Tuesday, March 25, 2014

20 - Berkelana Merentas Sempadan : Ulaanbaatar - Part 2

Sebab tak berapa tau nak tuju ke mana so aku jalan jalan je kat area Sukhbaatar Square tu tapi kali ni merentasi Peace Avenue yang merupakan jalan utama di Ulaanbaatar ni.

Mesti tertanya tanya kenapa kadang kadang dieja Ulaanbaatar dan kadang kadang di panggil Ulan Bator? 

Sebenarnya sama je. Tapi nama Ulan Bator lebih disebut dalam bahasa Russia.

Ni bangunan Central Tower yang ada LV tu

Palace of Independence

Ni university di Ulaanbaatar

Ministry of Foreign Affairs

Billboard wayang. Kalau tengok wayang memang tak faham apa agaknya

Salah tapi pavillion di Cenggis Khan Square sebelah dengan Sukhbaatar Sq.

Ni ke arah Stock Exchange Mongolia

Persimpangan di tengah tengan UB. Ada polis traffic jaga di tengah tengah

Pakcik ni jual buku tepi jalan

Papan tanda jalan

Lagi orang jual buku tepi jalan

Sepanjang Peace Avenue ni memang banyak kedai kedai dan satu part tu memang banyak mall dan restaurant. Kalau nak cari apa semuanya ada kat area ni je lah. 

Jalan raya agak sibuk. Kebanyakkan papan tanda adalah dalam bahasa Mongolia so agak payah nak tau. Tapi sign ada jugak yang in English.

Since aku jumpa satu kedai tulis souvenir aku masuk dulu.

Masuk dalam

Souvenir shop dia jual banyak hasil kerja tangan orang Mongolia, ada jugak t shirt apa semua. FM pun ada. tapi agak mahal. Kalau convert kat sini seketul dapat dalam RM8. Aku beli jugak lah 2 sebab tak tau murah ke mahal. 

T Shirt pun agak mahal dan kain tak berapa lawa. Lain lain cenderamata tak berapa berkenan aku nak beli. Just tengok tengok jer.

Tapi pekerja kedai boleh berbahasa Inggeris. Agak terkejut jugak la, walau tak fasih tapi dia orang boleh la bercakap. Berbeza sangat dengan di China.

Ni salah satu lagi kedai souvenir. Tapi sini FM lagi mahal !

Seperti yang di bagitau oleh budak hostel tu. Kalau nak cari cenderamata dan barang barang keperluan lain boleh cari di State Department Store di Ulaanbaatar ni.

State Department Store ni terletak di Peace Avenue jugak. 

So aku berjalan ke sana. Sambil sambil tu carik jugak kedai makanan halal yang boleh aku singgah makan. Agak kelaparan sebenarnya. Tapi memang tak jumpa.

 State Department Store

Tapi aku tak terus masuk sebab aku nak jalan terus dulu. Kat hujung jalan ni ada satu temple yang boleh di lawati, so aku jalan sampai hujung. Tapi ada sekali tu tengah berjalan tetiba ada satu mamat ni rempuh aku. Macam tak puas hati je. Kuat lak tu.

Terkejut gak la aku, pehal lak tetiba.

Aku toleh dia pastu dia bercakap something yang aku tak faham.

Sudah.

Adakah dia tahu aku dari Malaysia?

Adakah dia benci orang Malaysia sebab kes Altantuya?

Adakah sebab itu?

Adakah?

Macam tu soalan merapu bermain main di minda masyarakat !

Malas nak ambik port aku jalan je lah. Tapi mungkin sebab muka pelik sikit, memang orang tengok atas bawah lah. Tu pun aku dah abis tunduk, jalan pakai topi tak nak bagi orang perasan sangat.

Tapi kat sini la boleh tengok awek awek Mongolia. Lawa lawa jugak la dia orang ni, kena dengan pakai baju berbulu gibbon memang tambah comey... Tapi muka memang intense. Ke-ayuan tu kureng. Dressing je boleh tahan.

Jumpa satu upscale mall. Ada Chanel dan boutique lain. Tapi aku  tak masuk

Sepanjang jalan Peace Avenue. Kereta bersusun susun...

Dekat bukit sana tu la railway station tadi. 

Sampai kat hujung jalan ni aku rasa macam dah nak gelap. Malas nak cari temple yang di maksudkan tu. orang pun tengok aku mesti pandang atas bawah. Cuak gak lah.

So aku patah balik je. Jalan kaki di UB pun kena berhati hati sebab pemandu kereta ni bawak kereta ikut suka dia orang jer...

Actually aku nampak jalan ke arah temple tu tapi aku agak memang jauh kalau jalan kaki. Tengok dari jauh pun nampak biasa biasa je plus aku nampak ramai orang melepak kat tepi jalan tu buat aku jadi tak berapa berani.

Tak best rasa kalau tengah catwalk orang pandang atas bawah. So aku patah balik.

Misi kali ni memang nak masuk State Department Store tu je lah. Cari apa yang patut.

State Department Store tu macam mall biasa. Ada dalam 5 tingkat dan bahagian yang jual souvenir tu atas sekali. Memang banyak. Satu floor tu memang semua Mongolian Souvenir.

Belek belek barang tengok harga FM lebih kurang RM 7 seketul. So aku beli kat situ. T shirt pun dalam RM 25 sehelai. Sebab orang kirim aku beli 3 helai. Sedar sedar duit dah nak abis !  

Sebab aku tukar pun dalam 400 Yuan jer.

Ada balance simpan konon nak beli makanan. Pegi food court nampak la ada vege food tapi nak beratur punya lah ramai. Last sekali aku give up. Hari dah makin gelap.

Tapi aku sempat snap gambar ni dari atas State Department Store tu nampak skyline Ulaanbaatar. 

Skyline UB.. Bangunan tinggi tinggi tu dekat dengan Sukhbaatar Square tadi

Kawasan berbukit tu nama dia Zaisan. Aku ada plan nak ke sana untuk tengok skyline UB tapi sebab snow dah turun kat situ dan cuaca pun sejuk beku. Hari pun dah malam. Cancel je lah.  

Lepas abis beli beli barang kat State Department tu aku jalan kaki balik ke hostel.

Hari pun dah makin gelap. Makin cuak aku nak jalan kaki. Cuaca pulak semakin sejuk. Jalan kaki laju laju dan akhirnya sampai kat kedai bakery ni.

Bakery ni dah dekat dengan hostel lah. Sebab aku lapar aku masuk la beli roti ke apa. Nak alas perut.

Kedai bakery

Ni UB Guesthouse

Balik bilik rest kejap. Mandi dan solat. Pastu lepak lepak.

Yang bestnya WIFI laju gila. Seronok la sikit dan kat Mongolia boleh check blog. Hahah baru la rasa bernyawa. 

* rindu pada peminat.

Sebenarnya aku dok reply email opis. Banyak email nak kena reply walaupun aku bercuti. Gmail kat China asyik tersangkut sangkut je tak boleh nak masuk. Sini rasa laju skit.

Malam tu owner UB Guesthouse ada. Makcik yang nama Bobby tu. Lawa jugak makcik ni tapi aku rasa macam dia ni ada masalah mental sikit.

Masa tu dia tengah mengamuk marah kat sorang pompuan mat salleh. Pompuan tu tak sihat rasanya pastu dia termuntah atas tilam. Dia bebel macam apa je. Tak berhenti. Siap macam nak mengamuk. Siap cakap budak pompuan tu kena ganti tilam la apa la.

Semua orang dalam hostel tu diam jer. Dah la masing masing tak tau nak ke mana.

Tapi yang peliknya bila dia tau aku dah sampai, dia terus mood OK. 

Sempat la borak borak dengan dia, aku bagitau dia aku ada plan nak ambik train ke Moscow terus tapi aku tak de Visa Russia. Elok pulak dia cakap dengan aku. Dia call semua kawan dia dan lama jugak lah dia borak. Bersungguh sungguh dia nak tolong aku.

Aku excited dah berdoa moga moga impian aku untuk proceed dengan Trans Siberian tercapai !

Time tu aku lepak kat living room borak borak dengan mamat mamat yang lain. Ada 3 laki dan 2 pompuan. Sembang sembang biasa je lah. Then dia orang suruh aku pegi Terelj National Park. 

Bila aku borak balik dengan Bobby tu dia kata, dia boleh arrange aku Terelj, kalau ada orang lain nak pegi aku boleh share cost, masalahnya tak de orang nak pegi. Aku cuma ada sehari esok je kat UB ni. Lusa aku dah kena beli tiket balik ke Beijing. Lagi haru Bobby cakap tak boleh nak dapat Visa ke Russia. Kalau nak jugak apply kena stay dalam masa 5 hari baru boleh dia uruskan. Tu pun belum confirm.

Kalau nak dapat Visa Transit ke Russia yang mana aku boleh masuk Russia tapi tak boleh turun dari train Trans Siberian tu sampai la ke Moscow dan dekat Moscow aku cuma ada 2 hari je untuk dapatkan tiket keluar dari Russia.

Dan kalau nak dapatkan transit visa ni aku kena pegi ke consulate sendiri dan apply di sana. Makan masa jugak lah tu.

Hmmm macam terkocoh kocoh la pulak. So aku fikir, redha je lah. Aku dah usaha mana yang patut tapi kalau memang dah tak boleh. Aku terima je lah. Mungkin belum tiba masanya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

* pujuk hati sendiri.

So masa tu aku confirm tak jadi nak sambung cuti tanpa gaji dan proceed sampai Moscow. Tak jadi nak berjalan jauh jauh sangat.  Tak jadi nak drama nak bagitau OR sebab aku cuma hint hint dia je pasal nak sambung terus sampai Moscow sebelum ni.

Mega plan sampai setakat ni je.

Pasrah.

Ada sehari lagi esok di UB so aku akhirnya decided nak pegi Terelj National Park esok. Aku akan bermalam satu malam di sana. Aku settlekan bayar bilik dulu untuk malam ni. Dan aku cakap dengan Bobby kalau aku jadi ke Terelj tu aku terpaksa la cancel booking aku kat hostel dia malam esok. Terus mata dia bulat pandang aku.

Tiba tiba muka Bobby bertukar dari makcik cun kepada muka Juon !

"Okay!"

Macam tu pulak dia jawab. Pelik betul. Aku ingat dia nak insist suruh aku bayar jugak.

Pastu aku cuba mintak diskaun dengan dia kalau aku ambik pakej Terelj tu,  tetiba sekali lagi dia nak bertukar menjadi hantu. Siap dia tengking aku sekali.

"NO !!!!"

Terus aku terdiam. Biar betik makcik ni !

Tapi lepas tu dia diam then mood dia baik semula. Hahahaha. Tu yang budak budak masa sembang tadi cakap kat aku, Bobby ni baik tapi mood dia uncertain dan unpredicted. Kejap dia jadi baik.. kalau ada yang tak kena tetiba dia akan jadi mereng tak tentu pasal.

Lantak dia lah. Aku malas nak cari masalah. Aku cuma berdoa kalau esok sebelum aku pegi ada budak budak mana mana kat hostel ni nak ikut serta so aku boleh share transport ke Terelj. Nak naik public transport, sejuk sejuk macam ni payah sikit.

So sekali lagi kena redha.

Aku cakap kat Bobby pagi esok aku akan confirmkan semula dan bayar harga pakej. Dia setuju.

Tengah sembang sembang tu tetiba riuh kat common hall tu sebab dah ramai orang.

Time tu lah ada satu mamat ni balik dan bagitau wallet dan beg dia kena curik masa dia pegi pasar karat kat UB ni. Pasar karat tu tempat orang jual barang barang terpakai !

Dan lagi sadis, passport dia hilang !!

Kesian mamat tu. Tak leh nak bayangkan kalau aku yang berada kat tempat tu. Mesti hilang akan sekejap. Or maybe lebih mental daripada Makcik Bobby tu.

So macamana nak buat kalau passport hilang di perjalanan? Pernah tak terfikir?

Mintak dijauhkan lah, tapi to be safe, aku memang simpan 1 copy passport tu dan jugak scanned copy simpan dalam email so aku boleh refer je in case of anything.

Pastu makin ramai yang berkumpul. Masa tu aku perasan memang ramai jugak sebenarnya orang stay kat hostel ni. Aku masuk bilik dan buat hal sendiri. 

Baju I Love Mongolia

FM

Dinner aku malam tu. Pastry beli kat bakery tadi. Murah dan sedap !! Rasa rugi je beli sikit

Ini la matawang Mongolia Tughrik... banyak tu tapi kalau convert tak sampai RM50. Tu je balance duit yang aku ada.

Apa yang berlaku dekat mamat kat hostel tu buat aku rasa terlebih curiga dengan orang orang di Mongolia ni especially di Ulaanbaatar.

Harap harap tak ada sesuatu yang buruk berlaku sepanjang aku di sini nanti !



U.. oh oh
Uo.uo.uo. Uo.uo.uo
Uo.uo.uo. Uo.uo…

Keasyikan layanan mu
Mengambarkan kemesraan
Diantara sejuta kenangan
Di abadi dalam jiwa
Kepuraan timbul jua
Hakikatnya…
Tersisih dari sisi

Mengapa ada persimpangan
Yang memisahkannya..
Di sebalik.. keasyikan itu
Lalu ku tersingkir..
Menjauh..
Disudut.. memori duka
Abadi..

Jika itu tak dipinta
Mengapakah tercipta
Dalam sedar
Semua itu kerna

Simpati atau lena
Dibuai resah dan curiga
Ku tak pasti
Adanya perpisahan..

Mengapa ada persimpangan
Yang memisahkannya
Di sebalik keasyikan itu
Lalu ku tersingkir
Menjauh
Disudut memori duka
Abadi…

Mengapa ada persimpangan
Yang memisahkannya
Di sebalik keasyikan itu
Lalu ku tersingkir
Menjauh
Disudut memori duka
Abadi…
Uo.uo.uo.uo.uo.uo
Uo.uo..

Malam tu aku tidur dengan lena di Ulaanbaatar !

bersambung............

15 comments :

  1. aah kan kalau hilang passport cemana ek? kena pegi embassy la kot?

    aku bayangkan muka makcik bobby rambut panjang dan gemuk. adakah benar bayangan aku ini?

    ReplyDelete
  2. Apa citer ko kena langgar ngan mamat mongolia?? Aishhh buat aku seram sejuk jek nak gi mongolia ni hehe...

    ReplyDelete
  3. aish..part mamat langgar tu cam ciri2 pickpocket. nasib baek ko x ilang apa2.

    ReplyDelete
  4. which reminds me, aku kena buat copy & scan passport gak ni.
    takut gak jadi macam tu. jadi tak berwarganegara kejap di tempat orang.

    ReplyDelete
  5. ahh nervous nak tahu ada lagi tak drama di ulan batorr...hehe

    mmg tak dpt byg la kan kalo hilang passport di negara org...mintak dijauhkanlah...huhuhu

    ReplyDelete
  6. jual buku tepi jalan cenggitu je...

    ahahaah..auntie Booby..ingatkan uncle Bobby...ishhh

    ReplyDelete
  7. Mya : kena buat report pulis.. pastu kena pegi embassy or consulate.

    tak pun rasanya kalau bawak copy boleh je lepas airport... balik malaysia baru buat.

    tak pasti. belum pernah kena lagi. moga moga tak terkena...

    makcik bobby?

    salah tekaan kau.

    makcik tu adalah cun melecun. siap pakai topi kait kat atas kepala belah tepi...

    rambut paras bahu. muka altantuya sikit.. badan kurus. tinggi..

    agak cun.

    aku lupa nak snappy gambar dia

    ReplyDelete
  8. HB : aku tak tau apa motip dia. aku ingat dia gila.

    tak pun bak kata agip. dia nak paw aku, tapi dia raba poket aku tak de wallet.

    nauzubillah.

    amir : lawa jugok la... nok ke? aku ada sekeping dua rasanya

    ReplyDelete
  9. agip : haaaaa... maybe la kot. nasib baik la x jadi apa apa...

    NanaT : kena ! Kena !

    Scan skrg and hantar kat email sendiri.

    MKL : tq.. sapa yg cantik tu?

    DJ : tu la. mintak di jauhkan lah

    ReplyDelete
  10. JM : makcik la.. memula ingat pakcik jugak, tiba tiba tengok..

    pergh.. cun tu.......

    tapi bila mental dia weng terus tak cun dah

    ReplyDelete
  11. Hoi! Lawa gila KOT view bukit nama Zaisan tu. Baca entri Ulan Bator ko ni, tetiba macam tergetus hati nak gi juga. Tapi idoklah sorang, belum tahap berani gaban. Btw, aku rasa Aunty Bobby ada bela JuOn. Tu pasal on off je mood dia. Memula nampak ko dia terhidu ko ada aura SuperMeng (pakai spender kat luar) that's why dia layan ko baik skit.

    ReplyDelete
  12. amir : inbox add weh..

    BK : Lawa la kot dari atas tu leh view UB... tapi dah tak de rezeki nak pegi.

    nanti2 kalau kau pegi, pi la panjat..

    bobby bela antu raya kot? tapi mungkin la sebab x de antu raya sana dia bela juon.. hahaha.. juon dr korea.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...