Monday, March 17, 2014

12 - Berkelana Merentas Sempadan : Beijing : Temple of Heaven | Beijing CBD

Sampai di Beijing South Station tu dekat tengahari. Tapi since dah nak masuk winter ni malam cepat je menjelma. Jadi tak boleh buang masa.

Aku dah plan, benda pertama yang aku nak buat bila sampai Beijing adalah ambik tiket Trans Mongolian.

Seperti yang telah di comfirmkan oleh Real Russian tu, dia siap bagi peta dan guide cemana nak pegi pick up tiket aku ni. So aku sampai je, naik subway dari train station tu sebelum tukar line dan akhirnya tiba di Chongwenmen di Line 2. 

Turun dan jalan kaki dengan beg yang besar tu menapak ke pejabat tu. 

Cuaca di Beijing sangat berbeza dengan Shanghai. Kalau di Shanghai cuma 17 darjah celcius tapi di Beijing time aku sampai tu 4 darjah celcius.

Sejuk jugak la tapi aku dah siap pakai jaket.

Menapak ke pejabat Ocean Travel di Beijing.

Ni bangunan dia

Ni pejabat dia. Tu pekerja dia, bukan Juon !

Masa aku sampai sini, waktu orang baru lepas makan tengahari. So minah yang in charge ticketing aku tu tak de. So ada minah ni yang tolong.

Tak pandai cakap English. Sebab aku cakap dengan dia aku nak lower berth dalam train nanti tu. Dia panggil orang lain dan minah tu faham pastu baru dia call minah sebenar yang jaga tiket aku tu.

Dapat tiket. Hoorey !!!

So mana lagi nak pegi ni?

Dengan beg macam ni malas la aku nak merayau. Turun naik masuk subway tu dah la jauh jauh. Then nak kena scan beg lagi. So aku cadang nak gi hantar beg dulu kat hostel yang aku dah book untuk malam ni di Beijing.

Dari Chongwenmen, ambik Line 5 dan turun di Dongsi.

Tak jauh. 3 station ni. Beijing punya Metro Subway ni berbeza dengan Shanghai. Kalau di Shanghai harganya dalam CNY 3 - CNY 6 mengikut jarak perjalanan tapi di Beijing ni, flat rate CNY 2 ! ( RM 1) sekali ride regardless of destination atau berapa kali transfer line pun.

Dikhabarkan ini la Subway paling murah di dunia !!!!!

Oh tapi tak termasuk train yang pegi ke Airport Beijing tu ya.

Maybe masa Olympic Games Beijing dulu tu kot dia flat rate kan semua harga. But not bad lah.

Turun di station Dongsi, exit B dan aku keluar di depan jalan besar. Seperti peta yang aku dah snap siap siap kat iPhone kedudukan hotel aku tu, so aku follow je.

Jalan kaki dalam 15 minit.

Macam panggung wayang

Jumpa kedai halal. Ni bukan setakat kedai tapi ada food court semua makanan halal kat bawahnya... !!

Happy Dragon Hostel.

Happy ke?

Happy jugak la sebab dah sampai Beijing. Lagi happy sebab dah boleh letak beg dan pegi bersiar siar dengan riang !

Urusan check in mudah dan tuntas. Receptionist dia cakap English power gila ! Siap slang American lagi. ... Dan macam biasa, semua hotel/hostel kat Shanghai mahupun Beijing ni require some deposit. Tapi jangan risau nanti boleh dapat balik bila nak check out. Cuma kena retain slip tu la jangan kasik ilang.

Tour Information dan tempat melepak

Reception

Dan ini bilik aku. Single room. Tak de tingkap. Harga RM 60 per nite. OK. Cukup semua, aircond, heater, wifi dan agak selesa.

Siap ada TV. Tapi rancangan Cina semuanya...

Ini la tempat stay aku 2 malam di Beijing ni. Memula aku book satu malam je tapi masa sampai tadi aku confirmkan ada kosong tak esoknya so aku nak extend stay kat sini je. Lagipun esok aku dah ambik pakej tour ke Great Wall dengan hostel ni je. So balik esok petang dari Great Wall aku stay sini je terus.

Untuk hotel lepas balik dari Ulaanbaatar nanti aku belum book lagi. Terfikir jugak nak stay kat sini balik tapi nanti la aku decide.

Lepas sampai, berehat, solat dan bersiap siap aku keluar semula.

Kali ni aku nak ke Temple of Heaven dulu. Sebenarnya subway Temple of Heaven ni dekat je dengan tempat aku gi ambik tiket Trans Mongolians tadi tu, tapi sebab aku malas nak berjalan bawak beg. So kena la ambik Line 5 tu dan patah balik ke station Tiantan East Gate.

Dongsi Station

Sampai di Tiantan East Gate, so aku exit berdasarkan map kat bawah subway tu.

Kalau naik subway di Beijing mahupun Shanghai, sebelum keluar sila pastikan dulu exit yang betul. Exit dia orang ni walaupun dari station yang sama tapi akan keluar ntah ke mana mana. Biasanya kat bawah tu sebelum nak lepas exit gate tu akan ada peta. So refer kat situ la senang exit mana yang sepatutnya...

Dekat Tiantan East Gate ni aku dah keluar tu tapi tak jumpa arah mana nak ke Temple of Heaven ni.

Aku tanya minah ni sorang, dia sibuk bercakap kat phone. Dia buat tak layan je aku. Cis bedebah !! Tapi bila aku dok terpingga pingga tak tau nak tuju arah mana, dia datang dan tepuk bahu aku.

Dia tunjuk arah kanan. Pastu tunjuk ada signboard kat atas kepala aku.

Signboard bahasa Cina mana la aku nak faham........ !

Jalan tak sampai 5 minit rupanya dah sampai kat entrance dia. Kena beli tiket kat situ. Harga tiket adalah CNY 15. Tapi..........................

Ticket kaunter.

Ini tiket nya...

Layan gambar dulu.

Askar askar berlari larian

Autumn dan pokok pokok di laman

Nanti jumpa pakcik pakcik dan makcik makcik yang ramai ni.

Tau tak dia orang tu buat apa????

Main judi okeh !! 

Tak faham aku tapi ramai gila pakcik makcik kat sini.

Oh tadi aku cakap harga tiket tu CNY 15 kan. Tapi harga tu hanya untuk masuk ke compound ni saja. Kalau nak masuk kat Prayers Hall tu kena tambah lagi bayaran sebanyak CNY 20 so jadi nya CNY 35.

Tapi dah sampai takkan tak nak masuk kot?

Entrance yang kena bayar sekali lagi tu

Taraaa.. Ini la dia Temple of Heaven

Orang adalah super ramai.

Temple of Heaven ini terletak di daerah Chongwen Beijing. 

Pada asalnya, ini adalah tempat di mana maharaja daripada Dinasti Ming (1368 - 1644) dan Dinasti Qing (1644 - 1911) yang diadakan Heaven Worship Ceremony. Ini antara bangunan peninggalan yang sangat significant di Beijing ini dan diwartakan sebagai UNESCO site 

Mula dibina pada 1420, tahun ke-18 pemerintahan Maharaja Yongle Dinasti Ming (1368 - 1644), ia dibesarkan dan dibina semula semasa pemerintahan Ming di bawah Maharaja Jiajing dan Maharaja Qing Qianlong. Pada tahun 1988, Kuil Syurga telah dibuka kepada orang ramai sebagai sebuah taman,  falsafah purba, sejarah dan agama. Senibinanya dan budayanya memberi banyak pemahaman  tentang amalan tamadun Timur Cina purba. 

Meliputi kawasan seluas 2,700,000 meter persegi (3.529.412 kilometer persegi), Temple of Heaven lebih besar dari Forbidden City sebenarnya .

Layan je la gambar yang sempat aku snap di sini...

"Ke tepi woii aku nak ambik gambar ni !!!!!"

Ramai betul orang

Tombol pintu

Tangga naik ke atas

Ini gambaran kat dalam. Kat dalam tak boleh masuk !

Ukiran dan dinding Temple of Heaven



First time I saw you girl,
You turn me upside down
I can't stop thinking bout you
My head is spinning round
I got to find away to get with you somehow
Girl I'm so crazy for you
You know I want you now
And everyminute of every single day
I'm dreaming of how it could be
And everynight before I go to sleep
I'm praying that soon you'll be here with me

Heaven, heaven oh heaven can't you help

Heaven oh heaven can't you help me
I'm down on my knees please help me

Cant fall alseep tonight
I don't know what to do
I hold my pillow but I wanna be holding you
And when close my eyes I always see your face
I know my happiness is only kiss away
And every hour here in the dark
Every beat of my lonely heart
Tells me that I need to be with you
Heaven oh heaven what can I do

Heaven, heaven oh heaven can't you help me
I'm giving my love for eternity
Heaven oh heaven can't you help me
I'm down on my knees please help me

Girl I'd give anything if you were here with me
Give anything you want and anything you need
I never thought that I could feel the way I do
But now I wanna spend the rest of my life with you
And every day that we are apart
I'm shedding this love here in my heart
And everynight before I go to sleep
I'm praying that soon you'll be here with me

Heaven, heaven oh heaven cant you help me
I looked in her eyes now shes all I see
Heaven oh heaven cant you help me
I'm down on my knees please, heaven

Aku tak lama kat situ. Pusing pusing ambik gambar dah sudah.

Tak tau la worth it ke tak datang sini, tapi macam kena lah. Temple of Heaven ni sebenarnya besar dan kalau ada masa boleh je nak jalan kaki sampai ke Tiananmen Gate dan Forbidden City.

Tujuan aku selepas ni memang nak ke sana pun.

Tapi sebab hari dah petang, aku pun penat, so patah balik dan ambik subway dari station yang sama waktu aku sampai tadi.

Daun musim luruh....

Tapi aku tak terus ke Tienanmen Square sebaliknya ke CBD dulu.

Since aku nak kena tukar line kat Station Dongdan, so instead of ke kiri untuk ke Tiananmen Square, aku ke kanan ke arah CBD dan berhenti di station Guomao.

Nak buat apa kat sini?

Tengok bangunan !! Hahaha. Aku kan memang suka amazing structure ni dan kalau berkesempatan travel mana mana memang aku tak nak lepaskan peluang tengok bangunan bangunan yang memang menarik yang ada di serata dunia ni.

Dunia tu.. !

China Bank dan yang belakang tu China World Trade Center, bangunan paling tinggi di Beijing. Ada hotel dan shopping mall segala mala sini. Kedai LV pun ada kat bawah ni jer.

Bangunan lain dalam pembinaan

Hari pun dah petang

Sebenarnya tujuan aku ke mari adalah untuk tengok bangunan ni !!!

CCTV Tower Beijing 

CCTV tower ni merupakan ibu pejabat China Central Television. 

Sebelum ni aku pernah tengok gambar bangunan ni, tapi masa kat hostel tadi tu aku terpandang sekali lagi. Terus terasa nak pegi. Tu yang aku datang tu.

Aku tanya budak hostel tu cemana nak tengok bangunan ni dan dia lah yang ajar.

Sampai jugak lah. Senang je, keluar dari Subway Guomao tu ambik exit belah China World Trade Center. Tapi sebab ada flyover, bangunan ni agak terlindung, kena jalan ke depan sikit baru jumpa.

Kena cross bawah flyover lak tu. 

Sebab flyover tu aku rasa kedudukan bangunan ni agak tak lawa.

Tapi bangunan dia agak menarik

Ada restaurant kat atas dengan observaion deck selain daripada pejabat pejabat. Harga nak naik kat observation deck adalah CNY 70

Bangunan ini juga dikenali sebagai 'Big Underpants'

Ni pulak bangunan Hotel Ascott.

Tak jalan mana sebab aku datang cuma nak tengok bangunan CCTV tu je.

Naik subway balik, ambik Line 2 dan terus je menuju ke Tiananmen East.

Turun turun, keluar dari subway tu.. tetiba macam nak pengsan !

"Oh.. my god !"

bersambung................

10 comments :

  1. Temple of Heaven tu masih digunakan lg ker? Ker sekodar tempat pelancongan jer?

    ReplyDelete
  2. murahnya tiket subway..kat Beijing ramai umat manusia yg naik subway, company tak rugi..

    ReplyDelete
  3. Amir : ya.. SEKODAR tempat pelancongan dan warga local melepak sambil main judi..

    Nohas : tu la. murah jer.. tapi letih nak transfer line je lah..

    orang pun teramat lah ramai

    ReplyDelete
  4. Ko ni mmg suka tol la buat drama part last2.. Tp aku suka bila baca ada part dinasti ko.. Dinasti Meng..ahakssss

    ReplyDelete
  5. HB : sebab dah panjang sgt. biasa aku cap satu entry 30 gambar je..

    ReplyDelete
  6. Temple of heaven? Wahhhh dgr nama pun dh gerun. Part last tu saspen, nk pitam ke bang!

    ReplyDelete
  7. MKL : musim luruh tapi kat beijing dah nak abis so kaler kaler merecik tak berapa nak ada dah.

    JM : pitam tengok orang ramai sgt.

    hiks..

    biasalah drama je lebih

    ReplyDelete
  8. MKL : hahah aku pun main search kat utube jer.

    tapi lagu ni memang pernah dengar la dolu dolu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...