Sunday, March 2, 2014

Jom Makan : Swensen's, Subang Parade

Korang pernah dengar Swensen's ni??

Aku nak pegi makan di Dave's Deli sebenarnya....

Tapi..........

Pukul 9 malam dah tutup !!

Kuciwa botingkek tingkek.

Last sekali, pusing pusing Subang Parade cari tempat makan dan singgah makan di Swensen's.


Rasanya brand Swensen ni dah lama beno. Zaman aku muda remaja lagi dah ada. Tapi dulu lepak nak makan aiskerim je. Banana Split dia memang inzal mengangkang !

Tapi kali ni aku gi dinner. Nak try makanan dia pulok.

Setting kedai

Macam biasa, belek buku menu.. pastikan cari port paling tersorok untuk bertukar uniform kepada paparazi

Banyak jugak la menu makanan dia

Pastas....

Aiskerim dia of chosss laa inzal

Kalau abis ni esok gerenti potong kaki kencing manis !

Hero dengan OR je makan. Aku tak makan sebab dah kenyang. Hisap rokok sebatang dua.

Service dia agak slow walaupun tak de orang. Mungkin ramai ramai tu sibuk berkemas sebab dah nak tutup.

Ashtray dia menarik

Mug swensens

Iced Cappucino. Tak sedap sangat

Fudge Malt. Sedap ya ampun. Tapi berlemak dan cepat muak. Nak abis tu boleh terasa macam nak muntah. Tapi... bila tengok harga dia... tak jadi muntah. Rugi ! Biar Papa abiskan !

Menu menu berat dipersilakan masuk.

Hero makan Swensen's Combo ada udang, sotong, ayam dan kentang goreng juga coleslaw. Rasa biasa biasa je sebab goreng gorengan... tapi hujung hujung aku yang melantak.

OR  makan Soft Shell Fried Rice. Apparently benda alah ni sedap !!!

Coleslaw dia OK.. ada nenas

See. Last last aku yang tukang habiskan semuanya. Walhal konon aku tak moh makan sebab menjaga badan * mati la melantak tak ingat

Ini sos cili yang di pakai. Sedap juga

Ini bil. Agak mahal sebenarnya untuk 2 orang makan, sebab aku cuma minum air kosong. Tapi nasib baik la rasa boleh tahan. So dah sedap jangan berkira sangat pasal harga.

So nak repeat? Hmmm macam ada banyak lagi menu sedap sedap. Tapi kalau nak singgah pun aku nak bawak budak budak makan aiskerim je lah kat sini nanti.

Ada 2 outlets je Swesen's sekarang ni. Satu di Subang Parade dan satu lagi kalau tak silap di Avenue K. 

Subang Parade..... 

Gong Xi Fa Chai !

Ada single driver female only. 

Aku rasa macam bagus jugak, tapi OR cakap... nanti jadi target sebab orang tau yang single single je parking kat sini. Hmmmm ada betul nya. So mana satu? Perlu atau tak perlu?

Hey single ladies !

* tolak Beyonce ke dapur suruh cuci pinggan.

4 comments :

  1. abg meng,
    zaman saya student dulu (around 2009), ni la tempat paling kelas untuk student sengkek mcm kami untuk celebrate ape2 yg patut.
    dulu2 agak sedap dan reasonable harganya, macam secret recipe tu.
    dia punya banana crumble sedap

    ReplyDelete
  2. Ais krim dia nampak inzal..harga pun inzal...menarik tp hat ni aku x pwrnah cuba lg..aishh apsal byk sgt aku x cuba lagi ni.. Meng..belanja aku mehh hahahaha...

    ReplyDelete
  3. Dz : rasanya dolu dolu swensen ni tak de ler mahal sgt ya dok? makanan level level KFC jer..

    tapi skrg ya ampoooon.. cekik darah.

    HB : ala HB setakat makan kat tempat ni.. bebila je ko buleh pi.. kau malas je tu...

    tapi kau kan menjaga pemakanan? x leh makan sembarangan..

    MKL : tergoda kah?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...