Tuesday, October 4, 2016

NEW ZEALAND - Budget & Itinerary - Part I

KIA ORA !

Aku share budget dan itinerary trip aku dan GBS ke New Zealand.

Highlight trip ni dah keluar kat sini : Trip GBS 2016 : New Zealand - Highlights

Bendera New Zealand

Sebelum nak jejak kaki ke bumi Kiwi ni kenalah juga kenali negara New Zealand dengan fakta fakta menarik mengenainya.

Peta kedudukan New Zeland

01. New Zealand terletak di Lautan Pasifik selatan- barat dan mempunyai dua pulau utama , Pulau Utara dan Pulau Selatan , dan juga orang lain yang lebih kecil. Ibu kota New Zealand ialah Wellington manakala bandar terbesar ialah Auckland. Bandar-bandar utama lain termasuk Christchurch , Hamilton dan Dunedin.

Auckland

02. Kaum Pribumi NZ iaitu Maori menamakan New Zealand sebagai Aotearoa yang bermaksud “the land of the long white cloud”

03. Walaupun negara New Zealand bersaiz sama seperti Jepun tetapi jumlah penduduknya hanyalah 4.5 juta orang sahaja dan menjadikan NZ sebagai negara berpendudukan terendah di dunia.

04. Rakyat New Zealand adalah seramai 4.5 juta orang sahaja namun jumlah kereta di NZ adalah sebanyak 2.5 juta. Ini menjadikan NZ sebagai negara dengan kadar pemilikan kenderaan tertinggi di dunia.

05. New Zealand adalah negara pertama di dunia yang memberi kuasa untuk mengundi kepada kaum wanita pada 1893.

06. Petani dan Penternak Tenusu di NZ mengeluarkan kira kira 100 kg butter dan 65 kg cheese setiap tahun untuk setiap penduduk di negara itu.

07. New Zealand telah memenangi pingat emas Sukan Olympik per capita dari mana mana negara lain.

08. Antara filem terpopular New Zealand termasuk ‘Once were Warriors’, ‘The Whale Rider’, ‘The Piano’ and the ‘Lord of the Rings’ trilogy.

09. Rakyat pertama yang mendaki Gunung Everest pada 1953 adalah Sir Edmund Hillary yang berasal dari New Zealand.

10. Tiada ular di New Zealand !

Layan dulu scenery sekitar New Zealand.







01. VISA

Rakyat Malaysia tidak memerlukan Visa perjalanan ke New Zealand dan boleh tinggal di negara ini sehingga 3 bulan.

AAX terbang ke Auckland via Gold Coast (8 jam + 1 jam transit + 3 jam)

Auckland International Airport (Domestic terminal agak jauh untuk menapak. tapi ada free shuttle)

Barang di ingat Kastam New Zealand amat strict dengan barang barang yang di bawa masuk ke negara ini terutamanya bio security laws. 

Madu adalah di larang sama sekali ! 

Barang barang perlu di declare ketika di pintu masuk utama NZ dan sekiranya didapati bersalah tak declare, akan kena denda NZD 400 on the spot !

02. ACCOMMODATION

New Zealand ada banyak range of accomodation depends on budget. Ada hotel, motels boleh jugak bercamping atau yang ingin mencuba motorhome/campervan.

Musim memainkan peranan penting jugak dalam menentukan harga penginapan di NZ. Kena pandai pandai survey. Campervan tu bunyi macam menarik, tapi make sure korang betul betul selesa untuk meredah dengan benda alah tu. Bagi aku campervan ni banyak cons dari pro.

Motorhome

Antara cons yang aku boleh list kan ( since awal awal kami consider jugak benda alah ni ) ialah susah nak parking dan cari campervan site. Pastu nak maintain benda tu (charging, buang apa yang patut semua tu kena buat sendiri and takes time ). Selain tu kalau time sejuk driving campervan ni agak mencabar sebab angin lintang. Boleh bergoyang goyang jadi nya dan tak boleh nak bawak laju laju. Dan banyak lagi lah. Apa apa pun, Tapi kalau inginkan kelainan, boleh je nak cuba.

Lake Tekapo. Motel view cun dah tapi toilet jauh gila

Rumah makcik di Auckland


Motels

Penginapan ni pun ikut nasib jugak la. Since aku pegi time winter belum abis, ada kena yang toilet sharing. Ada yang toilet jauh (parkinson nak pegi toilet kesejukkan). Ada yang tak de internet dan macam macam lagi. Ikut nasib lah. Paling penting check dulu betul betul setiap pengiinapan yang di booked.

03. CURRENCY

Currency untuk NZ adalah NZD ( New Zealand Dollar)

Notes NZD

Note ringgit dari NZD 5 ke NZD 100. Tu yang aku jumpa. Duit syiling pun ada jugak.

Currency rate NZD 1 = MY 3.02 ( Sept 2016)

04. WHEN TO GO

NZ ada 4 musim. Waktu terbaik nak pegi terpulang la pada diri masing masing. Nak tengok snow ke? Nak sejuk gigil ke? Nak gi time summer ke springs ke? Bagi aku semua waktu ada pro and cons. Macam kami, dapat snow dan sejuk boleh tahan. Dan ada port port masih tandus dan memang tak dapat nak tengok lupins dan bunga bungaan.

Tapi most of the time NZ memang cantik dan lawa tak kira musim apa pun.

Snow in Lake Tekapo

Bunga bungaan

Sunset di NZ

05. MY ITINERARY

Sebab entry ni panjang, aku separatekan itinerary New Zealand ni ke Budget & Itinerary - Part 2

Auc - Chc

South Island trip

Basically, aku ada 10 hari di NZ ni so kami spent most of our time di South Island. Cuma last day sehari di Auckland sebab memang tak de plan pun nak cover banyak bahagian North.

Jadi dalam penyediaan itinerary ni terpulang jugak lah pada apa yang korang nak tengok. Tapi bagi aku, South Island memang lebih mantap dari North so cover South dulu then ada masa baru lah pegi North Island or boleh cover kalau dah 2nd trip ke NZ.  

DAY 01 : KLIA 2 to Auckland
DAY 02 : Auckland - Christchurch - Akaroa - Lake Tekapo
DAY 03 : Lake Tekapo - Lake Pukaki - Hookey Valley - Aoraki Mt Cook.
DAY 04 : Aoraki/Mt Cook - Dunedin
DAY 05 : Dunedin - Te Anau
DAY 06 : Te Anau - Milford Sound - Lake Wanaka
DAY 07 : Lake Wanaka - Glenorchy - Queenstown
DAY 08 : Queenstown - Lake Tekapo
DAY 09 : Lake Tekapo - Christchurch - Auckland
DAY 10 : Auckland - KLIA 2

Layan sikit gambar secara random destinasi destinasi kunjungan kami.

Milford Sound

Lake Wanaka

Lake Wakatipu and The Remarkable, Queenstown

Glenorchy

Dunedin

Signal Hills Dunedin

Lake Tekapo

06. FOOD

Sepanjang trip kami di NZ ni rasanya makan tak de la susah mana.

Depends lah. Kalau rajin bawak makanan dari Malaysia bawak je lah then pepandai la masak di sana.

Kami cuma bawak sedikit keperluan makanan dan kerja kerja memasak memang dibantu oleh si Beyonce yang kami beli di Auckland masa memulakan perjalanan. So Beyonce lah bertungkus lumus memastikan kami tak lapar.

Memperkenalkan Beyonce ...................... !

To the left ! To the left !......................

Beyonce. Periuk nasi berkuasa letrik di beli di Countdown Auc. NZD 15. Sampai kemek kemek di akhir hayatnya.

Di NZ senang juga nak dapat bekalan bahan bahan HALAL especially di bandar bandar besar. Salah satunya Pak & Save yang ada jual ayam halal. Di pasaraya lain pun ada jugak makanan halal. Kena pandai pandai check lah.

Pak n Save

Ayam halal jenama Brinks

Dan ada jugak few Halal Restaurant yang sempat kami singgah seperti di Dunedin (Aroma Malaysia) Queenstown ( D' Tandoor) dan di Auckland ( International Food Court di Queen Street ). Banyak lagi kedai makan halal kalau pandai cari dan tanya tanya orang.

Untuk maklumat halal restaurant di NZ : Zabihah NZ
Untuk panduan waktu solat di NZ : Prayer Times NZ

Ada jugak masjid dan kawasan orang Islam di setiap bandar bandar utama di NZ ni.

Airport Masjid tak jauh dari Auckland Airport. Ada kedai butcher halal kat depan dia. (boleh take away food )

07. WHAT TO BUY

Tukaran wang NZD dengan RM memang membataskan untuk aktiviti shopping shoppingan. Tapi bagi aku benda yang menarik yang boleh di beli di NZ adalah Madu Manuka. Tapi macam mahal jugak.

Selain tu kalau yang minat shopping souvenir boleh cuba lah usha usha kat DF di Queenstown atau area Queen St di Auckland.

DF Souvenir Outlet di Queenstown Mall

Rata rata FM di jual dengan harga NZD 4 - 5 dollar. Agak mahal la.

FM

Tapi aku jumpa satu kedai ni jual lagi murah. Seketul dalam NZD 2 - 3 jer. Boleh save !

Caranya macam ni....

Kalau di Auckland, dan pegi ke Devonport..... cari pasaraya New World, Devonport. Sebelah dia ada kedai 2 dollar Mart.

Owner dia makcik phillippino. Friendly gak lah. Siap bagi diskaun lagi.

Selain tu boleh beli cokelat di mana mana pasaraya di NZ ni. Murah sikit la kot.

08. BUDGET & EXPENSES

Aku bagi budgetary ni untuk sesapa nak compare. Orang lain maybe dapat murah kat sini dan mahal kat lain. Nasib masing masing lah.

Awal awal aku cakap dengan IH sebab dia yang prepare semua pasal trip ni.

"Dont go for cheapest. Affordable but selesa !"

So here we go.

01. Tiket flight.

KLIA2 - AUC : Kami beli awal masa AAX start open. Dapat RM 998 return.sorang. Harga tak masuk luggage etc.

AUC - CHC : Beli few months before fly. JetStar : RM 276 return each.

02. Accommodation.

Urusan mencari penginapan dan apa semua aku serahkan pada IH dan dia yang carikan penginapan sepanjang kami di sana. Kira kiranya kos penginapan kami adalah RM 2700 / 3 = RM 900 lebih.

IBIS Budget near Auckland Airport

Berikut adalah list penginapan kami semasa di NZ.

Day 01 - IBIS Budget Auckland - ( OK la )
Day 02 - Lake Tekapo Motels & Holiday Park - RM 344 - ( Toilet jauh )
Day 03 - Aoraki Mount Cook Alpine Lodge - RM 475 - ( OK )
Day 04 - Dunedin - Tido umah member. (OK sangat sangat )
Day 05 - Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park & Motel RM 330 ( Bilik besar )
Day 06 - Base Wanaka RM 376 ( Takde internet tapi lokasi best )
Day 07 - Queenstown Holiday Park & Motels Creeksyde RM 350 ( Macam harom - confusing )
Day 08 - Lake Tekapo Motels & Holiday Park - RM 344 ( Toilet jauh )
Day 09 - Auckland ( Rasa sangat mewah )

Harga harga tu adalah untuk 3 pax sebilik.

03. Transport.

Sepanjang masa di sana kami sewa kereta.  Harga sewa.

Di South Island : RM 947 (8 days)
Di Auckaldn : RM 246 (1 day plus insurance)

Kereta sewa di South Island selama 8 hari

04. Makan Minum, Petrol dan Parking.

Kami bajet shopping makanan sehari NZD 30. Termasuk la beli barang mentah time nak masak, jajan ke apa benda yang terasa nak di makan. So roughly NZD 30 sekali belanja. ( makan merapek rapek jugak la kita orang ni )

Ada time time makan di restaurant, kami order and just bagi 3 orang.

Sebab kami banyak on the road and travel almost everyday, so petrol memang kena tong tong dan isi.

Jalan lupa minyak kereta kena isi ! Dan harga minyak agak mahal juga di sana.

Harga minyak berbeza mengikut tempat tapi tak de la beza banyak mana pun. Begitu jugak la parking etc.

Overall expenditure untuk makan + petrol dan parking adalah : NZD 700 (RM 2100/3) = RM 700 sorang.

05. Activity & Entrance Fee.

Tak de banyak aktiviti berbayar yang kami buat tapi yang kami buat semua kena bayar kaw kaw ! Contohnya Milford Sound Cruise - NZD 50 per pax, Skydiving NZD 299 ( without gambar dan video) & Kawarau Bridge Bungy Jumping NZD 199 ( without gambar dan video ).

Kawarau Bridge

Haaa. sekali terjun bungy berapa saat tu terus terbang RM 600 ! Ahaks............. Skydiving punya gambar nak sama mahal dengan nak bayar skydiving tu sendiri !

Kalau nak murah beraktiviti di NZ ni cuba usha usha harga Combo. Boleh berjimat sikit.

06. Lain lain

Ada lagi benda benda lain yang kena bayar jugak macam poket wifi ( agak perlu bagi memudahkan perjalanan (kereta sewa jugak la dengan GPS) dan nak cari info last minit, serta nak update apa yang patut dan menghubungi orang tersayang di tanah air. - NZD 77 per day x 8 days.

07. Shopping

Ni terserah lah pada individu. Aku dalam tak shopping mana pun, abis jugak RM 500 untuk beli souvenir saja !

So jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk aku adalah dalam RM 6000 termasuk semua (flight, shoopping, bungy etc)

Banyak cara boleh lower down the expenses, pandai pandai lah.

09. MY VERDICT 

Cakap banyak tak guna. New Zealand bagi aku memang lawa dan tak mengecewakan. Lagi lagi kalau dapat travel partner yang OK dan ngam macam IH dan BW.

Apa? Korang nak travel dengan dia orang?

No ! Dia orang tak bagus ! Kuat membuta. Hari hari subuh gajah ! Makan banyak ! Kuat ambik gambo ! Kuat merayap ! Semua yang tak bagus lah. So jangan mintak email dia orang dan jangan cuba cuba la nak travel dengan dia orang ni. Not recommended !

* pusing belakang dan urut dada

Fuh. Lega. Harap harap dia orang terpedaya !

New Zealand

South Island


Lake Pukaki

Kesimpulan yang aku boleh bagi, trip di New Zelaand ni bagi aku adalah antara road trip paling best aku pernah buat and aku letak New Zealand no 3 dari segi senang dan best untuk travel. Of course di belakang US dan Canada. Japan no 4 !

So masukkan NZ dalam bucketlist masing masing !

10. TIPS AND RECOMMENDATIONS

Aku kasi 10 tips yang aku rasa boleh membantu sesiapa yang nak ke New Zealand.

01 -  Declare apa yang korang bawak dari Malaysia. Ambil maklum do and donts. What to bring and what to avoid. Jangan nanti awal awal dah kena macam macam spoil mood nak bergembira di sana.

02 - Check cuaca sebelum bergerak ke destinasi atau buat apa apa aktiviti. Cuaca di NZ kadang kadang boleh berubah dengan cepat. Masa kami di Hooker Valley memang kena ribut dan angin kuat. Dah hampir putus asa dan sebab dah basah kuyuip jadi nya. Kalau fikir balik memang kerja gila tapi puas hati jugak la kami sampai di Lembah Pelacuran tu walaupun tak boleh berlama lama.

Hooker Valley

03 -  Hati hati driving di NZ. Jalan memang lurus tapi ada angin lintang. Kereta tak banyak tapi view memang mengasyikkan. Drebar kena kental dan kena sentiasa fokus pada pemanduan.

View sekitar pemanduan di South Island

04 -  Kalau nak beli barang makanan, jajan dan kudapan murah murah, tuju ke pasaraya macam Countdown ataupun Pak N Save. Harga lebih berpatutan daripada beli kat kedai biasa.

05 - Bawak makanan dari Malaysia. Stock up banyak banyak jika perlu sebab kat NZ memang mahal.

06 - Parking kereta kat Auckland City mahal gila ( especially area CBD).... Park jauh jauh skit la dan berjalan. Sihat tubuh badan !

07 - Barang barang All Black tu mahal gila nak mampssss. So kalau ada orang kirim, make sure bukan kirim kosong. Kasik wang siap siap !

08 - Bagi peminat buah especially Kiwi.

Put your hands together and say Yey !!! 

Buah Kiwi murah gila. Makan la sampai muntah dengan harapan kulit korang sempat cantik sebelum abis trip. Buah buah memang segar. Apple? Orange? Well...those so kampung !!!  Kiwi or Strawberry baru sedap.

09 - Wahai perokok perokok budiman !

Sorang cuma boleh bawak masuk 50 batang sahaja duty free ke NZ !

* cryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....

Dan harga rokok di NZ adalah NZD 25 / RM 75 sekotak ! Momi marah hisap rokok tu. Ko tak reti reti? ( aku translate sesuka hati )

* cryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....sekali lagi..........

10 - Dah jangan menangis hiba ! New Zealand pastinya mengujakan ! Walau apa pun terjadi sepanjang perjalanan ( macam kita orang .. ada yang hilang handphone, hampir hilang jam dan nyaris nyaris tertinggal wallet ..... ).

Never give up, just enjoiceeee................!!!

* duduk sebelah Kak Esah tumpang bernyanyi riang.



Too late to change
Damage done
Not the same anymore
You realise the time has come
To face up to what you have done

You sacrificed our love, hu hu hu
Now who you're thinking of
So you think you can use me
I'm nobody's fool
I have to tell you... have to say

I never gave up on you
Now you've abandoned
All we've been through
Somebody else has torn us apart again
Do we say goodbye, is this the end

Sayang....

How things do change
Always thought you'd be there so much
Wasted time and lonely nights
I cried alone without you near

You sacrificed our love, hu hu hu
Now who you're thinking of
So you think you can use me
I'm nobody's fool
I have to tell you... have to say

I never gave up on you
Now you've abandoned
All we've been through
Somebody else has torn us apart again
Do we say goodbye, is this the end

I never gave up on you
Now you've abandoned
All we've been through
Somebody else has torn us apart again
Do we say goodbye, is this the end

You sacrificed our love, hu hu hu
Now who you're thinking of
So you think you can use me
I'm nobody's fool
I have to tell you... have to say

I never gave up on you, no no no
Now you've abandoned
All we've been through
Somebody else has torn us apart again
Do we say goodbye, is this the end

I never gave up on you, oh wow
Now you've abandoned all we've been through
Somebody else has torn us apart again
Do we say goodbye, is this the end

I never gave you up, know it's true
I was always there when you needed me too
I gave you all my heart could bring
I loved you boy
I gave you everything
When you were down and feelin' blue
I picked you up, I always spoiled you
I listen to your problems just to let them off your mind
I gave you my love boy everytime

Never gave up on you
Never gave up on you
Somebody else has you (somebody)
Never gave up you (is this the end)

Never gave up on you
Never gave up on you
Somebody else has you
Never gave up you.....
is this the end

bersambung..........

42 comments :

  1. Cantiknya gambo2, teruja nak g sana...tapi x tau bila. x sabo nak bace entri nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah.... pasang niat dulu... nanti allah permudahkan

      Delete
  2. Terima kasih kerana berkongsi maklumat2 penting begini. Terutama harga rokok tu hehehe..
    Teruskan menulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome...

      nak tulis travel log tu x de kerajinan lagi.. silap2 tahun depan baru buleh publish

      Delete
  3. Fakta takde ular tu paling best, yea tak perlu takut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab org kat sana tak kuat mengular kot.... tu yang ular tak dpt space

      Delete
  4. tak sabar tnggu...bole imbas balik memori daun pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh lama lagi nak tunggu entry full... sorting gambar pun tak sudah sudah lagi.

      Delete
  5. wow..tak sabar nak baca sampai habis

    ReplyDelete
  6. Meng ...

    Tak sabar nak baca and mengalami feel feel berjalan di NZ ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kena tunggu feel tu sampai lambat lagi la sebab tak rasa boleh siapkan dlm masa terdekat... maybe tahun depan baru buleh siap.

      Delete
  7. Yes roadtrip paling best! ( sbb x smp US & canada lagi..hehe)
    Dah tgk spring & summer dia..and yg penting selamat.kami pergi 3 org pompuan alhamdulillah selamat 😊

    ReplyDelete
  8. Kena isi ETA online cam ostrolia gak ker?

    ReplyDelete
  9. bestnya NZ..buah kiwi rm5 je sekilo..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. manis dan sedap lak tu. makan sampai nak muntah. buah buah lain di pandang sepi jer

      Delete
  10. Boleh belik bawak balik ke kiwi tu? huhu....

    ReplyDelete
  11. Bro.. Nak tanya.. Pump station kat sana, bayar cash dia terima ke?? Ke kena bayar pakai credit card saja... Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad boleh. cash pun boleh... sana boleh isi minyak dulu pastu baru bayo...( kalau cash )

      Delete
  12. tidak ada yang tidak teruja bila baca entry abam meng ni tau.
    ~~fuh~~fuh

    cepat la tabung penuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruja baca entry dulu.. nanti dah pegi teruja mcm lain pulak rasanya...

      moga moga tabung cepat penuh !

      Delete
  13. Best baca.. thanks for the information. sy plan nak p Nov 2017. so skang tgh buat budget n nak cr travel partner.. my plan is drive dr North to South and back to north blk (13 days) tu nak tanya...
    1 - sewa kete kat mana? Apex ke?
    2 - any tips nak cut budgets x?

    thanks alot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat South ISland sewa kat sini : Sheostring Rental (South Island)
      Kat Auckland sewa kat New Zealand Rental Cars ( Auckland)

      Tips nak cut bajet? Hmmmm..
      1. Dpt kan tiket murah
      2. Pegi ramai ramai boleh share cost.
      3. Beli groceries di sana dan masak sendiri.
      4. Booking accmodation lebih awal.. harga mungkin murah.
      5. Cari mak pak angkat kat sana. Boleh menumpang teduh ! Hahaha.

      Delete
  14. Saya nak pegi esok nih...thanks for sharing.kalau rokok tu, beli kat duty free sana pun leh beli 2 kotak je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak de jual kat duty free sana.. kalau ada pun maybe kena bayar tax sebab duty free sebelum kastam.

      anyway good luck !

      Delete
  15. Mak aii..Whittakers dah $4.50 skang...tahun lepas aku gi masa promo kat pak'n'save baru $3.45...mmg borong habis masa tu...

    anyway kau punya itinerary lebih kurang mcm aku, especially kat south island..mmg best gila kan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah setahun bro.... whitakers pun nak buat untung gak. hehehe

      south island memang best

      Delete
  16. NZ takde ular....fakta terbaekk ni....

    ReplyDelete
  17. Cantik gambar,pemandangan new Zealand,satu hari ini,sy nk cuba backpacking ke new Zealand..
    Please visit my blog https://mybeautifuljourneydream86.blogspot.my/2018/01/sambungan-trip-ke-gunung-bromo.html?m=0

    ReplyDelete
  18. Terima kasih
    Banyak membantu akqk utk plan ngan family. Kami 4 beranak je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...