnya...
Creetttttttttttttt
Kencing depan pintu tent aku tu jugak....
Gila kau sejuk.... boleh keras anu..... nanti tak leh dah nyanyi lagu..
"bebaskan............. bebaskan............................!"
* pose pose Puteri Salju hentak hentak kaki keluar api....
"bebaskan............. bebaskan............................!"
* pose pose Puteri Salju hentak hentak kaki keluar api....
Masuk selimut.
Sebab katil ada 4 dan aku cuma sorang, so banyak bantal dan banyak la selimut aku boleh belasah. Pastu Okhda datang hantar kayu lagi. Aku bagi dia biskut suruh bagi kat Martha..
"Owk.. Owk.. Thankku......"
Thank you dia bunyi macam tu...
Pastu siap salam dan cium tangan. Hahahaha.
Tak abis abis dia remind aku suruh kunci pintu dari dalam. Aku angguk je lah....
Sebab aku bawak Ultrabook aku sekali so boleh la nak transfer gambar dan edit sikit sikit. Saja nak isi masa lapang. Then tak lama lepas tu Sarah pulak datang. Dia datang hantar battery camera dan charger.
Aku bagi dia roti pulak..
Yang ni main belasah cakap Mongolia dengan aku. Haram aku tak faham. Tapi aku mengiyakan je lah.
Then sampai dah mengantuk sikit aku pun tidur lah. Masa tu baru pukul 11 malam rasanya. Tidur dengan lena.
Tengah tidur tu tetiba aku terjaga. Jam pukul 1 pagi. Rasa sejuk gila babas.
Aku bangun tengok bara api tinggal sikit. Aku tambah kayu, sikit demi sikit tapi tetap tak hilang sejuknya. Betul betul sejuk malam tu. Ambik semua selimut balut diri sendiri. Hisap rokok nak panaskan badan. Tak panas jugak. Suasana kat luar agak mengerikan. Bunyi angin dengan salji berterbangan menghentam khemah aku dari luar. Sesekali bunyi anjing menyalak jauh je. Sayup sayup.....
Agak mengerikan jugak lah.
Agak mengerikan jugak lah.
Lama tu baru OK sikit. So aku lelap sekali lagi. Tapi bekalan kayu dah nak abis. Harap harap mencukupi la sampai pagi.
Terjaga lagi pukul 4 pagi.
Tambah kayu lagi. Tup tup sampai habis. Tak panas dah. Sejuk mencengkam diri. Memang aku rasa dah nak membeku. Dah tak boleh nak buat apa.
Rasa nak peluk menatang besi unggun api tu atau terjun je dalam bara api yang masih berbaki. Tapi kang melecur lah aku jadinya...
Kayu api abis. Bangku aku duduk dah paling dekat dan dengan unggun api tu tapi sejuknya bukan main lagi.
Buntu. Terfikir je nak bakar kerusi tu... sebab tak cukup kayu dah.
Ada terasa aku nak lari pegi ketuk rumah khemah dia orang. Tumpang tidur sana or at least dapat mintak kayu api lagi.
Tapi fikir, aku malas nak kacau dia orang. Tengok tent dia orang gelap je.
Dengan angin kuat gila dan salji berterbangan menghentam camp aku betul betul buat malam tu rasa sangat scary.
Aku tak tau berapa suhu waktu tu, tapi memang sejuk gila gila. Dengan angin, dengan salji berterbangan dengan bunyi anjing dan serigala............ Fuh !!!
Tapi ketakutan itu tak dapat mengatasi rasa sejuk yang mencengkam sanubari.
Ada niat jugak aku keluar dari tent tengok langit. Clear dengan bintang bintang bergemerlapan. Nak capture gambar bintang tapi tak sanggup nak keluar setting camera kat luar. Mau membeku aku tetiba.
Keluar kejap je pastu masuk balik. Lagi lagi kalau winter, langit clear lebih sejuk suhunya daripada cuaca bila langit mendung dan berawan !!
Pasrah dan berdoa sambil peluk tubuh sendiri. Ambik selimut dan balut diri sendiri selagi boleh. Dah macam macam fashion aku buat. Balut kepala macam Yuna? Tudung Bonggol Unta? Fashion Pocong??? Posisi mermaid menggeletis di unggun api ! Segala mala hijabista !!! Dah macam kuih gulung pun ada.....
Semua dah ! Tapi sejuk masih tak ilang ilang.
Gigi atas betul betul berlaga dengan gigi bawah...........
Dan dan tu la pulak, sejuk sejuk macam ni, gigi pun sakit semula. Tapi boleh tahan lah. Tak de lah sesakit masa kat Shanghai hari tu. Cepat cepat aku telan painkiller tak nak bagi meraung dalam sejuk sejuk beku ni.
Subuh ............ snow yang tebal dah hilang diterbangkan angin. Langit yang terang memang menambahkan lagi kesejukkan.
Matahari mula terbit
Sejuknya masih tak hilang. Is too cold for even untuk polar bear ! Hahahaa.
Dalam hati aku berdoa.. cepat laaa dia orang ni bangun. Aku dah tak sanggup lagi.
Masa ni la terasa rindu gegila kat OR. Rindu kat anak anak.. Uwa... nak meraung sorang sorang kat tempat jin bertendang ni.... !
Silap silap airmata pun beku dulu sebelum sempat mengalir lesu...
Tonight aku sendiri
Without you memeluk aku kasih
Where are you now ku ingin bertemu
Ungkapkan semua
How much i miss you
Haruskah aku berlari
Haruskah aku menangis lagi
Ku tak sanggup
Bila aku jauh dari dirimu
Ku tak sanggup
Bila aku jauh dari kasihmu
Where are you now
Kau dimana kuingin bertemu
Ungkap semua
Ungkapkan semua rasa rinduku
Haruskah aku berlari
Dan haruskah aku menangis lagi
Ku tak sanggup
Bila aku jauh dari dirimu
Ku tak sanggup
Bila aku jauh dari kasihmu
Hanya Tuhan yang tahu segalanya
Rasa rindu yang aku punya
Padamu hanya dirimu oh
Ku tak sanggup
Bila aku jauh dari dirimu
Ku tak sanggup
Bila aku jauh dari kasihmu
(ku takkan sanggup)
(bila aku harus jauh dari dirimu)
Aku tak sanggup
Bila aku jauh
Darimu
bersambung..................
ko lupa satu pesen Meng.
ReplyDeletePesen ketupat palas ! ~Heehe
Anyamkan diri mengggunakan selimut-selimut yang ada !
Pastu buat jumping jacks duplohkali.
Selain menghangatkan badan, pencairan lemak sebanyak *23 kali ganda juga turut dipercayai berlaku.
*mengikut analysis Doppler
Balik mesia terus enxem macam Keith Foo ko! *OR pun tak kenal.
1. Lagu apa yg apa nyanyi..mesti dorang tak paham bahasa Italy tu
ReplyDelete2. Kalau time sejuk snow ni duduk dlm camp sambil peluk2 ngan pasangan baru best..x lah sejuk sgt..tul x bang tp jm belum pernah try..ckp je
3.JM pernah dgr kalau sejuk sangat nanti bila kencing air tu terus beku sebelum cecah ke tanah..betul ke
4. Hahahaha..kelakar sejuk betul tu sampai kerusi nak di bakarnya
ko patut ambil selimut bakar baru la api marak dan x sejuk lg lepas tu...hehehe..
ReplyDeletekalau aku antara panas ngan sejuk biar panas lg, sbb kalau panas boleh mengipas kalau sejuk??
aku makin konpius ngan nama dorang adoii.. bakhda okhda sarah martha aku xtau yg mana satu dorang dah hahaha..
Xdapat nak bayang kalau ko bakar kerusi tu for real. Memang Mongolian banned Malaysian for good.
ReplyDeletePastu pagi Dol jemput ko "Nak ke aku hurai & remind ko cerita Altanthuya?" Tetiba.
gamak kalau kau bakar kerusi tu depa amukan tak dengan kau meng?
ReplyDeletecara kau cerita ni aku pun sama terasa kesejukan kau huhu..
besar nya anjing dia yang kaler hitam tu, macam beruang
ReplyDeleteFuhhh seram okeh duk mlm2 tu, sejuk2, sorg2...bunyi deruan angin kuat...anjing lg...pergh mcm citer antu omputih!!tp guna hero italian la plak....halamak, meletop ko!
ReplyDeleteNanaT : kalau jadi mcm Keith Foo buleh tahan la.
ReplyDeletekalau bungkus bungkus,. bukak balik jadi mcm FOO-KIEY..
naya !!!!
JM : lagu pok amai amai jer.. hahahah
Soalan no 2 tu memang boleh di jawab dengan senyuman sebab bersetuju sgt lah. tapi.....
peluk tiang je lah...
HB : btol. kalau sejuk melampau. baik la panas. ada gak la kipas, tak pun buleh je dok mengangkang sambil ambik surat khabar kipas2 mana yang berpeluh...
hahahaha..
motip kau beriya nak hapal nama depa.
Bakhda - mak
Martha - anak kecik
Sarah - anak besar sikit
Palca - Bapak
Okhda..MY BABY NO !!!!
BK : memang kalau terdesak aku bakar je. tapi sayang sebab kerusi tu kayu dia jenis kayu keras kot.
ReplyDeletenext time kena berjalan bawak penunu bunsen sendiri...kalau sejuk2..
Mya : kalau aku bakar aku diam diam je la tak kasi tau..
sedar.. je dah terbakar..
Farikh : buleh tahan besar.. pastu menyalak tak henti henti..
mcm lagu
"I'll rule... i'll rule... i'rule....."
macam tu
DJ : movie eh?
ReplyDeleteHero italian.. tapi makan belacan..
how? hahahaha..
pengalaman tu. lepas ni kalau nak pegi tempat2 sejuk kena prepare.
mati la tergelak ! hahahaha..
ReplyDeletehaip !! berdosa gelakkan orang !
Delete