Thursday, March 13, 2014

08 - Berkelana Merentas Sempadan : Shanghai - Halal Food | Tea House Scam in Shanghai

Lega gila rasanya bila aku terkejut dari lena pagi tu rasa sakit gigi dah kurang.

Masih berdenyut tapi bearable lagi. At least aku boleh tidur. Tak macam few hours sebelum tu aku rasa macam nak meraung sebab sakit gigi.

Gigi oh gigi. Kat sini jugak la kau nak sakit !!

Burung burung dah start keluar mencari makanan

Aku duduk berguling lagi atas katil dengan kain pelikatnya. 

Tengah fikir jugak patut ke aku gi jumpa dentist macam plan aku sebelum ni. Fikir fikir then rasa masih boleh bertahan. Tapi aku nak pegi pharmacy beli ubat sakit gigi. At least boleh la kot kot tetiba sakit gigi menyerang lagi, aku boleh makan ubat.

Bersiap siap dengan misi asal iaitu nak pegi jalan jalan sekitar kotaraya Shanghai ni. Nak tengok apa yang ada dan boleh dilawati sebab ini je hari terakhir aku di Shanghai. Esok dah nak berangkat ke Beijing. 

Cemana kalau sakit lagi nanti di Beijing?

Cemana kalau terus sakit gigi dalam train nak ke Mongolia?

Cemana kalau sakit gigi bertambah teruk kalau aku nak ke Moscow???? ( Kalau dapat tiket dan buat visa laaa )

Macam macam tu lah aku fikir. Perlu ke aku gigih menyinpan hasrat untuk ke Moscow lagi dalam keadaan macam ni?

Lepas mandi dan bersiap siap aku keluar dari hotel. Turun ke reception dulu dan aku tanya receptionist tu kat mana ada pharmacy.

Aku siap tulis dalam English dan suruh dia translate cemana aku nak cakap aku sakit gigi dan nak beli ubat. Pain killer pun tak per. At least boleh buat aku bertahan. 

Minah tu pulak tak pandai cakap English. Payah je nak explain. Nasib baik aku tulis in English pastu dia pegi tanya sapa ntah dan dia tulis balik dalam Chinese. Memula dia ingat aku tanya dia soalan tu.

Jawapan pertama dia.

"We don't sell medicine !"

Ada jugak aku pelempang minah tu. Nasib sakit gigi dah berkurangan.

Aku suruh dia translate tu untuk aku cakap dekat pharmacy. Bukan aku tanya dia ada jual ubat sakit gigi ke tidak !!!

Then aku tanya dia mana pharmacy yang berdekatan. Terus tak leh jawab dah. Nasib baik ada sorang receptionist lelaki, kalut kalut jugak la nak explain tapi dia bagitau, ada pharmacy dekat dengan hotel tersebut.

So misi aku adalah mencaeri pharmacy untuk beli ubat sakit gigi !

Keluar dari hotel

Menurut mamat tu, ada pharmacy kat belakang hotel. Tepi hotel ada 1 tapi kecik je yang besar tu kat belakang. Kena jalan.

Aku jalan je lah.

Tup tup aku tengok 

Hospital terus dia bagi aku ! Mak aiii !!

Takkan aku nak masuk hospital. Aku berlegar legar di kawasan depan hospital ni ada banyak kedai kedai.

Akhirnya aku terpandang lah sign + so aku syak tu la kot pharmacynya.

Aku masuk dan usha.

Ada pharmacy dekat deretan kedai kedai ni

Masuk masuk tengok .. memang betul !!

Lega sikit.

Ada 2 orang makcik tua jaga pharmacy tu. Aku masuk je terus tunjuk kertas tadi. Sorang makcik tu masuk ke dalam dan cari ubat. Sorang lagi cuba cuba berbual dengan aku.

Aku tak berapa faham tapi dari air muka dia memang nampak dia bersimpati gila kat aku. Siap letak tapak tangan letak tepi pipi !!

Translated as..

"Sakit gigi memang tak boleh tidur kan?"

Dan aku pun beriya ni membalas dengan isyarat.

"Btol makcik ! Sakit gila.... !"

Siap aksi gosok gosok pipi dan effek air mata menetes.

Kau mampu ??????

Makcik tu angguk lagi. Expresi muka dia memang tak boleh blah !!  Tapi at least dia lah orang pertama sejak aku sakit gigi malam tadi yang menunjukkan rasa simpati kat aku.

* peluk Makcik ketat ketat sambil nyanyi lagu Rohana Jalil....

'Aku insan yang lemah. Hanya mampu berserah................'

Hai ubat hai ubat

Nampak gambar gigi tu?

Sah la tu pil sakit gigi kan?

Yang bawah tu painkiller aku siap siap beli sekali. At least boleh tahan kalau kesakitan melanda.

Masalah lagi !

Cemana dia nak cakap kat aku nak makan bila dan berapa bijik???? 

Atas tulisan aku, 2nd line tulisan budak hotel, 3rd dengan 4th line tulisan makcik pharmacy

Tak pe lah. Aku tak berapa faham tapi nanti aku balik hotel aku tanya balik budak receptionist tu.

Kos beli ubat semuanya dalam belas belas RM. Lupa pulak.

Dapat ubat hati bertambah riang !

Tapi sejak dari sakit gigi dan pagi tadi aku tak berani minum air manis. Rasanya air yang manis tu buat gigi aku bertambah sensitif.

Bertahan tak makan apa apa pagi ni. Ingat nak abiskan makan nasik goreng semalam pun tak jadi.

Then aku nak keluar merayap je lah. Menghiburkan hati !!!

Pagi kat area hotel/depan pharmacy tu macam ada pasar pagi

Area hotel tempat aku stay ni memang agak busy di pagi hari. Banyak aktiviti tapi tak de la crowded macam betul betul di bandar Shanghai tu.

Yang menariknya kat kawasan hotel aku ni aku jumpa ada 2 kedai halal !!!

Ni kedai halal ke dua aku jumpa betul betul sebelum masuk simpang nak ke hotel dan balai polis tu. Tapi few times aku usha asyik tutup jer.

Ni yang ke tiga aku jumpa dekat area hotel tu jugak. Satu row dengan pharmacy yang aku beli ubat tadi

Dan yang ni kedai halal pertama aku jumpa kelmarin dan aku pun dah singgah beli nasik goreng semalam. 

Letaknya on the way belah kanan dari subway station Shanghai Railway Station menuju ke hotel !

Ini gambar dari dalam kedai

Menu kat dinding. Standard yang sama macam kedai kedai halal lain di China ni

Ni dalam kedai. Ambik gambar masa menunggu nasi goreng siap malam semalam !

Dan ini aku nak tambah 2 lagi kedai halal yang aku jumpa di Shanghai. Tapi yang ke dua dua ni terletak betul betul kat downtown. 

Kalau susah susah nak cari, sila cari bangunan ni dulu... !

Bangunan yang agak significant di Shanghai. Boleh nampak sebab agak tinggi. Terletak dekat dengan area East Nanjing Road tu..

Kedai halal yang terletak betul betul depan bangunan tadi.

Dan hujung sana tu satu lagi. Area berdekatan yang sama dekat bangunan tinggi tu.

So apa apa pun. Nak mencari halal food di Shanghai rasanya tak payah mana. Ada la jumpa. Aku rasa maybe lebih banyak lagi ada di sekitar bandar Shanghai ni.

Lepas beli ubat kat pharmacy tadi, aku jalan kaki ke Metro dan ambik subway dari Shanghai Railway Station. Kali ni aku plan nak pegi Shanghai Museum dulu so aku exit dekat People's Square Station.

Orang memang ramai lah dalam train tapi OK lah. Aku dah boleh expect. Cuma kalau sakit gigi time time ni mahunya nak mengamuk bersesak sesak macam ni.

Gigi masih sakit tapi boleh tahan lagi lah. Boleh la berjalan lagi. Tak moh layan sangat sakit gigi ni so aku kena busykan dengan benda benda lain.

Masa ni aku start activate aku punya 24 hours Metro Card. So valid la sampai pagi esok aku nak naik train awal pagi ke Hongqiao Station untuk ambik train ke Beijing. Dah ada kad ni tak payah la aku sibuk sibuk beratur pagi pagi esok nak beli tiket.

One Day Pass Metro card

Train station di People's Square

People Square's ni adalah transfer line 1 dengan line 2. Expect orang ramai gila di sini sebab dua dua tu adalah main line kat Shanghai Metro ni

Sebaik saja keluar daripada People's Square tu aku nak pegi usha area ni dulu. Then aku plan nak ke Shanghai Museum sebelum ke Yuyuan Garden.

Shanghai Urban Planning Exhibition Building

Masa keluar dari exit People's Sq Station tu, aku jalan di People's Square Park.

Park yang kiranya besar la tempat warga tempatan melepak lepak. Masa jalan tu tetiba ada orang tegur. Dia hulurkan phone dia. Aku faham lah dia mintak aku ambikan mereka gambar.

Ada 3 orang semuanya. 2 pompuan dan sorang lelaki.

Macam biasa aku ambik je lah. Tak de hal.

Lepas ambik tu then aku nak blah. Dan salah sorang daripada mereka tu cuba cuba ajak berbual.

"Are you travelling here"
"Hmmm.. Yeah"
"Where are you from?"
"Malaysia"

Pastu yang dua lagi menyampuk.

Borak borak dia tanya aku nak ke mana apa semua. Aku cakap la nak pegi Shanghai Museum.

"There are lots of people at this time. Maybe you can go later in the afternoon"

Aku assume niat dia baik la nak menolong ! So aku dok la layan dia borak, apa semua. Aku siap bagitau dia orang jugak yang lepas ni aku nak ke Yuyuan Garden.

Salah sorang pompuan daripada mereka bertiga ni memang fasih cakap English.

Aku pun agak terkesima sebab aku tak jumpa lagi orang yang betul betul boleh aku borak panjang panjang since aku sampai di Shanghai ni. Either cakap macam ayam itik, atau itik angsa. Tapi time ni memang smooth la rasa nak berbual.

"These are my friends. They arrived here yesterday from Xian... You know Xian?"

Aku angguk.

"They want to go to tea house to see some performance bla bla bla....... Do you want to join us?"

Aku gelak gelak je dulu. Tunjuk tak berminat sebab aku banyak benda lain lagi nak buat.

"The place is over there, half way to Yuyuan Garden. Maybe you can go to Yuyuan Garden first. I can show you the way..."

Kannn..

Memang aku tak expect apa apa lagi la time ni. Aku rasa niat dia baik bagitau aku Shanghai Museum tu ramai orang so nanti aku boleh patah balik ke sini semula. Every thing went well and timing pun aku budjet OK la untuk jalan kaki. Boleh jugak aku usha usha apa yang menarik nanti.

Then aku agree !

So we walked down the street sambil borak borak. 2 lagi kawan dia tu boleh la cakap English tapi tak fasih sangat. Sorang tu budak pompuan agak chubby dan sorang lagi lelaki. Dia perkenalkan nama dia 'Charles'

Yang dua pompuan tu aku lupa nama dia tapi sorang macam nama 'Ding Ding' sorang lagi 'Ying Ying'

Misteri sungguh nama nama macam tu.

Banyak jugak la borak. Pasal kehidupan dan cost sara hidup di Shanghai. Yang 2 orang tu konon kawan dia masa sekolah dari Xian. Minah ni pun berasal dari Xian la tapi dia keje kat Shanghai. So kawan kawan dia datang melawat. Minah ni konon keje nya translator so sebab tu la English dia lancar. 

Tapi yang 2 orang lagi tu tak banyak cakap sangat, dok main agguk angguk jer. Minah yang nama Ying Ying tu la beriya ajak aku borak.

Then sampai kat satu bangunan ni sekali lagi dia ajak aku tengok tea house performance tu. 

"I am sorry. I dont have time for that"
"It is just a short while. Come.. You will like it..."

Tak tau la. Maybe sebab aku nampak dia orang ni baik kot, so aku finally agree. We went up to 3rd floor kat bangunan yang macam buruk tapi tak buruk. Bawah bawah tu ada kedai kedai jual banyak accessories handphones.

Naik tangga dan sampai tingkat 3 then kami masuk dalam 1 kedai ni. Ketibaan kami di sambut oleh sorang lagi budak pompuan. 

Dan kami duduk dalam satu bilik.

Start dari situ. Budak pompuan ni sibuk la nak tunjuk tea performance apa semua. Dan si Ying Ying ni sibuk jugak dok terangkan kat aku.

Minah kat tea house ni start dulu bercakap in Chinese dan Ying Ying tu beriya dok translate kat aku. Memula aku OK lah. 

Memula pasal apa yang dia bakal tunjuk. Of course cara cara buat teh. Jenis jenis teh. Cara minum teh.

Tapi sebelum tu ada jugak dia tunjuk menu dengan harga. Ada beberapa jenis tea kat situ nanti dia tunjuk dan kita boleh pilih teh yang kita suka untuk minum dengan harga CNY 49 segelas.

Aku dah terfikir.

CNY 49 ( RM25 ) untuk segelas teh? WTF ! Tapi sebab aku dah kat situ, so aku budget OK la.. aku minum segelas jer and just enjoy the session.

Ini budak yang sibuk buat demo. Tapi every time aku nak ambik gambar dia, dia paling muka. Macam ni la.... Sebab banyak gambar tak elok aku just delete on the spot

Siap ada katak batu apa benda ntah. Dia suruh sapu sapu kepala katak tu for charm luck. 

So dia buat la teh teh tu dan letak dalam cup kecik kecik tu suruh rasa. Aku assume dia suruh rasa then nanti finally, aku decide mana aku suka then dia buatkan so yang tu la aku akan minum dan bayar dengan harga yang RM 25 tu.

Ni salah satu lagi teh. Dia masukkan dalam air dan teh tu kembang macam ni sekali...

Orang yang paling banyak sembang adalah pompuan Ying Ying tu.

Every time minah kat depan tu bercakap then nanti dia translate kat aku bersungguh sungguh. Aku jadi pelik jugak. Aku sound dia.

"You dont have to explain to me every single thing. I am not the one who wants to come here.. it is for them..."

Aku tunjuk kawan kawan dia. Dia gelak dan diam kejap. 

Pastu minah depan tu sambung lagi bercerita. Macam macam la. Asal teh teh tu lah.. khasiat apa benda ntah. Aku layan je lah tapi tak ambik port sangat. Aku sibuk nak ambik gambar tapi Charles tu sibuk lak mencelah.

"You should focus more on the performance.. it is interesting !"

Aku datang dengan jiwa yang bersih so aku anggap benda tu adalah nasihat yang berguna. Naif betul aku time tu. Cara dia buat tea tu memang la agak different so interesting jugak la nak tengok.

Packaging teh teh tu

So lepas abis dalam 7 cup minah tu bagi try so aku ingat dia bagi la aku pilih mana satu yang aku suka then yang tu la chargeable.

Tapi lepas lama tu, minah kat depan tu blah dan yang dia orang bertiga ni dok borak borak lagi dengan aku. Siap tanya macam macam lagi. 

Sebab macam lama sangat aku pun rengsa la jugak.

"Are we still waiting for her to serve more tea?"
"No. we are done"
"What??? "

Terdiam kejap aku.

"So where is the drink?"
"All of them...."
"Each of those cost us 49 Yuan?"

Fuck !!

"Yes... there are 7 cups altogether... for each person"

Double Fuck !!!

Aku dah tergamam gila time tu.

"Are you kidding me?. That small cup cost us 49 Yuan each? No way !"

Dia orang diam. Dan dan tu minah tadi muncul dengan bil.

Ying Ying tu yang pegang and dia tunjuk kat aku. Cost semua sekali adalah CNY 2300 Yuan.

Bullshit !

"Nevermind we can split the cost.. here is the charge for each cup we had.......... bla bla bla"

Aku macam gelap mata sekejap. Gila ko. CNY 2300 adalah bersamaan dengan RM 1150 !! Siap ada charge bilik, pastu ada charge charge lain lagi. 

Mampus !!!!

Tengah aku masih dalam kejutan macam tu tetiba Ying Ying bersuara.

"And you know what.. Ding Ding is still in school so do mind to split this cost for just 3 of us?"

Mak aii...

"Come on... she is not in school ! She is old enough to be in school"
"Yes.. I am"

Ding Ding tu jawab. Dengan suara macam manja cam p*kimak nya.

"I am still young..."
"You said, you are from the same village, same school, how come she is still in school?"

Dang !!

Time tu memang crossed my mind aku dah terkena ni. Memang kena kaw kaw punya. Memang aku kena scammed dah ni.

Tak tau nak cakap cemana. Bengang. Frust. Stress. Sedih... semua ada bertumpu tumpu dalam satu masa.

"So can we split the bil to 3?"
"No !! I am not the one who wants to come here. If she cant afford to come, why she wanted to come here in a first place?"

Aku dah nak mengamuk time tu.

Dah bangun nak blah je tapi sebab aku duduk agak ke dalam so susah nak keluar. Aku rasa macam dah kena tipu kaw kaw. Dan dan tu Charles tu bangun dengan muka bengis tahan aku.

"Fine.. but this is not the way to do it. Whatever it is i am not paying for her..."
"It is OK....  but she wanna give you a present.... you just choose which one you like.. it is free"

Dan dan la si Ding Ding tu suruh aku pilih teh yang ada dalam tin tin dan konon minah kedai tu nak bagi aku hadiah. Pundek ayam lah.

"Me? What about you?"

Aku saja la nak main mainkan dia orang.

"It is OK.. We have enough"

Aku diam je. Dah bengkak dah dalam hati ni. 

Dah tak leh nak fikir. Dah tak leh nak cakap apa. 

Dia siap bagi rantai apa benda ntah. For good luck konon. Kepala but*h dia lah. Tapi aku still kena acting cool. Malas nak kecoh kecoh lah.

"OK. I am out of here...  I am sorry but this is not right"

Aku bukak wallet aku, check check duit. Aku keluarkan CNY 500 dan bagi dia. Memang aku dah nak blah macam tu je la time tu, tapi fikir, aku sorang sorang kang apa apa jadi pulak.

Aku letak CNY 500 tu atas meja. Charles bagi part dia dan Ying Ying pun sama. Sebab masih tak cukup Ying Ying kata tak pe la dia cover.

Argh. Cantik sungguh permainan dia orang ni. Menggeletar kaki tangan aku menahan marah.

"I got to go........"
"We are leaving as well"

Saja kan nak nampak cantik. Nak nampak dia orang betul betul datang situ sebagai customer. P*k*mak betul la dia orang ni. 

Then Ying Ying settlekan payment. Siap dia orang bagi aku tea 1 dengan rantai konon good luck tu. 

Aku dah malas nak cakap apa. Aku bangun dan keluar. Dia orang follow kat belakang. Sampai kat bawah Ying Ying cakap.

"You want me to show you the way to Yuyuan Garden?"
"Never mind. I'll find the way myself. Thank you so much. I can make a police report if I want to.. but .. never mind.."
"Why.. you didn't enjoy the tea performance?"

Tetap la dia orang ni nak berlakon.

Lancau lah. Podah...

"Yes. I enjoyed every seconds of YOUR performance..in fact I am still enjoying it now. I know living in Shanghai is not cheap, but if cheating people is what pays your rent, I dont think you will be happy for the rest of your life !"

Berubah jugak la air muka dia. Aku terus jalan dan blah.

Malas nak toleh belakang dah. 

Aku jalan jalan jalan ikut kaki je. Tapi dalam hati macam macam perasaan aada. Dalam kepala otak macam macam aku fikir. Ada rasa geram. Nak marah. Nak mengamuk.. Tapi semuanya terpaksa aku tahan.

Tak henti henti aku beristighfar.

"Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim "

Bergilir gilir dengan sumpah seranah !

OK. Dont judge.


bersambung.....................

27 comments :

  1. Pegi china mmg kene bnyk bersabar kan abg meng...dulu kat beijing pun kene gini jugak..nasib baik la ramai2 so x la dorg berani nak charge mcm abg meng kena

    ReplyDelete
  2. msa marah2 tu x sakit gigi ke??hahaha..jahat wei..

    ReplyDelete
  3. 500 CNY...byk jugak tu Meng. Kelaut jugak bajet jadinya weh..

    ReplyDelete
  4. Atoilahhh sakit gigi belum hilang d tambah pulak kena tipu haishhhh geram betul dgr tea performance lah sgt

    ReplyDelete
  5. Supermeng, pengalaman yang cukup mahal.Moga ia akan lebih memberi manafaat untuk perjalanan akan datang.

    ReplyDelete
  6. CNY500? sama dengan RM250 ke?
    mak aiii.. gila babi depa menipu.
    tea performance padiaa sampai ratus2.
    sian kau meng. lepas ni memang takleh caya dah sesapa huhu..

    ReplyDelete
  7. Dah macam drama Cina pulak aku bayangkan...

    Teh tu melampau gila mahalnya...

    ReplyDelete
  8. aku pun rasa cam nak ikot sama mencarot ishk

    ReplyDelete
  9. Hati membara gak masa baca ni. Imagine aku kat tempat kau. Mau meroyan aku. Lantak orang kata emo. Huh.

    ReplyDelete
  10. Ubat sakit gigi, checked.
    Ubat sakit hati,.... Hado?

    ReplyDelete
  11. Shanghai ini keras....berhati2....nanti nak link cerita Meng ini bila menulis entri Shanghai....saya pun nyaris terkena...itu cerita keretapi ke airport selepas 10 malam.

    ReplyDelete
  12. Advice from trip advisor about shanghai

    Scams on the street:

    "Tea ceremony:" you are approached by very presentable (upscale) girls or a well-matched couple and they ask if you are interested in Chinese culture (after the typical "Where are you from?" Invariably, they really love where you are from.). Then they offer to help you to buy tea in a local tea shop or partake in a famous tea ceremony. You are billed over RMB$1000. When you protect, you are told the police will arrest you and demand your passport if you do not pay. Call their bluff and say, "Ok, let's call the police." Take pictures of the new "friends" and the shop's staff and exterior. Get a record of the scam for police and credit card charge-back.

    "Art exhibition:" one or more young Chinese approach you and pretend they are art students from another city and have an exhibition where you can buy Chinese art inexpensively. You go with them to a "gallery." These "paintings" are cheap prints and are, of course, overpriced by ten-fold. They tell you they are "struggling artists." Avoid laughing.

    "Take a picture:" When two or more Chinese ask you to take a picture of them with their camera, that is normal. However, then they might continue with the tea ceremony scam, inquiring about your origin, loving your origin, wanting to practice English, "Let's have tea together." Scam.

    "Need money for taxi:" One or two young people approach you claiming to be students visiting Shanghai from, say, Nanjing University. They lost their "moneybag", and need money for a taxi. (It's not surprising that they don't ask for the much cheaper busfare.)

    ReplyDelete
  13. Mcm siolkan kalau kena mcm tu...aku tau mcm mana perasaan ko meng...hahaha..

    ReplyDelete


  14. oh ini rupanya pengalaman yg buat meng merajuk taknak pi china lg tu....

    ReplyDelete
  15. ternganga jap baca...wow...

    sabar yerrr

    ReplyDelete
  16. tak sangka kena scam camtu. 500yuan sama harga bullet train shanghai-beijing padahal dpt minum bao bao tea je. alhamdulliah sepanjang kitrg pegi last year mmg tade sape2 approch scam ni.

    ReplyDelete
  17. Astaghfirullah al'azim.
    Thx for sharing entry camni bro. I know how u feel. At least, akan beri peringatan kat yg lelain supaya jgn fikir seronok je bila nak travel

    ReplyDelete
  18. Lyrca : tu la.. nasib masing masing la.. kalau dah di tentukan nak kena.. redha je lah..

    Azlol : gigi dah tak sakit dah time tu... memula je sengal skit.

    tapi kalau sakit gigi pun, sakit hati lebih menuncak.. kalau tak.. budak budak tu dah makan terajang dah... ( muahahaha )

    ReplyDelete
  19. NanaT : tu la.. memula rasa sedih sebab ilang duit banyak tu.. tapi the good thing, aku lebih berbudget utk perbelanjaan lepas lepas tu. and end up. kira cukup la semuanya..

    JM : tu la. kalau ikutkan geram. aku simbah je semua tu dgn air panas.. hahahaa

    tapi tak pe lah. redha je lah

    MSM : insya allah. moga bagi peringatan kepada diri sendiri dan org lain juga..

    ReplyDelete
  20. Mya : tu la.. charge teh bodo tu satu hal. charge bilik.. charge apa benda lain lain yang mengarut tu lagi tak leh di terima akal..

    paling bangang.. aku terpedaya dgn lakonan tak berapa mantap mereka ni..

    hmmmph.

    Mie : it is all about money.. susah sgt nak idup kat shanghai tu kot sampai kena menipu macam tu sekali..

    tapi tu la. dia org tak tau dosa pahala la kot

    ReplyDelete
  21. Farikh : hahahaha aku lelebih lagi.. siap mcm mental sekejap lepas tu..

    BK : memang nak mengamuk la. tapi lama lama fikir. memang bukan rezeki kita la.. nak buat cemana..

    ada hikmahnya la tu..

    mungkin sebab dah kena scam ni gigi pun elok je dah tak sakit.. kalau tak duit tu nak guna gi tampal gigi...

    Amir : ubat sakit hati..??

    meraung tepi jalan !!!

    ReplyDelete
  22. MKL : Haa cepat bukak cerita pulak.

    DuanD : tu la.. tak baca la aku sebelum pegi. kat wiki pun ada alert tapi part tu aku x print.

    dah nak terkena nak buat camno...

    HB : kan... biol kejap.. x leh terima kenyataan memula..

    why me? why meng?

    ReplyDelete
  23. PM : merajuk kejap.. nanti nanti ok la ni..

    tambah merajuk sebab malas nak gi buat visa...

    Liza : thanks.. insya allah. dah okey dah.. cuma masa dok taip entry ni emo dtg secara tetiba..

    * kesat air mata

    HLebat : tu la. teh bodo bodo je pun... isk.. i didnt see it coming !

    Rei : btol.. tak salah nak berseronok. cuma kena hati hati...

    tapi kalau itu yang dah tertulis utk kena..

    redha je lah.

    ReplyDelete
  24. heehhe....sempoi la SM....sakit gigi pun ble buat lawak ngan makcik tu. gigi tu pun satu, kat tempat org pula dier buat hal ye....kat msia sihat walafiat je...:)

    ReplyDelete
  25. Nanie : tu la pasal..

    dan dan tu ler dia nak sengal sengal...

    tapi tak pe. pengalaman tu.. balik balik ke cabut. terus rongak sepanjang zaman dah

    ReplyDelete
  26. ishh teruk tul dorang ni..geram tul baca N3 kamu ni.

    ReplyDelete
  27. Kak ina : tu la cara mereka nak hidup kot. menyudahkan orang lain....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...